Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, January 21, 2014

BUKAN ISLAM TAK PAYAH PATUH TITAH AGONG, FATWA? ISLAM KENA PATUH GUAN ENG?

edmund

Saya baca tulisan sahabat saya yang menggesa pihak Kementerian Dalam Negeri dan Peguam Negara mengambil tindakan terhadap portal pro-pembangkang, The Malaysian Insider, baca di sini dan di sini. Suka saya katakan, saya amat bersetuju dengan saranan penulisan tersebut.

Melihat pada asas hujah, memang saya dapati laporan portal berkenaan berbaur hasutan dan dilakukan dengan begitu sistematik. Saya tidak tahu siapa ketua pengarangnya. Adakah dia beragama Islam atau bukan beragama Islam? Namun apa yang saya pasti, dia jelas tidak menghormati senstiviti umat Islam di negara ini.

Laporan di Malaysian Insider itu dilaporkan oleh V. Anbalagan, Lee Shi-Ian dan Desmond Davidson. Walau apa pun agama mereka, saya yakin wartawan portal berkenaan bukan beragama Islam. Namun saya juga yakin bahawa mereka merupakan warganegara Malaysia.


Saya benar-benar rasa geram dan marah bila Islam semakin tercabar begini. Mulanya diambil cerita dari seorang peguam pro-Pakatan Haram yang berkemungkinan besar beragama Kristian. Kemudian cerita pula tentang kononnya ada rakyat Sabah yang “dipedaya” memeluk Islam?

Saya yakin, Malaysian Insider sebetulnya boleh dapatkan cerita dari seorang peguam yang adil dan menghormati sensitiviti serta keluhuran perlembagaan. Saya juga yakin portal itu tahu bahawa di Sabah dan Sarawak terdapat banyak kes yang melibatkan dakwah Kristian dan Islam.

Islam pedaya rakyat Sabah untuk peluk Islam? Kenapa tidak cerita tentang Kristian yang pedaya rakyat Sabah dan Sarawak untuk peluk Kristian? Kenapa tidak cerita tentang Kristian “merasuah” dalam bentuk barang-barang keperluan dan wang ringgit untuk menarik rakyat di sana memeluk agama salib itu? Cuba periksa betul-betul…

Pada saya, tiada siapa pun yang pedaya sesiapa berkenaan dakwah. Ia terpulang pada cara dakwah agama masing-masing dan terpulang pada individu yang menerimanya. Islam cara Islam, Kristian cara Kristian, Buddha cara Buddha dan Hindu cara Hindu.

Lagipun cerita itu di Sabah dan Sarawak yang tidak terlibat dengan ketetapan di Semenanjung Malaysia. Takkan itu pun Malaysia Insider tak tahu? Apa jenis portal yang siarkan cerita “spin” murahan begini? Cuma mungkin portal itu “lebih-lebih” dalam melaporkan berita dan cuba mencari publisiti dengan kandungan berita yang berbentuk provokasi…

Kalau dibaca laporan dari kenyataan peguam pilihan portal itu, Edmund Bon merujuk pada Eric Paulsen, pengasas Lawyers for Liberty yang jelas menyokong Pakatan Haram. Dari sudut keadilan undang-undang, kenyataan Edmund dan Eric itu layak “dibakul sampahkan” saja kerana sudah tentu kenyataan mereka bersifat “berat sebelah” atas asas “conflict of interest”.

Edmund menyebut dua kes terdahulu yang kononnya boleh dirujuk sebagai “judicial precedent” bagi menguatkan hujahnya yang mengatakan “bukan Islam tidak boleh didakwa di Mahkamah Syariah. Jadi mana-mana fatwa daripada Majlis Fatwa Kebangsaan tidak terpakai kepada bukan Islam“. Dia berikan 2 kes untuk kes rujukan.

Pada saya, hanya peguam “poyo” saja yang jumud fikirannya yang akan menggunakan ‘judicial precedent” kes yang terdahulu untuk menguatkan hujah. Tindakan itu pada saya jelas menunjukkan otak peguam yang tidak berkembang dan hanya membuat perhitungan berdasarkan kes lama sebagai garis panduan. Hujah itu tidak sekuat mana.

Saya setuju bahawa golongan bukan Islam tidak boleh di dakwa di mahkamah Syariah sebelum ini. Saya juga setuju fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan tidak terpakai kepada bukan Islam. Namun, ia sudah tentu tertakluk pada “terma dan syarat” berlandaskan keadilan, bukan?

Misalnya, dalam perlembagaan menuntut golongan bukan Islam supaya tunduk pada undang-undang yang melarang mereka menyebarkan agama anutan mereka pada umat Islam di Semenanjung Malaysia. Jadi, mereka mesti hormat undang-undang itu. Itu adalah hak keistimewaan Islam yang mutlak di Semenanjung Malaysia.

Berkenaan hak eksklusif kalimah “Allah”, mahkamah sivil sendiri telah menolak dan menangguhkan kes yang dituntut The Herald itu. Jadi, mengapa pula Edmund tidak persoal tentang pihak yang melanggar perintah mahkamah? Keputusan mahkamah itu bukan fatwa. Mengapa Edmund tidak mengutuk tindakan melanggar perintah mahkamah?

Sekiranya Majlis Fatwa Kebangsaan dan DYMM Yang DiPertuan Agong sebagai Ketua Tertinggi Agama Islam menetapkan bahawa hak penggunaan kalimah “Allah” adalah hak eksklusif bagi umat Islam, maka fatwa dan titah itu akan dijunjung umat Islam di negara ini.

Maksud saya, umat Islam akan bermati-matian mempertahankan fatwa tersebut demi kesucian Islam di Malaysia. Bagaimana jika muncul pihak bukan Islam yang membuat provokasi dan bertindak menghina fatwa berkenaan?

Tidak boleh didakwa di mahkamah Syariah? Namun saya yakin ia boleh dibicarakan di mahkamah sivil atas Akta Hasutan di mana tindakan itu mampu mencetus kekecohan dan mungkin mampu mengulang peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa itu pun boleh dijadikan “judicial precedent” juga kalau Edmund mahu…

Kalaulah tidak ada undang-undang di negara kita yang mampu menghalang provokasi dan membela Islam yang cuba dicemari oleh pihak tertentu, saya kira umat Islam di negara ini lebih rela buat “undang-undang sendiri”. Bila umat Islam buat “undang-undang sendiri”, tidak mustahil kekecohan lebih teruk dari tragedi 13 Mei boleh berlaku, bukan?

Apa yang dikatakan Edmund itu pada saya tidak berkonsepkan keadilan sebenar. Dia semata-mata ikut “buku manual”. Kononnya golongan bukan Islam boleh buat sesuka hati dan tidak perlu menghiraukan fatwa dan sensitiviti umat Islam. Cubalah buat sesuka hati, saya yakin Edmund akan terima pengajaran yang setimpal…

Sumber: Mykmu.net

2 comments:

Anonymous said...

Boleh berambuslah keluar dr Malaysia lah Cina2 pemakan babi oii ni klu dh tkmau patuh itu undang2 dan titah Raja..ini.. PENDATANG shame on you laa cina piggy!

Anonymous said...

http://lupikirlasendirik.blogspot.com/2014/01/salam-1-malaysia-memang-lama-mat-pk.html?m=1

Bila Kak Su Bersuara... Heh!