Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, January 8, 2014

GEGARRR..!!! PAS WILAYAH MEMANG "POYO" LEBIH...

pjwp2011

Loya sungguh anak tekak bila membaca kenyataan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Noor Mohammad, yang cuba mengambil kesempatan “menangguk di air yang keruh” berhubung isu “Hard Rock Cafe”. PAS cuba “tumpang semangkuk” dalam isu itu dengan memperburuk-burukkan Kerajaan Pusat dan Putrajaya?

Dalam kenyataan Mohd Noor, dia menganggap syarat yang diletakkan Ku Nan untuk membuka cawangan Hard Rock Cafe di Putrajaya adalah untuk meredakan kemarahan rakyat. Malah dengan bangganya dia menuduh Kerajaan BN memang benar-benar mahu Hard Rock Cafe dibuka di Putrajaya…

“Syarat di keluarkan kepada Hard Rock Cafe sebagai meredakan kemarahan rakyat, bermakna memang kerajaan benar-benar mahukan cawangan cafe itu di Putrajaya”- Mohd Noor Mohammad, Pesuruhjaya PAS Wilayah Pesekutuan, (Harakahdaily, 8 Jan 2013).

Hampir pula saya “termuntah” bila dia seolah-olah nak “tunjuk baik” apabila mengatakan bahawa “pembukaan kelab-kelab dan kafe eksklusif seperti Hard Rock Cafe bukan sahaja tidak boleh dibuka di Putrajaya bahkan ditempat-tempat lain kerana ia boleh mengundang masalah sosial kepada anak muda negara ini”.



ScreenHunter_01 Jan. 08 04.41
Poyo sungguh bunyinya, kan? Sebab itulah saya mengatakan kenyataan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan itu “meloyakan anak tekak saya”…

Dalam soal isu “Hard Rock Cafe di Putrajaya”, saya lebih bersetuju dengan artikel di sini dan suka saya menegaskan bahawa mereka yang rendah IQ, tak tahu fikir, tidak berpandangan jauh dan “rabun” saja yang berpandangan seperti Mohd Noor.

Saya hairan, macam mana PAS boleh lantik dia jadi Pesuruhjaya di Wilayah Persekutuan. Ingatkan Pesuruhjaya di Kedah saja yang lemah IQ, rupanya di Wilayah Persekutuan pun sama saja?

Syarat dan penjelasan Ku Nan berkenaan isu Hard Rock Cafe seolah-olah membayangkan dia mahu pemilik franchise Hard Rock Cafe memeluk agama Islam dan taat pada hukum hakam agama, sesuatu yang agak mustahil untuk dilaksanakan kecuali dengan hidayah dari Allah SWT, bukan? Memang jelas Ku Nan tak mahu Hard Rock Cafe di Putrajaya…

Jadi, apakah benar tuduhan yang dilemparkan Mohd Noor terhadap Kerajaan BN yang kononnya “memang kerajaan benar-benar mahukan cawangan cafe itu di Putrajaya seperti di atas? Kalau tidak benar tuduhan itu, maka ia boleh dikategorikan sebagai fitnah. Mohd Noor dan PAS tahu tentang sebesar mana dosa fitnah?

Saya tidak tahu bagaimana cara Mohd Noor mentafsir kenyataan Ku Nan itu. Tapi pada hemat saya, tafsiran PAS Wilayah mengenai kenyataan Ku Nan itu jelas menunjukkan parti itu tidak tahu berfikir secara adil, berhikmah dan waras. Maaf jika PAS tersinggung dengan kebenaran yang pahit ini…

Benarkah PAS berpendirian bahawa segala kelab-kelab dan kafe eksklusif seperti Hard Rock Cafe sepatutnya tidak dibuka di mana-mana jua di dalam negara kita? Biar betul Pesuruhjaya PAS Wilayah ini…?!!!

Apa dia “buta, pekak dan bisu”? Cuba lihat di Selangor. Di negeri itu, ADUN PAS dilantik menjadi Exco Agama Islam. Cuba tengok berapa jumlah pusat hiburan, premis maksiat, rumah-rumah urut dan premis judi haram dibuka semenjak Pakatan Haram menjajah Selangor. Tolong buka mata luas-luas…

Nampak tak? Kalau PAS berpendirian untuk tidak membenarkan kelab-kelab dan kafe eksklusif macam Hard Rock Cafe dibuka di bumi Malaysia ini, mengapa pula Selangor yang ber”Exco”kan PAS itu dipenuhi dengan kelab-kelab dan kafe eksklusif seperti itu? Malah, yang lebih teruk dari Hard Rock Cafe pun bercambah di Selangor! Apa cerita?

Jelaslah kenyataan Mohd Noor itu bersifat tidak ikhlas dan berniat jahat pada Kerajaan BN. Biarpun Ku Nan berkias tegas, tak mahu Putrajaya dicemari dengan Hard Rock Cafe, Mohd Noor tetap mahu burukkan Kerajaan BN, bukan?

Kalau benar Mohd Noor ikhlas menegur Kerajaan BN kerana Allah SWT, dia sewajarnya menegur terlebih dahulu negeri Selangor yang hanya berada di sebelahnya saja. Tegur Khalid Ibrahim dan pertikai peranan Exco PAS yang kononnya menjaga “hal ehwal agama Islam” di Selangor.

Dalam bahasa mudah, “haasib nafsaka qabla an tuhaasib” atau “muhasabahlah diri sendiri terlebih dahulu sebelum orang lain bermuhasabah mengenai diri kamu”. Dalam bahasa kiasannya, “tolong cermin diri sendiri terlebih dahulu”. Atau dalam bahasa kasarnya, “hang ni buta kayu ke apa?!”.

Tak payahlah Mohd Noor atau PAS mengambil kesempatan dalam isu Hard Rock Cafe lagi. Perkara itu sudah selesai setelah Ku Nan secara berhikmah menamatkan isu yang meresahkan ramai umat Islam, terutama yang tinggal di pusat pentadbiran itu. Biarlah Mahfuz Omar saja yang menunjukkan kerendahan IQnya, takkan Mohd Noor pun nak “join” juga?

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!