Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

  • - PETALING JAYA – Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria kini secara rasmin menyandang jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas dipilih sebulat ...
    55 minutes ago

Friday, January 3, 2014

GEGARRR..!!! KENALI PUAK TERBARU DALAM PAS..!!!


Satu poster yang diterbitkan oleh laman sosial pro ulama PAS, Kami Bersama Ulama Muda Haraki,” menunjukkan kumpulan liberal dalam parti itu berselindung di sebalik tokoh ulama Islam silam As Syatibi sebagai topeng dalam memperjuangkan agenda mereka.

Geng Syatibi yang dilakarkan dalam poster itu adalah dua Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Mujahid Yusof Rawa, Khalid Samad bersama dengan dengan dua orang blogger PAS, Zainulfaqar Yaacob dan Wan Ji Wan Husein (Al Bakistani).

MUJAHID RAWA TIRU KHALID SAMAD NAK JADI "HERO KRISTIAN"?

bishop2

Sebelum ini, Khalid Samad begitu dikenali sebagai pemimpin PAS yang mempertahankan Gereja Methodist Damansara berhubung isu cubaan memurtadkan umat Islam di Selangor. Ketika itu Khalid Samad “berperang sabil” dengan bekas Exco Agama merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali. Khalid Samad menang…

Pada awal tahun baru 2014 ini, muncul lagi seorang “hero gereja Kristian” yang baru, Mujahid Rawa, namanya. Dia berjawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Parit Buntar…

Semalam, sekumpulan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertindak merampas 321 naskhah Bible berbahasa Melayu di premis Persatuan Bible Malaysia dan dua pegawai persatuan itu ditahan untuk diambil keterangan. Rampasan itu berlaku di Damansara, Selangor.

AHLI PARLIMEN PULAI YANG KURANG AKAL ATAU TIADA AKAL?

nurjazlan540px_540_361_100

MAJORITI penyokong UMNO agak rasa pening lalat sikit dengan sikap yang ditunjukkan Ahli Parlimen Pulai, Nur Jazlan Rahmat yang kebelakangan ini nampaknya sangat cenderung dengan politik pembangkang, terutama dalam soal kenaikan kos sara hidup yang diputar belitkan mereka.

Nur Jazlan baru-baru ini mempersoalkan kerajaan yang kononnya lambat memberikan penjelasan kepada rakyat berhubung kenaikan harga barang yang menjadi faktor kepada kenaikan kos sara hidup.  Persoalannya, apa barang keperluan asas yang dah naik?

Tolak gula yang subsidinya dihapuskan kerajaan selepas pembentangan bajet 2014 yang lepas, harga barangan keperluan yang lain, nampaknya masih tidak berubah.  Tepung, beras dan minyak masak (sekadar menyebut beberapa), harganya masih kekal sama seperti sebelum PRU13.

CARA TERBAIK GUNAKAN DUIT RAKYAT..!!!

Hebattt..!!! Ini cara terbaik gunakan duit rakyat..!!! Hidup rakyat..!!! Heh!

ASTAGHFIRULLAHIL'AZIM... INI AKHLAK ANAK MUDA PAKATAN HARAM?


Perangai peserta demontrasi kurang ajar dan biadap menghina anggota Polis yang menjalankan tugas sebagai mahu duit (ambil rasuah). Ingat sungguhpun ada yang tidak baik dalam Polis, majoriti yang lain menjalankan tugas dengan dedikasi, sebab itu Negara ini kekal aman.

Polis yang dihina ini bapa seseorang, anak seseorang, suami seseorang, isteri seseorang. Mereka hanya menjalankan tugas. Wajarkah mereka diperlakukan sedemikian?

Apakah anak-anak muda yang menyanyi lagu menghina dan memperli Polis ini akan menjadi manusia yang patuh pada undang-undang atau penggerak anarki masa depan?

Apa yang Pakatan cipta daripada demontrasi seperti ini hanyalah bom jangka manusia yang pada suatu masa nanti akan menjadi anarki yang tidak berpegang kepada undang-undang dan menghormati penguatkuasa undang-undang.

Sila rujuk video di bawah:

EDISI LAWAK PAGI: TERKEDU POK NIK AJIS DIBUATNYA..? HEH!


