Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, January 21, 2014

GEGARRR..!!! GEREJA KRISTIAN MAHU DAKWAH ISLAM DIHARAMKAN..!!!

herman shastri

Memang saya marah. Saya marah bukan tidak bertempat. Tapi bila ada pihak yang mempersoal tentang hak dan keistimewaan Islam di Malaysia, maka saya tidak berkompromi dalam soal tersebut. Apatah lagi pihak berkenaan berani mencabar keistimewaan yang telah ditetapkan dalam perlembagaan.

Baru-baru ini saya terbaca mengenai kenyataan Setiusaha Agung Majlis Gereja-Gereja Malaysia, Herman Shastri, yang seolah-olah mahu hak yang sama diberikan kepada agama Kristian sebagaimana yang diberikan kepada agama Islam di dalam perlembagaan Malaysia.

Katanya…



“Jadi adalah lebih baik untuk orang Kristian dan orang Islam mengisytiharkan ‘sesiapa pun tidak akan mengambil mualaf baru’, dan kita akan hidup dengan aman” -Herman Shastri, Forum Kebebasan Beragama, Petaling Jaya, 13 Januari 2014.
 Apa yang saya faham dari kata-katanya itu, sekiranya Kristian tidak dibenarkan berdakwah dan “convert” orang Islam memeluk agama Kristian, maka semua agama termasuk Islam pun sepatutnya tidak dibenarkan berbuat begitu. Dalam ertikata lain, dia mahu Islam juga tidak dibenarkan berdakwah sebagaimana Kristian di negara kita.

Malah dalam kenyataannya di dalam forum itu, sekiranya Kerajaan Malaysia melaksanakan kehendaknya, maka barulah rakyat di negara kita akan aman tenteram tanpa sebarang masalah ketegangan agama. Kurang ajar, kan?

Fasal 11 Perlembagaan Negara menetapkan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk menyatakan dan menjalankan urusan agamanya. Dan mereka mestilah tunduk pada undang-undang yang kuatkuasakan bagi menyekat penyebaran agama-agama lain untuk umat Islam, termasuk bertujuan untuk penyebaran.

Dalam bahasa mudah untuk difahami, Fasal 11 yang menyentuh tentang kebebasan agama itu memberi kebebasan dan hak pada setiap rakyat untuk mengamalkan agama anutan masing-masing. Namun, mereka mestilah hormat dan patuh pada ketetapan undang-undang yang melarang penyebaran dakwahnya kepada umat Islam.

Agama lain tidak boleh berdakwah kepada umat Islam. Itu hak dan keistimewaan yang telah ditetapkan perlembagaan untuk kepentingan agama Islam. Faham?

Jadi, siapa Herman Shastri untuk mengada-ngada mahu samakan taraf kedudukan Islam dengan Kristian? Herman Shastri perlu tahu bahawa kehendaknya itu hanya boleh dilaksanakan di Sabah dan Sarawak, tapi kenapa dia terhegeh-hegeh mencetus “api” di Semenanjung Malaysia pula?

Tak tahukah Herman bahawa majoriti rakyat di Semenanjung Malaysia ini beragama Islam? Dia mahu ditampar secara percuma?

Kalau Herman benar-benar kemaruk nak berdakwah Kristian, dia boleh ke Sabah dan Sarawak. Di sana perlembagaan Malaysia membenarkan. Kita sama-sama “berlumba secara sihat” berdakwah sebanyak mungkin di sana dan cuba pikat rakyat Malaysia di sana. Di Sabah dan Sarawak bukan hanya Islam dibenarkan berdakwah, Kristian pun dibolehkan!

Hermen_Shastri_14012014_600_400_100

Tapi, jangan cuba-cuba menjual dakwah Kristian di Semenanjung Malaysia. Ia bukan saja salah dari sudut perlembagaan dan boleh didakwa di mahkamah, malah ia juga mampu mencetus api kemarahan umat Islam serta mencetus ketegangan di sini.

Apa asas hujah Herman yangg mengatakan “semua agama tidak dibenarkan berdakwah maka baru rakyat Malaysia boleh aman”? Maksudnya negara kita tidak akan aman jika Kristian tidak dibenarkan berdakwah sebagaimana Islam di Semenanjung Malaysia? Begitu maksud Herman?

