Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, October 5, 2013

TERKINI DARI MEKAH..! LIPUTAN "LIVE" DARI BAITUL ATEEQ...!!!

Laman web dari Kedah yang membuat liputan haji secara LIVE dari rumah Allah, Baitul Ateeq...

Salam dari Baitullah Al-Haram.. ikuti liputan langsung ibadah haji secara live dari KedahNews.com.

Tuesday, October 1, 2013

HAIRIE OTHMAN MERUNGUT PAS TAK BANTU CARI MAKAN..???

Apa cerita ni bro? Dulu orang kata jangan masuk politik, tapi hang degil. Kononnya perjuangan nak masuk syurga. Err.. masuk PAS tu dijamin masuk syurga ke bro? Hang pun terpengaruh dengan Abby Abadi ke? Dia dapat "syurga" laki muda, hang dapat apa?

Sekarang baru nak mengeluh? PAS tak tolong cari job ke? Dah takleh cari makan? Alaaa... cuba buat macam Wardina tu. Dia tak masuk PAS atau PKR pun, tapi dia fokus kat dakwah saja. Cuba tiru dia jadi pengacara ke..apa ke.. 

Tapi kalau terdesak sangat, apa kata kalau hang bertanding jawatan pada muktamar PAS kali ni. Alaaa... mana la tau menang... heh! Hang kan glemer, kan? Silap-silap boleh jadi "mursyidul am". Kalau Abby boleh jadi "mursyidah am", pasal apa hang tak boleh? Heh!

HOT..!!! RoS AKAN TERUS BURU GUAN ENG DAN BAPANYA..???!!!

L1310225

Tak tahulah di mana Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng letakkan mukanya apabila tewas teruk dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP baru-baru ini. Meskipun terpilih sebagai salah seorang anggota CEC, bilangan undinya merosot teruk.

Terpampang di dada akhbar menyiarkan tentang kemerosotan undi yang diperoleh oleh anak Lim Kit Siang itu. Malah dia yang dulu bermegah terpilih di kedudukan kedua tertinggi di belakang bapanya hanya mampu berada di kedudukan ke-5 setelah hilang sebanyak 272 undi dari perwakilan DAP.

Tapi mungkin mahu “cover” rasa malunya, semalam dia tunjuk garang depan media dengan memberi amaran keras pada Pendaftar Pertubuhan (RoS) supaya tidak lagi campur tangan dalam hal ehwal DAP.

Dia berhujah, dengan mematuhi nasihat RoS untuk mengadakan semula pemilihan CEC baru-baru ini, keputusan pemilihan itu berjaya mengekalkan 20 calon yang dipilih pada pemilihan CEC tahun lalu yang tidak diiktiraf sebelum ini.

Selamba saja dia menuduh RoS menyalahgunakan kuasa yang ada untuk mengganggu DAP. Pada Guan Eng, tindakan RoS itu adalah cubaan sabotaj dari agensi tersebut pada partinya…

Amboi! Sedap mulut saja Setiausaha Agung DAP itu berbicara. Apakah dia tidak tahu tentang tugas-tugas dan bidang kuasa RoS sehingga terfikir untuk memberi amaran yang begitu bongkak dan dayus bunyinya?

Sebagai Pendaftar Pertubuhan, RoS bertanggungjawab untuk meluluskan permohonan penubuhan DAP sebagai sebuah parti politik di Malaysia. Cuba bayangkan kuasa yang ada pada RoS. Jika boleh mengesahkan sesebuah pertubuhan, sudah tentu RoS boleh membatalkan pertubuhan itu, bukan?

Fakta dari mana yang Guan Eng pakai untuk menuduh RoS cuba sabotaj DAP? Bukti dari siapa yang Guan Eng peroleh sehingga dia tergamak menuduh RoS secara sengaja menyalahguna kuasa yang ada untuk mengenakan DAP?

Tolonglah adil dan rasional. Pada saya, RoS adalah sebuah badan bebas yang tidak pernah menyebelahi mana-mana pihak. UMNO pernah diharamkan dan begitu juga dengan banyak pertubuhan yang diharamkan ekoran tidak memenuhi syarat pertubuhan yang ditetapkan.

RoS cuba ganggu DAP? Siapa yang ganggu DAP sebenarnya? Guan Eng perlu rujuk pada fakta sebenar sebelum menuduh RoS sebagai sebuah badan yang sengaja mengganggu DAP.