Uikkk..? Terkedu ulama "tersohor" PAS nih... errr... dia faham soalan ke tidak?

TAKDAK DALAM SEJARAH DEMO MAMPU SELESAIKAN MASALAH RAKYAT...

Cetusan kekacauan di Dataran Merdeka sehingga menyebabkan Sambutan Tahun Baru 2014 di sana terpaksa dibatalkan merupakan catatan hodoh lanskap politik negara. Ketika kita mengharapkan tahun baru 2014 akan memberi ketenangan politik buat seketika selepas Pilihan Raya UMUM 2013, nyata ia hanyalah impian palsu semata.

Walaupun keputusan Pilihan Raya Umum telah diperolehi dan diiktiraf oleh dunia, parti pembangkang masih lagi habis-habis mencipta pelbagai cara untuk terus memburukkan situasi dan keadaan negara kita.

Antara tindakan yang paling gemar dilakukan oleh pembangkang adalah mengadakan demonstrasi atau protes jalanan supaya keadaan menjadi huru-hara dan menampakkan salah pihak-pihak tertentu seperti pihak Polis misalnya.

Thursday, January 2, 2014

PEDASSS..!!! TAK MALUKAH ANAK-ANAK MUDA KITA..???

691c2c8f-5985-4b13-98d8-a87aa42c73e8_400

Saya yakin, lebih 95% yang menyertai acara “guling mengguling berbaju hitam” di Dataran Merdeka pada malam ambang tahun baru 2014 baru-baru ini adalah berbangsa Melayu, khususnya golongan muda. Yang lebih pasti, mereka-mereka ini begitu aktif dalam parti-parti politik pembangkang.

Misalnya, Khalid Ismath yang turun melakukan kekacauan di Dataran Merdeka itu merupakan aktivis muda PAS. Terlalu aktif dalam politik PAS hinggakan isteri menuntut fasakh di mahkamah. Tak tahulah kenapa, mungkin disebabkan anak muda yang dianggap “hero PAS” itu tidak memberi nafkah barangkali…

Menyedihkan saya, dianggarkan penyertaan dari kaum lain, khususnya kaum Cina, boleh dikatakan hampir tidak ada langsung dalam acara “guling-guling atas jalan” itu. Kalau ada pun, hanya segelintir yang sekadar “tunjuk muka” sahaja, lepas itu hilang entah ke mana…

GEGARRR..!!! INIKAH HASIL TARBIYAH PAS..?

KHALID_ISMATH_2

Sebenarnya, saya kurang berminat dengan ceramah Ustaz Azhar Idrus. Bukanlah kerana dia selalu berpolitik menghentam kerajaan dan agak rapat dengan pembangkang. Tapi saya cuma kurang berkenan dengan sikapnya yang suka berpolitik di dalam majlis-majlis ilmu Islam, khususnya di dalam masjid.

Kadangkala, tindakan Ustaz Azhar Idrus itu menyinggung perasaan jemaah di masjid dan kadangkala justifikasi kefahaman Islam yang disampaikan UAI itu agak kurang tepat serta bersandarkan pada “cakap-cakap mulut” saja, tanpa fakta atau bukti yang sahih. Saya lebih gemar dengan cara Ustaz Kazim berdakwah, yang benar tetap benar dan yang batil tetap batil…

Meskipun begitu, saya tidaklah sampai tergamak menghina UAI. Saya tidaklah tergamak menuduhnya dengan hinaan-hinaan atau menuduhnya sebagai “penjual agama”….

DEMI KESELESAAN GUAN ENG, AKU RELA JADI KASIM SELAMAT..!!!

Rakyat tertekan? Apa benda yang tertekan tu? Guan Eng beli Merz RM560,000 pakai duit korang... tu kiranya berjimat la tuuuu... patutnya dia beli Ferrari ke...beli helikopter ke... beli kapal terbang ke... baru la boleh dianggap boros..kan? Duit sapa agak-agak dia pakai untuk keselesaan punggung dia tu?  
Ahhhhh..!!! Demi keselesaan Guan Eng...aku rela pejam mata...butakan mata... mana sudu garfu? Aku nak jadi Kasim Selamattt..!!!


