Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, January 13, 2014

DESYUMMM..!!! PUNCA KAMALANATHAN DITUMBUK..??!!!


Timbalan Menteri Pendidikan II, P.Kamalanathan mengadu ditumbuk seorang pemuda di pejabat Ahli Parlimen Hulu Selangor, petang Ahad.

Kejadian dipercayai berpunca rasa tidak puas hati pemuda terbabit ketika ayahnya berjumpa Kamalanathan sebelum insiden yang berlaku di pejabat wakil rakyat itu kira-kira jam 2.30 petang.
Kamalanathan

Ayah pemuda terbabit dikatakan berjumpa Kamalanathan untuk memohon supaya menantunya yang mengajar di Johor ditukarkan ke Hulu Selangor.

Dalam laporan polisnya, Kamalanathan berkata lelaki itu berjumpanya ketika program pemeriksaan mata yang dianjurkan pejabatnya.

Bagaimanapun, ahli Parlimen itu itu memberitahu hanya boleh memberi sokongan sahaja kerana menantu lelaki berkenaan mengajar Bahasa Inggeris dan sukar mendapat kelulusan bertukar.

Kamalanathan dalam laporan polis di balai Bukit Sentosa mendakwa pemuda itu yang berjumpanya kemudian dengan sekumpulan pemuda lain di pejabat beliau melepaskan satu tumbukan kebahagian lehernya.

Polis Kuala Kubu Bahru ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan timbalan menteri itu.-bnbbc.my

1 comment:

Anonymous said...

nak mintak tukar pakai kebel agak2 jugak lah..orang layen pong nak tukar jugak..jangan menghalalkan cara,cuba bapak nyer kene tumbuk apa perasaan anak menantu?

Bila Kak Su Bersuara... Heh!