Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, January 18, 2014

KEMENTERIAN LUAR, BIRO ANTARABANGSA & KELAB PUTERA SILA BERI PERHATIAN KES NI...

Saya nak mintak tolong pihak-pihak yang mampu menolong keluarga Islam di Sweden ni. Hanya sebab menghukum anak yang enggan solat, mereka ditahan dan dipenjarakan pihak berkuasa Stockholm, Sweden...

Dalam Islam, ibubapa dibenarkan untuk memukul anak-anak mereka seawal usia 7 tahun jika enggan bersolat. Memukul tu pula bersyarat dan tidak memudaratkan anak. Maksud saya, pukul dengan niat mengajar dan kasih sayang, bukan memukul dengan mengikut perasaan marah...

Saya yakin, pihak berkuasa Sweden tu memang tak tahu apa-apa pasal Islam ni sangat. Mungkin atas alasan "hak asasi manusia" macam yang dok bising kat Malaysia sekarang ni, ibubapa keluarga warganegara Malaysia ni ditahan...

Lebih menyedihkan ialah...


Anak-anak mereka yang baru beumur 14 tahun, 12 tahun, 11 tahun dan 7 tahun diberikan pada keluarga angkat yang bukan beragaman Islam, makan makanan yang tidak halal dan membela anjing dirumah mereka... kalau kita ditempat depa, apa yang kita rasa?

Jadi saya memohon mana-mana pihak, sama ada Kementerian Luar, Biro Antarabangsa Pemuda/Puteri UMNO, Kelab Putera 1Malaysia atau mana-mana pihak di negara kita agar membantu keluarga tersebut yang menghadapi masalah di sana...

Bukan perkara besar pun. Bukannya depa bunuh orang pun, masuk kerja di Stockholm pun secara sah. Ibubapa tu hanya laksanakan apa yang dianjurkan Rasulullah SAW dan tidak bertentangan dengan hukum syar'ei.. Boleh tolong tak?

Cuba baca cerita kat bawah ni...
Empat anak pasangan warga Malaysia, yang ditahan polis Sweden setelah didakwa memukul mereka kerana enggan bersolat, menyatakan rasa tidak selesa tinggal bersama keluarga angkat berlainan agama di negara itu.

Anak sulung pasangan itu yang mahu dikenali sebagai Aisyah, 14, berkata beliau dan tiga adik lelakinya yang berusia 7, 11 dan 12 tahun ditempatkan bersama keluarga angkat yang disediakan pihak khidmat sosial negara itu sejak ibu bapa mereka ditahan pada 18 Disember lepas.

Aisyah berkata mereka tidak gembira dengan keadaan di dalam rumah berkenaan.

“Kami tidak gembira tinggal dengan keluarga angkat sebab keluarga ini bela anjing.

“Keluarga angkat juga makan makanan tidak halal…walaupun kami tidak diberi makanan itu tetapi kami berkongsi pinggan mangkuk yang sama,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi, Jumaat.

Aisyah berkata mereka juga berulang kali menyatakan hasrat pulang ke Malaysia secepat mungkin namun tidak dibenarkan pihak khidmat sosial.

Katanya mereka juga tidak dibenarkan bertemu ibu bapa dan anggota keluarga dari Malaysia.
Menurutnya seminggu selepas penahanan ibu bapa mereka, keluarga dari Malaysia datang untuk bertemu dengan mereka namun tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa Sweden.

Anak kedua yang mahu dikenali sebagai Ammar pula berkata mereka mahu pulang ke Malaysia secepat mungkin kerana tidak tahan tinggal dengan keluarga angkat itu.

“Kami rindukan mummy dan daddy…kami nak balik Malaysia tapi mereka tidak benarkan. Kami sedih, setiap kali balik sekolah mummy dan daddy tiada.

“Sebelum ini, mummy dan daddy hantar dan ambil kami di sekolah. Sekarang terpaksa naik kenderaan awam sendiri. Adik bongsu pun menangis setiap hari sebab rindukan mummy dan daddy,” katanya.

Tahanan reman pasangan suami isteri itu, yang dipercayai kakitangan Tourism Malaysia di Stockholm dan guru yang bercuti tanpa gaji, dilanjutkan dua minggu lagi bagi membantu siasatan. – BERNAMA

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!