Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, January 3, 2014

AHLI PARLIMEN PULAI YANG KURANG AKAL ATAU TIADA AKAL?

nurjazlan540px_540_361_100

MAJORITI penyokong UMNO agak rasa pening lalat sikit dengan sikap yang ditunjukkan Ahli Parlimen Pulai, Nur Jazlan Rahmat yang kebelakangan ini nampaknya sangat cenderung dengan politik pembangkang, terutama dalam soal kenaikan kos sara hidup yang diputar belitkan mereka.

Nur Jazlan baru-baru ini mempersoalkan kerajaan yang kononnya lambat memberikan penjelasan kepada rakyat berhubung kenaikan harga barang yang menjadi faktor kepada kenaikan kos sara hidup.  Persoalannya, apa barang keperluan asas yang dah naik?

Tolak gula yang subsidinya dihapuskan kerajaan selepas pembentangan bajet 2014 yang lepas, harga barangan keperluan yang lain, nampaknya masih tidak berubah.  Tepung, beras dan minyak masak (sekadar menyebut beberapa), harganya masih kekal sama seperti sebelum PRU13.


Jadi Nur Jazlan nak mintak kerajaan jelas apa pasal kenaikan sara hidup kalau tidak ada barang keperluan asas yang naik?

Begitu juga dengan kadar tol yang digembar gemburkan sebelum ini, perkara itu juga belum lagi muktamad dan kenaikan tersebut bergantung kepada syarikat pemegang konsesi berkenaan, bukan kerajaan.

Memang benar kerajaan BN dan Perdana Menteri ada memberi jaminan untuk menangani kos sara hidup ini, tapi bukan ke tahap barang-barang bukan keperluan yang menjadi punca kenapa ramai orang tidak cukup duit di hujung bulan, macam astro, bil telefon tinggi dan sebagainya.

Yang Nur Jazlan pi campur aduk janji bulan bintang pembangkang dengan BN buat apa?

Sebagai anak bekas pemimpin UMNO yang naik nama sebagai calon BN pun kerana nama bapanya (Al fatihah kepada Tan Sri Mohamad Rahmat) di Pulai (bukan sebab diri tu kuat sangat), penulis nak nasihatkan Nur Jazlan, cuba jangan jadi bebal sangat.

Kalau tidak ada apa barang keperluan yang naik, dengan apa dan bagaimana pulak kerajaan nak beri penjelasan?

Jika yang sibodoh ini maksudkan barang-barang lain yang bukan berada dibawah kawalan kerajaan, itu yang menentukan ialah kuasa pasaran, bukan kerajaan.  Terpulang kepada pengguna nak menggunakan kebijakan masing-masing membuat pilihan di kedai mana yang nak dibeli.

Malaysia bukan negara komunis dimana setiap bentuk dan benda barangan yang boleh dibeli di kedai pun kerajaan nak kena masuk campur tangan juga.

Contoh, macam barang keperluan sekolah yang dilaporkan naik mendadak sekarang (terutama di Selangor).  Hal itu bagaimana Nur Jazlan nak harap kerajaan persekutuan untuk menjawabnya bila harga barangan sekolah bukan berada di bawah kawalan kerajaan.

Lagipun di Selangor ada banyak faktor kenapa barang seperti peralatan sekolah ini naik lebih mahal dari tempat-tempat lain, antaranya kos untuk menjalankan perniagaan yang semakin mahal di negeri tersebut.  Cukai dan caj lesen perniagaan yang tinggi adalah antara beberapa punca.

Bagaimana kerajaan persekutuan nak berperanan dalam masalah yang di sebabkan oleh kerajaan negeri pembangkang?  Ini tidak masuk akal sama sekali, takkan Nur Jazlan ini bodoh benar sampai tak terfikir ke situ?

Penulis nak sebutkan ini kepada Nur Jazlan, lain kali, kalau tak boleh terima kekalahan, jangan bertanding.  Taklah jadi gila atau separuh gila macam sekarang.

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

sesejuk mata memandang said...

Mungkin kah siDia ini dalam senarai barangan untuk dibeli oleh Ketua Pembangkang

Bila Kak Su Bersuara... Heh!