Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, December 26, 2013

GEGARRR..!!! VIDEO UNTUK TONTONAN YANG KUAT IMAN SAHAJA...


Bagi rakan-rakan UMNO dan PAS yang belum menonton video paling hangat minggu ni, saya berbesar hati untuk menjemput anda semua menonton video tersebut di bawah...

Sebelum tengok video tu, harap beristighfar panjang dan kuatkan iman di dada. Risau jugak kalau kena "heart attack" nanti...

PANASSS..!!! HADI BERTAQIYYAH DEMI MAT SABU..???!!!

hadi_awang

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini menulis di Harakah tentang isu Syiah. Beliau menimbulkan persoalan pada artikelnya yang bertajuk “Kenapa masalah Sunni dan Syiah ditimbulkan sekarang?”. Dalam tulisannya, beliau menegaskan bahawa ahli PAS diwajibkan menganut mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah dan tidak diizinkan bermazhab selain itu.

Malah katanya, Jawatankuasa disiplin PAS akan bertindak tegas terhadap mana-mana ahlinya yang bermazhab selain dari Sunnah wal Jamaah. Begitulah tegasnya kenyataan Presiden PAS itu di dalam tulisannya tersebut.

Ni Sapa Pandai-Pandai Tukar Logo Skuad Hijau Kuning Nihhh???

Senyum la sikit brooo.. tau la marah pun... say "cheese"..!!! Heheheee...
Opssss.. saya dengar, ada yang tak puas hati bila logo skuad bola sepak Kedah ditukar pada logo baru. Betul ke? Sampai sanggup panggil media mintak cover ketidak puasan hati depa? Betul ke? Murka betoi depa tu noooo....

Saya nak tanya, siapa yang pandai-pandai tukar logo team bola sepak Kedah ni haaa??? Pandai-pandai saja tukar logo... kan ramai yang dah murka..!!! Cuba tengok muka Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Kedah, Nor Hasmadi Hamzah tuuu... kan dah masammmm....

Patutnya bila nak tukar logo tu, KFA perlu buat mesyuarat dulu. Paling kurang kena 10 kali meeting. Lepas diputuskan, KFA perlu bawak cadangan tukar logo tu mengadap Penaung KFA, DYMM Sultan Kedah yang juga merupakan DYMM Yang DiPertuan Agong...

PERGHHH..!!! VIDEO PALING HANGAT UNTUK MAT SABU & PENGANUT PAS..!!!


Korang semua dah tengok? Saya dah tengok dah... memang hangat kali ni.. Makin teruk PAS nampaknya. Dah semakin teruk terdedah...

Kalau yang mendedahkan itu orang UMNO, depa kata kita fitnah...kononnya kita ni tuduh depa yang bukan-bukan...macam-macam depa tuduh kita... kafirkan kita pun depa sanggup...

Tapi kali ni yang dedahkan segalanya bukan orang sembarangan... memang panas telinga... panas hati... panas segalanya kalau depa tengok video ni... 

GEMPARRR..!!! KIT SIANG LEMPANG GUAN ENG SEMALAM..???!!!

kit+siang

Baru-baru ini Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengecam media arus perdana atas tuduhan kononnya sengaja menyiarkan pelbagai laporan berita yang berunsur perkauman dan perseteruan agama. Katanya, tindakan itu akan menyebabkan timbul rasa benci, bermusuh dan tidak bertolak ansur di kalangan rakyat di negara ini.

Malah bapa Lim Guan Eng itu mendakwa sikap media arus perdana itu sudah lama bermula sejak di zaman pembentukan Malaysia pada tahun 1963 lagi dan kononnya semakin menjadi-jadi ketika negara kita diambang PRU ke-13 yang lalu sehingga kini.

Saya tertanya-tanya, apa asasnya Kit Siang menuduh media arus perdana bersikap sedemikian sedangkan apa yang dilaporkan itu adalah perkara yang hak serta tidak bertentangan dengan etika penyiaran media. Saya kira, kalau ia tidak benar dan bertentangan dengan amalan etika media, pihak berkuasa bila-bila masa saja boleh mengambil tindakan terhadap media, bukan?

