Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, January 26, 2014

ADA YANG GEMBIRA BILA UST HARUN TAIB MENINGGAL DUNIA?

HARUN TAIB 3

PENULIS melihat beberapa blog dan portal berita pro pembangkang ‘menyambut baik’ kematian Ketua Ulama PAS, Allahyarham Datuk Harun Taib malam tadi akibat penyakit kencing manis pada usia 71 tahun.

Ada yang kata kematian itu satu rahmat, tidak kurang juga yang menyelitkan label ‘penentang kalimah Allah oleh non-muslim’ pada tajuk berita mengenai kematiannya.

Seoalah-olah puak ini ‘berpesta’ dengan kematian Allahyarham sebab sebelum ini banyak pihak dalam Pakatan ini menganggap Harun Taib sebagai penghalang kepada kesepakatan pembangkang dalam isu kalimah Allah – kesepakatan dalam erti menyebelahi puak Kristian, bukan orang Islam.


Arwah juga menentang pemimpin DAP dilantik jadi Timbalan Perdana Menteri kalau Pakatan menang dalam PRU13 yang lepas.  Semua inilah yang buat ramai berbulu dengan beliau.

Trend macam ini penulis lihat semakin menjadi-jadi sejak bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abd Razak meninggal dunia September tahun lepas.

Dari satu segi, orang ini ’dimuliakan’ sebagai pemimpin PAS, tapi dari segi politik Pakatan, orang ini dilanyak dan di hina semahu-mahunya bila dia meninggal dunia.  Dalam kes arwah Azizan, liang lahad belum siap gali pun, Pakatan dah sibuk nak meletakkan calon.

Buruk tak buruk punya perangai pembangkang ni, lihat saja bila ada kematian pemimpin yang kita tahu semasa hidupnya tidak menyokong agenda pembangkang untuk cetus huru hara agama di negara kita ini.

Dalam isu kalimah Allah ini, penulis tidak lihat Allahyarham satu-satunya yang menentang penggunaannya oleh puak radikal Kristian.  Arwah memang antara yang vokal sekali, tapi suara itu sebenarnya mewakili majoriti besar pemimpin dan ahli PAS yang masih berpaksi kepada asal usul perjuangan sebenar PAS.

Yang lain tu terpaksa main peranan supaya penyertaan PAS dalam Pakatan nampak jelas memang ada peranan, bukan sekadar sebagai penumpang, sementara satu dua individu pula seperti Khalid Samad, memang bersekongkol dengan puak Kristian sebab undinya di Shah Alam bergantung kepada puak-puak ini.

Perginya arwah juga tak bermaksud suara anti penggunaan kalimah Allah oleh radikal Kristian dalam PAS akan lenyap, silap-silap bertambah nyaring pulak.  Nik Aziz pun nampaknya dah mula tukar tune dalam isu ini apabila dipetik menentang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Dan mengenali PAS, kita tahu parti itu ibarat ‘apa tuk guru kata sajalah’.  Ya, mereka ada perlembagaan, ada pemilihan dan sebagainya, tapi itu semua formaliti sahaja, hakikat sebenarnya, Nik Aziz satu orang yang main peranan menentukan hala tuju parti tersebut.

Rakyat Malaysia perlu tolak politik tak beradab seperti ini.  Politik politik jugalah, tapi takkan sampai hilang nilai kemanusiaan?

Al-Fatihah untuk arwah. - Mykmu.net

1 comment:

HassanNik said...

Lantang Dalam Menentang Penggunaan Kalimah ALLAH Oleh Puak-Puak Kristian Tak Guna Jugak Jika Semasa Hayatnya Allahyarham Masih Terus Menerus Duk Bersekongkol Dengan Mereka, Terutama Sekali Puak-Puak Penolak Islam, Demi Untuk Menjatuhkan Melayu/Bumiputra Islam UMNO Khususnya Dan Kerajaan BN Amnya. Innalillai Wainna Ilaihi Rooojiun!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!