GEGARRR..!!! PENDAKWAH ISLAM TERKENAL TAK TAHU SOAL DOSA FITNAH?

wardina

Saya tidak pernah menolak untuk mengatakan bahawa Wardina Safiyyah Wilmot merupakan antara selebriti popular yang jelita dan suka mengambil berat tentang hal rakyat. Dakwah, “talks” dan motivasi yang dia berikan di beberapa program sebelum ini memberikannya publisiti berterusan meskipun sudah bersara dari bidang seni.

Bukan mudah untuk menjadi seorang selebriti yang “berhijrah” secara “mee segera” dan kemudian dijadikan “icon” bagi golongan remaja serta pihak-pihak tertentu. Segala gerak geri, pertuturan, hal peribadi dan pendirian Wardina sering diperhati. Kenyataannya mampu mempengaruhi orang ramai, golongan muda khususnya.

Pun begitu, populariti seseorang itu tidak semestinya membuktikan sentiasa berada di pihak yang benar dan bijak berfikir. Kadangkala, individu itu popular, tapi dia tidak punya akal untuk berfikir secara adil dan sering tersimpang dari kebenaran. Malah, ada sesetengahnya begitu mudah terpengaruh dan dipedaya oleh fitnah.

GEGARRR..!!! CINA HINA ISLAM LAGI? KITA BOLEH SABAR LAGI TAK?


Saya tak faham, kenapa penghina Islam macam ni boleh terlepas begitu saja.. Cuba tengok ayat dari Desmond Yongkor tu... 

Kenapa puak-puak ni makin "naik lemak"? Sebab takdak tindakan tegas yang diambil, kan? Kalau diambil tindakan, maka akan datang la lawyer-lawyer macam Latipah Koyak dan Surendren datang membela...kononnya "hak asasi bersuara"...

Dah la hamburkan ayat rasis... lepas tu hina Islam sebagai bodoh pulak tu... Korang boleh sabar ke? Kalau di zaman Khulafa Ar-Rashidin dulu, silap-silap dah kena pancung! Orang macam ni kena ajar sikit...

Kalau berani, cuba la hina Islam depan orang Islam secara berdepan... time tu baru tahu langit tu tinggi ke rendah... silap-silap bintang pun dah tak nampak...

EDISI LAWAK PAGI KHAMIS....HEH!


Dah lama saya tak siarkan edisi "Lawak Pagi", kan? Kali ni saya kembalikan slot tu... 

Err... betoi tak apa yang lawak kat atas tu katakan? Heh!

Fikir sendiri la broooo...

MARAH TUN M SEBAB PUJI LANGKAH NAJIB?

Bila Najib umumkan langkah-langkah berjimat baru-baru ni, ada pulak di kalangan kita yang kata "lembab", "lambat" dan "tak komprehensif"... Bila ada di kalangan kita yang puji langkah Najib tu, maka kita dikatakan "tukang bodek"...hehehe...biasalah manusia ni kan?

Biasalah, masing-masing ada pendapat masing-masing. Cuma, pendapat kita tu akan mencerminkan sama ada kita ikhlas menegur atau kita punya motif tertentu... orang di luar pula akan menilai kualiti pada pandangan kita... terserahlah dengan pandangan masing-masing...

Tun M semalam puji langkah Najib tu... adakah kita nak kata Tun M "bodek" Najib? Nanti ada pulak "kutu" yang kata "Tun M saja bodek Najib sebab nak naikkan Mukhriz..." Sebelum ni pun pernah ada dakyah macam tu bila Tun M puji tindakan Najib...

KOS SARA HIDUP: KENYATAAN PENUH NAJIB RAZAK

Di ambang 2013 yang bakal meninggalkan kita, marilah kita merenung kembali setahun yang lalu – dan melakar janji masa depan yang baru dengan kedatangan 2014.

Dua belas bulan yang lalu, kita bersiap sedia menghadapi pilihanraya umum yang ke-13 dalam sejarah negara kita. Kita bersyukur apabila Barisan Nasional telah sekali lagi diberikan mandat. Kita punyai rancangan yang mantap untuk masa depan negara, dan kita telah bekerja keras untuk meyakinkan rakyat tentang wawasan kita.