Wednesday, December 25, 2013

Adoi laaa.. Bila Mat Sabu nak saman Zahid Hamidi nihhh..???

mat sabu syiah

Saya tersengih-sengih membaca artikel rakan kolumnis baru-baru ini yang menyindir Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, yang hingga ke hari ini masih gagal memfailkan saman terhadap Menteri KDN, Datuk Seri Zahid Hamidi, yang menuduhnya berfahaman Syiah pada Perhimpunan Agung UMNO yang lalu.

Memang benar, Mat Sabu khabarnya beri tempoh 3 hari untuk Zahid memohon maaf padanya secara terbuka. Malah komited dengan ugutan tersebut, Mat Sabu enggan memberi komen mengenai isu itu bila diajukan wartawan. Tapi hari ini sudah lebih dari 3 hari, Mat Sabu masih tak saman-saman Zahid. Hari ini cuti Krismas, kot?

Pada saya, sama ada masuk ke mahkamah atau tidak, isu yang melibatkan aqidah ini tidak akan memberikan sebarang kesan pada Mat Sabu.

Bukti yang akan buat puak Syiah merah muka..!!!

Berikut adalah bukti-bukti kesesatan dan penyelewengan Syiah yang jelas bertentangan dengan Al-Quran yang diturunkan pada Rasulullah SAW...

Macam tu pun masih lagi nak kata Syiah tu "mazhab ke-5"? Syiah ni bukan saja tak layak nak dijadikan "mazhab", nak dijadikan apa pun tak boleh sebab sesat..!

Korang ada kenal mana-mana Syiah tak? Cuba bagi depa tengok video kat bawah ni... gerenti merah muka punyaaaa... heh!

HOT..!!! SOALAN TOK GURU PAS YANG GAGAL DIJAWAB PUAK PAS..!!!

Pada pandangan saya, soalan mudah di bawah ini takkan dapat dijawab oleh majoriti para pengikut PAS dengan ikhlas. Depa mungkin boleh jawab, tapi tidak dengan ikhlas...

Soalan tu bukan saya yang tanya. Tapi ditanya oleh seorang Tok Guru PAS jugak....

Cuba tengok soalan di bawah... agak-agak depa boleh jawab tak soalan tu?

SAIFUDDIN ABDULLAH UMUM MASUK PKR..???

ScreenHunter_06 Dec. 25 04.13

Kecenderungan bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, yang suka memberikan kenyataan “seirama” dengan dakyah pembangkang sememangnya sudah lama kita ketahui. Meskipun dia di dalam “Barisan” dan merupakan pemimpin UMNO, nadanya sering seperti Mahfuz Omar…

Semalam, Saifuddin Abdullah “buat hal lagi”. Dia yang digugurkan dari menganggotai barisan kabinet seolah-olah berada di bangku pembangkang pada penggal ini apabila meminta pihak kerajaan “memahami hasrat rakyat untuk mengadakan himpunan protes pada 31 Disember ini.

Katanya, pihak kerajaan perlu memahami bahawa kenaikan kos sara hidup dan kadar tol memberikan kesan terhadap rakyat. Justeru itu dia mahu kerajaan faham “hasrat” tersebut.

Tuesday, December 24, 2013

GST 6%...16% JANGAN SEBUT.. 16 SEPTEMBER LAGI TAK PAYAH SEBUT..!!!

6-percent-gst

Hari ini bertarikh 22 Disember 2013. Tarikh hari ini akan memakan masa lebih kurang setahun sebelum kita melangkah ke tahun 2015, tahun di mana kerajaan bercadang akan melaksanakan sistem cukai baru, “Good and Services Tax” (GST), yang kecoh diperdebatkan sejak kebelakangan ini…

Pembangkang yang sememangnya kerjanya membangkang setiap cadangan kerajaan, telah menerbitkan buku kecil bertajuk “Faham GST, Tolak GST” yang dilancarkan baru-baru ini. Tidak lain tidak bukan, buku itu diterbitkan bertujuan untuk memburuk-burukkan kerajaan BN dengan langkah perlaksanaan GST nanti.

