Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, January 1, 2014

GEGARRR..!!! ANWAR BOHONG PADA "PENGGULING" JALANRAYA..???!!!


Petang tadi, saya ada tulis tentang Khalid Ismath yang anggap Ustaz Azhar Idrus sebagai "paling hina" dan "penjual agama" hanya disebabkan UAI berceramah agama di satu majlis dan memilih untuk tidak turun "berguling" kat Dataran...

Tapi Anwar pun tak turun jugak semalam dan pasai apa Khalid Ismath tak hina Anwar? Anwar bagi alasan jalan sesak dan sebab tu la dia tak turun (walaupun keadaan jalan tak sesak pun!).. Khalid Ismath tak kutuk Anwar pun....heh!

Cuba tengok kat bawah ni... Memang jelas la Anwar tu "kantoi"... apa lagi Khalid Ismath? Kata pejuang keadilan dan benci pemimpin pembohong... kutuk la Anwar kalau berani...heh!


Jalan Sesak Teruk Jadi Alasan Anwar Tidak Ke TURUN

KETUA Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam memberikan alasan bahawa orang ramai sudah mula membanjiri jalan-jalan utama ke ibu kota untuk tidak hadir bersama-sama para pengikutnya untuk perhimpunan TURUN di Dataran Merdeka malam tadi.

Alasan itu Anwar nyatakan melalui Twitternya pada pukul 5.13 petang, mengatakan semua jalan utama menuju ke ibu kota sesak teruk kerana dibanjiri para peserta perhimpunan.

“Rakyat sudah mula membanjiri jalan raya, kesemua jalan utama menuju ke ibu kota sesak teruk,” katanya.

Gambar keadaan sebenar jalan-jalan utama pada sekitar pukul 5 petang adalah amat tenang terutamanya di Jalan Raja di hadapan Dataran Merdeka.

Penulis sertakan beberapa foto keadaan di sekitr Dataran Merdeka pada pukul 5.13 petang waktu Anwar membuat tweetnya itu.

Sudahlah menipu dan tidak hadir memberi sokongan kepada pengikutnya , hasilnya juga tidak seberapa dengan hanya sekitar 6,000 hingga 8,000 orang sahaja yang hadir memprotes kenaikan harga barang berbanding sasaran mereka yang jauh tersasar iaitu 500,000 orang.

Pakatan pembangkang ini hanya mewakilkan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin untuk berada di atas pentas di tengah-tengah peserta perhimpunan dan berucap, menyanyi sampai tercabut keluar anak tekak. – MYNEWSHUB.MY

JalanLengang01


No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!