Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, January 16, 2014

GEGAR..!!! ORANG CINA SENDIRI MALU BESAR TENGOK PERANGAI PENIAGA CINA...

Saya bukan seorang yang racist. Buktinya, saya juga punya ramai kawan dari kaum Cina. Saya berkawan dengan depa sebab depa tak racist dan hormat/faham pada hak serta keistimewaan bangsa Melayu Bumiputera dan kedudukan Islam...

Ada di kalangan depa yang sokong DAP. Ada yang sokong MCA dan Gerakan. Saya hormat pilihan depa atas nama demokrasi. Kami tak pernah gaduh pasal politik, cuma ada la berdebat sikit kadang-kadang tu.. tapi selalunya kami akhiri dengan gelak tawa...

Baru ni saya lepak dengan depa. Tunjuk kat depa gambar kat atas tu. Terbeliak mata depa. Memang betul terjemahan yang diberikan pada tulisan Cina tu... merah muka depa... depa malu.. bukan malu "kantoi", tapi malu bila ada kaum depa yang buat begitu...



Saya nak tanya, apa pula pandangan kawan-kawan pada insiden gambar kat atas tu? Boleh terima tak cara kempen macam tu? Gila betul...macam-macam la haiii..!

Kalau tak silap saya, gambar yang peniaga Cina tu letak kat poster tu ialah gambar Najib masa tunai umrah. Najib pakai ihram, kan?

Sampai macam tu sekali dia gunakan alasan nak naikkan harga? Dia tak kasi pelanggan (dah tentu la pelanggan Cina) dia marah kat dia, dan dia suruh marahkan BN dan Najib? Akai ada kaaa?

Setahu saya, banyak kedai dan restoran yang masih tak naikkan harga walaupun depa kata harga barang naik. Majoriti masih tak naik harga, maka itu maknanya walaupun harga barang naik tapi peniaga masih untung...kan?

Kalau sayalah jadi orang Cina, saya takkan jejak kaki ke kedai Cina macam tu. Kawan-kawan Cina saya pun setuju. Depa pun malu nak ngaku peniaga Cina tu kaum depa, apatah lagi nak jejak kaki kat kedai macam tu... depa malu!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!