L1310180

Logik kata, kalau tidak punya sebarang masalah, takkanlah RoS nak campur hal ehwal DAP? Ingat RoS kemaruk sangat nak cari pasal dengan DAP? RoS ada banyak lagi kerja yang perluu diuruskan dari menyebokkan diri untuk memantau DAP…

Sebenarnya, ramai ahli dan pemimpin akar umbi DAP telah membuat aduan rasmi pada RoS berhubung kontroversi pemilihan DAP pada akhir tahun lalu. Berdasarkan laporan itulah RoS menyiasat dakwaan tersebut. Tidak timbul soal sabotaj pun…

Memandangkan ada kesangsian dalam siasatan berhubung proses pemilihan CEC yang lalu, DAP diarahkan untuk mengadakan pemilihan semula. Itu saja, tidak lebih dari itu pun. RoS hanya melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya…

Pun begitu, kini berlaku pula sesuatu yang sangat pelik pada pemilihan CEC pada 29 September baru-baru ini. Bagaimana Janice Lee yang dipecat dari DAP dibenarkan mengundi pada pemilihan tersebut? Bukan ahli DAP boleh mengundi dalam pemilihan DAP, kah?

Janice Lee dipecat Karpal pada 22 April lalu kerana memprotes namanya yang tidak terpilih sebagai calon pilihanraya pada PRU ke-13. Malah Janice boleh dikatakan terpecat sendiri kerana bertanding sebagai calon bebas pada PRU, Mei lalu.

Setahu saya, Janice tidak pernah merayu untuk diterima semula dalam DAP. Dia tidak dijemput ke mesyuarat DAP meskipun dia merupakan ahli DAP seumur hidup. Jelaslah DAP sudah berpatah arang dengan Janice.

Tapi tiba-tiba Janice hadir mengundi pada pemilihan CEC baru-baru ini? Undang-undang apa yang DAP pakai? Perlembagaan mana yang digunakan DAP? Perlembagaan komunis, kah?

Nampaknya RoS berkemungkinan besar akan “mengganggu” DAP berhubung pemilihan CEC parti itu baru-baru ini. Kalau ada di kalangan ahli dan pemimpin DAP yang mengadu pada RoS tentang “keajaiban” itu, sudah tentu RoS akan “langgar” DAP lagi…kan?

Justeru itu, Guan Eng tidak wajar salahkan RoS atau mana-mana pihak dalam soal ini. Bukan RoS atau ahli DAP yang bertindak membuta tuli, tapi dia sendiri yang “buta kayu” tentang perlembagaan parti sendiri, kan?

Sumber: Mykmu.net

Monday, September 30, 2013

BILA TERESA KOK MENGAMUK KAT MUKHRIZ...

"Lu kasi tau Mukhriz..wa mau hantam sama dia..." - mungkin tu kot yang andartu ni kata...heh!
Marah betul Teresa Kok kat Mukhriz. Aku tak tahu la Teresa tengah period datang bulan ke tidak, tapi kalau tengok lenggok bahasanya, dia memang marah kat Mukhriz....

Teresa marah sebab kononnya Mukhriz diskriminasi sekolah Cina. Kononnya Mukhriz tak mau bantu sekolah Cina. Dia kata orang Cina pun bayar cukai dan Mukhriz dibayangkan sebagai tak adil, tak demokratik dan dia tak boleh terima Mukhriz...heh!

Betul ke? Err.. kalau betul pun, apa masalahnya, kan? Heh! Meh sini aku cerita perkara sebenar apa yang berlaku dalam isu ni...

HOT..!!! SELEBRITI DAP AKUI PARTINYA KUAT TIPU..!!!

Aspan bangga jadi ahli DAP sebelum PRU13 dulu...heh!
Apa cerita ni bro? Marah-marah ni apahal? Sebab tak dipilih jadi calon pada PRU ke-13 hari tu ke? Dah tak terpilih jadi calon, depa tak pilih bro jadi pemimpin utama parti ke sampai marah-marah macam ni?

Alamakkk...! Dulu kitorang dah pesan dah. Dah bagitahu dah dulu... DAP tu bohong je. Kuat menipu... tapi bro degil... nak masuk jugak DAP tu.. sekarang bro marah-marah pulak? Ungkit pasal calon PRU... ungkit pasal perkauman dan sebagainya? Heh!

Cuba korang tengok bro Aspan Alias ni... pelik betul kenyataan dia kat bawah ni.. Dulu sokong sangat DAP... sikalannnggggg...???

MACAMANA ZAIRIL NAK BANTU MELAYU DALAM DAP..?

Zairil_Khir_Johari-FZ

Maka berakhirlah sudah episod pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP semalam dengan menyaksikan Zairil Khir Johari kali ini terpilih sebagai pemenang di dalam pemilihan tersebut setelah hebat dipertikai sebelum ini.

Pada pemilihan yang lalu, Zairil terpilih ke dalam jawatankuasa CEC setelah Guan Eng mengaku “tersilap kira”. Dan kali ini, mungkin kemenangan “anak” Tan Sri Khir Johari itu tidak lagi disalah kira…

Zairil muncul sebagai satu-satunya wakil “bangsa Melayu” di dalam CEC tersebut. Begitulah yang didakwa ramai pihak, termasuk kepimpinan DAP yang baru.

