Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, December 5, 2013

Muslimat PAS Ambil Tindakan Disiplin Pada Ummi Syifa'..???

1005356_537285549676927_1983739021_n

Agak panas semalam di blog-blog dan portal-portal media alternatif mendedahkan tentang seorang wanita bertudung labuh yang menggelar Pengetua Pusat Pendidikan Islam Al-Barakah merangkap pendakwah terkenal, Al-Fadhil Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz dengan gelaran “Ustaz Khinz*r”.

Dalam pendedahan tersebut, seorang wanita yang menggunakan nama Ummi Syifa’ memberikan komen di dalam laman sosial Facebook berbunyi “Bkan ust kazeem tp ust khinzir…hua3″, yang bermaksud dia menukar nama Ustaz Kazim Elias kepada “Ustaz Khinz*r”. Rasanya tidak susah untuk menafsir niat dan kenyataan Ummi Syifa’ itu, bukan?

Setelah disiasat beberapa blogger, maklumat mendedahkan bahawa Ummi Syifa merupakan salah seorang ahli Muslimat PAS yang aktif di Terengganu. Malah bukti bergambar juga mendedahkan bahawa wanita bertudung labuh itu berkemungkinan berjawatan di dalam PAS di kawasan DUN Jerteh.

56
Sebagaimana maklum, Ustaz Kazim sememangnya menjadi mangsa serangan para penyokong PAS sebelum PRU ke-13 lagi iar pun ketika itu beliau merupakan salah seorang ahli PAS. Namun sejak beliau ditawarkan menganggotai Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, makin berganda-ganda fitnah, ugutan, caci nista dan maki hamun yang beliau terima dari penyokong-penyokong PAS.

Subjek saya bukanlah pada Ustaz Kazim sebenarnya. Sebagai pendakwah berpengalaman di negara kita khususnya di akhir zaman, saya kira Ustaz Kazim sudah lali dan tabah menghadapi caci maki, khususnya dari segelintir umat Islam yang pada saya “tidak tahu” dan “bodoh sombong”.

Jadi, saya lebih gemar untuk menjadikan Ummi Syifa’ sebagai subjek artikel ini. Bukan apa. Ummi Syifa’ sangat sesuai untuk saya jadikan model seorang Muslimat PAS yang kononnya “memiliki tiket ke syurga” kerana menyokong sebuah parti yang “mereka saja yang Islam, yang lain kafir-kafir belaka”…

Saya beristighfar panjang membaca cerita mengenai Ummi Syifa’. Melihat pada gambar yang tersebar, rupa parasnya begitu sempurna sebagai seorang Muslimat. Tapi tak sangka pula sanggup mengeluarkan kata-kata yang begitu jijik terhadap seorang pendakwah yang hafal Al-Quran 30 juzuk!

Tidak kiralah sama ada pada Ustaz Kazim atau sesiapa sekalipun, apa hak Ummi Syifa’ untuk menggelar seseorang itu dengan gelaran sebegitu jijik? “Khinz*r”? Mengapa binatang itu yang Ummi Syifa’ pilih? Kenapa tidak pilih ayam, itik, kerbau, ikan lumba-lumba, burung kelicap atau rama-rama? Kerana haiwan bernama “khinz*r” itu sangat hina di sisi Islam sehingga perlu disamak jika menyentuhnya, bukan?

1457643_582572391791770_1852926310_n

Merujuk pada hadis Rasulullah SAW, baginda pernah melarang keras umatnya untuk memberikan gelaran yang buruk terhadap seseorang. Malah Allah SWT juga pernah berfirman “wa la tanabazu bil alqab” yang membawa maksud maka janganlah kamu menggelar seseorang itu dengan gelaran (yang buruk).

Tak payah ijma’ atau qias ulama, sumber utama Islam iaitu Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW sendiri dengan jelas melarang umat Islam melemparkan gelaran yang buruk terhadap seseorang.

Persoalannya, tidakkah Ummi Syifa’ tahu tentang perkara itu? Suaminya tidak ajarkah perkara tersebut? Apa Ummi Syifa’ rasa jika ada mana-mana pihak menggelar suaminya sebagai “Walid Al-Khinz*r”? Marah? Tersinggung? Kecewa? Murung? Malu? Dan cuba bayangkan apa yang anak isteri Ustaz Kazim rasa bila ayah dan suami mereka dilabelkan sebegitu hina?

