Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, January 12, 2014

EXCO DITUDUH "MELOMBONG EMAS" DI KTPC?

Dalam meneliti "amaran" sahabat saya kepada Exco Kerajaan BN Negeri Kedah, YB Sabrina Azizan, saya "terusik" dengan tulisan bilangan ke-10 yang menyebut...
10.   Janganlah Y.B. terlalu ghairah untuk ‘melombong emas’ di KTPC. Jalankan kerja Y.B. dengan amanah dan dalam usia YB juga masih muda ini eloklah digunakan untuk berbakti kepada masyarakat sepenuhnya. Hargailah sokongan rakyat dan jangan gunakan politik untuk kepentingan sendiri serta keluarga, sebaliknya berkhidmatlah untuk masyarakat. Ingat, tiada siapa pun kebal dari undang-undang. ‘No one is above the law’.
Saya rasa teruja dengan "amaran" tersebut. Saya teruja dengan ungkapan "terlalu ghairah melombong emas di KTPC".... Beginilah...



Apa maksud ayat tersebut? YB Sabrina "melombong emas" di KTPC untuk siapa? Pada saya, ada dua makna dalam ayat itu. Double meaning...

Sama ada YB Sabrina "jangan terlalu ghairah melombong emas di KTPC untuk masuk poket sendiri" atau "jangan terlalu ghairah melombong emas di KTPC untuk mencari pendapatan bagi Kerajaan Negeri Kedah", kan?

Kalau benar sahabat saya tu ada maklumat YB Sabrina melombong emas di KTPC, sila laporkan pada SPRM dengan segera. Saya ni tak suka pemimpin yang buat kerja menyeleweng masuk poket sendiri ni... 

Sepanjang YB Sabrina jadi Exco ICT lebih kurang 7-8 bulan ni, ada ke sebarang bentuk "melombong emas" di KTPC yang masuk ke kocek YB Sabrina? Kalau ada, saya yakin dia dah lama "masuk ke dalam" dahhhh... Dalam KTPC tu banyak "hantu PAS" tu.. takkan depa nak lepaskan YB kita macam tu saja...kan?

Tapi yang saya takut, info "ghairah melombong emas di KTPC untuk masuk ke poket sendiri" tu tak benar. Bila tak benar, maka ia boleh dikatakan fitnah. Saya tak rela tanggung dosa besar....

Saya lebih suka kalau sahabat saya tu menulis "supaya YB Sabrina melombong emas di KTPC untuk Kerajaan Negeri Kedah. Khabarnya, Exco kita tu dah bawa masuk lebih RM1 bilion pelaburan ke KTPC...itu belum lagi dikira pelaburan yang dibawa masuk MB kita...lagi banyakkk...!

Persoalannya, adakah kalau pelaburan tu dibawa masuk MB atau Exco tu maka akan ada "wang tambahan" yang akan dihulurkan pada mereka? Kalau ditanya pada PAS, dah tentu depa kata "ada". Kalau ditanya pada orang UMNO, depa kata "takdak"...

Saya lebih suka tanya orang Islam... dah tentu depa akan kata "wallahu'alam, saya tak tahu". Sebabnya? Sebab orang Islam tak mahu babitkan diri dengan syak wasangka buruk dan fitnah. "Suu'u dzonn" tu dari syaitan dan fitnah tu dosa besar... saya tak rasa orang Islam suka pada kedua-duanya, kan?

Pun begitu, saya menyanjung tinggi ingatan sahabt saya tu pada YB Exco kita. No one above the law. Agreed. Kalau dirujuk pada facebook YB Exco kita tu, hari-hari (termasuk hari cuti hujung minggu) dia banyak habiskan masa dengan rakyat, khususnya di Bandar Bharu...

Maknanya, walaupun dia "baru kembali dari Melaka", tapi dia tak putus asa menghampirkan diri pada rakyat di DUN Bandar Bharu. Saya percaya, orang Bandar Bharu ramai yang makin kenal YB Sabrina yang masih muda dan berpotensi tu...

Akhir kalam, saya suka sekiranya kita menulis dengan bukti dan fakta benar, bukan sekadar "hear say" dari cakap-cakap orang. Kita orang Islam, kan? Takkan kita nak ikut cara mereka yang bukan Islam? 

Saya tidak membodek sesiapa. Hatta Mukhriz Mahathir sekali pun jika beliau salah, maka akan saya tegur, inikan pula Exco-Exconya... Namun kalau mereka di pihak yang benar, maka perlulah saya pertahankan kebenaran mereka... mereka mungkin tak beri satu sen pun pada saya... namun inilah yang dikatakan perjuangan menuju keredhaan Allah...kita beribadah sambil berblog... tak salah, kan?

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!