Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, September 14, 2013

APA..? DEMO HARAM TAK SALAH? BUDAK PAS NI GILA KE APA..???

Mohamad-Suhaimi-Abdul-Aziz

Baru-baru ini mahkamah memutuskan bahawa seramai 13 peserta demonstrasi di Masjid Ubudiyyah, Bukit Chandan yang merusuh kira-kira empat tahun lalu sebagai bersalah dan dihukum penjara selama dua tahun serta denda sebanyak RM5,000.

Dalam kejadian itu, para peserta demonstrasi tersebut merusuh bagi tujuan membantah majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak. Kononnya bagi mereka, hak kerajaan Pakatan Haram Perak telah dinafikan dan mereka bangkit memprotes dalam satu perhimpunan haram di masjid berkenaan.

Maka sekonyong-konyong itu tampil pula seorang “pak lebai muda” PAS bernama Suhaimi Abdul Aziz yang merupakan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyanggah keputusan Mahkamah Sesyen tersebut.

Pada Suhaimi, peserta-peserta demonstrasi yang merusuh di perhimpunan haram itu tidak salah sama sekali. Malah mereka wajar dianggap “wira” dan tidak wajar dihukum atas tindakan “mempertahankan kerajaan Nizar-Ngeh-Nga” itu…
 

TERKINI..!!! PM UMUM PELUANG TERBAIK KAYAKAN BANGSA MELAYU..!!!

Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera - Banner - small

Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, mengumumkan penubuhan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) bagi menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera.

MEB akan diketuai oleh Perdana Menteri sendiri dan dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Keanggotaannya akan termasuk beberapa orang Menteri dan pelbagai pihak di luar dan dalam kerajaan.

Mohd Najib membuat pengumuman tersebut dalam ucapan Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di UiTM, Shah Alam, Selangor sebentar tadi.

HOT...!!! JET PERIBADI SAPA PULAK YANG BAWAK NIK ABDUH PULAK NIHH..???

Kalau Manohara aku tak terkejut la kalau dia disponsor naik jet peribadi... tapi kalau Nik Abduh, siapa pulak yang nak sponsor? Dia cun macam Manohara ke?
Kadang-kadang, kita selalu tertipu dengan keterampilan. Kalau ahli politik tu naik kereta Porshe Cayenne, Alphard, Merc, BMW, Bentley dan sebagainya, maka depa dianggap kaya raya dan mungkin menyeleweng duit rakyat...

Selalunya, yang kena tuduh tu dah tentu la pemimpin BN. Kalau disebut pasal pemimpin paling zuhud, sederhana, miskin, telus dan mulus, selalunya dikaitkan dengan pemimpin PAS laaa...kan?

Tapi, adil ke bila kita buat persepsi sendiri hanya melalui dengar cakap-cakap orang? Maklum laaa.. pemimpin PAS ni selalu dilihat "marhain"... depa pakai baju kemeja "raihan", tahan teksi kat tepi jalan je... kan? Betul-betul "marhain" kalau tengok gayanya...

Tapi..cuba tengok gambar di bawah.... memang korang takkan percaya. Mustahil! Mesti lepas ni korang tuduh gambar kat bawah ni "superimpose", "dah di edit" dan sebagainya... cuba tengok...

Wednesday, September 11, 2013

HOT..!!! POLITIK WANG DIKESAN BERLAKU DALAM PEMILIHAN UMNO..???


Riuh rendah la jugak pasal "politik wang" dalam Pemilihan Agung UMNO kali ni. Ada yang dah dapat duit ke? Heh! Dah dapat? Berapa juta korang dapat? RM12 juta sorang? Dapat banglow sorang sebijik? Dapat BMW 7s sorang sebijik jugak? Tu diaaaa...

Nampak sangat la korang ni menipu... Aku dan kawan-kawan ada jugak la ikut perkembangan kempen pemilihan UMNO kali ni. Kami bukan boleh mengundi pun... cuma menyebok saja tengok orang berkempen... alaaa.. takkan tengok kempen pun tak boleh kot?

So far, ada yang datang berkempen dari negeri Selatan, ada dari Lembah Klang.. ada dari Sabah... cuma yang confirm takde ialah dari Sarawak. Gila ka? Kat Sarawak mana ada UMNO...heh!