Selama zaman merdeka, apakah rakyat di Semenanjung Malaysia dan Sabah-Sarawak yang berbilang agama ini hidup tidak aman damai? Pernahkah kita berperang sabil dengan penganut agama lain sejak merdeka? Hidup rakyat di Malaysia ini aman saja tanpa sebarang perang antara agama sejak merdeka. Itu fakta.

Kenapa kita aman? Sebab kita saling hormat menghormati tentang hak beragama masing-masing dan faham tentang kebebasan beragama mengikut ketetapan perlembagaan. Tiada siapa pun yang persoal keistimewaan Islam selama ini. Kalau ada pun, mereka tidak berani pertikai secara terbuka seperti Herman kerana sedar tentang kesan buruk yang mungkin tercetus.

Sebab itulah saya kata Setiausaha Agung Gereja-Gereja Malaysia itu sengaja mencetus kemarahan saya. Saya yakin, bukan saya seorang saja yang marah, malah mungkin ramai lagi umat Islam yang marah dengan kenyataan tidak bertanggungjawab Herman itu.

Tapi tak tahulah apa pendirian PAS. Bukan apa. Kadangkala PAS akan mengutamakan Islam kalau ada kepentingan politik disebalik sesebuah kenyataan yang dikeluarkan. Tapi selalunya, PAS lebih mengutamakan politik mereka berbanding kepentingan dan kesucian Islam walaupun mereka mengaku “lebih Islam” dari UMNO.

Saya tidak mahu kaitkan sangat perihal pendirian PAS dalam soal ini kerana isu ini lebih mirip sebagai isu antara agama yang membabitkan kepentingan dan hak agama Islam di Malaysia.

Jadi saya menyarankan agar ada pihak yang tampil mempersoal kenyataan Herman Shastri yang mencabar Islam dan Perlembagaan Malaysia itu. Tindakan perlu diambil terhadapnya supaya ideologi “semua agama sama hak” di Malaysia dapat dihapuskan segera. Ingatlah, ini Malaysia dan hormatilah ketetapan perlembagaan. Kalau tidak, berambus keluar dari negara ini!

Sumber: Mykmu.net

2 comments:

Anonymous said...

Kalau kau nak tau kenapa ramai org benci Islam, sebab perangai Muslims yg nak lebih. Nak RELIGIOUS FASCISM. Kalau religion kicked out from government / state, takkan ada masalah macam ni, takkan ada masalah religious supremacy atau holier-than-thou attitude.
Aku nyampah la Malaysia yg kononnya "moderate" tapi sebenarnya yg Muslim ni selalu extremist.
Dekat negara bukan Islam, ada jugak Muslim yg ngada2 berdemo nak kan hukum "Islam".

Aku tak faham kenapa "Muslim" mesti nak lebih daripada yg lain, mesti nak conquer the world. Kat US, yg sesetengah Muslim kena buli tu sebab diorang anggap Muslims are really dangerous.

Aku dilahirkan Sunni (bermakna salah satu ajaran Islam yg dah korup dan agama Pak Arab), aku pernah berhasrat nak bunuh Yahudi dan aku sokong Hitler. Lama2 aku rasa bodoh betul. Aku kaji balik Islam dan tinggalkan ajaran Pak Arab dan terima Islam yg sebenar. Bukan Syiah, Syiah tu cult Pak Parsi-Arab.

Aku bukannya apa, aku nak cakap kalau kau taknak orang anti Islam, jangan amalkan religious fascism atau supremacy. FAHAM?

Berambus keluar? Kalau kau suruh sekularis / liberal / pejuang sama hak keluar, Malaysia akan jadi macam Arab Saudi laaaaa oiii sebab yg tinggal cuma lah Islamist, Jihadist, Taliban-like Malaysians. Kat Arab Saudi, Orang kena pancung walaupun sebab benda kecik spt freedom of speech, pompuan yg kena rogol pun dihukum. Nak Malaysia jadi macam tu?

Jangan ingat aku sokong Pas Piss Pus. Parti tu nak buat Malaysia jadi negara Arab Padang Pasir je.
Dan sebenarnya ada benda yg aku agree dengan kau. Cuma religious / race supremacy ni aku tak suka la, nampak macam Zaman Gelap Eropah je.

edison casanova said...

Setuju..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!