Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, January 6, 2014

GEGARRR..!!! CABAR HAK MELAYU - ISLAM DIRANCANG?

merdeka1

Dunia Islam di Selangor sedang kecoh membicarakan soal kebiadapan Ketua Pengarag The Herald, Lawrence Andrew, yang dilaporkan berdegil tetap mahu menggunakan kalimah “Allah” di majlis-majlis yang dianjurkan oleh pihak gereja Katolik di seluruh negeri itu.

Kenyataan itu jelas mencetus api kemarahan umat Islam di seluruh negara, khususnya di Selangor, sehingga ada yang bertindak mengadakan demonstrasi di depan gereja. Selain itu, bilangan laporan polis terhadap Ketua Pengarang The Herald itu makin bertambah dari hari ke hari.

Tambahan pula, beberapa aktivis Kristian turut berhimpun memprotes demonstrasi yang dilakukan di depan gereja. Marina Mahathir pun turut “menempel muka”, kononnya mempertahankan “hak asasi penganut Kristian”?

001b763017d479f91f0ae7ff94029668

Saya kira, “api kecil” dicetuskan Lawrence Andrew itu semakin “menyala” di hati umat Islam sekarang. Sekiranya “api” tersebut tidak dibendung sebijak mungkin, ia mungkin akan mencetus konflik agama yang agak serius di Selangor.


Di “padang” yang lain, beberapa ADUN DAP mula “memarakkan” lagi “api” tersebut dengan menggesa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menggantung tugas beberapa pegawai JAIS yang merampas Bible berbahasa Melayu menggunakan kalimah “Allah” yang dipercayai telah “diseludup” masuk dari negara jiran, Indonesia.

Khabarnya, MB Selangor itu juga didesak agar memansuhkan Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) 1988, yang melarang penggunaan kalimah seperti “Nabi”, “Allah” dan seumpamanya digunakan di negeri termaju itu. Sehingga kini, Khalid Ibrahim masih berdiam diri…

IMG-20140105-WA0037

Saya tertanya-tanya, mengapa semua ini berlaku? Kenapa umat Islam di negeri termaju itu diuji sedemikian rupa? Sudahlah titah DYMM Sultan Selangor mengenai kepentingan enakmen itu tidak diendahkan, kepentingan Islam di negeri itu semakin tercabar dan seolah-olah cuba dihapuskan secara teratur. Strategi siapakah itu?

Dulu, ketika mana akta ISA masih ada, jangankan di Selangor, saya kira tidak siapa pun berani mencabar kedudukan dan kepentingan Islam serta umatnya di seluruh negara. Kini, menghina Islam di Facebook seolah-olah menjadi perkara “biasa” yang biasanya akan terlepas begitu saja…kan?

Saya lihat, sejak ISA diisytihar kerajaan untuk dimansuhkan, kepentingan Islam dan Melayu adalah dua perkara utama yang “diserang” oleh pihak-pihak tertentu. Dua perkara yang sangat sensitif dan mampu menggugat keamanan serta keharmonian kaum yang disemai sejak merdeka dulu…

Siapa yang mahu ISA dimansuhkan? Siapa yang desak supaya kerajaan mansuhkan? Apakah mereka ini merancang sesuatu secara terancang untuk menimbulkan segala ketegangan agama dan kaum di negara kita? Atau mereka ini hanya “alat pekakas” yang dipergunakan untuk merealisasikan keinginan pihak tertentu yang bersembunyi di sebalik tabir?

banner-mansuh-isa

Saya masih ingat ketika di zaman ISA dulu, siapa saja yang biadap dan cuba mengeluarkan kenyataan yang mampu menggugat kestabilan negara, senstiviti agama dan keharmonian kaum, mereka akan ditahan serta-merta tanpa sebarang bicara. Kononnya tindakan itu zalim…

Tapi, zalimkah tindakan kerajaan yang cuba mengekang unsur yang mampu mencemar kestabilan negara, kesefahaman antara agama dan keharmonian kaum? Cuba lepaskan individu yang menghina agama Kristian di depan gereja, agak-agak apa yang akan berlaku padanya? Selain berjaya menutup mulut celupar, sekurang-kurangnya kerajaan berjaya menyelamatkan individu kurang ajar itu dan dia akan diajar di dalam tahanan ISA, bukan? Zalimkah tindakan itu?

Kini, “nasi sudah jadi bubur”. Meskipun sudah ada SOSMA, “judicial precedent”nya agak kabur dan ia seolah-olah menyebabkan pihak berkuasa “takut” dan “terlalu berhati-hati” untuk mengambil tindakan. Keadaan itulah pada pandangan saya telah menyebabkan senario melampau seperti di Selangor itu berlaku.

Persoalannya, saya kemukakan kembali perkara pokok, apakah semua yang berlaku ini merupakan sebuah perancangan teliti pihak tertentu?

dapcec15121

Ada tukang provokasi dan ada pula yang bertindak dengan kuasa yang ada. Bila provokasi berlaku terhadap sensitiviti umat Islam dan bangsa Melayu, maka kita mudah terperangkap di dalam “jerat” yang dirancang. Bila ada yang “mengamuk”, maka mungkin akan berlaku perkara yang tidak diingini…

Bila perkara tidak diingini itu berlaku dan ia bersalahan dengan undang-undang, maka peguam-peguam “pihak tertentu” itu akan tampil membawa kes ke ruang sistem pengadilan kita. Bila undang-undang diputar belitkan, maka dengan mudah sistem perlembagaan atau undang-undang tubuh dipertikai, dan seterusnya mungkin dipinda atau dimansuhkan…

anwar

Dalam teori saya, sekiranya “modus operandi” licik begitu benar-benar dirancang, lambat laun satu persatu hak keistimewaan Islam dan bangsa Bumiputera di negara kita akan hilang. Bila ia hilang satu persatu, apakah kita akan “berputih mata” melihat Malaysia di”Singapura”kan?

Pada saya, perkara itu tidak mungkin dapat ditangani dengan emosi yang “membara”. “Bara” selalunya akan menghidupkan “api” yang kemudian akan membakar hangus segalanya. Ia perlu ditangani dengan strategi dan kebijaksanaan yang tinggi, serta perlu dikawal dengan cara yang berhikmah.

Apa caranya? Itu bukan kerja saya. Saya tidak pula dibayar gaji lumayan seperti mereka yang digajikan untuk memikirkan soal tersebut. Kalau saya dibayar, mungkin saya sendiri tidak tidur malam memikirkan perkara tersebut. Namun saya yakin, kalau diselak Al-Quran, Hadith, Qias, Ijma’ dan sirah zaman kegemilangan tamadun Islam, di situ ada jawapannya… Wallahu’alam.

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!