Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, January 8, 2014

INILAH JADINYA BILA KEJAR KUASA, BUKAN KEREDHAAN ALLAH SWT YANG DICARI...


Apa nak jadi dunia politik pembangkang sekarang? PAS marah tak dapat tempat di Penang... PKR pulak marah kat PAS di Kelantan...

Semuanya pasal kuasa.. kejar sangat kuasa kat dunia ni.. maka begitulah jadinya... 

Cuba cari keredhaan Allah... insyaAllah, apa yang kita mintak, segalanya Dia akan berikan dengan mudah... kalau tak dapat pun, dah tentu ada hikmah di sebaliknya... "afalaa tasykuruuuunn"? "Afala tatadabbaruuunnn"?


PKR disaran jumpa MB

PASIR MAS - Isu perbalahan antara Pas Kelantan dan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri terus berlarutan apabila Dewan Pemuda Pas negeri mencadangkan perkara itu tidak dibincangkan di khalayak umum.

Sebaliknya, Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Ahmad Fadhli Shaari mencadangkan pemimpin PKR negeri ini bertemu dengan Menteri Besar Kelantan bagi menyelesaikan dakwaan bahawa PKR dipinggirkan dalam pentadbiran negeri.

Beliau berkata, perkara tersebut melibatkan kerjasama kedua-dua parti dalam pakatan pembangkang dan tidak elok dibincangkan di khalayak umum.

"Kenyataan yang dikeluarkan ini bukanlah daripada pimpinan tertinggi PKR negeri. Jadi pada saya eloklah diadakan satu pertemuan secara harmoni," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau mengulas dakwaan pemimpin PKR negeri yang mengatakan kerajaan Pas Kelantan meminggirkan parti berkenaan.

Akhbar hari ini melaporkan, Pengarah Latihan dan Komunikasi PKR Kelantan, Datuk Dr. Wan Suhaimi Wan Daud menyelar Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah kerana mengeluarkan kenyataan sinis bahawa Pas melayan PKR di negeri ini sama sebagaimana layanan DAP terhadap Pas di Pulau Pinang.

Kenyataan Timbalan Pesuruhjaya Pas I negeri itu dilihat tidak mencerminkan wajah kepimpinan ulama sebagaimana yang sering diuar-uarkan parti tersebut.

Ahmad Fadhli yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas, Pasir Mas sebelum itu membuat laporan polis berhubung kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang mengatakan peserta himpunan haram pada malam sambutan tahun baharu sebagai pelampau dan halal darah.

Turut membuat laporan polis berhubung kenyataan tersebut ialah Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Rantau Panjang, Mohammed Zailani Mohd. Yunus.

1 comment:

Anonymous said...

Itulah rupa sebenar pakatan harami...mana2 pon serupa...pejuang rakyat taik kucingggg.....

Bila Kak Su Bersuara... Heh!