Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, January 8, 2014

HEBATTT..!!! MAHFUZ UGUT PARA ULAMA DAN MUFTI..!!!

SONY DSC

Ewah-ewah…”hebat” sungguh Mahfuz Omar sejak bergelar Ketua Penerangan PAS sekarang. Masih lagi belum puas melepaskan geram tewas bertanding jawatan Naib Presiden PAS? Tak puas di Parlimen, Mahfuz marah-marah di lobi Parlimen. Tak puas lagi? Mahfuz sambung pula di ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut?

Cuma kali ini Mahfuz tidak menyerang UMNO. Kali ini mangsa Mahfuz ialah Majlis Fatwa Kebangsaan.

Semalam, Mahfuz menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan ketetapan mengenai hak penggunaan kalimah “Allah” yang menjadi “duri dalam daging” dalam keharmonian hidup berbilang agama di negara kita. Dia mahu Majlis Fatwa Kebangsaan keluarkan kenyataan segera berhubung isu tersebut.

Mahfuz berhujah, kononnya umat Islam dan bukan Islam di negara kita keliru berkenaan hak penggunaan kalimah “Allah”.

Paling “hebat”, dia mencabar Majlis Fatwa Kebangsaan dibubarkan saja jika gagal mengeluarkan kenyataan berhubung isu kontroversi itu dan melantik Ahli Jawatankuasa yang baru. “Hebat” bukan? Lagaknya bagai DYMM Yang DiPertuan Agong!


“Kalau Majlis Fatwa Kebangsaan tidak boleh keluarkan ketetapan isu ini, elok bubar dan lantik orang baru,” kata Mahfuz yang dipetik dari Harakahdaily, semalam.

Tahukah Mahfuz bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan itu terletak dibawah bidang kuasa Raja-Raja Melayu yang diketuai oleh DYMM Yang DiPertuan Agong? Hanya Majlis Raja-Raja saja yang layak menentukan tempoh perkhidmatan bagi setiap Ahli Majlis Fatwa. Maknanya, selagi Majlis Raja-Raja perkenan, maka ulama atau mufti yang dilantik itu akan terus berada di dalam Majlis Fatwa Kebangsaan.

Siapa Mahfuz untuk mencabar Majlis Fatwa Kebangsaan? Dia ulama dari mana? Tok Guru mana yang ajar Mahfuz? Dari pondok mana? Dari universiti mana? Dari ulama muktabar mana? Walau dari mana pun Mahfuz belajar, saya yakin Tok Guru Mahfuz tak sempat ajar perbezaan di antara perkataan “lunch” dan “launch”…

Sombong. Bongkak. Takkabbur. Itu saja yang wajar saya sifatkan atas gesaan Mahfuz itu. Tidakkah Mahfuz terlintas dalam dirinya bahawa dia perlu menghormati ulama-ulama muktabar yang dilantik sebagai Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan? Sehebat mana ilmu agama Mahfuz berbanding ulama-ulama dan ashaabus samaahah mufti-mufti?

Tidakkah Mahfuz terlintas untuk menggunakan pendekatan yang lebih lunak bahasanya, lebih indah budi pekertinya dan lebih cantik bahasanya? Selama di dalam PAS, tidakkah ulama-ulama PAS mengajar Mahfuz tentang akhlak mahmudah? Atau Mahfuz memang sinonim dengan sifat mazmumah?

Setahu saya, Majlis Syura PAS telah sebulat suara mengeluarkan “fatwa” mereka sendiri tentang isu hak penggunaan kalimah “Allah” ini. Majlis Syura PAS yang bersidang sebelum ini dengan senang hati mengizinkan golongan bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” selagi ia tidak disalahgunakan.

Jadi, Majlis Syura PAS sudah keluarkan “fatwa” mereka. Jadi, apa perlunya Mahfuz menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengenai isu tersebut?

Macamlah Mahfuz akan mengguna pakai fatwa kebangsaan sekiranya dikeluarkan nanti, kan? Jika fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan itu tepat dan sama dengan “fatwa” Majlis Syura PAS, mungkin Mahfuz akan dapat terima.

Tapi bagaimana jika fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan itu bertentangan, tidak bertepatan atau kurang sama dengan “fatwa” Majlis Syura PAS? Boleh Mahfuz terima?

Bukan apa. Selama ini Mahfuz memang suka membangkang. Tak kira salah atau betul, Mahfuz selalunya akan berusaha memutarkan otaknya bagi mencari jalan mendapatkan hujah membangkang sesuatu isu itu. Biasalah. Nama Mahfuz Omar terkenal dengan sifat bangkang membuta tuli begitu, bukan?

Saya tertanya-tanya, sekiranya Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa “mengharamkan PAS menggunakan nama “Islam” pada nama partinya”, apakah Mahfuz sudi terima fatwa tersebut dengan hati yang terbuka dan patuh pada fatwa berkenaan? Agak-agak, apa respon Mahfuz?

Saya tidak yakin Mahfuz dapat menerimanya. Kenapa? Sebab PAS memang begitu “nature”nya. PAS memang payah menerima kebenaran yang pahit. Malah sejak kebelakangan ini, PAS lebih gemar pada kepalsuan yang manis…

Untuk pengetahuan Mahfuz, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria merupakan salah seorang Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan. Tapi pandangan dari Mufti Perak itu enggan diterima pakai oleh PAS baru-baru ini. Tan Sri Harussani berpendapat bahawa peserta himpunan Turun Guling Kerajaan itu bersifat “bughah” kerana dianggap penderhaka pada sebuah kerajaan Islam.

Sekiranya PAS boleh terima pandangan Ahli Majlis Fatwa, kenapa pula ramai pulak budak-budak PAS yang ilmunya baru “setahun jagung” tampil membuat laporan polis terhadap beliau? Sebab budak-budak PAS itu rasa “pahit” bila “bughah” terpalit pada diri mereka? Pahit sungguh kebenaran yang perlu PAS telan, bukan? Dari menelan pahit, lebih baik PAS buat laporan polis!

Sumber: Mykmu.net

3 comments:

Anonymous said...

Apa yang dicakapkan oleh Mahfuz kita campak ke dalam longkang saja. Si bodoh bangang ni IQ nya rendah je. Beliau tidak boleh mewakili majoriti cerdik pandai di Malaysia..siapa dia nak ajar kami?

Anonymous said...

DIA MMG MANGKOK PUN ...

Anonymous said...

macam mana yang dikatakan salah guna nama `Allah'? yang mereka dok nyanyi dan berdoa dalam bahasa melayu tu tak salah guna ker? pas boleh terima ker ayat-ayat doa orang beragama kristian tu dalam bahasa melayu? dah tu, tutup ajer la sekolah cina dan india, pasal dah boleh baca al kitab dalam bahasa melayu.buat apa nak buka sekolah tu lagi.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!