Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, December 31, 2014

APA CERITA NI DR MAZA? SAMPAI KE NERAKA BAGAI...???


Bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dikecam seorang penulis di sebuah portal ekoran kenyataannya yang seolah "menambah saham ke neraka" dengan persepsi buruk yang dilihat mampu memecah-belahkan rakyat.
Kata penulis berkenaan, sewaktu seluruh jentera kerajaan termasuk Perdana Menteri dan pak-pak Menteri yang lain sedang berjerih payah membantu lebih 200,000 mangsa banjir di Pantai Timur, bekas Mufti itu seakan tidak membantu memperbetul persepsi, namun lebih menjurus menjadi "batu api.

"Ketika ramai antara kita bertungkus lumus membantu mangsa banjir, menghulur derma barangan dan membetulkan fitnah yang berleluasa, seorang bekas mufti yang “gila populariti”, Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr Maza) memilih untuk menyebarkan prasangka buruk dan fitnah yang boleh memecah belah rakyat.
 

WAHAI BUMI TELANLAH AIRMU...

Musibah yang berlaku di kebanyakan tempat di Pantai Timur semakin teruk dan sangat-sangat memerlukan pertolongan serta bantuan daripada seluruh rakyat Malaysia.
Keadaan banjir itu dikatakan antara yang terburuk dalam tempoh hampir 43 tahun di sesetengah tempat seperti di Kuala Tahan, Kuala Krai dan Gua Musang.
Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, pelbagai cara boleh kita salurkan untuk membantu mereka dalam meringankan beban yang sedang ditanggung. Ini kerana yang pasti kemusnahan harta benda, malah kehilangan nyawa sedang berlaku di sana.
 

Tuesday, December 30, 2014

GAMBAR VIRAL: AKSI POSING "MAUT" MAT SABU DI MUSIM BANJIR...


Hebat gak la Abang Mat kita ni... orang dok sibuk huloq bantuan kat mangsa banjir... bergadai nyawa bagai... dia dok sibuk posing....hehehheeee...

Apa pun, saya "puji" la Abang Mat kita ni... terbukti dia memang pandai cari publisiti... murah ka, mahal ka... itu belakang kira...

Cuba tengok kat bawah ni... Abang Mat beraksi di musim banjir!

 

BILA ORANG INDON KETAWAKAN ORANG MALAYSIA...


Ada sesetengah pihak di kalangan rakyat Malaysia yang mudah terpengaruh dengan sentimen negatif sehingga tergamak memalukan diri sendiri di laman-laman sosial.
Jika kejahilan dan pemikiran yang lemah itu hanya dilihat oleh keluarga terdekat sahaja, mungkin ia boleh dikira "cincai" sahaja. Maklumlah, adik beradik....

Tapi kalau sampai memalukan diri sendiri dan negara hingga melibatkan peringkat antarabangsa, serta dikomen dengan persepsi buruk melibatkan seluruh rakyat Malaysia, apakah ia boleh diterima?
 

Monday, December 29, 2014

SUBHANALLAH..!!! INI RAHSIA HIKMAH DI SEBALIK BANJIR KALI INI?


Nampaknya meskipun Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan para pemimpin menasihatkan pengguna laman sosial supaya memeriksa kesahihan maklumat sebelum disebar, namun gesaan itu tetap enggan dipeduli.
Walaupun nasihat berkenaan sejajar dengan ajaran agama Islam demi mencegah kekeliruan di kalangan rakyat dengan unsur fitnah dan tohmahan yang lebih besar dosanya dari dosa membunuh, namun ia tetap tidak dipedulikan.

Mungkinkah para pengguna laman sosial di Malaysia pada zaman ini lebih suka pada fitnah dan gemar menyebarkan suatu tohmahan tanpa usul periksa?
 

Wednesday, December 17, 2014

TU DIAAA... ANWAR BERAHIM DILONDEH LAGI DALAM MAHKAMAH..!


Ekceli... Anwar ni makin tak laku di media... makin layu.. dah hilang kreadibiliti... dah takdak dah solidariti... macam-macam pekung dia didedahkan Allah SWT...

Terbaru.. pekung Anwar didedah lagi... dalam mahkamah pulak tu...

Apa la Pak Syeikh ni... agaknya kenapa satu persatu aib dia dibongkar Allah SWT?

 

TERUK SANGAT DAH BUDAK NI... ADA SESAPA BOLEH SAHKAN?


Just inginkan kepastian... saya tak sure pasal perkara ni... bukan apa... depa ni pandai sangat camouflage.. macam sesumpah... depa dihalalkan bertaqiyyah....

Sebelum ni dah jelas dah Syiah tu sesat... ye laaa... sampai kafirkan Sayyidina Abu Bakar, Umar dan Uthman tu apahal? Siap nikah mut'ah pulak tuuuu.. gila laaa...

Ni pasal budak kat bawah ni... teruk sangat dah memuja Syiah ni...

SESAPA ADA NAMPAK AWEK LAWYER FOR LIBERTY NI TAK? FADIAHHH... MANA KAMU?


Kawan-kawan ada nampak Fadiah Nadwa tak? Alaaaa... awek peguam pro PKR yang selalu keluar kenyataan poyo tu... ada nampak?

Takde la.. bukan nak ngorat dia... 

Cuma ni kat bawah ni ada persoalan yang dia perlu jawab pasal "boss" dia kat Lawyers For Liberty tu...

Tuesday, December 16, 2014

PAS HALAU DAP: SIAPA HALAU SIAPA SEBENARNYA?


PAS dah mula melawan? Aikkkk.. berani melawan dah sekarang ni?

Saya nak tengok sejauh mana PAS nak lawan dengan DAP... DAP ni terkenal dengan degil dan chauvinis tahap ultra kiasu.... boleh ke PAS "bentuk" DAP? Atau PAS yang "dibentuk" DAP?

Terbaru, PAS mula melawan dah sikit...