GEMPAR..!!! TAK TAHAN MALU, GUAN ENG LETAK JAWATAN DALAM DAP..???!!!

cec

Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang berakhir semalam sebenarnya berjaya mengekalkan status quo calon-calon yang terpilih pada pemilihan CEC yang diadakan pada akhir tahun lalu.

Pun begitu, saya dapati terdapat perkembangan yang agak “ajaib” telah berlaku pada pemilihan CEC yang berakhir semalam.

Paling utama ialah mengenai kekalahan yang pada saya sangat memalukan Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng. Anak beranak yang “bermaharajalela” di dalam DAP itu tewas di tangan Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.

HOT..! AKHIRNYA MAT SABU AKUI DIRINYA SYIAH..???!!!

ScreenHunter_04 Sep. 29 04.40

Saya agak terkejut dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, di dalam satu wawancaranya bersama media baru-baru ini apabila dia menjelaskan bahawa kempen pemilihan PAS kali ini adalah yang paling teruk dalam sejarah 35 tahun sejak dia bersama PAS.

Mat Sabu yang cuba mempertahankan jawatan nombor dua di dalam partinya itu melahirkan rasa kesalnya terhadap ahli-ahli PAS yang kononnya cuba menjatuhkan beberapa orang pemimpin parti tersebut.

Katanya, untuk menjatuhkan seseorang pemimpin itu, ahli-ahli PAS berkempen menerusi laman web dan Facebook. Yang memeritkan Mat Sabu, golongan akar umbi partinya itu gemar menyentuh isu “Syiah” dan “liberal”.

Malah menurutnya di dalam satu pertemuan yang dinamakan Liqa’ Fikri, sentimen “Syiah” dan “liberal” turut menjadi topik hangat untuk dibicarakan oleh para pengikut PAS.

Sebenarnya saya tidak hairan jika Mat Sabu merungut tentang pemilihan PAS. Ya, pemilihan PAS memang teruk pun selama ini. Cantas mencantas dan memaki hamun itu memang sudah lama terjadi di dalam parti tersebut.

Cuma yang saya terkejutnya, mengapa Mat Sabu susah hati sangat bila ahli-ahli PAS menyentuh soal “Syiah” dan “liberal” di dalam laman sosial atau dalam mana-mana pertemuan mereka?

Apa kena mengena “Syiah” dan “liberal” dengan penyandang Timbalan Presiden PAS itu sehingga Mat Sabu nak naik angin? Abang Mat “terasa”, kah? Tersinggung hati dengan topik-topik tersebut? Apa salahnya dengan soal “Syiah” dan “liberal”?

Sebelum ini sudah berkali-kali kepimpinan PAS menafikan pembabitan Mat Sabu dalam isu fahaman Syiah. Malah ada masanya mereka sanggup memanggil media untuk menjelaskan bahawa kononnya Mat Sabu bukan penganut fahaman songsang itu.

Jadi, apa yang Abang Mat nak “terasa” sangat bila disebut soal Syiah? Abang Mat memang berfahaman Syiah, kah? Selalunya, hanya orang yang makan cili saja yang akan terasa pedas, bukan? Abang Mat termakan cili, kah?

ScreenHunter_03 Sep. 29 04.40
Apa masalahnya dengan isu “liberal”? Bukankah PAS kini lebih liberal berbanding dulu? Dulu PAS mahukan hudud. Tapi kini kalau disebut soal hudud, Nizar Jamaluddin nak buat laporan polis!

Itu belum disebut tentang fahaman Khalid Samad lagi. Hak eksklusif penggunaan kalimah “Allah” pun dia nak serahkan pada golongan kuffar yang sering cuba memurtadkan umat Islam di negara kita.

Jadi, apa yang Mat Sabu takut sangat bila disebut soal liberal dan keterbukaan? Abang Mat takut ahli PAS tak dapat terima Syiah di dalam parti, kah? Atau Abang Mat risau jika rahsia Abang Mat terbongkar? Rahsia apa agaknya, Abang Mat?

Mat Sabu akui bahawa dia pernah tidak sependapat dengan Datuk Abu Bakar Chik dan Ustaz Halim Arshad. Kedua mereka itu ialah antara tokoh ulama di dalam PAS. Pandangan apa yang berbeza di antara mereka? Soal akidah dan fahaman, kah?

Sekilas ikan di air, mungkin ramai yang sudah dapat meneka keresahan yang terpalit di sebalik wajah Mat Sabu menjelang muktamar PAS kali ini. Dia resah gelisah dengan isu Syiah dan liberal yang kini hangat diperbual oleh para pengikut ajaran PAS.

