Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, January 7, 2014

GADUH LAGI..! SEMUANYA SEBAB NAK JAWATAN BESAR..!!! (Macam tu harapan rakyat?)

PR_retak

Apa sudah jadi dengan “pakatan” di antara parti-parti Pakatan Haram di Kelantan? Berebut kuasa? Tunjuk kuasa? Balas dendam kesumat? Gila kuasa? Atau kononnya mendakwa “berkongsi kuasa”, padahal bila sebuah parti mendominasi kerusi DUN sesebuah negeri, maka “akulah raja”?

Dalam kecoh-kecoh puak PAS di Pulau Pinang “mengamuk sakan” atas layanan “double standard” Lim Guan Eng dan kerajaan pimpinannya pada parti mereka, Kerajaan PAS Kelantan pula dihentam kepimpinan PKR di negeri itu yang mendakwa seolah-olah di”anaktiri”kan?

Pengarah Latihan dan Komunikasi PKR negeri, Datuk Dr. Wan Suhaimi Wan Daud mengadu pada media semalam tentang “perangai buruk” kepimpinan PAS Kelantan yang mengaku “meniru lagak” DAP yang tidak mempedulikan kepimpinan PAS di Pulau Pinang.


Wan Suhaimi

Apa yang dimaksudkan Wan Suhaimi itu ialah mengenai kenyataan Timbalan MB Kelantan, Datuk Nik Amar Nik Abdullah yang baru-baru ini mengaku “melayan PKR di Kelantan seperti DAP melayan PAS di Pulau Pinang”. Bunyi kenyataan Wan Suhaimi itu menggambarkan PKR benar-benar marah pada PAS…

Malah lebih melucukan, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob, turut menerima “tempias” kemarahan PKR Kelantan itu apabila dia mengungkit soal janji lisan MB itu pada “boss”nya, Anwar Ibrahim, tentang beberapa perkara yang dijanjikan untuk pemimpin PKR Kelantan sebelum ini.

Apa yang dijanjikan? Projek? Balak? Lojing? Pakej tiap-tiap bulan menyeberang Sungai Golok tanpa sekatan? PKR mahu diberikan kontrak bekalkan “budu” ke seluruh pejabat parti-parti Pakatan Haram di seluruh negara? Apa agaknya yang dijanjikan? Boleh cerita?

Kalau diperhatikan senario PAS-DAP di Pulau Pinang, dan PKR-PAS di Kelantan, saya mampu tersengih-sengih sendirian. Nak tahu kenapa?

Pada saya, berdasarkan senario tersebut, sebenarnya tiada istilah perkongsian kuasa di antara parti DAP, PKR dan PAS. Istilah itu hanya dibibir saja bagi “menyejukkan” hati para penyokong Pakatan Haram (seperti Moooh dan sebagainya), kan?

Di Pulau Pinang, DAP hanya beri muka pada PKR. Mungkin sebab PKR “bijak membodek” dan sanggup mengikut telunjuk “Maharaja” Guan Eng. Sedangkan PAS yang memberikan gelaran “Khalifah Umar Abdul Aziz” pada Ketua Menteri Pulau Pinang itu langsung tidak dipandang, kan?

Di Kelantan, mungkin atas dasar “dendam” dan “nak tunjuk kuasa”, maka PAS pun berperangai yang serupa. “Kalau DAP boleh di Pulau Pinang, mengapa PAS tak boleh?”, mungkin itu yang ada dalam otak lebai-lebai PAS di Kelantan. Macam budak-budak kecil perangainya. Tapi di situ memang jelas tiada perlaksanaan “berkongsi kuasa”…

Kalau nak dikatakan pemimpin PAS dan PKR “gila kuasa” pun boleh jadi juga. Sebabnya, masing-masing tak boleh tahan untuk “mengamuk” dan “mengadu” pada media bila mereka tidak diberi jawatan atau kepentingan dalam kerajaan di negeri yang ditadbir Pakatan Haram.

IMG_33607375737363

PAS Pulau Pinang “mengamuk sakan” di Muktamar PAS tempohari. Mereka ungkit habis-habisan dan mendesak Presiden PAS campur tangan atau mereka akan bertindak sendiri terhadap DAP dan “Khalifah” mereka. Puas jugalah Hadi memujuk mereka. Tapi sampai sekarang kemelut itu masih tidak dapat diselesaikan walaupun “Abang Guan Eng” dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang yang baru…

Di Kelantan pun sama, PKR tak puas hati sebab tidak dilantik ke jawatan-jawatan penting dalam Kerajaan PAS Negeri Kelantan. Cuma PKR Kelantan tidak “mengamuk” depan Anwar, mereka hanya berani bersuara di media saja sambil “membodek” Ketua Umum mereka yang dijanjikan sesuatu oleh Ahmad Yaakob…

Berbeza sekali Pakatan Haram dengan BN. Misalnya, meskipun MCA sebelum ini tewas teruk dan tidak “perform” pada PRU ke-13 pada Mei lalu, Perdana Menteri tetap mempelawa mereka menyertai Kabinet Kerajaan Persekutuan. Malah di negeri-negeri pimpinan BN, MCA turut juga dipelawa menganggotai barisan Exco…

Cuma mungkin MCA ini lebih bermaruah dalam soal perkongsian kuasa dan “penilaian berdasarkan KPI”, maka mereka “merajuk” enggan menerima pelawaan ke jawatan-jawatan penting Kerajaan itu. Apa pun alasan MCA, tindakan itu jelas membuktikan mereka tidak gila kuasa atau “bersikap macam budak tak dapat botol susu”, kan?

Pakatan Haram baru mentadbir 2-3 buah negeri, tapi kita mampu melihat sikap sebenar mereka. “True colours” mereka begitu terserlah menjadi bahan lawak jenaka yang mampu membuat kita tersenyum sinis. Padanlah Allah SWT tidak izinkan mereka mentadbir Malaysia, ada hikmah rupa-rupanya. Rakyat sudah celik, “Moooohhh dan rakan-rakan bagaimana pula? Wallahu’alam.

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!