Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, January 23, 2014

BILA KDN NAK BERTINDAK NIHHH? NAK JADI "HISHAM" KE?

Bila KDN nak bertindak macam ni agaknya? Jangan sampai umat Islam hilang sabar dan buat tindakan sendiri...
Semalam, S/U UMNO Kepala Batas dan 5 NGO tampil buat laporan polis menggesa pihak berkuasa bertindak kat peguam tak reti hormat DYMM Yg DiPertuan Agong dan Fatwa Islam tentang hak eksklusif penggunaan kalimah "Allah"...

Saya pernah menulis tentang kenyataan Edmund Goh, sila rujuk di sini...

Saya sebenarnya dah muak dengan laporan polis. Dah banyak sangat dah. Sampai dah boring... Tapi bila KDN nak habis siasat? Sampai PRU ke-14? Bila pulak nak ambil tindakan? Takkan berani ambil tindakan kat PATI je kot? DS Zahid nak jadi macam DS Hishamuddin dulu ke? Heheeee...

Ni... cuba tengok kat bawah ni.. ni kawasan UMNO bapak mertua KJ ni...



Datuk Ahmad Darus

Senda Agong: Gesa Polis Bertindak

KEPALA BATAS – Umno Bahagian Kepala Batas dan lima Badan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis bagi meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pihak yang mempersenda titah Yang di-Pertuan Agong berhubung hak eksklusif penggunaan kalimah Allah untuk penganut agama Islam.

Setiausaha Umno Bahagian Kepala Batas Datuk Ahmad Darus berkata kenyataan peguam Edmund Bon yang mempersoal kuasa Yang di-Pertuan Agong bersifat menghina Seri Paduka dan boleh menimbulkan perasaan tidak menghormati Institusi Raja-Raja Melayu dan agama Islam sebagai agama persekutuan.

Beliau berkata, kenyataan peguam itu dalam laman sosial facebook telah digunakan pengamal laman sosial yang lain untuk menghasut rakyat supaya membenci dan tidak menghormati Seri Paduka.

“Sehubungan itu, Umno Kepala Batas bersama lima NGO hari ini mahu polis mengambil tindakan tegas terhadap peguam berkenaan kerana kenyataannya boleh disalah anggap oleh rakyat untuk tidak menghormati Agong sebagai Ketua Negara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sini hari ini.

Lima NGO yang turut membuat laporan polis ialah Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia Pulau Pinang (Mapim), Alumni Belia 4B Pulau Pinang, Majlis Belia Daerah SPU dan Kelab Warisan Pulau Pinang (Keris).

Ahmad berkata, pihaknya juga mahu polis mengambil tindakan termasuk menggunakan Akta Hasutan 1948 terhadap pemilik laman sosial ‘Rejimen Anarki’ yang dilihat menghasut rakyat supaya membenci institusi Raja-Raja Melayu.

“Kita bimbang jika perkara ini tidak dibendung akan timbul insiden yang tidak diingini seperti ketegangan dan pergaduhan antara kaum,” katanya. – BERNAMA

2 comments:

Anonymous said...

BAGI JER BUNG MOKTAR MENTERI DLM NEGRI....

Dks Kedah said...

KDN mana berani ambil tindakan. Era Tok Hisham ayat popular "kita akan pantau"..... Era Tok Zahid pula dok ugut akan ambil tindakan.

Bayangkanlah apa la sangat dgn kisah Sultan Melaka tu sampai kena reman 4 hari di bawah akta hasutan..... Walhal kisah lawyer laknat dan paderi Joseph tu sah2 boleh diletakkan di bawah akta hasutan, BEBAS berkata2.

Dah la UMNO boleh lepas Tian Chua dan Stopa bermaafan luar mahkamah, nak tunjuk baik la dgn sifat simpati dan bermaafan la konon. Apa kerajaan bun nak buat macam tu jugak ka.....?

Bila Kak Su Bersuara... Heh!