Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, September 4, 2013

PEDAS..!!! BOSS KATA "YES", ORANG KANANNYA KATA "NO"...???

Kebetulan petang tadi aku free dan dapat lepak pekena teh tarik di sebuah kedai mamak kat rumah aku. Mamak tu hulur je teh tarik, tiba-tiba 2 orang member aku menyapa..member lama.. baru balik dari kerja la kot tu...

Member aku kata, dia baru balik dari KL dan tujuan depa ke sana sebab nak jumpa dengan pemimpin UMNO yang bernama "x". Tapi malangnya depa tak dapat jumpa disebabkan oleh orang kanan Dato' "x" tu... depa mengeluh...ye la bebbb... KL dari Kedah tu bukannya dekat..kan?

Ceritanya, sebelum ni depa ada call Dato' "x" tu dan nak jumpa atas satu urusan. Bukan nak mintak duit pun, cuma depa nak suarakan permintaan orang-orang kampung. Tak payah la aku sebut pasal apa yang depa mintak tu.. cukup la kalau aku kata "untuk kepentingan orang ramai"...

HOT..!!! RAYUAN KEPADA PENYOKONG-PENYOKONG PAS..... SEDAR-SEDAR LA DIRI TU...

Kegagalan Pas dalam perjuangannya sebagai sebuah parti politik ialah meletakkan ‘priority’ atau keutamaannya.

Maksudnya agenda yang lebih penting didahulukan dan yang mana yang kurang penting, tidak perlu diketengahkan.

Sejak Pas bergabung bersama PKR dan Dap, keutamaan politiknya sudah menjadi caca marba.

Kalau dahulu penyokong Pas tahu matlamat unggul parti mereka ialah untuk menegakkan sebuah Negara Islam tetapi kini agenda tersebut sudah menjadi samar-samar atau dalam senario terburuk tidak wujud lagi.

MESTI BACA: ARTIKEL TERBAIK PASAL PETROL NAIK 20sen..!!!

petrol2

Pengumuman kerajaan mengurangkan subsidi petrol RN 95 sebanyak RM 0.20 (20 sen) telah disambut dengan kemarahan orang ramai seolah-olah dengan kenaikan ini akan ada mereka yang tidak cukup makan, tidak boleh ke sekolah atau terpaksa hidup seperti fakir miskin.

Memang benar harga petrol naik 20 sen yang akhirnya akan meningkatkan kos sara hidup sekitar RM 8 sehari dan RM 240 sebulan. Ini pun dengan anggapan kita menggunakan petrol sehingga 40 liter sehari.

Saya membuat kajian rambang di kalangan kawan-kawan yang bising mengenai kenaikan harga petrol. Mereka terdiri daripada perokok (RM 10 satu hari), kaki teh tarik (RM 5 sehari), kaki facebook (RM 2 sehari), ada dua telefon bimbit, ada yang bawa kereta macam pelesit (penggunaan petrol yang tinggi), ada pemilik motor besar, ada kaki wayang (seminggu sekali tengok wayang), membayar setiap minggu untuk “ringtone” telefon bimbit dan bermacam lagi perkara yang tidak penting dalam hidup kita tapi kita sanggup bayar tanpa sebarang isu.

Tuesday, September 3, 2013

CEPUMAS..!!! BOLEH KE BLOGGER BANTU "BERSIH"KAN UMNO?

Sapa sokong kalau UMNO "dibersihkan" dari segala kekotoran yang terpalit sejak 1946? UMNO dulu memang bersih. Perjuangannya memang tak dapat ditandingi oleh mana-mana parti. Tapi kenapa Tun M mahu UMNO dibersihkan sebelum PRU ke-14?

Kata Tun M...
"Namun demikian dalam PRU14 Umno tidak boleh harap keadaan ini berterusan.  Jika Umno tidak bersihkan dirinya dari rasuah dan kepentingan diri, orang Melayu mungkin mencari jaguh yang lain"
Aku just nak tanya...siapa yang patut bersihkan UMNO? Di mana yang "kotornya" UMNO ni? Aku rasa ramai orang UMNO yang tahu. Apatah lagi Tun M yang 22 tahun memimpin UMNO..kan?

Blogger perlu bersihkan UMNO? Mampukah? Ingat lagi macamana Pak Lah boleh turun takhta? Tapi sekarang ni lain sikit... kalau blogger "usik" sikit...depa marah kat blogger... sekat itu dan ini.. suruh tegur ikut "saluran".. bila tegur ikut saluran... depa buat tak peduli...camana tu?