Kemenangan ini telah memperbaharui rasa tanggungjawab saya terhadap setiap rakyat Malaysia – bukan hanya kepada mereka yang mengundi Barisan Nasional semata.

Wednesday, January 1, 2014

GEGARRR..!!! ANWAR BOHONG PADA "PENGGULING" JALANRAYA..???!!!


Petang tadi, saya ada tulis tentang Khalid Ismath yang anggap Ustaz Azhar Idrus sebagai "paling hina" dan "penjual agama" hanya disebabkan UAI berceramah agama di satu majlis dan memilih untuk tidak turun "berguling" kat Dataran...

Tapi Anwar pun tak turun jugak semalam dan pasai apa Khalid Ismath tak hina Anwar? Anwar bagi alasan jalan sesak dan sebab tu la dia tak turun (walaupun keadaan jalan tak sesak pun!).. Khalid Ismath tak kutuk Anwar pun....heh!

Cuba tengok kat bawah ni... Memang jelas la Anwar tu "kantoi"... apa lagi Khalid Ismath? Kata pejuang keadilan dan benci pemimpin pembohong... kutuk la Anwar kalau berani...heh!

FITNAH TERBARU: BILA WARDINA NAK MINTA MAAF TERBUKA?

Gaya menggoda "icon" Islam rakyat?
Apa ni Wardina? Sampai termakan fitnah ni, apahal? Macam ni ke "icon" Islam yang membela rakyat? "Icon" yang mudah termakan dakyah fitnah pembangkang??? Apa cerita niii..???

RM15 juta? Siapa kata? RSS? FSS? Percaya sangat kat sumber-sumber tu? Sebelum keluarkan kenyataan, sahkan dulu sendiri kesahihan cerita, kena la buat research sikit... 

So sekarang macamana? Kan dah tak betul? Kan dah jadi fitnah? Bila Wardina nak mintak maaf? Atau Wardina ego takmau mintak maaf? Wardina tak ingat dosa fitnah ke? Cuba tengok kat bawah ni... hmmm... apa kata anda?

GEGARRR..!!! UST. AZHAR IDRUS PULA JADI MANGSA HINA KHALID ISMATH..!!!


Ni apa cerita ni? Rasa diri tu hebat sangat? Rasa macam Syiah tu hebat sangat? Sampai hina Ustaz Azhar Idrus?

Sambutan malam ambang tahun baru dengan ceramah agama adalah sambutan yang paling hina? Gila ke apa? Patutnya, sambutan dengan majlis ilmu agamalah antara cara sambutan yang paling mulia...

Siapa ajar mamat ni berfikiran macam tu? Mak bapak dia?  Mat Sabu? Anwar Ibrahim? Siapa? Rakyat Malaysia yang suruh dia berfikiran macam tu? Cuba tengok kat bawah ni apa yang mamat Syiah ni kata...

GEGARRR..!!! GAMBAR GULING & PENIPUAN HARAKAH..!!! Sebarkan...

Inilah akhlak Islam dalam Pakatan Haram...rempuh tak kira lelaki perempuan...
Dah puas memekik? Dah puas melampiaskan nafsu marah? Dah puas ikut telunjuk setan? Dah puas ke? Belum? Bila lagi nak buat? 

Rempuh pentas? Rempuh polis? Baling objek? Hina maki hamun caci cerca? Sapa ajar ni? Islam ajar korang lagu tu ka? Macam tu dikira "aman"? Sampai polis arahkan sambutan ambang 2014 dibatalkan? Sampai penonton yang datang dengan family depa terpaksa balik awal dan tak sambut New Year? Itu yang dikatakan "aman"?

Harakah pulak pandai nak menipu? Lain yang jadi, lain yang dilapor? Surat khabar jenis apa ni brooo? Surat khabar lama pun tak buat perangai macam tu... Cuba tengok kat bawah ni.. apa cerita ni?

Tuesday, December 31, 2013

TERKINI..!!! GAMBAR-GAMBAR GULING DI SEKITAR KL..!!!???