KENAPA MUKHRIZ LAYAK BERTANDING NAIB PRESIDEN?

Memang aku tahu ramai rakan-rakan yang mahu Datuk Mukhriz bertanding Naib Presiden UMNO kali ini. Aku pun sama. Kalau Mukhriz bertanding, memang aku sokong. Sokong bukan pasal bodek, tapi sebab dia memang layak pun...

Kalau Mukhriz bertanding Naib Presiden, maka dah ada 3 orang calon Naib dari Kedah pada Pemilihan UMNO kali ni.. maksud aku, Datuk Mukhriz bertanding Naib Presiden, Datuk Suraya bertanding Naib Ketua Wanita dan YB Sabrina bertanding Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia...

Maknanya, MB dan 2 orang Exco Kerajaan Negeri Kedah tawar diri untuk berkhidmat sebagai Naib di peringkat UMNO Pusat...

INILAH CONTOH DIDIKAN ORANG MUDA PAKATAN HARAM..!!!

Seksualiti-Merdeka

Baru-baru ini saya terlihat di laman sosial Facebook tentang dua orang anak muda yang dipercayai berbangsa Melayu bergambar sambil berpeluk sakan sebelum memuatkan gambar mereka di laman sosial tersebut.

Melalui ruangan komen gambar tersebut di Facebook, saya dapati kedua anak muda Melayu itu sebenarnya adalah pasangan Gay yang begitu berbangga menjalin hubungan sesama mereka.

Lebih menjelekkan hati, mereka memberitahu umum tentang kebahagiaan mereka sebagai pasangan, berhasrat untuk “berkahwin” di Holland dan memohon agar hubungan mereka itu kekal selamanya…
Terus terang saya katakan, inilah hasil perjuangan “hak asasi manusia” yang telah berjaya menyusup masuk ke bumi bertuah yang bernama Malaysia ini.

Inilah hasil perjuangan Majlis Peguam Negara (Bar Council), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), dan tokoh-tokoh pro-Pakatan Haram yang lain seperti Ambiga, Irene Fenandez dan ramai lagi. Tidak terkecuali, “the ugly duck” Marina Mahathir yang turut terpengaruh dengan perjuangan LGBT.

Inilah hasil sikap terlalu terbuka dan liberal seorang yang kononnya dilabel sebagai “Pak Syiekh” yang sebelum ini menganggap undang-undang berhubung LGBT di Malaysia sebagai “lapok dek zaman”. Mungkin pada “Pak Syiekh”, LBGT itu melambangkan “keterbukaan” dan kemajuan tamadun…

Gay

Baiklah. Saya ingin bertanya pada para pembaca. Sekiranya dua anak muda di dalam gambar tersebut merupakan anak, adik atau abang kalian semua, apakah yang terlintas dalam kotak pemikiran masing-masing?

Bolehkah kita terima? Mahukah kita terima hakikat bahawa anak, adik, atau abang kita itu sememangnya seorang gay, menjalin hubungan intim secara songsang, tergolong dalam kategori “kaum Nabi Luth” dan jelas mengamalkan sesuatu yang bertentangan dengan Islam?

Cuba bayangkan pula sekiranya kita mempunyai seorang ayah yang terlibat dengan hubungan songsang, mempunyai nafsu buas luar tabii, gemar melanggan pelacur dan lelaki “jambu”. Apa perasaan dan tindakan yang akan kita lakukan?

Mungkin kita tidak melihat sendiri dengan mata dan kepala tentang “perlakuan pelik” bapa kita dengan pasangan gay kesayangannya. Mungkin juga kalau ada bukti sekalipun, ia agak sukar untuk dibuktikan di mahkamah ekorang beberapa ilat teknikal yang remeh dan kecil.

Tapi, kita sendiri yakin bapa kita itu merupakan seorang pengamal hubungan luar tabii dan menyokong LGBT secara diam. Apa percaturan yang bakal tercetus di dalam akal kita? Kita dapat terima, kah?

Pada saya, inilah yang berlaku bila wujudnya pihak yang memperjuangkan tentang sesuatu yang salah dan tidak wajar sama sekali. Pada mereka, kononnya LGBT itu adalah sebahagian dari “hak asasi manusia”.