Sebagaimana maklum, bukan saja Perdana Menteri, malah ramai Menteri, pemimpin kerajaan, pakar-pakar, pegawai-pegawai kewangan dan cerdik pandai ekonomi berkali-kali menjelaskan kebaikan yang bakal diperoleh rakyat dan negara dari perlaksanaan sistem GST nanti. Tapi seperti biasalah, apa yang dijelaskan itu “semuanya tidak betul” di mata pihak pembangkang…

GEMPAR..!!! SYIAH MAZHAB KE-5, KATA MAT SABU...???


Saya tak tahu kenapa pukul 12 tengahari tadi video rakaman ke-2 tentang isu "Mat Sabu Syiah?" tak keluar di KedahNews.com. Memang saya tunggu tengahari tadi...tapi tak keluar pun...

Tapi petang tadi, saya buka kembali laman portal tu, saya dapati video tu sudah dimuat turun...

Astaghifirullahil'azim.. Ada ke patut Mat Sabu dakwa Syiah tu mazhab ke-5. Ajaran sesat yang dihalalkan Mat Sabu sebagai "mazhab"? Tok Guru mana ajar dia? Khomeini? Hasan Nasrallah? Astaghfirullahil'azim...

Ikuti video tersebut di bawah...

ALAHAI RAFIZI OIII....BN GADAI RM5.6 BILION? ADOI LAAAA...

Rafizi

Baru-baru ini heboh puak-puak pembangkang mencanang ke seluruh pelosok kampung kononnya Kerajaan BN “gadai” harta negara bernilai lebih RM4 bilion. Habis tercengang dan merah muka pakcik makcik di kampung-kampung mendengar “cerita dongeng” Pakatan Haram itu.

Bila ditanya dari mana sumber “cerita” itu, mereka menuding jari pada gambar Pengarah Strategik PKR yang montel gebu, Rafizi Ramli, yang kononnya dipetik dari laporan terkini Bank Dunia bertajuk “Malaysia Economic Monitor: December 2013″. Rupanya, Rafizi punya cerita. Padanlah…
Memetik laporan tersebut di mukasurat 10, ia tertulis…

LaporanBankDunia

“Daripada tambahan RM11.8 bilion pendapatan yang dijangka diperoleh berbanding anggaran bajet, RM7.4 bilion berasal daripada sumber-sumber bukan cukai, termasuk RM1.4 bilion hasil daripada penjualan aset dan RM4.2 bilion daripada pensekuritian gadai janji kerajaan.”

HARI-HARI ADA VIDEO DEDAH "MAT SABU SYIAH"?

Saya rasa, ada pihak yang sedang garu kepala yang tak gatal. Hari-hari portal KedahNews.com terbitkan video bersiri temuramah dengan Tok Guru Pondok Kobah yang dah lama siasat tentang dakwaan Mat Sabu seorang Syiah...

Hari ni, pukul 12 tengahari, portal tu akan kejutkan kita lagi dengan cerita dari Ustaz PAS dari Dewan Ulama PAS tu.. Saya dengar, video hari ni lebih hebat pendedahannya...

Sebenarnya, teringin jugak la nak jumpa Tok Guru Pondok Kobah ni. Dah tentu lebih banyak cerita yang kita boleh dapat darinya..kan?

Video dari KedahNews.com tu baru siri ke-2 hari ni... entah berapa siri lagi pun saya tak tahu. Boleh tahan jugak pendedahan ni, kan? Menarik untuk KDN jadikan fakta kalau Mat Sabu saman Zahid Hamidi nanti...heh!

Lebih menarik lagi, kalau KDN sendiri jadikan Ustaz PAS tu sebagai saksi kes... meletop bebbb..!