Bagaimana pula cara PAS mentarbiyah ahli-ahli mereka? Apakah tarbiyah mereka itu mengikut lunas-lunas Al-Quran dan hadis? Itukah “makarimul akhlak” yang ditinggalkan Rasulullah SAW kepada jemaah PAS yang kononnya “lebih Islam berbanding yang lain”? Itu hasilnya bila bersama PAS?

Saya difahamkan bahawa Siti Zailah kekal sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS ketika pemilihan parti itu baru-baru ini. Saya tertanya-tanya, apakah tindakan Dewan Muslimat PAS bila seorang ahlinya mempamerkan sikap keji sebegitu? Tidak mencemar nama baik Muslimat PAS, kah? Tidak perlu ditegur atau diambil tindakan disiplin?

Saya tertanya-tanya, sebagai seorang yang mengaku Islam, apakah Ummi Syifa’ tidak merasa berdosa terhadap Ustaz Kazim? Melanggar larangan Allah dan Rasulnya, apakah Ummi Syifa rasa dia layak dikurniakan syurga Allah? Sedangkan ulama yang begitu zuhud dan kuat beribadah pun rasa tidak layak mendapat syurga Allah, apakah Ummi Syifa’ fikir dia layak dengan sikapnya yang begitu biadap?

4

Beginilah. Saya serahkan segalanya pada tuan empunya diri, Ummi Syifa’. Jika benar dia muslimat Islam, maka hubungilah Ustaz Kazim dan minta maaf pada beliau sendiri. Kemudian, jelaskan secara terbuka permohonan maaf tersebut bagi menjaga nama baik saudara seagama yang banyak berbakti pada umat Islam di negara ini.

Itupun kalau Ummi Syifa’ rasa nak buatlah. Jika enggan, saya serahkan saja pada Ustaz Kazim dan Allah SWT sama ada mahu memaafkan dan mengampunkan wanita PAS itu, terserahlah. Saya hanya mampu menasihati Ummi Syifa’ dengan menjelaskan bahawa akhlak seperti yang ditunjukkan itu bertentangan dengan ajaran Islam.

Bukan maksud saya untuk memalukan atau menyinggung perasaan Ummi Syifa’. Namun saya hanya berniat untuk menyedarkan. Kalau nak berpolitik menyokong PAS sampai tunggang langgang pun, buatlah. Namun jagalah hati dan lidah. Hati itu sangat perlu dijaga kerana jika ia busuk, maka busuklah hidup kita. Lidah pula tidak boleh berkata-kata di akhirat kelak…kan? Wallahu’alam. -Mykmu.net

3

Makcik Tudung Labuh Ni La "Khinz*r"kan Ust Kazim...

Sedap namanya, "Ummi Syifa'" yang bermaksud "Ibu yang mampu menyembuhkan". Tak tahulah "menyembuhkan" penyakit apa, mungkin penyakit di tubuh atau mungkin penyakit dalam hati...

Tapi memang hebat la untie "tudung labuh" kita ni. Memang hebatttt..! Dia hebat sebab berjaya memaki hamun Ustaz Kazim Elias sehingga dia jadi "famous" sekelip mata. 

Apa yang dia maki Ustaz Kazim? Cuba tengok print screen kat bawah ni... 

Wednesday, December 4, 2013

Tarif Letrik Baru: Banyak mana yang kita perlu bayar?

perubahantarif

Kaji dan teliti dahulu jumlah kenaikan sebelum marah-marah dan berdemontrasi. Tiada sesiapa suka kenaikan hatta RM 1 pun. Cuma kadang-kala ia terpaksa dilakukan kerana tuntutan dan keperluan semasa. 

Biarpun kita tidak berpuas hati dengan kenyataan Menteri yang membuat kenyataan mengelirukan, hakikatnya kenaikan ini masih boleh ditampung oleh mereka yang terbabit. 

Cuma kerajaan perlulah mengurangkan peringkat tariff yang terlalu banyak dan menyebabkan ada orang menanggung kenaikan yang terlalu tinggi.