Huyyyoooo..!!! Betul-betul guling nihhhh...!!! Err.."aman damai" je kan depa guling? Nostalgia saya kat KL dulu nihhhh...
Budak-budak Melayu je yang guling nihhh.. mak bapak depa tau ke depa dok guling atas jalan ni? Tak paaa.."aman damai" guling atas jalan ni...kan? Ni pun dah kira kenangan saya kat KL dulu...
Heh! Betoi tak tau malu... macam "keldai" depa dipergunakan.. Anwar syok dok kat rumah makan karipap...heh! Teruk juga la kena tahan gelak time tu...heh!
Tu diaaa.. guling atas rumput pulak? Sebab "terlalu aman damai" la kot sampai kena guling atas rumput sambil tangan terikat kat belakang??? Saya "aman damai" je kat rumah ni... baca Al-Quran dengan family.. heh! Time ni saya takdak kat KL... balik kampung!
Haaa..!!! Ni scene "guling yang tak dapat dilupakan seumur hidup"... kah! kah! kah! Korang tergamak ke nak buat macam pak lebai ni? Nasib baik dia tutup muka.. kalau tidak dah tentu kena gelak keliling kampung..! kah! kah! kah!

TERKINI..!!! KERAJAAN PAS KELANTAN BAKAL DIGULINGKAN MALAM NI..???!!!


Tu diaaa... korang dok kecoh kat KL nak gulingkan Kerajaan Malaysia, tapi kakak-kakak dan abe-abe kita kat Bachok dah warning awal-awal depa nak "gulingkan" kerajaan Kelantan..! Perghhhh..!!! Sabar kakkkk...sabar abeeee... Jange buak lagu tuuuu... dok molekkk...heh!

Tak.. depa bukan nak gulingkan Kerajaan PAS Kelantan pun... Depa cuma ghoyak, Kerajaan PAS Kelantan pun boleh digulingkan jugak, kan? Ambo dok setuju tu...

Ambo lebih setuju kalu "gulingkan" Guan Eng kat Penang nunnn... Tapi sebagai pendokong demokrasi, tak payah la guling-guling kerajaan. Kita guna saluran yang betul.. PRU ke-14 nanti kita gulingkan depa masuk longkang... heheheheee...

GEGARRR..!!! TOK GURU BERSHIT TUDUH MAT SABU SYIAH..!!!


Nampak gambar kat atas tu? Itulah Tok Guru Hj Salleh "Sik".. Tok Guru "Hardcore" PAS dari Sik, Kedah. Kenal? Kalau korang nak tahu, Tok Guru pondok ni turun sekali masa puak-puak penyokong LGBT buat himpunan Bershit kat KL... buktinya ada kat bawah..

Tapi kali ni saya bukan nak cerita pasal dia turun masa Bershit tuuuu... Cerita tu dah basi dahhh.. Ni cerita lain... cerita yang lebih mengejutkan..!!!

Korang rasa? Cerita apa? Heheheee... cuba jengok kat bawah ni... heh!

PEDASS..!!! BACA SENDIRI...TAKTAU NAK KATA APA DAH...

naik2

Baru-baru ini memang ramai puak Pakatan Haram yang bertepuk tangan apabila mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menasihati Kerajaan agar menggunakan mekanisme mengurangkan kos pengurusan dan pentadbiran kerajaan bagi mengelak tindakan menaikkan kos sara hidup kita.

Kemudian, ada pula “kutu” yang menambah-nambah pula di belakang nasihat Tun M itu, kononnya mantan PM itu “sekolahkan” Najib. Kononnya Tun M menyebelahi Pakatan Haram dalam isu kenaikan kos sara hidup itu, Najib boros berbelanja dan meletakkan kesan boros itu pada rakyat. Begitulah “otak” puak pembangkang di negara kita…

Saya setuju dengan nasihat Tun M. Namun saya lebih yakin bahawa Datuk Seri Najib tahu apa yang beliau lakukan demi memastikan ekonomi negara lebih kukuh di bawah pentadbirannya. Lagipun, Najib bukannya lulusan sastera macam “bekas Menteri Kewangan” yang seorang itu, kan?

