Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, January 10, 2014

GEGARRR..!!! TAK SABAR NAK DEDAH BUKTI PASAL ANWAR...

Tak sabar? Saya pun rasa macam tak sabar jugak..! Tak sabar rasanya nak tahu pasal bukti-bukti tentang Anwar yang ada pada Nallakaruppan...

Bukan main lagi Nalla... macam dia ada bukti-bukti hebat yang menggentarkan Anwar kat mahkamah nanti... Apa bukti-bukti tu? 

Issshhh... bila Anwar nak heret Nalla masuk mahkamah ni? Bukan apa.. sama ada Anwar menang atau kalah, saya tak kisah. Kalau Anwar kalah, itu hal peribadi dengan Nalla la kan.. Kalau Anwar menang, Nalla tu tauke magnum 4D.. tauke nombor ekor yang jadi sahabat Anwar selama 30 tahun... ada saya kesah?

Takkan Anwar nak tarik balik saman tu kot? Bila nak masuk mahkamah niiihhh..? Cuba baca apa yang Nalla cerita kat bawah ni... heh!


Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan mahu kes saman fitnah RM100 juta oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap beliau diteruskan dan tidak ditangguh lagi.

Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) itu juga memberitahu, beliau tidak gentar dengan saman Anwar itu dan akan bersedia dengan pelbagai bukti.

“Saya tunggu, biarkan beliau ‘heret’ saya ke mahkamah dan saya tak akan lari. Saya akan bawa bukti, sudah 30 tahun saya berkawan dengannya," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu beliau menyatakan rasa hairan dengan tindakan Anwar yang kebelakangan ini mengambil tindakan menarik balik atau menyelesaikan saman fitnah mengikut terma-terma tertentu melibatkan beberapa individu.

Bekas rakan baik Ketua Pembangkang itu berkata, ‘permainan’ tersebut menimbulkan banyak persoalan dengan terbaharu Mahkamah Tinggi di sini merekodkan penyelesaian bersama dalam kes saman fitnah RM10 juta oleh Anwar terhadap tokoh akademik, Dr. Chandra Muzaffar.

“Tahun lalu ada dua saman fitnah yang difailkan beliau (Anwar), ditarik balik atau diselesaikan di luar mahkamah. Mengapa?

“Tetapi, saman fitnah RM100 juta Anwar terhadap saya, kalau boleh mahu dipercepatkan dan diteruskan. Saya mahu jumpanya di mahkamah," katanya.

Pada 26 Mac 2012, Anwar selaku plaintif menyaman Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Bhd. berhubung petikan ringkas yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 20 Mac 2012 di muka surat hadapan bertajuk Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla dan berita penuh di muka surat enam bertajuk Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual.

Sepanjang tahun lalu, Anwar menarik balik saman fitnah RM10 juta terhadap Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin, selain kes saman fitnahnya terhadap Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berhubung satu ceramah politik di Kuala Kangsar, Perak kira-kira enam tahun lalu, diselesaikan di luar mahkamah. -Utusan

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!