Padahal, LGBT itu adalah satu penghinaan jelas pada hak asasi manusia, bukan? Fitrah manusia melarang sebarang hubungan songsang, bukan? Malah jika seseorang itu dilahirkan khunsa, dia perlu memilih untuk menjadi seorang lelaki atau wanita, bukan?

Persoalannya, entah bagaimana caranya sehingga sesuatu yang bertentangan dengan norma fitrah manusia itu dapat diputar belitkan hingga dikatakan ia sebagai sebahagian dari “hak asasi manusia”? Malah dakwaan songsang itu mendapat sokongan Pakatan Haram pula?

Saya tertanya-tanya, apakah Pakatan Haram dan NGO-NGO seperti Bar Council, Suaram dan lain-lain itu cuba mengubah prinsip pemikiran rakyat Malaysia supaya menyokong sesuatu yang dilarang Islam serta bertentangan dengan fitrah kejadian manusia?

Melihat pada gambar dua anak muda Melayu itu, saya terbayangkan wajah-wajah generasi muda Malaysia yang akan datang. Apakah corak pemikiran mereka akan terpengaruh dengan ajaran sesat pembangkang suatu hari nanti? Na’uzubillah min zalik, minta dijauhkan…

Sumber: Mykmu.net

KETUA PEMUDA DAN PUTERI BAGAIMANA YANG KITA CARI?

084

Tidak dapat dinafikan bahawa bahang Pemilihan Agung UMNO semakin terasa. Calon-calon yang menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan-jawatan utama kepimpinan parti keramat bangsa itu kian aktif berkempen dari satu negeri ke satu negeri.

Mungkin kerana dikekang oleh peraturan dan kaedah baru sistem pemilihan UMNO kali ini, calon-calon dilihat agak kekok dan belum mampu membiasakan diri dengan cara baru itu. Meskipun begitu, mereka tetap berkempen siang dan malam.

Pun begitu, dijangka tiada sebarang pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden walaupun tiada sebarang halangan diberikan bagi merebut kedua jawatan tertinggi UMNO itu.

Mungkin seluruh ahli UMNO sebulat suara untuk memberikan peluang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin meneruskan kemantapan gandingan yang dilihat berjaya memperkasakan parti.

Lagipun, rasanya tidak perlu saya ulas tentang kejayaan Presiden UMNO dan Timbalannya yang membuktikan keupayaan mereka membangkitkan semangat Melayu beragama Islam. Keputusan dan statistik UMNO pada PRU ke-13 sudah cukup “bersuara” tentang kejayaan tersebut. Tahniah!

Kini, ramai yang tertumpu pada pertandingan bagi jawatan-jawatan utama lain seperti Naib-Naib Presiden, Ahli Majlis Tertinggi, ketua-ketua sayap UMNO seperti Wanita, Pemuda dan Puteri.

Apatah lagi bila “trend” semasa membayangkan seolah-olah jawatan-jawatan tersebut perlu diisi oleh pemimpin yang mampu memberi “nafas baru”, maka makin ramailah yang menawarkan diri untuk bertanding.

Rata-rata penyandang jawatan-jawatan tersebut akan dicabar. Tokoh-tokoh kepimpinan sama ada “muka lama” atau “muka baru” masing-masing yakin bahawa mereka mampu menjawat jawatan yang ditawarkan pada musim pemilihan kali ini.

Sebagaimana maklum, UMNO kini dalam fasa transformasi di bawah kepimpinan Presiden, Datuk Seri Najib. Jadi secara tidak langsung, calon yang berjaya merebut jawatan-jawatan utama UMNO kali ini dijangka akan menjadi sebahagian dari “team transformasi UMNO”.

Persoalannya, siapakah di antara mereka yang mampu menggalas tanggungjawab bersama-sama mendokong transformasi di dalam parti itu? Fahamkah mereka tentang bentuk transformasi yang diperlukan UMNO?

Saya lebih tertarik pada pemilihan kepimpinan Pemuda dan Puteri UMNO kali ini. Mungkin kerana kedua sayap ini bakal berdepan dengan tugas getir bagi menarik sokongan pengundi golongan muda yang dijangka menjadi faktor penentu utama untuk survival UMNO pada PRU ke-14 nanti.

