Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, January 10, 2014

KALAU SAYA JADI MB SELANGOR...


Nahhh..! Amikkk hang! Kan dah kena "smash"... Kalau saya jadi MB Selangor...

Mungkin saya tak sanggup keluar rumah 3 hari...malu betul bila kena "smash" macam ni.. 

Ye laaa... sebagai seorang yang beragama Islam, tiba-tiba saya perlu gadaikan kepentingan Islam dan aqidah ummah hanya semata-mata nak memenuhi kehendak DAP... saya tahu ia salah, tapi mungkin politik punya pasal..maka saya "pejam" mata...

Tapi lepas tu kena "tibai" la pulakkk.. Mujur la MAIS saja yang "tibai" saya.. kalau DYMM Sultan Selangor yang "tibai" saya, amacam? Mana saya nak letak muka? Tapi pasai saya ni "muka tembok", jenis tak tahu malu... saya buat donno je laaaa... heh!

Cuba baca cerita "smash" kat bawah ni.. Malu MB Selangor wooo... nama je Islam...tindakan ikut DAP... heh! Apa cerita ni PAS? Mana "pejuang Islam"? Bila dah peluk DAP maka tiba-tiba jadi "pejuang Kristian"... sudah tukar kaaaa..?


Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mempertahankan tindakan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia serta merampas 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah pada minggu lalu.
 
Pengerusinya, Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa berkata, tindakan JAIS itu bukan kerana Bible berkenaan dicetak dalam bahasa Melayu tetapi atas dasar kalimah Allah digunakan dan perkara tersebut mengundang kepada satu justifikasi siasatan bagi mengenal pasti sama ada berlaku kesalahan di bawah Seksyen 9 Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988.

"JAIS juga tidak perlu memaklumkan kepada mana-mana pihak untuk mengambil sesuatu tindakan pemeriksaan dan penyiasatan kerana akan mengganggu proses yang hendak dilaksanakan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, JAIS mempunyai kuasa sama seperti polis untuk memeriksa dan menyiasat orang bukan Islam mengikut Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988. 

Katanya, beliau kesal kerana pelbagai pihak termasuk media dan Majlis Konsultatif Perpaduan Negara telah melaporkan fakta tidak tepat sama sekali dan menggambarkan seolah-olah tindakan JAIS semata-mata kerana cetakan Bible berkenaan dalam versi bahasa Melayu.

"Kenyataan pihak-pihak terbabit tanpa menyemak fakta sebenar menyebabkan salah tanggapan masyarakat terhadap tindakan JAIS.

"Tindakan JAIS dilakukan setelah MAIS mengambil penegasan di dalam mesyuarat bulanan agar jabatan agama itu bertindak terhadap aduan orang ramai berkaitan kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 atau menguatkuasakan undang-undang sedia ada di Selangor," katanya.

Semalam Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengeluarkan dua arahan kepada JAIS berhubung tindakan jabatan itu menyerbu pejabat Persatuan Bible Malaysia, Petaling Jaya, Khamis lalu.

Arahan pertama yang diputuskan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri ialah JAIS perlu memulangkan 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah jika kitab penganut Kristian itu mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Arahan kedua pula ialah mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) yang baharu iaitu JAIS wajib mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan MAIS dan Exco-exco kerajaan negeri sebelum sebarang tindakan yang menyentuh sensitiviti penganut agama lain dilakukan.

Mohamad Adzib memberitahu, tindakan JAIS itu bukan bertujuan menyekat atau campur tangan terhadap kebebasan beragama oleh penganut-penganut agama lain seperti mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Ini kerana jelasnya, JAIS sekadar menguatkuasakan undang-undang sedia ada yang telah digubal mengikut Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

"Oleh itu, tiada kena-mengena dengan unsur-unsur menyekat kebebasan penganut agama lain daripada melaksanakan amalan agama mereka.

"JAIS tidak langsung mengambil tindakan menyekat orang beragama Kristian melaksanakan upacara keagamaan mereka seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya tidak mengambil kesempatan untuk mempolemikkan isu berkenaan agar siasatan dapat dijalankan tanpa sebarang tekanan daripada mana-mana pihak demi mencapai matlamat penyelesaian adil dan efektif. -Utusan

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!