Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, January 23, 2014

GEMPARRR..!!! SELANGOR BAKAL DAPAT MB BARU..???!!!

PKR1105e

Nampaknya peluang untuk Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, memenuhi cita-citanya memegang tampuk pentadbiran negeri Selangor semakin cerah apabila Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu memutuskan “kekasih Anwar” itu bakal menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.

Menurut laporan akhbar Cina, Sin Chew, MPP dikatakan telah memutuskan “rampasan kuasa” menerusi “konspirasi peringkat tertinggi secara terancang” itu di dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan Anwar sendiri, baru-baru ini.

Meskipun laporan berkenaan tidak menyatakan tarikh “coup de tat politik” itu ekoran prosedur perkenan DYMM Sultan Selangor, saya yakin ada pihak yang dapat tidur dengan nyenyak, manakala satu pihak lagi mungkin tidak dapat melelapkan mata menanti detik “telur di hujung tanduk”.


Pergaduhan di antara kem Azmin dan Khalid sudah lama diperkatakan di persada politik negara. Mulanya, ia dilihat seolah-olah perang dingin dan kepimpinan parti itu pernah menafikan berlakunya pergaduhan di antara dua makhluk berkenaan. Namun “bangkai gajah” tak mungkin dapat ditutup dengan senaskhah “Selangorku”, kan?

Azmin dikatakan bermentorkan Anwar, manakala Khalid pula difahamkan mendapat sokongan penuh Presiden PKR merangkap isteri Anwar sendiri, Wan Azizah, serta anak sulung mereka, Nurul Izzah. Pun begitu, perkelahian mereka sebelum ini hanya berlaku secara diam-diam saja meskipun dapat dihidu orang politik…

Azmin juga dikatakan telah lama mengidam jawatan Menteri Besar Selangor. Seawal penjajahan Pakatan Haram terhadap Selangor, Azmin dilaporkan sangat mengharap agar dilantik ke jawatan tersebut. Namun angan-angannya musnah begitu saja apabila Wan Azizah berkeras mahu Khalid dilantik sebagai Menteri Besar. Maka sejak itu perang dingin mula meletus…

Baru saja lebih kurang 7 bulan Khalid mengangkat sumpah sebagai MB untuk penggal kedua, dia sudah mula mengatur gerak untuk menyingkirkan “virus” yang dikatakan selalu mengacau pentadbirannya di Selangor. Maka difahamkan Khalid mengenepikan Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS secara diam-diam…

Penyingkiran “kekasih Anwar” itu dikatakan telah menjadi satu alasan bagi Azmin melakukan “libas maut” sebagaimana yang pernah dilakukan Khalid terhadap bekas Pesuruhjaya PAS, Datuk Dr Hasan Ali. Cuma dalam kes Hasan Ali ia lebih mudah dibuat kerana tahap PAS yang sering berada dibawah “tapak kaki” PKR dan DAP selama ini…

Mungkin mengadu pada para penyokongnya, kem Azmin mula menyerang Khalid dan mendesak agar kepimpinan PKR memecat Khalid segera atas kebiadapannya cuba menjatuhkan taraf Timbalan Presiden parti yang menjadi kesayangan Anwar. Pada mulanya Anwar seolah-olah “berlakon adil”, menolak gesaan itu…

Meskipun setiausaha “kesayangan” Khalid, Faekah Husin pernah beberapa kali mempertahan MB Selangor itu dan menyerang kem Azmin melalui laman Twitter, Rafizi Ramli yang selalu dimomokkan sebagai “anak ikan Anwar dan Azmin” pantas membidas “andartu” itu…

Mungkin sudah begitu mahir dengan strategi “konspiras peringkat tertinggi”, MPP bersidang membincangkan perang dingin yang sudah menjadi “perang sabil” di antara Azmin – Khalid itu dan sudah tentulah “pengerusi mesyuarat” tersebut, sebagaimana yang dijangka, akan berpihak pada “madu intan payung”nya, kan?

Kini, mungkin Khalid sedang sendirian di rumahnya, menghitung hari-hari terakhir jodohnya sebagai MB Selangor…

Di saat ini, mungkin dia akan teringat tentang “karma” dan balasan “Allah” atas kezalimannya terhadap Hasan Ali, menghantar kembali arak yang dirampas JAIS, tindakannya menyebelahi pihak gereja DUMC, menyergah dan memperlekeh JAIS, malah enggan mempertahan kesucian kalimah “Allah” di negeri pimpinannya. Bolehkah dia tidur lena?

Sementara itu di rumah yang satu lagi, mungkin Azmin sedang terkumat-kamit menghafal teks “angkat sumpah” dan sebok membuat “rehearsal” majlis, seolah-olah DYMM Sultan Selangor “perkenan” perlantikannya. Isterinya, Shamsidar mungkin sedang tersengih-sengih di sebelah Anwar memerhatikan gelagat “kemaruk kuasa” itu…

Yang terkedu dan kaget ialah rakyat Selangor. Melihat ketidakstabilan politik Kerajaan Negeri Selangor yang berlaku di depan mata, mungkin akan mengakibatkan masa depan mereka yang kabur dan mungkin juga porak-peranda. Mereka mengharapkan khidmat untuk rakyat, malangnya apa yang mereka dapat hanyalah “khidmat untuk kuasa dan pangkat”. Malang sungguh!

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!