Ustaz Kazim Tak Terima Jawatan MT UMNO, Puas Hati???

ust kazim

Saya yakin ramai penyokong-penyokong PAS menarik nafas lega. Puas hati? Puas setelah Ustaz Kazim Elias mengumumkan beliau menolak tawaran untuk dilantik menganggotai Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO? Ya. Memang Ustaz Kazim tolak jawatan politik tersebut…

Memang saya agak sedih dengan keputusan Ustaz Kazim. Namun saya yakin, ada hikmah di sebalik keputusan itu. Mungkin Ustaz Kazim punya alasan yang munasabah dan membuktikan beliau bukanlah “gila pangkat” sebagaimana yang dituduh segelintir puak sebelum ini.

Saya juga yakin bahawa beliau telah berbincang panjang lebar dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengenai keputusannya itu. Dan sudah tentu, Datuk Seri Najib faham, redha dan bersetuju dengan hikmah yang bakal tercetus di sebalik penolakan secara baik tersebut.

Tuesday, December 3, 2013

"Anjing"? "Ba*i"??? Apa dosa Ustaz Kazim pada PAS agaknya?

Mohammad-Kazim-Elias
Astaghfirullahil’azim. Dunia politik PAS tiba-tiba gundah gulana, kecoh dengan fitnah, caci maki dan hina nista apabila Ustaz Kazim Elias diumumkan tersenarai dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO baru-baru ini. Ada juga pihak yang kononnya bergelar “ustaz” PAS melatah dan tergamak melemparkan tohmahan terhadap beliau. Islam jenis apakah ini?

Saya mengerti bahawa PAS rasa terhina bila Ustaz Kazim dipelawa untuk dilantik menganggotai MT UMNO. Apatah lagi beliau merupakan salah seorang ahli PAS. Namun mungkin disebabkan polisi PAS yang tidak boleh ditegur dan semakin menolak kedudukan ulama Islam di dalam parti itu berbanding ulama PAS, maka disebabkan itu Ustaz Kazim tidak mendapat tempat di dalam jemaah mereka.

Perkembangan terkini melaporkan bahawa Ustaz Kazim telah bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, selama sejam hari ini bagi membincangkan tentang perlantikan beliau sebagai MT UMNO.

Monday, December 2, 2013

Tu diaa..! Kementerian yang susahkan guru-guru kita?

Astaghfirullahil'azim... sampai 59 tugas yang perlu dilaksanakan sepanjang tahun? Kenapa tak cukupkan saja sampai 60 tugasan? Bagi cikgu-cikgu kita tu "koma" terus kat sekolah...kan senang? Nasib baik la saya buka seorang guru...

Siapa kata kerja cikgu tu senang? Ingat kerja cikgu tu mengajar anak-anak kita, periksa buku sekolah dan organize sukan saja ke? Ingat kalau sekolah cuti maka cikgu-cikgu tu semua cuti sama ke? Pergi pagi balik tengahari? Siapa cakappp???

Kalau tuan puan semua nak tahu... kat bawah ni ada list tugasan cikgu-cikgu kita. Dalam bahasa lain, "job description". Kebanyakkannya semua guna sistem online. Kononnya "online" sebab nak mudahkan guru, tapi sebenarnya lebih menyusahkan...

Tu diaaa.. GLC Kedah kena "titik" dengan blogger Kedah...

Tu diaaa.. Ustaz Azizan dah meninggal dunia pun masih kena buat kerja kat STDC lagi? Ishhhh... tak patut..tak patut...
Sekalung tahniah saya ucapkan pada sahabat-sahabat blogger KedahTimes, Pak Teh dan AloqStaq kerana berjaya memaksa GLC-GLC di Kedah ni supaya update website masing-masing. Sila baca di sini, di sini dan di sini..

Bukan apa... sebelum ni memang jarang update pun. Ada yang dah berbulan-bulan dan ada yang bertahun tak update. Bukannya takde jabatan Corp Comm.. ada... tapi macam tak jalan jer.. taktau la sebok buat apa...

Tapi alhamdulillah.. dah ada beberapa GLC dan agensi yang dah update balik dah. Tapi ada jugak yang dok tahap tu jugak...tak update pun... taktau la apa masalah depa...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!