Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, January 3, 2014

GEGARRR..!!! KENALI PUAK TERBARU DALAM PAS..!!!


Satu poster yang diterbitkan oleh laman sosial pro ulama PAS, Kami Bersama Ulama Muda Haraki,” menunjukkan kumpulan liberal dalam parti itu berselindung di sebalik tokoh ulama Islam silam As Syatibi sebagai topeng dalam memperjuangkan agenda mereka.

Geng Syatibi yang dilakarkan dalam poster itu adalah dua Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Mujahid Yusof Rawa, Khalid Samad bersama dengan dengan dua orang blogger PAS, Zainulfaqar Yaacob dan Wan Ji Wan Husein (Al Bakistani).



Dalam satu poster lain yang diterbitkan laman sosial pro Ulama PAS, El Haraki, Wan Ji menamakan dirinya sebagai ‘pengasas sekolah pemikir As Syatibi.’

El Haraki menjelaskan lagi dengan lakaran poster yang menggambarkan pemikiran empat individu blogger PAS ditaja oleh enam individu tokoh penting dalam PAS.


Empat individu blogger itu adalah Tulang Besi Malaysia Waves, Zainurfakar (Fakar), Penarik Beca dan Wan Ji @ Al Bakistani yang ditaja oleh tuan mereka iaitu Mujahid, Dr Dzulkifli Ahmad ( Pengarah penyelidikan PAS Pusat), Datuk Husam Musa (Naib Presiden PAS), Mohamed Hanipa Maidin (Ahli Jawatankuasa PAS Pusat), Dr Mohd Hatta Md Ramli (Ahli Jawatankuasa PAS Pusat) dan Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Ahli Jawatankuasa PAS Pusat).

Selain Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS, blog Syiah Malaysia turut menamakan peguamnya, Hanipa Maidin adalah juga penganut Syiah.


Wan Ji menulis artikel bertajuk Imam As Syatibi : Nasib Sang Pembaharu,” mengambarkan As Syatibi adalah seorang tokoh ‘reformis Islam’ yang dicela ulama pada zamannya kerana mengutamakan akal berbanding wahyu.

“Diceritakan, diperingkat awalnya beliau (As Syatibi) agak ditolak oleh masyarakat beliau, bahkan dikalangan ulama-ulama di zaman beliau melebelkan beliau sebagai orang yang berfahaman Muktazilah, bahkan tidak lepas juga tuduhan “ulama pemecah belah masyarakat”. Semua ini adalah ekoran konsep memahami maslahah dan mafsadah yang difahami menerusi akal dalam memahami Nas syariah yang dikemukakan oleh beliau menerusi kitab “al-Muwafaqat”.

“Ketika itu, ulama-ulama yang sezaman beliau mula menuduh beliau pembawa bendera Bidaah jenis baru, lebih-lebih lagi apabila fatwa yang beliau keluarkan dilihat oleh masyarakat zamannya terkeluar dari konsep sentemen masyarakat ketika itu,”kata Wan Ji.

Wan Ji sekali lagi menggunakan topeng As Syatibi ketika secara berkias menolak hudud, namun bertegas menolak asimilasi Islam dalam pemerintahan ketika berforum Adakah Islam Bertentangan Dengan Hak Asasi di Bangsar, tahun lepas.

“Saya tidak bersetuju institusi keagamaan (Islam) diletakkan di bawah kerajaan kerana ia merosakkan imej agama.

“Buang aspek agama daripada kerajaan dan kerajaan akan menjadi lebih Islam,” kata Wan Ji.

Dalam pada membawa watak mengidolakan As Syatibi, namun laman liberal Malaysia, jalantelawi.com mendedahkan di Malaysia, Wan Ji lepak bersama Khalid Jaafar, pengarah Institut Kajian Dasar (IKD).

IKD adalah badan pemikir Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Salam pencerahan. Sapere aude (bahasa Latin bermaksud ‘berani untuk tahu’). Terima kasih kepada Wan Ji Sang Pluralis. Dia (Wan Ji) mengaku dirinya (Sang Pluralis) ketika semua orang takut dengan diburu oleh momokan pluralisme (tapi) dia sanggup meletakkan nama dia sebagai Sang Pluralis,”kata Khalid ketika diberi peluang oleh Wan Ji untuk membahaskan buku, “Metafizik dan Comsopolitanisme.”