 

10 TIPS DAPAT ANAK SOLEH, SOLEHAH... KONGSIKAN DEMI KEKUATAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA!

“Wahai Tuhan kami,anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami sebagai penyenang hati (kami),dan jadikanlah kami imam  bagi orang-orang yang bertaqwa.”
(Surah Al Furqan, 74)
Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: 
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah..orang tuanyalah yang menjadikannya seorang Yahudi atau Nasrani atau Majusi”

Tuesday, December 9, 2014

ALI.. TU "KAD POHON SUAKA", BUKAN "KAD SUAKA"... ADA PAHAM KAAA???

aliKecoh di dada media mengenai Ali Abdul Jalil, seorang anak muda yang melarikan diri dari pihak berkuasa setelah berdepan perbicaraan di mahkamah di bawah Akta Hasutan kerana menghina Raja-Raja Melayu, khususnya Sultan Johor.
Mereka kecoh kerana Ali mendakwa dia sudah mendapat “kad suaka politik” dari negara Sweden, negara yang menjadi lokasi anak muda itu melarikan diri. Rata-rata penyokong Ali gembira dan mengucapkan tahniah pada “ikon” anak muda pro-Pakatan Haram itu.
Tidak tahulah sama ada berpengetahuan luas atau tidak, namun status “kad suaka politik” yang diberikan pihak berkuasa Sweden kepada Ali itu agak meragukan pada pandangan saya.

Sunday, December 7, 2014

#PASMA: PENDEDAHAN BERANI MATI PENYOKONG PAS..!!!


Gerakan yang mendakwa melakukan pembersihan PAS menghangatkan lagi kemelut dalaman parti itu apabila mendedahkan sebuah rakaman video yang dikatakan mengandungi kenyataan mengenai dalang sebenar di sebalik PasMa.
Menurut admin laman Facebook gerakan tersebut, El-Haraki, suara rakaman audio berkenaan adalah milik "Pak Daeng" yang dipercayai merujuk pada Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS, Dr. Daeng Sanusi Daeng Mariok.
Menurut rakaman audio berkenaan, bekas Exco Kerajaan PAS Kelantan, Husam Musa merupakan dalang di sebalik penubuhan PasMa yang dilaporkan bertujuan untuk menjatuhkan kepimpinan ulama di dalam PAS.
 

Wednesday, December 3, 2014

TAK HABIS LAGI PASAL "BLOGGER BANGANG"???

Ramai jugak kawan-kawan saya yang tanya, saya marah ke bila PM kata blogger yang serang pemimpin UMNO tu sebagai "bangang"? 

Saya senyum je... maklum la... kawan-kawan maya kat internet ni tahu saya kerap jugak tulis pasal pemimpin UMNO terutama di zaman Pak Lah dulu... kan?

Okay la...saya explain la sikit pandangan saya...

UMNO KEDAH MEMANG DAH LAMA REMAJA DAH... MANTAP DAFTAR PEMILIH!

Lepas PAU2014, ramai yang dok sebut "peremajaan parti". Boleh kata tiap-tiap hari saya dengar nak remajakan UMNO, termasuk la di Kedah ni...

Tapi di Kedah ni saya rasa tak perlu risau sangat tentang peremajaan UMNO...

Sebab? Sebab saya selalu cuba dapatkan feedback dari rakyat Kedah ni... Kalau tanya pemimpin, mungkin la depa akan kata semuanya elok... tapi dari sudut pandang rakyat Kedah? Sebab tu saya dapatkan jugak feedback dari rakyat... tak salah, kan?

Tuesday, December 2, 2014

YA ALLAH..! SAYA RAYU BANTU PAKCIK DAN MAKCIK DI KODIANG NI... TOLONGLAH...

Betullah. Tak kena kat kita, maka kita mungkin buat tak peduli. Tapi kalau kita letak diri kita pada tempat mereka yang kurang bernasib baik ni... rasany belum tentu kita boleh survive...

Sebak hati saya baca kisah makcik dan pakcik ni... Depa orang Kodiang...satu hari pada tahun 2012, pakcik ni accident kat Pendang... sejak tu pakcik ni terlantar sakit...lumpuh seluruh badan...

Demi kasih sayang seorang isteri pada suaminya, makcik ni la yang jaga pakcik tu sampai sekarang. 

Lebih menyayat hati...

 

Monday, December 1, 2014

TAK BOLEH! MUKTAMAD! TAK FAHAM BAHASA KE?

Betul saya tak faham dengan depa ni... dah cakap banyak kali dah sebelum ni... tapi depa masih tak faham... saya tak faham kenapa depa tak faham dengan kenyataan dari KDN sebelum ni... PM pun dah penah cakap dahhh...

Abu mayat Chin Peng tu diharamkan masuk ke Malaysia. Faham tak kenyataan tu? Tu ayat mudah tu... bukan guna laras bahasa saintifik kaaa.. laras bahasa komputer ka... tu Bahasa Melayu mudah!

Mohon sesapa yang tahu berbahasa Cina atau Tamil, tolong translatekan kenyataan tu untuk semua dalam bahasa Cina dan Tamil...kalau ada yang mahir bahasa lain, tolong translatekan sekali...

 

PEMIMPIN "BANGANG" LEBIH BAHAYA DARI BLOGGER "BANGANG", SETUJU?


Seorang pensyarah universiti terkemuka Australia yang merupakan warganegara Malaysia mencadangkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menegur para pemimpin parti itu yang mengeluarkan kenyataan yang tidak wajar.
Pensyarah berkenaan, Dr. Radzi Jidin yang merupakan bekas pemimpin kelab UMNO luar negara itu berkata, pemimpin UMNO seperti itu adalah lebih merbahaya berbanding blogger-blogger pro-UMNO yang menyerang segelintir pemimpin di blog mereka.
Radzi berkata, para pemimpin UMNO yang mengeluarkan kenyataan atau bertindak secara tidak wajar bukan saja mengundang serangan dari pihak pembangkang, malah turut akan menyebabkan parti diserang oleh golongan "atas pagar" dan penyokong parti itu sendiri...
 

