Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, January 9, 2014

GEGARRR..!!! PIHAK KRISTIAN ARAH BUANG TULISAN JAWI DI SEKOLAH CONVENT..!!!


Cuba baca seluruh surat di atas. Surat tu dari Celina Wong dari "Sister Of The Infant Jesus", salah sebuah pertubuhan Kristian antarabangsa. Menariknya, surat "arahan" tu ditujukan pada pengetua Sekolah Convent Bukit Mertajam, Pn Hjh Che Azizah Ismail.

Pengetua sekolah Convent tu memulakan inisiatif dengan menulis nama sekolah tu dengan tulisan jawi. Itu pun sikit saja kat sebelah atas tu.. bukan semua signboard tu pun. Bukan apa.. mungkin itu salah satu cara Pengetua tu memperkasa sedikit tulisan jawi yang semakin dilupakan tu.. salah ke?

Tapi..tiba-tiba pengetua kita tu dapat surat "warning" dari pihak Kristian Roman Katolik tu suruh buang tulisan jawi tu..heh?! Apahal ni bebbbb..?


Pada para ke-2, Celina Wong tu kata...Convent tu adalah MISSION SCHOOL dan BUKAN SEKOLAH KERAJAAN. Dan pengetua di MISSION SCHOOL ada prosedur dan peraturan yang perlu dipatuhi...

Saya nak tanya, apa MISSION pada MISSION SCHOOL Convent tu? Nak bantu masyarakat dalam pendidikan? Tak payah temberang laaa.. tak payah berselindung la.. dah jadi open secret, kan? Korang faham-faham sendiri la MISSION penubuhan sekolah Convent kat Malaysia ni...

Convent BUKAN SEKOLAH KERAJAAN di bawah Kerajaan Pusat? Abih tu gaji guru-guru dan semua kakitangan sekolah tu sapa yang bayar? Biar betul bukan bawah Kerajaan?

Mak sedara saya pernah mengajar di sekolah Convent. Gajinya dibayar Kerajaan di bawah Kementerian Pelajaran...Gajinya pun pakai kod "DG".. Dia buat master kat universiti pun dibiayai Kerajaan... Bukannya "Sister Of The Infant Jesus" atau Roman Katolik bayar pun...

Jadi, kat mananya Convent tu bukan sekolah bawah Kerajaan sampai kena follow MISSION dan peraturan yang ditetapkan Celina Wong?

Pada Hjh Azizah Ismail...saya berpesan agar Pn Pengetua tabahkan diri, kuatkan semangat dan jangan sesekali tunduk pada kehendak Celina Wong, Sister Of The Infant Jesus atau mana-mana pihak Kristian.

Tulis nama sekolah pakai tulisan jawi sedikit bukannya boleh convert budak-budak Kristian masuk Islam pun. Diorang yang mengada-ngada lebih... tak payah layan la...siapa diorang nak arah-arah Pn Pengetua?

Saya tertanya-tanya...ni siapa punya kerja sampai Celina Wong kat US tu pun tahu apa yang ditulis atas signboard sekolah Convent tu? "Macai" Guan Eng ke?

5 comments:

Anonymous said...

150 tahun dulu Majoriti Cina tak tahu apa itu JESUS..

Sekarang depa dah GILA dgn JESUS yh Macho itu..

Cina sekarang sanggup mati dgn pengaroh MAT SALEH

Anonymous said...

Mereka berperang hendak gunakan Khalimah ALLAH sedangkan khalimah ALLAH yang asal adalah dalam tulisan jawi. Dengan mengharamkan tulisan jawi ini bermakna mereka hanya hendak mempermainkan penggunaan nama ALLAH di gereja. Kurang ajar sungguh...

praha2 said...

Hai oran Islam-tengoklah apo dah jadi. Namo sekolah ko Convent tapi sekolah tu dibawah arahan korajaan Malaysia. Pengetua tahu dio tanggungjawab siapo. Tak payah gusarlah buang jo surat tu ke dalam tong sampah

praha2 said...

Dulu tak poi sekolah convent . la ni pi sekolah convent dan methodist serto st john. lalu pandai baco. Saporti kato TDM dulu tak tau bahasa melayu sekarang UPSR oran cino dapet A. sudah pandai. jadi bolih tuntut lah Kalimah ALLAH diguna pakai dalam sermon digerejo. Suruh Khalid samad berkhutbah digorejo lah.

Anonymous said...

Memang sekolah Convent ni tenaga pengajarnya kerajaan yang sediakan. Tapi sekolah tu milik gereja. Sebab tu sekolah Convent tak dapat bantuan penuh kerajaan macam sekolah-sekolah lain. Anak saya pun dihantar ke Convent. Ibu bapa yang kena keluarkan duit untuk bantu pihak sekolah. Tu yang Sister tu berani bertindak sampai macam tu. Small matter pun nak berkira kan..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!