Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, January 19, 2014

GEMPARRR..!!! AZMIN NAK PECAT KHALID IBRAHIM...!!!

khalid azmin

Baru-baru ini media mendedahkan tentang Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, yang mahu Tan Sri Khalid Ibrahim, dipecat dari jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor. Khabarnya, usul berkenaan dibuat Azmin di dalam satu mesyuarat PKR yang dipercayai dipengerusikan “Boss De Facto”, Anwar Ibrahim…

Dalam kenyataan balas, MB Selangor itu menyerahkan hal pemecatannya kepada rakyat dan ahli PKR. Dia dilapor menyifatkan usul “orang kanan kesayangan” Anwar itu sebagai “isu politik”…

Nampaknya, pergaduhan di antara Azmin dan Khalid tidak dapat dinafikan lagi. Masing-masing “keras kepala” dan Azmin dilihat cuba “membunuh” karier politik Khalid melalui kedudukan serta hubungan baiknya dengan Anwar di dalam parti. Sehingga sekarang, isteri Anwar yang juga Presiden PKR yang dikatakan “De Facto” pada Khalid masih berdiam diri…


Saya tertanya-tanya, apakah Azmin serius mahu Khalid dipecat dari jawatan MB Selangor? Atau dia di dalam mesyuarat itu cuba memohon restu dari Anwar untuk “berperang habis-habisan” dengan Khalid? Benarkah dia mahu Khalid dipecat?

Kalau benar Azmin mahu Khalid dipecat, dia sepatutnya tidak mengusulkan perkara seumpama itu di dalam mesyuarat PKR. Dia hanya perlu memaklumkan saja pada ahli mesyuarat itu bahawa dia dan penyokongnya akan bertindak memecat Khalid. Sebagaimana maklum, sudah tentu Anwar akan menyokong tindakannya…

Sepatutnya, Azmin wajar membuat usul sidang DUN tergempar diadakan di Selangor. Dia boleh menghubungi Speaker DUN untuk tujuan itu dan menjelaskan bahawa dia akan mengadakan sesi “undi tidak percaya” pada Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor.

Azmin boleh menggunakan Anwar untuk menghubungi Lim Kit Siang atau Karpal Singh untuk menekan Speaker DAP, Hannah Yeoh, untuk tunduk pada kemahuannya mengadakan sidang DUN tergempar itu. Kemudian, dengan pengaruh dan sokongan yang ada, Azmin boleh “guling” Khalid di dalam dewan undangan negeri, bukan?

Saya yakin 100%, Azmin takkan dapat pecat Khalid jika dia mengusulkan niatnya itu di dalam mesyuarat PKR. Apa yang ahli mesyuarat PKR itu boleh buat? Mereka semua punya kuasa memecat Khalid, kah? Sila rujuk undang-undang DUN sebelum bertindak…

Yang paling malang ialah rakyat Selangor sebenarnya. Mereka mengharapkan Pakatan Haram Selangor, tapi jelas mereka dihampakan lagi di awal penggal ini. Rumah urut, pusat-pusat hiburan dan premis maksiat makin “kuat”, Islam makin dicabar, perniagaan makin mahal, ekonomi makin merudum, duit makin habis dan kerajaan negeri langsung tak stabil!

Itulah nasib rakyat Selangor. Itulah hasil yang mereka dapat setelah memberikan undi pada Pakatan Haram pada PRU ke-13. Nak kata “padan muka” pada rakyat Selangor, itu tidak wajar pada saya. Memang mereka dari awal digula-gulakan dan mereka benar-benar mengharapkan “gula-gula”. Tak terbayang pun mereka akan dibalas dengan “tuba”…

Memang menyedihkan melihat sebuah negeri termaju tiba-tiba diporak-perandakan hanya dalam jangka masa beberapa tahun. Politiknya Pakatan Haram “tidur sebantal, tapi mimpi berlainan mengikut nafsu masing-masing”. Harta negeri dijadikan bagai hak peribadi, dijoli sakan untuk kepentingan diri…

Tapi merek cukup bijak berlakon baik. Manis bicara, tiada cacat cela. Padahal di sebalik pakaian yang menutup tubuh Pakatan Haram Selangor, tersembul nanah bisul yang ranum menyakitkan, kurap yang makin digaru makin sedap dan panau yang berkulat-kulat sekian lama.

Sabar sajalah rakyat Selangor. Terimalah pilihan anda pada PRU ke-13 yang lalu dengan tabah. PRU ke-14 nanti sudah tentu mereka akan tabur “gula-gula” lagi. Ketika itu, tak tahulah sama ada rakyat Selangor akan memilih Pakatan Haram lagi atau tidak. Terserahlah. Sementara ini,  “nikmati”lah undi “populis” yang rakyat Selangor nak sangat sebelum ini, kan?

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!