Sunday, November 30, 2014

#PAU2014 DAH HABIS... SO? APA KESAN?

#PAU2014...
Dah habis PAU2014... nanti jumpa pada PAU2015 pulak, insyaAllah...

Saya taktau nak komen macamana untuk PAU2014 ni... nak kata panas sangat tu takde la.. cuma... hmmmm... takpe lah... heh!

Apa? Takpe..takpe... heheheee.. Cuma....ada la sikit nak tulis ni.. my 2 cents opinion...

Tuesday, November 25, 2014

TERKINI: PERUTUSAN TUN M SEMPENA #PAU2014

1. Perutusan ini ditulis kerana saya tidak dapat hadir di Mesyuarat Agong UMNO kerana berada di luar negara. Tetapi kerana saya kurang sihat untuk keluar negara, saya mungkin hadir Insya’allah! Walaubagaimanapun saya ingin membuat kenyataan ini juga.
2. Sebagai orang tua, dan orang tua UMNO pula, izinkanlah saya memberi sedikit pandangan.
3. Semua tahu UMNO sekarang tidak popular seperti UMNO dahulu. Ada yang berkata UMNO tidak lagi relevan.
4. Sedikit sebanyak pandangan ini berasas. Jika UMNO dikalahkan dan hilang dari muka bumi, kepimpinan dan ahli UMNO tidak boleh nafi sumbangan mereka kepada kejatuhan parti yang begitu berjasa kepada Melayu dan negara Malaysia.
5. Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh pemimpin dan ahli UMNO?
6. Pada pandangan saya, yang pertama ialah kerana menganggap UMNO sebagai batu loncatan untuk perkaya diri sendiri.
7. UMNO hanya menerima ahli baru yang tidak mengancam kedudukan pemimpin yang sedia ada di semua peringkat.
8. Cawangan tidak terima sesiapa yang berkebolehan mencabar Ketua Cawangan. Ini adalah oleh kerana ada habuan bagi Ketua Cawangan.
9. Oleh itu yang dapat masuk UMNO hanyalah orang Melayu yang kurang berbakat daripada Ketua Cawangan. Apabila Ketua Cawangan meninggal, penggantinya ialah orang yang lebih lemah daripadanya.
10. Pengganti pun demikian. Hanya yang tidak punyai kebolehan yang lebih daripadanya sahaja yang diterima. Apabila dia kembali ke rahmatullah, yang mengganti lebih lagi lemah.
11. Dan seterusnya. Kepimpinan di peringkat cawangan dan bahagian semakin lama semakin lemah dan tidak berupaya memimpin. Sebab itulah apabila ditanya siapa yang akan jadi Menteri Besar Selangor jika Barisan Nasional menang, tidak ada jawapan. Walhal Selangor penuh sesak dengan Melayu yang terpelajar, berbakat, sudah kaya dan tidak perlu memperalatkan UMNO untuk perkaya diri sendiri. Mereka ini tidak boleh masuk UMNO. Yang sedikit yang dapat masuk akan disekat kenaikan sebagai pemimpin.
12. Budaya war lord (kepala perang) sudah meresap kedalam UMNO. “UMNO saya punya.” “ Bahagian ini saya punya.”
13. Kerana kecewa ada yang berbakat dan berjiwa UMNO menyertai parti lain. Maka akan merosotlah UMNO dan akan hilanglah parti keramat ini.
14. Yang kedua ingin saya tekan akan pentingnya menegur pemimpin. Tunku, Tun Razak, Tun Hussein bukan sahaja ditegur bahkan dicabar. Saya diserang dan hampir kalah dalam pertandingan.
15. Tanpa teguran pemimpin akan percaya segala yang dilakukan olehnya betul belaka. Tetapi sebenarnya ada yang dilakukan olehnya salah dan tidak baik.
16. Saya dinasihat supaya tidak membuat teguran terbuka. Sebenarnya sudah saya tegur secara tertutup berkali-kali, terutama berkenaan masalah Bumiputra dan UMNO. Tetapi tidak berkesan. Teguran secara terbuka terpaksalah dibuat.
17. Harapan orang Melayu ialah wakil-wakil ke Perhimpunan UMNO akan buat teguran terhadap beberapa perkara yang hangat dibincang ramai sekarang.
18. Pemimpin pula perlu dengar teguran ini dan ambil berat pandangan wakil. Janganlah selalu mendengar orang tertentu yang dikeliling kita sahaja. Yang mengeliling orang yang berkuasa tidak baik bagi mereka.
19. Orang Melayu mungkin tidak pandai seperti pakar-pakar rujuk, tetapi saya percaya orang Melayu tidak bodoh. Mereka yang membangunkan negara dari sebuah negara miskin kepada negara yang memberi banyak nikmat kepada semua.
20. Selamat Bersidang UMNO. Mudah-mudahan diberi petunjuk oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala. -CheDet

MAAF, SAYA TUTUP FB DAN BUKA YANG BARU...

Ini Facebook baru saya... tengkiu!
Oh ya... saya lupa nak beritahu.. Baru-baru ni saya belek-belek Facebook saya... Sorry.. sebelum ni memang saya jarang-jarang sangat masuk Facebook... bersawang jadinya... heheheee...

Bila saya teliti tempohari... saya tengok macam huru-hara... macam-macam group..macam-macam page... dah jadi rojak.. out of control kot....ramai sangat yang saya tak kenal dalam tu...heheheheee... banyak sangat group saya sedangkan saya tak pernah pun join group tu... adoiii...

So.. saya putuskan untuk abandon.. tutup FB tu... dan saya create Facebook official yang baru.. maksudnya semuanya dah berwajah baru bermula hari ni....