Pada saya, Mat Sabu tak perlu risau. PAS dan Syiah tidak jauh bezanya. PAS dan Syiah boleh dikatakan berada di dalam “buku yang sama”, cuma mungkin di dalam “chapter” yang berbeza…

Mungkin kerana takut pada bayang-bayang sendiri maka Mat Sabu menganggap pemilihan PAS pada muktamar kali ini adalah yang paling teruk dalam sejarah hidupnya. Mungkin Mat Sabu sudah rasa goyah dan “paranoid” dengan keadaan semasa yang tidak memihak padanya.

Persoalannya, dimana letaknya semangat juang Mat Sabu? Apa yang dia cuba sembunyikan? Cuba akui apa yang cuba “ditaqiyyahkan” selama ini, insyaAllah mereka akan dapat menerimanya. Soal menang atau kalah bertanding, kita serahkan pada Allah.

Soalnya, Abang Mat Sabu berani atau tidak untuk mengaku dan berterus-terang, bukan?

Sumber: Mykmu.net

AKU BANGGA WUJUD INSTITUSI ISLAM NI KAT MALAYSIA..!!! SYUKRAN TABUNG HAJI..!!!

Aku tak tahu sama ada korang sedar atau tidak, Lembaga Tabung Haji hari ni menyambut ulang tahun Jubli Emas. Maknanya, dah genap 50 tahun Tabung Haji beroperasi dan berbakti pada umat Islam kat Malaysia ni...

Tabung Haji ni actually ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1963. Ilham menubuhkan Tabung Haji ni diilhamkan Allah pada Prof DiRaja Ungku Aziz. Beliau yang buat semua paperwork nak tubuh Tabung Haji ni dulu.. Siapa boleh nafi pahala dia hantar berjuta umat Islam tunai haji, bebbbb?

Tabung Haji ni pada aku adalah "koperasi" umat Islam paling efektif sekali. Selain melabur tanpa sebarang was-was, ia membolehkan kita menabung untuk tunai haji dengan mudah. Besar pahala Tabung Haji dan kakitangannya bro...

Dulu.. Tabung Haji ni kecik je. Duit pun tak banyak. Tapi sekarang ni dah ada ladang, construction, hartanah, kewangan Islam, ICT, minyak dan gas, pelancongan dan catering. Tabung Haji ada 8 juta pendeposit, 119 cawangan, 6,000 touch points dan sebuah opis di Jeddah!

Sunday, September 29, 2013

KY JELLY DALAM BILIK ULAMA? ULAMA MANA NI?

"She.. is sexy"? Apa pasal benda alah ni ada dalam Ulama Guest Room? Dalam bilik ulama mana yang ada benda tak senonoh ni? Kalau dah dasar Syi'ah tu... memang tak senonoh je kerjanya. Buruk benar nafsunya...

Cuba baca kat bawah ni apa yang berlaku dalam operasi serbuan JAIS baru-baru ni...

TERKINI..!!! RON95 NAIK HARGA RM2.80/SELITER MULAI ESOK..!!!???

"Sapa cakap Ron95 naik 10 sen? Salah tu... Sebenarnya Ron95 tak naik 10 sen.. tapi naik 63 sen. Dalam ertikata lain, Kerajaan tarik balik semua subsidi Ron95 dan mulai esok petrol gred tu dah berharga RM2.80..!

Kenapa RM2.80 dan tidak RM2.73? Sebab extra 8 sen tu untuk bagi untung balik kat Kerajaan. Ye laaa.. selama ni Kerajaan bagi subsidi banyak kat korang, tapi korang takde rasa syukur pun. Dah la tak bersyukur, korang kutuk lagi Kerajaan.. patut la subsidi tu ditarik balik...

Cuba korang tengok kat negara pengeluar minyak lain yang langsung tak bagi subsidi petrol kat rakyat depa. Rakyat depa takde la komplen macam-macam pun. Depa tak buat demo pun... Depa tak kutuk kerajaan pun..."

MELAMPAU..!!! CINA HINA ISLAM DI FACEBOOK LAGI..!!!

Pagi-pagi lagi dah buat darah aku menggelegak panas...! Memang panas hati aku pagi ni bila tengok perkara ni. Aku rasa, belum serik-serik lagi Red Bean Army ni dok cari pasal dengan umat Islam kat Malaysia ni...

Cuba tengok kat atas tu.. Korang boleh tahan ke? Boleh tahan sabar? SKMM kena ambil tindakan segera. Lepas tu bawak pi mahkamah. Tahan segera budak yang buat onar ni. Sengaja nak cetus ketegangan agama ke? Nak kena terajang?

Bila Kak Su Bersuara... Heh!