Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, January 14, 2014

KURANG KOS: KEDAH BAKAL RINTIS CETUSAN BRILLIANT TUN M? @MukhrizMahathir

Saya ada baca tulisan ayahanda Che Det di blognya, di sini, yang mencadangkan kerajaan supaya menukar lampu di jalanraya kepada lampu jenis LED bagi menjimatkan kos pentadbiran dan pengurusan kerajaan.

Nukilan Tun M yang sering menjadi inspirasi saya...


Yup! Saya setuju 100% cadangan Tun M tu. Selain menjimatkan kos untuk kerajaan, saya yakin ia juga mampu mengurangkan kos penggunaan janakuasa elektrik yang kini turut menggunakan sumber petrol dan gas yang menjadi antara punca kenaikan tariff elektrik di negara kita...

Jadi... heheheheee... sebagai menyahut saranan Tun M yang sememangnya dari dulu hingga kini bersifat brilliant, apa kata kalau anakandanya, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir, mulakan dulu cadangan Tun M itu di Kedah... menarik, kan?

Sebelum ni, Mukhriz ada mengumumkan pejabat dan premis kerajaan negeri akan menggunakan tenaga solar bagi tujuan penjimatan kos pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah...

Kalaulah tindakan tersebut disusuli pula dengan penggunaan lampu LED di semua lampu jalan di seluruh Kedah, saya berpendapat Mukhriz bukan saja melaksanakan cadangan ayahandanya, malah beliau boleh disifatkan sebagai berpandangan jauh dan cost efective!

Camana Datuk Paduka? Boleh tak kita tukar lampu jalan tu jadi LED? Buat secara tender terbuka dan kita pelawa semua kontraktor bumiputera, termasuk kontraktor PAS, masuk tender. Lepas tu bahagi-bahagikan samarata demi memajukan ekonomi umat Islam... amacam? Setuju?

Ps: Jangan gaduh-gaduh nak berebut projek lampu LED tu... duit bukan boleh bawak ke mati pun.

1 comment:

Anonymous said...

Memang bagus idea nie.Penjimatan tenaga 50% akan menambah pencahayaan kepada 50% di masa akan datang.Maknanya beban bil elektrik yang sama tetapi meningkatkan sekali ganda penambahan pencahayaan dalam bentuk kretiviti,inovasi menjurus kepada tarikan pelancongan untuk menambah pendapatan.Sudah ada lampu jalan LED.Contoh dalam satu lampu jalan ada 8 petak lampu LED.Bila terpadam satu petak LED, yang 7 lagi akan tetap menyala.Kalau bulb sistem lama.Jadi gelap la.Mungkin conection wire tak bagus kot atau sebab2 lain.Akan datang inovasi lampu LED akan lebih canggih dan berdaya tahan lamam.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!