Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, January 15, 2014

KHALID KENA MARAH SEBAB "TOLONG" KERAJAAN PUSAT BANTU RAKYAT...

Nyenyak tidur ADUN Seri Andalas dalam dewan DUN...

Marah benar nampaknya ADUN Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar, bila MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim meluluskan pembinaan loji rawatan air, Langat 2, yang tertangguh pembinaannya sejak tahun 2008. Geramnya hingga sanggup menulis ketidakpuasan hatinya di portal Malaysiakini!

Pada Rabu lalu, Khalid memberitahu media bahawa Langat 2 diluluskan Kerajaan Negeri Selangor ekoran kegagalan Kerajaan pimpinannya mengambil alih keempat-empat syarikat konsesi air di negeri itu mengikut kaedah penguatkuasaan Seksyen 114, Akta Wasia, demi kepentingan rakyat.

Peliknya, walaupun Xavier yang sebenarnya marah pada Khalid, dia babitkan nama “rakyat Selangor”. Tajuk tulisannya, “Langat 2: Rakyat Selangor Terkejut MB Buat U-Turn”, membuktikan Xavier cuba mempergunakan nama “rakyat Selangor” untuk melampiaskan kemarahannya.

Betulkah rakyat Selangor marah dengan tindakan Khalid Ibrahim itu?


Dalam perkembangan yang sama, budak setahun jagung yang di”gah”kan dengan jawatan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, cepat-cepat memberi “amaran” pada Kerajaan Pusat supaya tidak menaikkan tariff air di Selangor selepas industri air di Selangor dikendalikan oleh KeTTHA. Boleh “warning” pula?

Syabas saya ucapkan pada Khalid atas tindakan meluluskan pembinaan Langat 2. Cuma saya agak terkilan, kenapa dia lewat sangat buat keputusan begitu? Apa yang membuat dia melengah-lengahkan pembinaan Langat 2? Kenapa dia tidak teruskan saja Langat 2 pada tahun 2008? Sebab partinya tak beri izin?

Sebelum ini jenuh Khalid beri alasan. Nak tadah air hujan, nak gunakan air lombong, nak proses air kumbahan pun ada! Ada sekali dia jemput pakar perkhidmatan air dari Kanada untuk selesaikan kemelut air di Selangor. Tapi kaedah “imported from Canada” (padahal teknologi membran ada di Malaysia sudah 7 tahun!) juga tak nampak bayang…!

Selepas rakyat Selangor tak mandi, membasuh di sungai, guna air kolam di masjid dan terpaksa guna air hujan, baru dia nak luluskan? Selepas rakyat Lembah Klang selalu terputus bekalan air berminggu-minggu dan selepas puas menghentam SYABAS dan UMNO/BN, baru dia nak luluskan? Terima kasih MB Selangor. Lain kali, “dengarlah lagi cakap parti”…

Kini Khalid angkat “bendera putih”. Kononnya tak mampu beli semua syarikat konsesi air Selangor yang dianggarkan bernilai lebih RM9 billion itu. Betullah Kerajaan Selangor tidak berduit dan miskin. Sebab itu gaji Khalid, Speaker, Timbalan Speaker dan kawan-kawannya naik lebih 350%, kan? Maklumlah, Selangor “tak ada duit” untuk rakyat, untuk kocek sendiri?

Berbalik pada Xavier, dia menegaskan bahawa prinsip PKR tidak mahu melihat Langat 2 dibina. Kononnya tender membina Langat 2 diberikan pada kroni UMNO/BN. Padahal, tender Langat 2 itu adalah tender terbuka dan semua pihak termasuk kontraktor PKR, DAP mahupun PAS layak untuk memohon.

Masuklah memohon dan jika Allah sudah tetapkan rezekinya pada kontraktor PAS, mungkin kontraktor itu akan dapat tender itu. Tak kisahlah siapa yang dapat tender, asalkan Langat 2 terbina dan rakyat Selangor serta Lembah Klang dapat manfaatnya, bukan?

Yang menghairankan, kontraktor pula yang dirisaukan Xavier. Tapi derita rakyat yang terputus bekalan air itu tidak pula disebut dalam artikelnya yang panjang lebar itu. Macam itu “pembela nasib rakyat”?

Rafizi pula sampai beri amaran pada Kerajaan Pusat untuk tidak naikkan tariff air di Selangor? Siapa Rafizi? Sila rujuk perjanjianlah. Kalau tiba masanya mengikut perjanjian, maka naiklah tariff air nanti, bukan? Atau Rafizi takut nak bayar caj import air dari Pahang?

Boleh. Rafizi boleh “halang” kenaikan tariff air di Selangor nanti. Kalau caj import air dari Pahang dinaikkan mengikut perjanjian, sudah tentulah ada sedikit kos yang perlu ditambah. Tapi kalau Rafizi tak mahu kos tersebut dibayar oleh rakyat, dia boleh minta Kerajaan Negeri Selangor bayarkan untuk rakyat sebagai “subsidi air”, kan? Rafizi kan “prihatin”…

Tapi, kalau Kerajaan Negeri Selangor yang bayar harga “subsidi air” itu, maka samalah juga ia dibayar menggunakan duit rakyat. Kalau Rafizi benar-benar “prihatin”, gunakan duit koceknya sendirilah!

Sepanjang hidup saya, saya belum pernah jumpa harga sesuatu benda atau perkhidmatan yang tidak meningkat. Beras, garam, gula, kopi dan teh, semuanya naik harga sejak kita menggunakan “mata wang”. Misalnya, ibu saya memberitahun bahawa gula dan garam dulu hanya berharga sekati 5 sen. Tapi sekarang? Samalah juga dengan harga “bekalan air bersih”. Itu proses normal!

Takut sangat dengan harga barang naik. Kononnya BN ertinya “barang naik”. Kalau Pakatan Haram memerintah maka tiada barang yang naik harga, kah? PAS memerintah Kedah selama 5 tahun pun sempat naikkan harga air! Di Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor ada harga barang yang turun, kah? Budu pun naik harga..! Air pun naik harga juga, kan?

Ingatlah. Keperluan rakyat Selangor lebih penting dari politik. Prinsip PKR itu tidak betul. Kontraktor projek dilihat lebih penting dari keperluan hidup rakyat? Sepatutnya ia terbalik, keperluan rakyat lebih penting dari kontraktor. Tender Langat 2 itu telus dan boleh diperiksa pada bila-bila masa.

Atau Xavier dan Rafizi mahu berpolitik sebenarnya dalam isu Langat 2 ini? Seorang mahu tegakkan “prinsip politik gila” dan seorang lagi mahu jatuhkan Khalid sebagai MB di Selangor? Rafizi mahu putar belit akal rakyat yang lebih memilih air dari wang sekitar 2-3 ringgit? Atau Xavier sendiri yang nak jadi MB?

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!