Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, January 13, 2014

"APA SALAH PESTA BUIH DI PUTRAJAYA" - PENGARANG THE STAR KATA...

thestarhardrock

Pengarang Akhbar The Star yang terkenal dengan sikap menyebelahi kumpulan orang Islam yang berfikiran liberal dan pro-eksteremis Kristian di negara ini, hari ini, menempelak dan menyindir kumpulan yang menentang pembukaan Hard Rock Cafe Putrajaya sebagai “reaksi keterlaluan dan tidak beralasan.”
Beliau menulis:
Reason No 1: It was another classic case of Malaysian over-reaction. Perkasa was screaming its head off even though Putrajaya Corporation chief Tan Sri Aseh Che Mat said there was no application to open a HRC in the administrative capital. The local Hard Rock Café franchise holder Tan Sri Syed Mohd Yusof Syed Nasir also confirmed that there was no such plan. So what was the fuss all about?
Ini masalah pengarang akhbar yang malas membaca. Bantahan paling awal digerakkan oleh pengguna Facebook [https://www.facebook.com/pages/Rakyat-Malaysia-Menentang-Hard-Rock-Cafe-dan-Kelab-Malam-di-Putrajaya/249117548586909]. Perkasa dan sebagainya datang kemudian, Page ini muncul dua jam selepas tersebar berita berikut:


ARKIB : 04/01/2014
Hard Rock Cafe Putrajaya bakal dibuka
PUTRAJAYA 4 Jan. – Pelabur Hard Rock Cafe di Malaysia, Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir akan membuka sebuah lagi cawangan restorannya di sini selepas pembukaannya di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Melaka.
Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Dr. Aseh Che Mat berkata, secara spesifiknya lokasi keempat Hard Rock Cafe itu ialah di Menara Ikhlas, Presint 3 di sini dan ia akan dibuka secepat mungkin iaitu antara tempoh tiga hingga empat bulan tahun ini.
“Ini akan melibatkan pelaburan yang agak tinggi kerana kita mahu Hard Rock Cafe berkenaan mampu menjadi tarikan baharu orang ramai untuk ke Putrajaya, terutamanya para peminat motosikal Harley Davidson,” katanya di sini hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Aseh yakin dengan adanya Hard Rock Cafe berkenaan, ia mampu menjadi tarikan baharu bagi Putrajaya. – UTUSAN
Sekiranya Wong Chun Wai yang tidak boleh berbahasa Mandarin dengan fasih, juga tidak boleh berbahasa Melayu dengan fasih, eloklah beliau meminta wartawan beliau menterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris supaya ia mudah difahami.

Janganlah anggap semua orang Melayu yang membantah pembukaan HRC di Putrjaya sebagai bodoh, bangang dan bahlul yang membiarkan emosi melampaui pemikiran rasional.

Kita lihat sepuluh alasan yang Wong Chun Wai berikan memberi gambaran seolah-olah orang Melayu dan Islam di negara ini bodoh dan bahlul membantah sesuatu yang tiada isu, anti hiburan dan dan cepat melenting.

Hakikatnya yang kami yang membantah mempunyai alasan yang sangat jelas kerana ia telah diumum untuk dibuka oleh Tan Sri Aseh Che Mat.

Perkara kedua juga sangat melucukan dan mengelirukan:
Reason No 2: Have any of the critics ever set foot inside a HRC outlet? Seriously, do they know what they are talking about? The last time I was there, the Strollers Two was playing.
Hello, only uncles and aunties will know who the Strollers are.
Please lah. Tempat maksiat? Duh! HRC all around the world have a reputation for hosting family gatherings. Maybe the steaks are a little over-priced but it’s the last place you want to go for a pick-up, unless cougars are your preferences.
Footnote: Cougars are not animals despite their somewhat animalistic demands.
pestabuihHRC

Kami juga bukan anti hiburan, apa yang kami mahukan hanyalah hiburan yang berpatutan dengan Putrajaya, bukannya semacam Hard Rock Cafe Kuala Lumpur atau Pulau Pinang yang bukan sahaja menjadi tempat tumpuan pemilik motor besar tetapi juga kumpulan manusia yang menjual diri dan pemabuk atau mengadakan pesta buih seperti di HRC Pulau Pinang.

10 perkara yang dikemukakan oleh pengarang The Star langsung tidak menyentuh hiburan melampau yang diadakan oleh Hard Rock Cafe. Beliau mungkin beranggapan boleh “menyesatkan” (mislead) sebahagian pembaca Islam liberal dan menunjukkan penentang HRC Putrajaya sebagai ortodok, jumud dan ekstremis Islam.

foamparty

Jika dilihat aktiviti-aktiviti Hard Rock Cafe Pulau Pinang misalnya, mungkin tajuk paling sesuai untuk tulisan The Star tersebut ialah, “Apa Salah Pesta Buih di Putrajaya?”
Sekadar mengulangi kumpulan membantah HRC di Putrajaya:
Jual Arak atau tidak, kami tidak mahu franchise arak menjadi mercu tanda Putrajaya. Isunya bukan jual arak, tapi imej arak yang akan memalukan Putrajaya. Pergilah buka hotel Hard Rock tempat lain.
Kalau Felda boleh buka Hotel di London harga beratus juta, kenapa tak boleh buka hotel, tak boleh labur di Putrajaya jika bandar ini kemaruk pelaburan sangat?
MESEJ MUDAH:
KAMI TIDAK MAHU PUTRAJAYA DIKAITKAN DENGAN BRAND FRANCHISE ARAK DAN HIBURAN BARAT!
The Star boleh terus memutarbelitkan fakta apabila membabitkan orang Melayu dan Islam. Kami akan terus mendedahkannya!

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

Yang lebih aku heran, apsal nak buka kat Putrajaya? Kat sana ramai peminat dan pengunjung pub ke? Kalau sebab nak jadi tarikan pd orang luar, lepas ni bukak pusat urut dan pelacuran. lagi ramai peminat. stupid punya malaun. BN nyaris kalah kat Putrajaya sebab benda-benda macam ni la. Lagi nak bukak juga. Bongok.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!