Menurut Datuk Zaid Ibrahim, nama As Syatibi juga digunakan Anwar ketika mahu menjustikasikan ‘demokrasi dan Islam’ tajaannya.

“Masalah dengan Anwar adalah bahawa beliau bergantung kepada pemikir Islam liberal yang berkurun lamanya untuk menyokong pendirian beliau mengenai Islam dan demokrasi di Malaysia hari ini,”kata Zaid ketika menulis, Anwar on democracy and Islam.”

Zaid yang juga salah seorang tokoh pemikiran liberal Malaysia berkata demikian ketika mengupas ucapan Anwar di Adelaide, Australia.

Menurut Zaid, Anwar hanya berani mengungkapkan slogan ‘kebebasan’ di luar negara, namun takut untuk menterjemahkan di Malaysia.

“Apa Anwar akan berkata tentang mempertahankan hak asasi manusia jika ulama Islam mengatakan bahawa Islam yang pertama? Beliau mungkin akan bersetuju dengan mereka. 

“Apa yang telah dikatakan oleh Anwar mengenai pelanggaran berterusan terhadap kebebasan peribadi kita? Tiada apa-apa. Beliau pada hakikatnya, tidak mengambil apa-apa kedudukan yang jelas mengenai pelanggaran kebebasan asasi di Malaysia, kecuali untuk beberapa kenyataan yang berbunyi bagus dan sangat umum mengenai demokrasi telah diberikan terutamanya di luar negara. 

“Beliau (Anwar) tidak menjadi demokrat dalam erti kata yang sebenarnya,” kata Zaid.

Menurutnya lagi, falsafah ‘demokrasi dan Islam’ juga tidak dipraktikkan di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.

“Kita tidak mempunyai asas kebebasan di Malaysia, (walaupun) di negeri-negeri yang dikawal oleh Pakatan Rakyat. Jadi bagaimana model Islam Anwar itu dapat berfungsi di Malaysia ?,”soalnya.

Begitu juga dengan anak Anwar, Nurul Izzah hanya berani bercakap perkara yang sama ketika diinterbiu, Telegraph, United Kingdom.

“Undang-undang liwat adalah kuno dan perlu dirombak,” kata Nurul Izzah, namun berhati-hati ketika diminta mengulas tentang pembaharuan undang-undang Islam yang mengharamkan orang Islam daripada minum arak, lapor Telegraph dalam artikel bertajuk Islam and democracy can co-exist, says Anwar Ibrahim’s daughter.”

“Saya percaya bahawa kita mesti menghormati ruang awam, tetapi juga tidak menceroboh ke dalam kehidupan peribadi rakyat,” kata Nurul Izzah. - AIDC

5 comments:

Anonymous said...

PAS parti ajaran syiah....lantak lah nak pecah brapa baik....dari dulu aku tak sokong cara pas berdakwah....harap kopiah...janggut serban...menjela....suka mengkafir, suami isteri cerai berai , sekarang allah bayar cash.....mana pergi ulamak air jampi haron din dan majlis syura....suma jadi setan bisu....adi awang dan tok guru tak ade pendirian macam lalang....arun din dan the gangs boleh masuk muzium buat bahan pameran.....

Anonymous said...

Bukan ulama muda haraki, sepatutnya mereka melaksanakan harakiri! Gagal nak memartabatkan Islam.

Pertahankan Islam adalah sangat dikecam kerana tidak disukai oleh rakan sekutu.

Anonymous said...

Bukan ulama muda haraki, sepatutnya mereka melaksanakan harakiri! Gagal nak memartabatkan Islam.

Pertahankan Islam adalah sangat dikecam kerana tidak disukai oleh rakan sekutu.

Anonymous said...

Mcm mcm ada !

Anonymous said...

Parti PAS adalah sebuah parti politik yang ketinggalan zaman. Tingkah laku pemimpin2 dan pengikut2nya masih di tahap tahun enam puluhan. Perkataan parti PAS TIDAK ada dalam kamus aku.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!