Pada kawan-kawan FB yang masih nak berkawan dan berkomunikasi dengan saya, maka saya alu-alukan supaya add melalui Facebook baru saya di url...

https://www.facebook.com/duke.ofumno.3

Boleh add atau request macam biasa... Tak kisah muslim atau non-muslim...tak kira UMNO, PAS, PKR atau DAP... tak kira dalam negara atau luar negara... insyaAllah akan saya approved asalkan ikhlas, waras, rasional dan memelihara akhlak serta adab sopan ketimuran...

Mohon maaf... yang loqlaq sangat tu mungkin tidak diterima kot... hehehe.. sorry... new face.. new era... new polisi... saya pun bertransformasi jugak... lebih ke arah wasatiyyah... heh!


Monday, November 24, 2014

MAAF KJ... SAYA TAK PANDAI BODEK ATAU KIPASSS... #PAU2014

Semalam saya ada tulis sikit pasal KJ... ada sentuh sikit pasal performance dia dalam kabinet dan selaku Ketua Pemuda UMNO... dah dijelaskan kat situ tiada sebarang niat nak hentam... cuma bertanyakan soalan dengan cara beradab..sopan dan jelas...

Ada masuk satu komen yang pertikai persoalan saya. Kononnya saya ni saja nak hentam KJ.. sila rujuk ruangan komen bagi posting semalam....

Maaf. Saya bukan kaki bodek dan saya tak pandai nak mengipas, meng"aircond", atau menjulang sesuatu yang pada pandangan saya agak kurang sesuai... saya mengkritik bukan untuk menjahanamkan...tapi membina sebuah jemaah dalam UMNO untuk terus relevan di mata rakyat...

Sunday, November 23, 2014

INI IKON ORANG MUDA YANG SEPATUTNYA KJ JADIKAN CONTOH...!!!

Dekat-dekat PAU2014 ni, antara topik paling panas ialah KJ... depa kata KJ ni "cool"... "stylo"... "ensem"... "cerdik".... sebab tu depa suka KJ... 

Oooo.. lagu tu cara depa nilai KJ... Bukan dengan cara menilai performance KJ dalam Pemuda UMNO... dalam kabinet....depa nilai cara "glemer" rupanya.... awat? Dengan jadi "glemer" maka Pemuda UMNO akan kuat?

Macam-macam KJ dah buat... antaranya pakai stoking pink... pakai boots Doc Mart dengan baju batik sambut Menteri Indonesia kat pejabat dia... jadi askar wataniah... apa lagi? Jadi model... lagi? Drebar teksi...lagi?

Tuesday, November 18, 2014

FESYEN KJ KASI GEMPAR HARI NI... "COOL" KE? ISHHHH...!!!

Hari ni kecoh lagi pasal KJ... Memang mamat ni suka glemer... KJ ni sama umur dengan saya... tapi nampaknya ada perbezaan ketara dari sudut prinsip, cara hidup dan pandangan.... 

Sebelum ni, dia pakai stokin pink dengan kasut kulit... memang kecoh habis... ramai yang terpengaruh... siap puji lagi...

Hari ni, lain pulak style dia....

Dia pakai boot Doc Mart kaler merah...berbaju batik ketat... seluar jeans ketat... lepas tu selamba je sambut tetamu yang merupakan rakan sejawat dia dari Indon....

Dia upload gambar tu kat Facebook... ramai orang puji dia.. kononnya "stylo"... bergaya... hmmmm...macam-macam...


Sorry... saya berbeza sikit pandangan... tak salah, kan? 

Sorry la bro.. bila saya tengok gambar KJ tu, terus terlintas kat otak... "Bila KJ nak pakai spender kat luar macam superman tu?".. naik menyampah pulak tengok...heh!

Bukan pasal saya tak suka KJ... pada saya, apa yang KJ pakai tu tak sesuai... ni bukan soal protokol atau tidak... ni soal maruah Menteri Kabinet Kerajaan Malaysia...

Kalau tak silap saya, tetamu tu hadir dalam lawatan rasmi, sebab tu depa jumpa di Pejabat Menteri. Kalau tak rasmi selalunya kat kedai mamak ke..kat coffee house ke... 

So, malu la bergaya tak kena tempat macam tu... apatah lagi kat depan tetamu dari negara jiran... nanti depa kata tak hormat depa pulak, kan? Macam tak serius....tak formal...

Jadi, biarlah sopan dan kena pada tempatnya kalau nak bergaya sekali pun, kan? Itu pandangan pertama saya...

Keduanya, tak matching la boot Doc Mart tu dengan baju batik... kaler tu dah matching, tapi kurang sesuai. Doc Mart tu selalunya sesuai dengan jeans ketat, baju t-shirt dan jaket ala-ala punk... Tak pun, jeans dengan t-shirt pun dah cukup... kurang sesuai di pejabat...

Bukan la saya ni anti-establishment atau anti-stylo... pada saya, nak stylo pun, biarlah kena pada tempatnya. Konsep adil dalam Islam ialah bertindak kena pada tempatnya... bukan bertindak sesuka hati...rujuk la dulu pada gaya kehidupan seorang Islam...kan lebih baik...

KJ tak dinafikan menjadi contoh pada anak muda... kalau perkara yang salah dia buat, tapi digambarkan seolah-olah betul...maka perkara yang tak betul jadi betul...

Saya tak berhujah dari sudut aurat... pakai spender kat luar macam superman tu pun menutup aurat jugak, kan? Saya hanya berhujah dari sudut kesesuaian... kewajaran... kena pada tempatnya... itu saja...

KJ...nak jadikan generasi muda sekarang ni rosak memang mudah... nak jadikan generasi muda ni berguna pun senang jugak... jadi pilih yang mana hang nak... harap hang pilih yang betoi dan sesuai mengikut Islam... boleh?

P/S: KJ... hang nak budak-budak ikut hang, biarlah ikut perkara yang baik dan elok... yang tak baik tak payah dok tunjuk la... kalau depa ikut nanti kami tuding jari kat hang...boleh lagu tu?

