Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, January 9, 2014

BLOGGER PAS BERDENGUNG, KISAH ADIK KHATIJAH CUBA DIPOLITIKKAN?

Gambar "print screen" kat atas ni saya rakam dari sebuah blog pro-PAS terkenal di Kedah. Tak perlulah sebut blog mana...nanti depa kata saya kutuk depa pulak...

Sebenarnya saya tak kutuk pun... hanya sekadar menegur rakan bloggers yang suka "spin" dan "mempolitikkan semua perkara"...

Cuba baca tajuk yang diberikan blogger PAS untuk cerita adik Khatijah "duit syiling RM64" tu. Tajuk yang Kosmo berikan lain, tajuk yang blogger PAS berikan lain...kan?


"Kisah Cucu & Atuk dengan Duit Syiling - Inilah negaraku Malaysia", itu tajuk yang diberikan blogger PAS. Terbaca saja tajuk tu, saya dapat agak seolah-olah tujuannya nak kata "inilah gambaran rakyat dari hasil pemerintahan BN selama ni"... mudah sangat nak teka motif depa nak tukar tajuk...

Bukan saya suka syak wasangka buruk...Islam tak suka kita syak buruk kat orang.. tapi saya dah terbiasa dengan akhlak blogger PAS yang suka "spin" cerita.. dan cerita adik Siti Khatijah ni adalah
salah satu darinya... Memang itu kehandalan depa dari dulu...bermain akal...

Saya heran... perkara macam ni pun nak dipolitikkan? Astaghfirullahil'azim.. tak dak modal lain ke?

Untuk pengetahuan bloggers PAS, setiap hamba Allah di muka bumi ni.. tak kira la di Malaysia ke.. di Brazil ke.. di US ke.. di Brunei ke.. di Mekah ke... memang dah ditentukan Allah SWT tentang rezeki masing-masing...

Ada yang kerja kuat, tapi hidup depa tetap miskin. Ada yang malas kerja...tapi hidup depa senang lenang banyak duit.. Tu semua ketentuan Allah.. Rezeki di tangan Allah SWT, kan? Blogger PAS tak percaya rezeki di tangan Allah ke? Percaya pada qadha dan qadar tak?

Kalau la Allah tetapkan semua hambanya kaya raya takdak yang miskin, maka kurang la peluang kita nak dapat pahala sedekah.. duit zakat pun nak bagi kat sapa kalau bukan kat faqir miskin, kan? Itu antara hikmah di sebalik kemiskinan atau kekayaan seseorang...

Sama ada kaya ada miskin..semua tu adalah ujian Allah. Kalau kaya, adakah dia bersyukur? Kalau miskin, adakah dia sabar dan redha dengan rezekinya?

Jadi, tak payah la nak spin cerita adik Khatijah ni dan salahkan kerajaan atas kedhaifan hidup adik kita tu.. Tak payah la nak politikkan kisah ni... buruk benar perangai macam tu... 

Boleh blogger PAS tu ubah akhlak jadi lebih baik tak? Bukan apa... saya sayang saudara seagama saya.. lain la kalau blogger PAS tu Syiah...kan? Heh!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!