Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, January 8, 2014

GEGARRR..!!! 3 NAMA PUNCA KEJATUHAN PAS KEDAH..???!!!

Baru-baru ni saya ada bertemu dengan seorang sahabat lama. Rakan saya ni dah jadi orang politik rupanya. Ahli politik PAS, bukan UMNO... heh! Sekarang ni dia hanya berjawatan kecil, AJK PAS Kawasan saja...

Lama saya bersembang dengannya. Sempat berhenti solat sebelum sambung sembang. Sembang bab politik PAS Kedah...

Dari sembang kami, saya dapati rakan saya ni memang PAS tulen. Memang pekat perjuangan PASnya. Sebab apa saya kata begitu? Sebab dia memang betul-betul  perjuangkan Islam.. PAS jatuh nombor dua atau tiga...

Apa yang saya terkejut, selaku antara pemimpin PAS yang disegani, rakan saya ni menamakan 3 orang individu yang dikatakan bertanggungjawab menyebabkan kekalahan PAS di Kedah par PRU ke-13 yang lalu...

Nak tahu siapa? Mereka yang disebut namanya ialah...



1. Sanusi Mohd Noor (bekas Setpol arwah Ustaz Azizan).

2. Zulkifli Yahya (Penerangan PAS Kedah).

3. Helmi (bekas PressSec arwah Ustaz Azizan).

Saya kira, tak perlulah saya tulis di sini sebab-sebab rakan saya tu sebut nama ketiga-tiga individu berpengaruh dalam PAS Kedah ni. Saya tak mahu mengaibkan depa... Cukuplah dengan sebut nama saja...

Lagipun, saya tulis ni bukan nak cari gaduh dengan sesiapa. Apatah lagi saya memang kenal dengan dengan mereka, cuma mereka saja yang tak kenal dan mungkin takmau kenal saya.. maklum la.. depa pandai serong kat saya sebelum ni... kononnya saya ni "macai" UMNO. 

Walaupun saya kecik hati, tapi takpalah... saya maafkan depa... kita ni semua saudara seagama..kan? tapi jangan melampau sangat la...kan?

Kata rakan saya tu, kalau benar-benar memahami aspirasi perjuangan Islam dalam jemaah PAS, dah tentu rakan-rakan PAS yang lain setuju dengan nama-nama tersebut...Tentang sebab musababnya, rasanya ramai yang dapat meneka..kan?

Saya tidak mengatakan dakwaan rakan saya tu tepat. Tapi hujahnya nampak bernas, rasional dan berlandaskan Islam sebenar...

Peliknya, bila rakan saya tu suarakan tegurannya, dia dipulaukan pula... salahkan suarakan kebenaran Islam dalam PAS di zaman sekarang? Atau PAS dah tak boleh telan kebenaran yang pahit? Wallahu'alam...

2 comments:

Anonymous said...

Join PAS, xkira lah peringkat kampus atau Pemuda atau Kawasan, jangan pandai2 duk tegur depa puak2 PAS ni.. pantang tok nenek PAS klu kita kritik.. depa akan cop kita sbg ejen/ SB UMNO lepas tu siaplah kena pulau dgn depa sekampung2.. silap2 buat kenduri pun depa tkmai..jgn main dgn taksub puak PAS ni..sama taraf ja dgn Yahudi...

Anonymous said...

Duduk dalam Pas sekarang ni mana ada perjuangan Islam tulin lagi,dah hanyut semuanya.Syiah,Pluralisma,Leberalisma, semuanya ada dalam Pas sekarang,bolehke perjuangan Islam tulin bersama mereka dalam jemaah.Lagi satu Pas bersingkokol pulak dgn Jesuit al Jubori.Apa hukumnya?.Tak perlu kita nilai fatwa itu fatwa ini yg songsang oleh pemimpin Pas,utk menilai siapa Pas,dan adakah parti itu pejuang Islam tulin,cukup lihat itu semua.Pas parti politik biasa saja tak lebih dan tak kurang,kalau Umno sekular pasa pun sama.Nasihat lah pada kawan kau tu.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!