Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, January 18, 2014

BERJUANG KALIMAH "ALLAH" SAMPAI LUPAS SOLAT MAGHRIB..? HEH!

Kadang-kadang, nak tergelak jugak bila bersembang dengan beberapa rakan pasal isu kalimah "Allah". Berkobar-kobar betul semangat bila cakap isu tu... mujur tak terbalik meja kami yang penuh teh tarik bergelas-gelas tu... 

Lepak sampai 3-4 jam kat kedai mamak tu, dah tentu la bergelas-gelas air kami minum. Sembang kami majoritinya tentang isu kalimah "Allah"...

Isu tu memang penting untuk umat Islam. Takde lawak pada isu tu... semua serius. Nak tahu kat mana yang lawak dan peliknya? Meh sini saya cerita...



Saya banyak diam dalam sembang tu. Maklum la.. yang sembang tu kebanyakkannya hebat-hebat belaka. Lulusan oversea dan educated... dah tentu la hebat, kan? Kalau sebut pasal Islam ni, masing-masing nak jadi juara...

Namun apa yang diperdebatkan tu kebanyakkannya perkara sama yang diulang-ulang. Saya dah baca dah pandangan macam tu melalui kenyataan penuh Majlis Fatwa Kebangsaan. Depa dok ulang saja.. saya ni biasa la..cepat boring kalau orang dok ulang benda yang sama...heheee..

Kami sembang start waktu asar. Masa tu saya dah solat asar sebelum ke kedai mamak tu. Bila jam dah tunjuk pukul 7.30 pm, saya dan seorang kawan saya ke surau sekejap, meninggalkan beberapa orang rakan yang hangat berbincang isu kalimah "Allah"...

Kami selesai solat maghrib lebih kurang jam 7.45 pm. Lepas solat, tengah nak pakai kasut tu member saya kata... depa tak berhenti solat ka? Saya kata..takpa.. nanti kita peringat depa...

Sampai kat meja, kami minta la depa ambil giliran solat maghrib pulak... maghrib ni waktunya singkat, kan? Depa just mengangguk dan kata "okey, okey, nanti kami pi..". Tapi tak bangun-bangun pun dan terus bercakap tentang kalimah "Allah"...

Saya pun terleka jugak dengar depa sembang. Sedar tak sedar, dah dekat pukul 8.45 malam! Maghrib dah habis... Saya masih lupa depa belum solat lagi... dan sampai la masanya kami nak balik...

Masa kat kereta tu, member saya yang ke surau untuk solat maghrib tadi kata.. Bro.. hang perasan tak? Sembang pasai kalimah "Allah" hebat bukan main, ikrar nak pertahan bagai nak rak! Sampai lupa solat maghrib??? 

Perghh..! Member saya kata, tu yang sorang tu AJK PAS tu.. tu sorang lagi Ketua Cawangan PAS.. sorang tu PKR...sorang tu ahli UMNO.. sorang tu orang kuat Perkasa.. sorang tu Ketua Cawangan UMNO... kami tersengih-sengih berdua tepi kereta...

Tak pa la bro.. kita dah ingatkan dah depa tadi.. tanggungjawab kita dah selesai. Itu antara depa dengan Allah je la... saya balas...

Dalam perjalanan pulang ke rumah, saya tersengih-sengih fikirkan tentang itu. Sembang berdegar-degar pasal kalimah "Allah", pejuang Islam bagai nak rak... tapi tak solat! 

Ini bukan soal "siapa lebih Islam?"...PAS dengan UMNO lebih kurang ke sama jer... Kalimah "Allah" ni bukan soal politik sangat, tapi lebih pada soal Islam. Tapi nampaknya politik lebih diutamakan berbanding tanggungjawab diri sendiri terhadap Islam, kan? Wallahu'alam...

1 comment:

Anonymous said...

Masaalahnya orang melayu(lagi-lagi politikus) terlalu bersemangat bercakap tentang syiar Islam, tapi tak mahu ikut syariat Islam.

Cuba tanya apa itu syiar dan apa itu syariat. Politic is evil..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!