Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, December 10, 2013

Nurul Izzah mahu Anwar masuk UMNO semula ke? Tak payah laaahhhh....

izzah

Tidak disangka, rupanya Perhimpunan Agung UMNO kali ini mendapat perhatian dari Nurul Izzah, anak bekas Timbalan Presiden UMNO yang dipecat atas dakwaan skandal salah laku moral luar tabi’i dan penyalahgunaan kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri. Nurul Izzah baru-baru ini mengulas mengenai PAU 2013 yang berlangsung di PWTC…

Tertanya-tanya juga di hati saya, apakah Nurul Izzah terimbau kembali kenangan silam tentang “borak” dan “borang” yang “papa” sebarkan pada siri-siri perhimpunan agung UMNO sebelum ini? Rindu pada semangat UMNO? Atau dia sebenarnya cemburu dengan pencapaian UMNO sebagai sebuah parti tunjang yang diyakini rakyat?

Kata Nurul Izzah, UMNO merupakan parti yang akan menggelapkan masa depan bangsa Melayu. Dia menggariskan tiga perkara bagi menguatkan hujahnya itu.

Monday, December 9, 2013

Cerita tentang ahli politik paling popular di Malaysia?

5031922463_5fb022043b

Saya sangat tertarik untuk mengulas kenyataan bekas Naib Presiden Indonesia, Tan Sri Try Sutrisno, di dalam satu forum di ibu negara baru-baru ini yang memberitahu bahawa rakyat di negaranya menolak sama sekali mana-mana pemimpin yang cenderung pada homoseksual dan tidak bermoral.

Katanya, rakyat memerlukan seorang pemimpin yang berakhlak tinggi dan mana-mana pemimpin yang diihat menyokong homoseksual tidak akan dapat diterima berdasarkan prinsip keimanan dan kepercayaan pada Tuhan.

Saya kira, tidak hanya di Indonesia saja yang menolak pemimpin yang tidak bermoral dan suka pada tabi’at seks songsang itu. Boleh dikatakan hampir semua negara Islam menolak pemimpin sebegitu. Malah di negara bukan Islam sekali pun, pemimpin yang dikatakan terlibat skandal sama ada terbukti atau hanya desas-desus sekalipun, maka pemimpin itu akan ditolak.

Tu dia..! Wujud "geng pengacau bersiri" PRK..?

undi hantu

Baru-baru ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selesai mengadakan “post mortem” pilihan raya kecil (PRK) DUN Sungai Limau yang berlangsung baru-baru ini. Maaflah saya katakan, saya tidak berada di tanahair ketika itu ekoran dijemput Allah ke rumahNya bagi menunaikan ibadah haji di Makkah Al-Mukarramah.

Namun bila terbaca tentang hasil post mortem SPR itu, saya agak terkejut bila didedahkan tentang wujudnya sekumpulan penyokong parti yang dikatakan sememangnya dilatih untuk melakukan kekacauan pada setiap pilihan raya kecil. Macam itu pun ada?

Menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff, kumpulan pengacau itu dikenal pasti bergerak dari satu PRK ke PRK yang seterusnya dengan modus operandi yang sama. Misalnya, orang yang membuat kacau di PRK Kuala Besut merupakan muka yang sama melakukan kerja keji tersebut di PRK Sungai Limau.

Lihatlah "kualiti" orang Cina Malaysia zaman sekarang....

dn_33.1

Saya faham PRU ke-13 sudah berlalu kira-kira 6 bulan yang lalu. Saya kira ramai di kalangan kita yang setuju tentang sokongan majoriti masyarakat Cina di negara kita yang masih lagi memberikan undi mereka kepada pihak pembangkang. Itu merupakan fakta yang tidak boleh disangkal lagi. Seluruh negara heboh tentang perkara tersebut.

Saya masih ingat lagi betapa kita semua kecewa dan marah pada masyarakat Cina atas trend undi mereka itu. Paling terasa bahang kemarahan tersebut ialah di negeri Melaka, Selangor dan Pulau Pinang. Memang kita semua marah pada majoriti masyarakat Cina…

Namun begitu, saya dapati masyarakat Cina masih lagi “buta” mengenai kemarahan kita pada mereka. Ia adalah berdasarkan kenyataan MB Melaka, Dato’ Seri Idris Haron yang memberitahu bahawa masyarakat Tiong Hua mempersoalkan desakan kita untuk mereka meminta maaf atas trend undian mereka pada PRU ke-13 yang lalu.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!