Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, September 26, 2013

"SURAT JEMPUTAN ISTIMEWA" TELAH DITERIMA... DOAKANLAH AKU...

Memang aku agak jarang update blog sejak kebelakangan ni. Busy je memanjang. Selain kerjaya, aku busy membuat persediaan sebenarnya. Alhamdulillah, aku ada terima "surat jemputan istimewa" baru-baru ni...dan ia memerlukan aku buat persedian rapi untuk memenuhinya...

Ya, benar. Aku terima undangan sebagai tetamu Allah di rumahNya. InsyaAllah jika tiada aral yang melintang, aku akan berangkat ke Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah lebih kurang seminggu lagi... Dan itu cukup membuat hati aku teruja...

Sebenarnya, boleh dikatakan hampir setiap tahun aku berazam nak tunaikan rukun Islam ke-5 tu. Cuma syukur ke hadrat Allah, niat aku dimaqbulkan pada tahun ni. Kelam kabut jugak aku cari buku haji... dapat la buku haji kat atas tu...heh!

MESTI BACA..! BEZA ANTARA KJ DAN AKHRAMSYAH..!!!

Seperti yang diketahui umum, jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO ditandingi dari 5 penjuru. Penyandang, iaitu Khairy Jamaluddin akan dicabar oleh Akramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, Syed Rosli Syed Harman, Abd Karim Ali dan Irwan Ambak Khalid Izhar.

Walaupun begitu, sentimen akar umbi lebih cenderung menganggap pertandingan ini sebagai 2 penjuru iaitu antara penyandang, Khairy dengan Akramsyah.

Sukar untuk ditafsirkan kenapa di kalangan rakyat, meragui tiga calon lain sebagai sekadar perancangan untuk memecah undi sahaja. Namun, suka atau tidak, itulah hakikatnya persepsi ramai mengenai pertandingan ini.

Jelas, rakyat sudah terlalu masak dengan selok-belok politik UMNO dan memerhatikan segala-galanya dengan penuh sinis serta kritikal.

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR KEMATIAN USTAZ AZIZAN RAZAK...

Berikut adalah beberapa keping gambar di sekitar keadaan perkarangan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar setelah bekas MB Kedah, Tan Sri Ustaz Azizan Razak meninggal dunia... Memang sugul dan muram...

Lihat sendiri di bawah...

TERKINI.. CORETAN TERAKHIR DUKE UNTUK ALLAHYARHAM USTAZ AZIZAN RAZAK... AL-FATIHAH...

Ya. Ajal maut di tangan Allah SWT. Malah ia sudah ditetapkan sejak kita di lauhul mahfuz. Sekiranya ajal dah tiba, tak kira apa cara kematian sekalipun, Izrail takkan lengahkan walau sesaat pun.. Itu pasti...

Begitulah juga perihalnya dengan perginya bekas MB Kedah, Ustaz Azizan Razak, ke rahmatullah kira-kira jam 11.10 pagi tadi. Sambil menaip aku gagal menahan sebak... bergenang juga airmata dikelopak mata...

Aku yakin, selepas ini akan keluar banyak "belasungkawa" menceritakan tentang Allahyarham Ustaz Azizan. Mungkin sudah lumrah manusia, selepas seseorang itu pergi dan kita merasa kehilangan, barulah kita akan menghargainya...

Aku agak berlainan sedikit. Walau kawan-kawan aku selalu menghentam Allahyarham dan kepimpinannya, akulah yang sering membela Ustaz. Kata aku, Ustaz tak salah, yang salah ialah pihak yang diberi kepercayaan oleh Ustaz Azizan.. takkan MB nak buat semua kerja kot?

Wednesday, September 25, 2013

HOT..!!! BILA PEMUDA PAS NAK JADI "HERO MALAYA"...HEH!

0 riduan mohd nor
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Riduan Mohd Nor, cuba menakut-nakutkan rakyat dengan melahirkan rasa bimbangnya dengan terhadap tahap keselamatan berdasarkan jenayah yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

Berdasarkan jumlah penjenayah seramai 92 orang yang telah ditembak mati polis dan jumlah kongsi gelap yang didedahkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi baru-baru ini, dia sangsi dengan keamanan di Malaysia.