Monday, November 17, 2014

PAS KEDAH MARAH, SAYA PUN MARAHHHH...!!!

Jangankan PAS Kedah, saya yang sokong UMNO ni pun marah kalau fitnah-fitnah ni... banyak sangat yang tak betul berbanding betul...

Saya pun menulis jugak... menulis tu biarlah yang betul. Kalau dibuktikan apa yang kita tulis tu tak betul, mohon maaflah cepat dan jangan la buat muka tebal degil takmau minta maaf...

Lepas tu, betulkan balik kesilapan tu... boleh tak?

 

SAMPAI BILA NAK JADI MANGSA PENIPUAN POLITIK???!!!

Dalam mengejar kuasa dan politik, kita kadang kala terlupa pada dosa dan pahala. Masing-masing rasa macam akan terus hidup dalam dunia, tapi lupa bahawa mati itu pasti... bila mati esok, maka dah tentu akan dihisab di depan Allah SWT kita...kan?

Apa perjuangan kita? UMNO? PAS? PKR? DAP? Apa? Kalau dirujuk dalam perlembagaan parti, rasanya semuanya elok-elok belaka... kecuali DAP la kot... sebab parti tu tak berteraskan Islam...tapi UMNO, PAS dan PKR semuanya ada sebut Islam, Melayu dan Tanah Melayu...

Bezanya bila perlaksanaan dasar. Dasar dan perlaksanaan memang berbeza. PAS boleh dilihat di Kelantan, Kedah dan Perak (setahun saja). PKR boleh dirujuk di Selangor. DAP di Pulau Pinang. UMNO/BN pula rasanya semua dah pernah rasa, tengok dan tahu secara kasar..kan?

Tapi semua tu hanyalah perkara dunia.. kadang kala, terpesong dari apa yang disampaikan Rasulullah SAW. Maklumlah...kita semua manusia... banyak khilaf kita... kadang kala kita berdosa tanpa kita sedar... saya secara peribadi memohon ampun dan maaf... maafkanlah saya....

Paling penting, kita perlu berani berubah. Bro Muhkriz dulu pernah bawa slogan "Berani Berubah" masa nak lawan Ketua Pemuda UMNO. 

Cuma pada saya, berani berubah dari sudut politik saja tak cukup. Kita perlu berani berubah ke arah ajaran Islam sebenar. Alhamdulillah, saya tengok Mukhriz pun berani berubah ke arah Islam... dah berjinak-jinak berpakaian sunnah walaupun ada yang kata kat dia macam-macam...


Saya cuma mampu mengajak ke arah perubahan yang diredhai Allah SWT. Nak ikut serta atau tidak, terserah... Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum kecuali kaum itu yang sanggup mengubah diri mereka sendiri...kan?

Dalam kita dok sebok berjuang politik, jangan lupa berjuang untuk hidup kita di akhirat kelak. Hidup di akhirat tu sebenarnya yang kekal abadi... Dunia ni kita singgah sementara saja... Jadi, jangan jadi mangsa penipuan politik... nanti merana pula di akhirat... Wallahu'alam...

TERKINI DI KEDAH..!!! SEGALANYA MANTAPPPPPP..!!!

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.... Hari ni, saya tak mau cakap pasal PAS dalam entry pagi ni...saya nak cakap pasal keadaan UMNO di Kedah....boleh tak? Alaaaa... boleh ke tidak ke...saya tulis je laaaa...kan? Heh!

Sejak akhir-akhir ni... saya tengok keadaan politik UMNO di Kedah makin "bagus"... Baling catat rekod paling ramai daftar masuk UMNO... tahniah la UMNO Baling... saya dengar lebih dari 1,200 yang masuk UMNO kat Baling... baguih laaaa....

Saya harap, yang masuk tu genuine UMNO...bukan setakat masuk "kosong" saja. Masuk UMNO kerana sayangkan Islam, Melayu dan Tanah Melayu... bukan pasal jawatan, projek, nak itu dan nak yang ini... tanya diri sendiri apa yang boleh saya bantu UMNO...bukan apa yang UMNO boleh bagi...

Sunday, November 16, 2014

DAPAT MC PUN KENA MASUK MEETING KA? AWAT PENGERUSI DAP DIBIAR KOSONG?

Sakit ni kehendak Allah SWT. Saya rasa, boleh dikatakan semua orang mungkin pernah sakit. Kalau tak pernah sakit, maka betul la dia tak pernah dapat nikmat merasa kesakitan... apatah lagi sakit tu boleh menggugurkan dosa kecik...kan?

Tapi bila sakit pun kena paksa hadir meeting ni apahal pulak? Sakit pun nak paksa masuk meeting Pakatan Haram?  Dah la bergabung pun sampai sekarang secara haram (tak disahkan RoS!), lagi nak main paksa-paksa?

Tadi Guan Eng suruh lagi Ayah Chik masuk meeting. Bagi surat MC dari doktor pun tak laku kaaaa????

Very-Very Busy, Super-Super Sorry: Nanti Saya Update...


Adoiii... agak lama tak update blog... busy memanjang... sorry la kawan-kawan... 

Tapi insyaAllah dalam masa terdekat saya akan buat come back... dah nak bersawang dah blog nih... dok harap kawan-kawan ja yang tolong update sebelum ni...

Sabaq sat... macam-macam nak kena cover baru-baru ni... hmmmm...

Thursday, November 6, 2014

LIWAT II: DEMI ANWAR, HAKIM PERLU BERLAKU TIDAK ADIL???

Saya faham, kes rayuan Anwar di Istana Kehakiman adalah antara isu tumpuan dalam negara sekarang ni. Sebab? Sebab Anwar orang politik... dia Ketua Pembangkang... dia pernah ada puluhan ribu penyokong yang sekali petik saja akan berhimpun macam lalat hurung... err.. err...heh!