Tapi kalau KDN kena saman pun, saya rasa KDN akan kalah. Sebab? Sebab kalau betul Mat Sabu tu Syiah, dia boleh menipu hakim dan mahkamah. Syiah memang benarkan pengikutnya bertaqiyyah, kan? Jadi senang-senang saja dia boleh lepassss...heh!

So..ikuti pendedahan dari KedahNews.com...harap kita dapat guna akal untuk memilih pemimpin..!

Monday, December 23, 2013

Ini bukan soal "JANTAN" atau "PONDAN"...

41387458826_295x200

Di kalangan wartawan dan pengamal media, memang sedang hangat diperkatakan tentang tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menggantung akhbar terbitan mingguan, “The Heat”, minggu ini. Ada yang marah, ada yang menyindir dan ada yang kata “padan muka”…

Penggantungan “The Heat” turut mengundang kritikan dari pihak pembangkang yang dilihat seolah-olah sengaja “mencurah petrol” pada percikan api yang kecil. Dengan “petrol subsidi” dari pembangkang itu, isu penggantungan akhbar kecil itu tiba-tiba menjadi “marak”…

Mereka mendakwa kononnya pihak Kerajaan “takut”, “risau” dan bersifat “pengecut” ekoran akhbar itu yang secara terang-terangan mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Malah ketika digantung, akhbar itu baru saja menyiarkan laporan yang mendakwa Perdana Menteri dan isterinya berbelanja secara tidak berhemah.

Bila makin ramai golongan ulama menyokong UMNO...

Ustaz Kazim di Perodua

Saya kira, ramai yang tersenyum apabila pendakwah bebas terkenal, Ustaz Kazim Elias semalam menegaskan bahawa UMNO dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak pernah menolak Islam, meminggirkan golongan ulama atau menidakkan program-program yang mengimarahkan Islam di negara kita.

Mungkin juga ada yang “sentap” mendengar kata-kata Pengetua Pusat Pendidikan Islam Al-Barakah itu yang menegaskan bahawa UMNO dan Najib sering memartabatkan Islam di Malaysia. Maklumlah, mungkin sebelum ini mereka merasakan hanya mereka sajalah “pejuang Islam” di negara kita…

Saya berpandangan bahawa terdapat dua respon bagi kenyataan Ustaz Kazim itu.

"Guru saya kata Mat Sabu Syiah" - Ahli Dewan Ulama PAS @abuaqifstudio @berusgigi @mukhrizmahathir

Astaghfirullahil'azim..!!! Saya beristighfar panjang menonton video yang disiarkan portal KedahNews.com. Memang menggemparkan minda. Memang mendebarkan...

Setahu saya, Tok Guru Hj Salleh di Sik memang PAS tegar. Masa himpunan Bersih dulu pun dia ada turun padang berhimpun sama. Tok Guru Dr Hj Abd Aziz Hanafi tu pun memang PAS. Dua-dua tokoh ulama PAS tu memang dok dalam Dewan Ulama PAS Kedah...

Maksudnya, apa yang dikatakan bukti "gred B" atau "gred A" atau "bukti tak boleh pakai" oleh para pengikut PAS sebelum ni adalah satu kenyataan yang tak berasas. Bukti-bukti tu memang bukti mantap yang sukar dinafikan.

Cuba tengok video hangat kat bawah...

GEMPAR SYIAH..!!! ADA "BOM" UNTUK MAT SABU PUKUL 12 TENGAHARI NI..???!!! @abuaqifstudio @mukhrizmahathir @berusgigi


Saya dengar pada lebih kurang jam 12 tengahari ni ada "bom" untuk Mat Sabu dan seluruh warga Syiah dalam PAS dari portal KedahNews.com... 

Awat rasa macam tak sabar je nihhh.. adoi la...

Apa benda yang akan didedahkan dalam siri pertama tu nanti? Ishhhh... berdebar-debar pulak nak tahu... bukan isu kecik tu.. isu Mat Sabu tu Syiah atau tidak? Apa-apa pun kita sabar je la menanti...heh!

Sunday, December 22, 2013

EKSKLUSIF..!!! Video Ustaz PAS dedah Mat Sabu Syiah?


