Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, January 9, 2014

KATA TUN M PADA ANDREW LAWRENCE YANG KURANG AJAR NI...

Kulit depan Bible tu mirip Al-Quran dengan tulisan arab lagi..kan? Kalau budak-budak kita "buta", dah tentu depa "beriman" kat Bible tuuu... itu pun lagi mau sorok "misi The Herald" ke? Cissss..!
Tun M bukan sempurna. Beliau tidak maksum. Tapi saya banyak bersetuju dengan pandangan Tun M berbanding kurang bersetuju dengannya. Saya tidak taksub padanya, tapi kenyataannya tentang Father Andrew Lawrence dan The Herald memang tepat..!

Diorang yang bawa kes tu ke mahkamah. Bila mahkamah putuskan dan keputusan tu tak menyebelahi diorang, maka diorang tetap degil nak gunakan jugak kalimah "Allah" dalam Bible berbahasa Melayu. Apahal?

Bila tak hormat mahkamah, maka depa cuba guna cara politik? Mintak tolong DAP dan Anwar? Lepas tu PAS pulak "malu alah" pada DAP dan PKR? Demi nak jaga hati "sahabat sejati", PAS rela korbankan fatwa Majlis Syura dan Dewan Ulama PAS? Awat jadi lagu tuuu..?

Cuba baca kenyataan Tun M kat bawah...


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meminta pengarang majalah mingguan Katolik ‘The Herald’, Paderi Lawrence Andrew supaya menghormati keputusan mahkamah berhubung penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil berbahasa Melayu.

Beliau menegaskan paderi itu perlu menghormati sensitiviti masyarakat Islam di negara ini sebagaimana umat Islam menghormati agama lain.

“Yang rujuk kes ini ke mahkamah adalah mereka tapi bila mahkamah buat keputusan mereka tak peduli. Apa jadi kalau masyarakat tak hormat keputusan mahkamah?

“Penggunaan kalimah Allah di Sabah dan Sarawak telah lama, tak apalah, tapi di sini apa sebab tiba-tiba nak gunakan?” soal Dr Mahathir ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ucap tama pada seminar Pengarah-pengarah Korporat Tabung Haji (TH) di Kelana Jaya di sini.

Beliau mengulas kenyataan Andrew 27 Dis lepas bahawa gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya dalam bahasa Melayu meskipun Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menghantar notis peringatan mengenai larangan penggunaan kalimah itu oleh bukan Islam.

Kenyataan beliau telah menimbulkan bantahan pelbagai pihak dan umat Islam terutama di Selangor dan semalam Andrew menegaskan tidak akan memohon maaf seperti yang didesak oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Umno Selangor dan Perkasa atas pendiriannya itu.

Dr Mahathir mengingatkan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang aman walaupun mempunyai rakyat pelbagai agama serta kaum, dan ini perlu dikekalkan dengan mengelak melakukan perkara yang menyentuh sensitiviti agama lain.

1 comment:

Anonymous said...

secara tak langsung & secara tersirat AllAH meminta PAS yg selama ini terkenal dengan KEGARANGANNYA bila apa apa isu agama islam di permainkan oleh UMNO agar turut membuktikan KEGARANGANNYA dlm membela agama kepada rakan kafir harbinya dalam isu ini....itu pun kalau ada simpan TELOR LAGI LA....

Bila Kak Su Bersuara... Heh!