Tapi, agak menghairankan, kenapa kali ni dia macam takdak penyokong? Setakat seribu lebih saja..rasa tak sampai 2 ribu pun yang hadir kat Istana Kehakiman kali ni... 

Kalau nak bandingkan dengan zaman 1998 dulu.. time reformasi.. berbeza sangat, kan?

Wednesday, October 29, 2014

DI MANA TAAT SETIA PENYOKONG PAS KEDAH..?


Saya tak berapa nak faham, kawan-kawan PAS kat Kedah ni sokong dan taat pada siapa? Pada Ayah Chik atau Phahrolrazi? Atau taat dan setia depa pada Mahfuz Omar?

Pada saya, apa pun dalam sesebuah jemaah, fiqh mentaati pemimpin perlu difahami sewajarnya oleh seluruh ahli jemaah, tak kira PAS, UMNO atau apa juga jenis jemaah tu... kalau tak setuju dengan pemimpin tertinggi, ahli boleh resign...

Cuma, bila Phahrolrazi ni sakan dok balun Ayah Chik, apa yang Mahfuz buat selaku Pesuruhjaya PAS Kedah? Buat bodoh? Apa pula pendirian ahli-ahli PAS Kedah bila berlaku percanggahan begini?

INI SAJA PENDIRIAN PAS KEDAH TENTANG PasMa???

Selalunya, dalam bab bercakap ni, Mahfuz la yang selalu ke depan. Pantang dapat mikrofon, lepas dia, dia...lepas dia, dia jugak yang nak bercakap... memang dilahirkan semulajadi suka kat pegang mikrofon kottt... biasa la.. Mahfuz kan Ketua Penerangan PAS Pusat...

Rasanya semua tahu PAS sekarang ada masalah dengan PasMa. Semua orang tahu Presiden PasMa ialah Phahrolrazi, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah. Mahfuz pula Pesuruhjaya PAS Kedah...

Peliknya, yang buat kenyataan pasal PasMa mewakil PAS Kedah ni ialah Musoddak, bukan Mahfuz! Aik? Kali ni Mahfuz takmau pegang mikrofon ka? Pesuruhjaya "busy terlampau" sampai suruh Setiausaha saja bagi kenyataan?

BUDAK NI SANGGUP MENYOROK DALAM BUT KERETA DEMI NAK HASUT ORANG???

Kononnya "perjuangan". Tapi rasanya budak ni macam tak sedar mana satu betul dan mana satu yang salah dalam perjuangannya. Mungkin erti perjuangan pun dia tak tau...

Kalau sebut perjuangan, berjuang macam ISIS tu pun berjuang jugak. Tapi perjuangan tu bercanggah dengan Islam. Macam tu jugak dengan budak Fahmi ni... dia faham ke perjuangan dia tu dan dia kenal ke orang yang dia perjuangkan tu?

Sampai sanggup sembunyi dalam but kereta semata-mata nak menghasut kawan-kawan dia pergi Putrajaya untuk sokong Anwar Berahim?

 

GEMPARRR..!!! HARAKAH KINI BERTUKAR JADI LIDAH RASMI PKR..???!!!


Perghhhh..!!! Memang bertepek puak PAS ni balun Harakah. Tepat, padat! Tapi takat tu saja la depa balun pun... PAS tak berubah gak... puak liberal dalam PAS sekarang ni dah makin kuat... hampir menyaingi Syi'ah dahhh...

Sekarang ni memang PAS terbelah kepada beberapa kumpulan dah. Tapi dalam banyak-banyak kumpulan tu, ada satu geng tu yang betul-betul pertahan Presiden PAS, Ayah Chik. 

Kumpulan ni betul-betul pro-ulama dan mahu PAS kembali ke perjuangan asal parti. Macam zaman arwah Ustaz Fadzil Noor dulu... tapi malangnya puak liberal label geng pro-ulama ni sebagai "agen UMNO"... 

TENGOK SENDIRI PERANGAI BAR COUNCIL YANG MEMALUKAN PEGUAM SELURUH MALAYSIA..!!!

Tindakan Majlis Peguam baru-baru ini yang menganjurkan perhimpunan jalanan bagi memansuhkan Akta Hasutan 1946 dilihat benar-benar memalukan dan menjejaskan kreadibiliti seluruh pengamal perundangan di Malaysia.

Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (Sukaguam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, sebagai badan bebas yang memperjuangkan konsep keadilan, Majlis Peguam tidak sepatutnya memperguna badan itu untuk kepentingan nafsu politik segelintir pihak.

Tegasnya, tindakan Majlis Peguam itu hanya disokong oleh kira-kira 7 peratus dari kalangan ahli, manakala hampir 93 peratus yang lain langsung tidak bersetuju dengan aktiviti yang menjejaskan imej profesionalisme guaman tersebut.
 

Tuesday, October 28, 2014

KENYATAAN KHALID SAMAD BETUL-BETUL BUAT PAS MERAH MUKA..!!!


Ya. Kali ni saya sokong Khalid Samad. Betul laaaa... kalau PAS betul-betul nak terus bersama Pakatan Haram, PAS perlu tunduk, patuh, wala', taat setia pada PKR dan DAP... 

Kalau PAS takmau patuh, jangan harap la PKR dan DAP nak kutip PAS dok sekali dengan depa... 

PAS perlu sedar diri... perlu cermin diri di mana tahap depa sebenarnya berbanding PKR dan DAP... PAS perlu faham tentang kehendak "tuan-tuan" depa... baru la senang depa nak "praaaappp" PAS lepas ni...kan?

 

REMPUH PAGAR: INI PANDANGAN MAJORITI ALUMNI UM..!!!


Saya tak sangka, mahasiswa UM di zaman sekarang ni makin lama makin mudah dipengaruhi dan diperbodoh sewenang-wenangnya...