Dalam kenyataannya semalam, dia mahu penjenayah-penjenayah itu diburu, ditangkap dan dibunuh berdasarkan jenayah yang dilakukan adalah amat besar pada negara. Dia menegaskan individu dan kumpulan penjenayah itu tidak boleh dimaafkan!

INI MACAM PUN PAS MAU PELUK LAGI KAAA..???

DAP tipu Pas

Lebih kurang empat hari lagi, DAP dijangka akan mengadakan pemilihan CEC semula setelah pemilihan seumpamanya yang diadakan pada akhir tahun lalu dicemari dengan kontroversi yang mencalar kreadibiliti “Dinasti Lim”, khususnya “Khalifah Guan Eng”.

Pada 29 September ini, dijangka seramai 2,576 perwakilan dari seluruh negara akan mengundi bagi proses pemilihan tersebut.

Dikhabarkan, DAP terpaksa mengupah sebuah firma antarabangsa, PKF Accountancts and Business Advisors untuk memantau proses pengundian CEC kali ini.

USTAZ SEDANG KRITIKAL... MOHON DOAKAN USTAZ SEMBUH SEGERA...

Memang benar bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak sedang kritikal di ICU hospital besar Alor Setar. Memang benar. Perkara tersebut disahkan sendiri oleh bekas Setpolnya, bro Sanusi Mohd Noor...

Di saat aku dapat tahu perkara tu tadi, hati aku berulang-ulang beristighfar dan memohon agar Allah kembalikan kesihatan Ustaz Azizan sihat seperti sediakala. Ramai jugak yang cuba melawat Ustaz di ICU..tapi standardlah...mana boleh masuk melawat ramai-ramai, kan? Keluarga terdekat saja...

Justeru, aku mohon pertimbangan dan jasa baik dari seluruh pembaca agar mendoakan kesejahteraan Ustaz Azizan dan dberikan kesihatany yang sempurna. Tolong tolak politik ke tepi. 

Jangan jadi macam puak PAS yang tergamak doakan Ustaz supaya mati cepat tu...Tak wajar sangatl buat macam tu. Ustaz Azizan ditimpa musibah, depa dok tambah kutuk dia pulak? Tak ingat dosa pahala ke?

HOT..!!! PENYOKONG PAS MENGAMUK DI KEDAI MAMAK..!!!

PR broken

Selesai solat Isyak semalam, saya memenuhi pelawaan seorang rakan untuk “mengeteh” di kedai mamak. Bukan apa, agak lama saya tidak bersembang lama dengannya, selalu hanya bertegur sapa di masjid sebelum pulang ke rumah…

Setibanya kami di kedai mamak yang terletak tidak jauh dari masjid, kelihatan beberapa pak lebai sedang minum teh tarik di kedai yang sama. Kebetulan mereka kenal baik dengan kawan saya, kami dipelawa duduk semeja dengan mereka.

Tidak mahu mengecewakan kawan-kawannya, sahabat saya setuju untuk “mengeteh” bersama mereka. “Sekejap saja” katanya pada saya. Saya hanya tersenyum setuju…

HOT..!!! AGAK-AGAK SIAPA YANG SUKA RASUAH..?

Najib Tun Razak / UMNO 2005

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menegaskan bahawa gejala rasuah di Malaysia hanya akan dilihat sebagai “sejarah” yang mejadi igauan ngeri bagi seluruh rakyat di negara ini ekoran komitmen beliau dalam agenda memerangi gejala tidak sihat itu.

Dilaporkan berucap pada Syarahan Kelab Komanwel di San Fransisco semalam, beliau membuktikan kesungguhannya denga menubuhkan satu portfolio Menteri khas untuk memastikan rasuah diperangi habis-habisan di Malaysia.

Merujuk pada kenyataan Perdana Menteri itu, suka saya merujuk terlebih dahulu pada hukum hakam Islam yang menjadi sumber rujukan utama kita.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!