Monday, December 30, 2013

GEGARRR..!!! KDN SIASAT 2 TOK GURU PAS? @buletinTV3 #beritatv3 @MukhrizMahathir


Saya berpandangan, KDN harus bertindak menyiasat dua orang Tok Guru PAS ini. Kalau perlu, KDN perlu dapatkan segera keterangan bertulis dari mereka bagi memastikan fakta dan kesahihan mengenai fahaman agama yang dianuti Mat Sabu...

Zahid sendiri kalau boleh, perlu memanggil kedua saksi penting itu memberikan makluman padanya. Manalah tahu kalau Mat Sabu serius nak saman Zahid, kan? (Sampai sekarang Mat Sabu masih tak saman-saman Zahid lagi?) Peguam dia demam kot?

Nak tahu siapa? Sila tonton sendiri video terkini di bawah...

Saya Setuju Dengan Nik Aziz, Tapi....

skf7759

Saya benar-benar teruja dengan kenyataan terbaru bekas MB Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang menegaskan bahawa “Islam membenarkan rakyat menegur kerajaan”. Memang benar dan saya sangat setuju dengan kenyataan tersebut. Kerajaan bukannya “maqsum” seperti Nik Aziz, bukan?
Dalam kenyataan Nik Aziz itu, dia memberitahu wartawan Harakahdaily…
“Boleh dibuat, hendak berhimpun ke.. hendak berdoa ke.. atau naik sepanduk pun boleh. Negara demokrasi Islam membenarkan rakyat tegur kerajaan..”.
Memang boleh buat berhimpun. Tapi negara kita punya undang-undang dan perlu pohon permit terlebih dahulu untuk berhimpun. Kalau diluluskan, barulah boleh berhimpun. Tak tahu pula jika Nik Aziz tidak hormat pada “undang-undang himpunan” yang dipersetujui bersama sebelum ini, kan? Kenapa Nik Aziz tak jelaskan perkara ini?

Nak naik sepanduk pun boleh. Asalkan, sepanduk itu tidak berunsur hasutan, fitnah, kata-kata bohong, tidak benar, manipulasi jahat dan sebarang bentuk tulisan negatif yang penuh provokatif. Saya yakin, Islam juga melarang sepanduk seumpama itu, bukan? Kenapa Nik Aziz tak keluarkan garis panduan sepanduk sekali dalam kenyataannya?

Kata Nik Aziz lagi…

Ishhh..!!! Payah Sangat Ke Nak Bekerjasama?

rafiziemelpalsu

Pertanyaan ini saya lontarkan setelah melihat tingkah laku Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli, selepas dipanggil oleh pihak Polis untuk membantu siasatan berkaitan penyebaran satu e-mel, yang dikatakan merancang untuk mencetuskan kekacauan dan letupan dalam sambutan tahun baru selasa ini.

Portal ini dan beberapa blog lain serta media massa utama telah menyiarkan emel yang telah tersebar luas di media sosial mengenai maklumat yang dikatakan dihantar oleh Dr. Abdul Rahim Ghouse kepada Rafizi Ramli.

Rafizi mendakwa siasatan ini merupakan penyiasatan yang pilih kasih. Beliau menyoal apakah semua e-emel palsu dan gosip disiasat Polis? 

Hot..!!! Najib Akan Senasib Morsi?

fru

Sorotan bagi tahun 2013 diwarnai dengan pelbagai kisah suka duka di negara kita. Masing-masing punya cerita gembira dan sedih pada 2013. Dalam dunia politik, antara kenangan terbaik ialah apabila Allah SWT memenangkan BN pada PRU ke-13 yang lalu, sebuah kemenangan untuk rakyat Malaysia khususnya.

Selain itu, kemenangan BN Kedah merampas kembali Kerajaan Negeri Kedah dari terus dijajah PAS seolah-olah menyerikan lagi kepercayaan rakyat pada BN. Meskipun menang dengan majoriti mudah, menang tetap menang dan Allah SWT tetap memberikan kuasanya pada kerajaan yang terbaik untuk rakyat.

Justeru itu, saya menjangkakan sambutan dan kemeriahan malam tahun baru pada malam esok akan berlangsung dengan lebih bermakna di seluruh negara.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!