Saya tak sangka, sebuah universiti yang saya selalu masuk dulu (jogging jer...) rupa-rupanya memiliki segelintir mahasiswa yang memalukan majoriti mahasiswa UM yang lain...

Bukan saya yang kata begitu... semuanya terbit dari semua kawan-kawan saya yang merupakan Alumni UM... depa semua kata Fahmi tu budak yang "so pethatic"! Memalukan UM dan seluruh warganya...

 

WOWWW..!!! SAM KETOT KENA TARUK GARA-GARA ANWAR BERAHIMMM... !!! HAHAHAHAAAA..!!!

Adoiii Sam Ketot... Nak bodek boss pun agak-agak laaaa... jangan la sampai teruk kena "bahan" macam niiihhhh... hahahahaaaa...

Gara-gara nak bodek Anwar Berahim, sampai Nik Nazmi pun terpalit sekali... kan naya tuuu...heh!

Sampai teruk kena "bahan" macam ni... shiaaaann kat hang, Sam... dah balik mengadu kat mak ke belum? Dah..dah...jangan nangis... malu kalau orang nampak... ishhhh...!

SENTUH ANJING: ZAKAT TAK IKUT MAZHAB SYAFIE, TAK NAK KECOH-KECOH KA???

Tu dia laaaa... saya dah kata. Kalau nak kutuk pun, jangan lebih-lebih. Kalau nak kecam isu sentuh anjing tu pun, berpada-pada la... ni ada yang sampai tuduh murtad laaa.. ugut bunuh laaa.. tu dah emosi dah tu... Islam tak suruh lagu tu pun...

Saya faham ramai yang marah. Saya pun tak suka sentuh-sentuh anjing dengan sengaja ni. Tapi kita perlu kawal kemarahan tu... lagi pun, ni bab agama... kena handle cara agama... bagi la alim ulama yang komen... kita sokong saja laaa... tak perlu over pun.. kita bukan tinggi sangat ilmu agama...

Teruk jugak la Syed Azmi kena "taruk"... dari orang dok kecam dia.. elemen kecam tu dah bertukar jadi simpati pulak... sepatutnya wasatiyyah la dalam hal ni... sebab tu PM anjur konsep wasatiyyah tu... sekarang ni Ustaz Zaharudin dah sound dahhhh...

 

Monday, October 27, 2014

"TUN M KOLOT..!, TAK RELEVAN..!", KATA ANWAR BERAHIM... EK ELEHHHHH...!!!


Kalau tak silap saya, esok hari penentuan Anwar Berahim. Sama ada dia akan terus disumbat masuk "kandang" semula, atau akan dibiarkan bebas berkeliaran menghuru-harakan negara....

Dulu dia dah disumbat dah sekali. Salah dia jugak la sebab dia buat salah. Tapi dia tuduh "konspirasi peringkat tertinggi", raih simpati melalui "mata lebam".. tapi dia tak cerita dia kenapa mata dia lebam! Cerdik kena kat dia... heh!

Tapi, dok "dihujung-hujung nyawa" dia tu, dia sempat lagi kutuk Tun M. Sempat lagi dia hentam Tun M... Kononnya Tun M kolot... Tun M tak relevan... Errr... Anwar Berahim relevan ka? Dok pakai taktik sama raih simpati tu tak kolot ka? Heh!

 

"MISTERI" 26,000 TIKET BOLA TERBONGKAR... INI JAWAPANNYA..!


Rasanya mana-mana orang yang pernah dok di Kedah ni, dah tentu depa tau bahawa bola sepak dan rakyat negeri Kedah ni tak dapat dipisahkan. Bak kata orang putih, secara turun temurunnya "Kedahans is Football"... kalah pun takpa, kami tetap sokong pasukan Hijau Kuning!

Secara prinsipnya, memang kami harap Kedah menang semua game. Tapi biasalah adat pertandingan ni ada time kalah, ada time menang, kan? Yang penting, kami tetap teguh memberi sokongan pada pasukan bola sepak kebanggaan kami...

Tapi, baru-baru ni ada yang bersungut pasai 26,000 tiket yang kononnya "lesap". Depa persoal dan mahu Mukhriz atau KFA jawab pertikaian depa tu... ya laaa.. ramai yang tak dapat tiket, dah tentu depa tertanya-tanya mana perginya 26,000 tiket tuuu...

 

MAHFUZ TAKUT KAT PHAHROLRAZI KAAAA...???!!!


Terengganu dah haramkan... Pahang pun dah haramkan... banyak negeri dah haram kan... Terbaru, PAS Perlis pulak haramkan ahli-ahlinya sertai PasMa. Siap bagi kata dua lagi kat kawan-kawan PAS supaya pilih antara PAS dengan PasMa...

Yang peliknya, Ketua Penerangan PAS masih biarkan PasMa berleluasa di Kedah... Padahal, Ketua Penerangan PAS Pusat tu adalah Pesuruhjaya PAS Kedah! Siapa lagi kalau bukan Datuk Mahfuz Omar kita tuuuuu...heh!

Tak tahu la sama ada Mahfuz ni sengaja lepas tangan ke atau tidak.. Tapi nampak gayanya ada macam-macam kemungkinan...

 

Sunday, October 26, 2014

NI KE "ANAK IKAN" TERBARU ANWAR BERAHIM?

Ntah la... saya rasa, budak ni sorang je yang terhegeh-hegeh nak kan sangat Anwar tu. Tak tahu la apa yang Anwar dah buat kat budak ni sampai "istimewa" sekali Anwar di hati budak ni...

Setahu saya, LENSA yang pro-Pakatan Haram tu pun dah boring dengan Anwar. Siap suruh Anwar bersara la... suruh lekas-lekas masuk penjara la... siap halau Anwar ke Turki suruh bapak Nurul Izzah tu kerja kat sana...