Isu Syi'ah memang tengah panas diperkatakan, khususnya bila DS Zahid Hamidi menuduh Mat Sabu berfahaman Syiah. Saya tak tahu nak tuduh Mat Sabu itu Syiah atau tidak, sebab penganut Syiah ni takkan mengaku dan sanggup berbohong (bertaqiyyah) tentang aqidah depa...

Terbaru, sebuah portal dari Kedah mendedahkan satu rakaman video temuramah dengan seorang Ustaz yang merupakan seorang Mudir (pengetua) di sebuah pondok di Kedah.

Menariknya, pendedahan video itu seolah-olah membayangkan bahawa Mat Sabu itu sememangnya Syiah berlandaskan penjelasan Ustaz yang juga merupakan ahli PAS tersebut. Khabarnya, Ustaz tu punya alasan kukuh...

Hot..!!! Latar belakang sebenar Anwar Ibrahim dibongkar?


Saya terjumpa satu kisah yang agak mengejutkan saya mengenai perihal Anwar Ibrahim. Terima kasih pada sumber ini kerana sudi kongsikan kisah ini bersama...

Saya tidak pasti sama ada kisah dari "Nana" di ruangan komen AIDC ini benar atau tidak. Namun sekiranya ada yang tinggal berdekatan Jalan Kilang Ubi, Ceruk Tok Kun, Pulau Pinang, boleh la cari pemilik gerai Mee Ketam kat situ untuk mencungkil cerita...

Cuma, saya ingatkan supaya pergi jumpa pemilik gerai Mee Ketam tu cepat sebab risau jugak kalau Anwar terlebih dulu hantar orangnya untuk "beli" pemilik gerai Mee Ketam tu...kan? Heh!

Seterusnya, sila baca pendedahan "Nana" kat bawah ni tentang Anwar Berahim, "dewa" puak-puak PAS...heheheee...

Perghhh..!!! Orang Kuantan "balun" Fuziah Saleh..!

Kebelakangan ini,saya amat tertarik dengan pandangan orang awam berkenaan isu pengurusan bencana banjir yang berlaku di Pantai Timur.Ini adalah pandangan saya sebagai orang kampung yang terlibat dalam banjir di Kuantan baru-baru ini.
Baru-baru ini,pendekatan MKN menjawab surat terbuka Cik Nur Adilla melalui medium yang sama di portal The Malaysian Insider (TMI) adalah langkah yang tepat sesuai dengan transformasi Kerajaan untuk mempelbagaikan kaedah perhubungan raya (public relations) mereka pada era Internet yang kini ditunjangi media sosial.
Malahan jawapan MKN yang terperinci juga sedikit sebanyak memahamkan saya dengan isu-isu sebenar yang mungkin tidak terjangkau kepada orang awam. Untuk itu,saya ucapkan terima kasih kepada MKN. Fuziah turut menulis surat malangnya dia lebih kepada membela kelemahannya. 
 

AKU MARAH..!!! Gadis kurang ajar pada Islam di Johor..!!!

Saya rasa perkara di bawah ini tidak layak untuk kita umat Islam berkompromi. Terlalu melampau dan jijik provokasi ini. Jelas gadis ini sengaja dan melakukan provokasi itu dalam keadaan waras, tidak gila dan siuman...

Cuba lihat sendiri gambar kat bawah... anda sebagai umat Islam boleh sabar?

Gempar..!!! Bukti blogger PAS Kedah pilih Syiah?

Semalam saya saja masuk blog PAS Kedah yang "tersohor" dengan cerita-cerita kurang betul tu. Kebetulan, terpampang satu posting tentang Syiah dan Ahli Sunnah wal Jama'ah...

Dalam posting tu, tajuknya berbunyi... 

"Antara Pemimpin Syiah & ASWJ...mana satu ikutan kalbu..."

Posting blogger PAS Kedah tu ada selitkan gambar Ahmadinejad dan DS Najib Tun Razak.  Lihat gambar di bawah...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!