Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Bila Kak Su Bersuara... Heh!

Wednesday, January 22, 2014

HAHAHAA..!!! SAM KETOT MENGAMUK..!!!

Ishhhh..! Contoh "tamadun" taksub Anwar Berahim...
Tu diaaa..!!! Marah sungguh..! Sampai bakar bendera Jepun? Marahkan nyamuk, kelambu dibakar, marahkan Jepun, bendera pulak yang jadi mangsa. Kenapa? 

Kenapa tak bakar Kedutaan Jepun? Tak berani ke nak bakar Narita Airport dan lapangan terbang dengan imigresen Jepun tu sekali? Berani ke tak berani ni? Dengan bendera yang depa sendiri yang bawak, boleh la depa tunjuk eksyennnn...

Tu dia la payah bila dah taksub ni. Jepun tak bagi Anwar masuk, depa pulak yang meroyan. Anwar "cool" je makan karipap kat rumah, depa yang poyo buat demo sana sini... Sam Ketot bodek "boss" ke? Heh!

Cuba tengok kat bawah ni...



INILAH jadinya bila dah terlalu mengagungkan pemimpin mereka, Anwar Ibrahim.

Pagi tadi Pemuda PKR (AMK) menghantar memorandum bantahan ke kedutaan Jepun di Kuala Lumpur berhubung sekatan yang dikenakan ke atas Anwar yang ingin memasuki negara itu pada 19 Januari lalu.

Penghantaran memorandum ke kedutaan Jepun itu melibatkan 30 orang peserta bantahan sambil memegang poster yang bertulis “boikot barangan Jepun”.

Mereka kemudiannya bertindak memijak poster, yang mirip bendera Jepun tersebut, dan membakarnya di hadapan kedutaan itu.

Persoalannya, mengapa perlu sampai jadi seteruk itu hingga nak pijak poster bendera Jepun bagai.

 
Apa Kejadahnya Pijak Poster Bendera Jepun Demi Anwar Ibrahim???
Dosa Jepun pada Anwar cuma satu – menghalangnya masuk ke negera mereka.

Tetapi tahukah beribu kebaikan yang negara Jepun dah buat kepada rakyat negara ini terutama sekali penyokong Anwar yang mengagungkannya selama ini?

Andai kata syarikat-syarikat Jepun mengambil keputusan menutup kilang-kilang mereka di Malaysia, adakah Anwar akan menggunakan segala hartanya untuk membayar gaji para penyokongnya yang diberhentikan kerja?

Penyokong Anwar di kedutaan tadi juga mendesak agar barangan negara matahari terbit itu diboikot – apa kata mereka lakukan terlebih dahulu, buang segala peti sejuk, televisyen, penghawa dingin dan segala barangan buatan Jepun di rumah mereka untuk membuktikan ‘keikhlasan’ pemboikotan tersebut?

Ada ribuan pelajar kita yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi di Jepun, andai kata negara itu memutuskan hubugan diplomatik, berapa ramai yang terpaksa pulang dengan tangan kosong, berapa banyak duit yang mengalir begitu saja tanpa sekeping sijil atau kemahiran pun yang boleh dibawa pulang?

Kes rakyat Malaysia tidak dibenarkan masuk ke negara asing bukan isu baru, selama ini pun banyak rakyat Malaysia yang diperlakukan demikian namun tak banyak yang boleh dilakukan kerana itu adalah hak mutlak negara tersebut.

Kalau Anwar betul-betul ‘gentle’, pergilah saman Tokyo seperti mana seorang pensyarah UPM yang menyaman kerajaan Amerika Syarikat disebabkan alasan yang sama.

Akhir kata, kalau bodoh, bodohlah seorang…jangan semua rakyat nak dibodohkan juga, kan? -Mynewshub.my

1 comment:

Anonymous said...

Mungkin untuk kes ini kita boleh tukar YB menjadi yang bodoh sam ketot