Tu belum lagi dikira budak-budak mahasiswa ramai-ramai buat memorandum bantahan lagi tu. Depa siap hantar memo kat Balai Polis Pantai.. bukan sorang dua bro... ramai.. lebih ramai dari budak-budak yang pro-Anwar tu...

 

JIKA ADA PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT DI KEDAH, HARAP DIA BANTU ADIK AINA NI...


Sebagai seorang ayah, saya faham apa yang ibubapa adik Aina ni rasa. Tapi berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, kan?

Saya takde la nak manjakan sangat rakyat Kedah ni. Tapi bila masuk bab anak sakit ni, dan keluarga pulak dalam keadaan kurang mampu, rasanya pihak berkaitan perlu hulurkan bantuan secepat mungkin untuk adik Aina ni...

Mungkin bagi golongan berada, depa boleh biaya anak-anak depa kalau sakit. Kalau tak ke KMC, depa ke PMC. Kalau tak ke KPJ, depa boleh ke Metro, Pantai Medical Centre dan sebagainya... 

 

Thursday, October 23, 2014

AWEK KEDAH YANG MEMALUKAN ORANG KEDAH!


Selepas isu tarian separuh bogel selesai, timbul pulak perangai budak pompuan yang dipercayai berasal dari Kedah tunjuk perangai tak senonoh di Youtube...

Tapi rasanya perkara ni takkan la nak suruh Mukhriz selesai jugak kot? Agak-agak laaa... 

Saya rasa, bebudak sekarang ni, tak kira la di Kedah ke... di mana-mana pun sekali la.. depa tak reti nak fikir antara baik dan buruk dalam tindakan depa... depa tak fikir tentang kesan yang timbul sebelum buat sesuatu...

TARIAN SEPARA BOGEL DI KEDAH: INI KENYATAAN MUKHRIZ MAHATHIR...

Well said by Mukhriz Mahathir... Baru je di highlite media, terus Mukhriz beri kenyataan... dan pada saya, jawapan yang diberikan Mukhriz tu adil, wajar dan tidak mengecewakan... tak tahu la kawan-kawan yang lain...

Ye laaa... takkan la nak suruh Mukhriz round satu Kedah ni tiap-tiap hari... Dah tentu ada PBT yang ditugaskan buat kerja-kerja macam tu...

Setahu saya, kes-kes macam ni PDRM pun takdak kuasa untuk rush (kecuali ada police report). Dan selalunya, kes-kes melibatkan pusat hiburan, majlis atau program "terlampau" macam ni dikendalikan oleh PBT macam MBAS, JAIK dan sebagainya...

 

Tuesday, October 21, 2014

TU DIAAA... UMNO/BN TUNAI AMANAH USTAZ AZIZAN DI KEDAH..!!!

Patut pun ramai kawan-kawan saya yang buat tak kisah dengan pentabdiran UMNO/BN di Kedah sekarang ni... rupanya depa pun suka UMNO/BN memerintah...

Depa kata... kalau PAS perintah dulu, memang huru-hara satu negeri....

Depa kata, Ustaz Azizan bagus... tapi pasai ramai sangat pemimpin PAS Kedah yang nak perjatuh arwah Ustaz Azizan, di tambah pula isu dalaman PAS tu dapat dikesan oleh UMNO/BN, maka tumbang la PAS di Kedah...heh!

NI APA BENDA BUAT TAK SENONOH KAT KEDAH NIHHH..???!!!


Yang ni memang saya tak berkenan sangat. Mohon tindakan segera... 

Kalau berlaku di zaman PAS dulu memang tak heran sebab depa memang tak kisah pasal negeri...depa dok asyik berebut jawatan dan kaut hasil bumi Kedah saja...

Tapi bila Mukhriz take over Kedah, rasanya perkara macam ni sepatutnya tak berlaku!

 

BERITA BURUK UNTUK PAK SYEIKH ANWAR BERAHIM... ADEHHH...

Hancur la harapan Pak Syeikh nampaknya. Bebudak yang dulu dia berjaya perkuda suruh tidur tengah-tengah jalan nampaknya makin ramai dah boring, tersedar dari "pukau"... depa dah tak mau jadi keldai dahhh..

Paling sadis, depa suruh Anwar masuk penjara cepat-cepat sikit... hahahahaa..! Teruk la Pak Syeikh... "senjata dah makan tuan"...

Saya sengih sumbing bila depa ni suruh Pak Syeikh lari pi Turki... apa? Nak bagi jawatan? Erdogan nak bagi jawatan apa kat Pak Syeikh? Penasihat ekonomi jugak ka? Hahahahahaaaaa...

 

Monday, October 20, 2014

KENAPA TAK PEGANG TAIK SENDIRI JER..???!!!


Seronok sangat yer peluk anjing? Suka ye boleh pegang anjing? Nak pegang lagi? 

Saya faham, memang sesiapa pun boleh pegang anjing. Tapi kenapa pilih pegang najis mughalazah? Najis berat tu... kenapa perlu pegang kalau tidak terpaksa?

Kenapa tak pilih pegang taik saja? Pegang la taik sendiri... lepas tu main-main dengan taik tu... Buat la bentuk kuih ke... bentuk ikan ke... macam budak-budak main masak-masak tu... kenapa? Jijik? Kat anjing tak jijik pulak?

 

RAKYAT PENANG MAKIN TERUK DIBULI GUAN ENG..!

Saya tak faham, kenapa orang Penang sayang sangat kat Guan Eng. Macam-macam onar dah yang dia buat sebelum ni... tapi orang kita masih "buta"... PAS Penang pun gagal sekat dia... 

Dulu dah kena dah sepenggal... tapi tak belajar dari sepenggal... dia menang jugak sepenggal lagi...

Undi la dia lagi... rasa-rasa boleh dapat balik tak Penang tu? Khabarnya dia banyak "import" pengundi masuk ke Penang dah skang ni... saya tak tahu la betul ke tidak... tapi itu la yang saya dengar...

 

Bila Kak Su Bersuara... Heh!