Orang muda sekarang bukanlah seperti orang muda dulu. Orang muda sekarang lebih meminati K-Pop berbanding muzik asli Melayu nusantara. Orang muda sekarang lebih terbuka mindanya berbanding orang muda dulu yang patuh pada adab, adat dan asas hukum Islam.

Orang muda sekarang terlalu “advance”. Serba serbi terkehadapan. Mungkin kerana terlalu “advance”, penyokong Syiah seperti Khalid Ismeth pun mereka sokong. LGBT pun dianggap terbuka. Fitnah pun dikatakan benar. Malah minoriti pun disangka majoriti!

Persoalannya, mampukah kepimpinan Pemuda dan Puteri yang bakal ditentukan pada pemilihan kali ini mengatasi corak pemikiran golongan yang “baru nak mengenal dunia” tersebut?

Tidak dinafikan bahawa majoriti golongan muda tidak senegatif Khalid Ismath, Adam Adli, Nurul Izzah, Rafizi Ramli, Nasrudin Tantawi atau Nik Abduh. Mereka lebih gemar menjadi “silent voters” berbanding menghuru-harakan negara.

Pun begitu, apakah calon-calon jawatan utama Pemuda dan Puteri mampu mencorak pemikiran anak-anak muda ini dengan jatidiri yang selari dengan penghayatan perjuangan berlandaskan Islam, Melayu dan bumi bertuah yang asalnya bernama Tanah Melayu ini?

Apakah mereka mampu menjadi “role model” generasi Melayu Muslim sebenar? Maksud saya bukan “model majalah” atau “ratu cantik”, tapi model contoh untuk belia dan beliawanis seperti Ali Karramallahu Wajhah dan Fatimah Az-Zahra.

Dua tokoh belia Islam di zaman Rasulullah itu begitu terserlah kepimpinan mereka mempertahankan bumi dan wilayah Islam. Jika tidak mampu begitu sekalipun, mampukah mereka bersifat seperti Usamah ibnu Zaid atau Tariq Ibnu Ziyad?

Bukanlah saya mahu mereka mengangkat pedang dan keris untuk berperang dengan sesiapa. Namun di saat golongan muda di negara ini diancam “perang pemikiran dan persepsi”, mampukah mereka menjadi “panglima” dan “srikandi” yang mempertahankan hak bangsa Melayu Muslim di Malaysia?

Saya yakin, sekiranya ahli Pemuda dan Puteri matang dalam perjuangan serta kuat jatidiri UMNO, maka mereka tidak punya masalah untuk memilih “nakhoda” yang terbaik. Tapi mampukah calon terpilih nanti mengemudi bahtera Pemuda dan Pemudi itu?

 Sama-sama kita nantikan hasilnya. Bak saya katakan tadi, kepimpinan yang terpilih pada Pemilihan Agung UMNO kali ini bakal menentukan hala tuju dan takdir pada PRU ke-14 nanti, bukan?

Sumber: Mykmu.net

PAYAH SANGAT KE PEMIMPIN UMNO NAK LETAK JAWATAN?

SELAIN kerancakan pemilihan di peringkat Majlis Tertinggi, turut menjadi perhatian dalam pemilihan UMNO pada Oktober ini ialah persaingan di peringkat bahagian.

Tiga jawatan yang sering menyaksikan pertarungan sengit ialah ketua, timbalan dan naib ketua bahagian.

Pelbagai hujah diberikan oleh penyandang dan pencabar dalam usaha mereka menyatakan sebab bertanding.

BLOGGER PUN PERLU BEKERJA JUGAK, KAN?

Adoi.. sorry la.. dah berapa hari aku tak update blog ni. Bukan apa.. Aku tersangat busy sejak kebelakangan ni... nak jengok blog pun tak sempat... Jadi hari ni aku jelaskan sikit la kenapa aku tak sempat nak update blog...heheheeee...

Sebenarnya... memang aku busy sangat. Ye laaa... aku perlukan kerja untuk menampung kehidupan. Aku ada family bro... ada tanggungjawab...

Dalam hidup aku, prinsipnya aku letakkan family di tempat pertama. Ertinya, aku perlu pastikan aku dapat sara family aku. Dari itu, aku perlu berkerja, bukan? Ye laaa.. kalau tak kerja, macamana nak dapat income, kan? Kalau takde income, macamana aku nak sara family, kan?

Bila Kak Su Bersuara... Heh!