SANG SAKA MALAYA: ISHAM RAIS & ADAM ADLI SANGGUP BEGINI..?

rsz_sang_saka_w

Sehingga saya menulis artikel ini, difahamkan Hishamuddin Rais dan Adam Adli sedang ditahan di Balai Polis (IPD) Dang Wangi bagi membantu siasatan mengibarkan bendera “Sang Saka Malaya” pada malam kemerdekaan baru-baru ini.

Selain Isham Rais dan Adam Adli, turut dikatakan terlibat mengibarkan bendera “songsang” itu ialah Sasterawan Negara, A Samad Said, yang mendeklamasikan sebuah sajak yang dia sendiri saja yang faham pada malam tersebut. Namun dia dikhabarkan belum ditahan polis…

Ramai benar rakyat yang marah pada geng “sesat” dan tidak tahu sejarah itu. Yang paling marah ialah pakar-pakar sejarah negara seperti Prof Datuk Ramlah Adam, Prof Madya Dr Sivamurugan dan pelbagai pihak yang mengecam tindakan bodoh tersebut.

MENARIK..!!! BILA TUN M BERBICARA TENTANG SUNNI & SYIAH...

Dari dulu, aku lihat Tun M sebagai seorang ayah. Lepas Tun M letak jawatan, aku lebih sayang padanya. Pernah aku beberapa kali hampir peluk Tun M, tapi risau dikatakan "gay", aku tak jadi buat macam tu...

Tun M pada aku mengamalkan fahaman Islam yang cukup fundemantel. Tun M cukup wasatiyyah dalam fahamannya tentang Islam. Dia tak esktrim macam PAS. Dia baik dengan PAS di zaman Ustaz Fadhil Noor dulu dan mungkin sampai sekarang macam tu...

Tun M dikenali sebagai "ultra Malay". Kalau berani, cuba la cabar Tun M bercakap pasal survival bangsa. Dia memang truely LEGEND! Kali ni dia bercakap tentang Sunni dan Syiah... baca sendiri.. dan aku sekali lagi setuju dengan tulisan "Che Det" ni...

HOT..!!! DAP BAKAL "KEMBIRI"KAN SESEORANG..???!!

anthony

Saya tak tahulah orang lain, namun jika saya yang menerajui takhta “Dinasti Lim”, sudah tentu saya perintahkan Anthony Loke Siew Fook dijatuhkan hukuman “kembiri” dan dilarang sama sekali menjawat jawatan di dalam organisasi “chauvinis ultra kiasu”…

Bukan apa. Sebelum ini Anthony Loke ada berjanji akan mengemukakan sejumlah 500 surat asal yang telah ditandatangani oleh para perwakilan DAP sebelum pemilihan CEC parti itu yang diadakan pada akhir tahun lalu kepada pihak Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Namun walaupun janji Setiausaha Organisasi DAP itu dilafazkan pada 19 Ogos lalu, dia masih dilaporkan gagal menunaikan janjinya itu. Pada saya, perkara itu mampu menjejaskan kreadibiliti dan imej bersih telus yang kononnya ada pada DAP, bukan?

PEDASSS..!!! PAS PERLU MINTAK IZIN DAP DULU...!!!

Ahmad Yahaya puas hati tak? Mahfuz macam mana? Puas hati? Amirruddin yang melalak dalam Facebook kononnya "jaguh" Undang-Undang Jenayah Syariah tu puas hati tak dengan "counter attack" pasal Rang Undang-Undang Anti-Syiah tu?

Bukan apa... kalau tak puas hati, rasanya depa boleh rujuk dulu pada DAP. Bukan ke DAP tu "mursyidul am" Pakatan Haram...

Setahu aku...Ahmad Yahaya hari tu bising dalam sidang DUN melalak pasal RUU yang digubal tu tak menyeluruh katanya sebab tak sentuh tentang hukuman minum arak, zina dan qazaf. Amiruddin pun sama jugak.. dia menyalak dalam FB.. tak berani kena tibai dalam sidang DUN la kottt...

GEMPARRR..!!! UMMU JAH MALUKAN PAS DI KHALAYAK RAMAI..!!!

tiket_syurga_ditangan_pas

Alhamdulillah, syukur pada Allah apabila media melaporkan tentang balu pengasas pertubuhan Al-Arqam, Hatijah Aam atau lebih dikenali sebagai Ummu Jah telah mengumumkan kesediaannya untuk bertaubat dan kembali pada Islam sebenar.

Sebelum ini Ummu Jah memang terkenal dengan kontroversi di seluruh dunia apabila berkali-kali ditahan atas tuduhan mengamalkan ajaran sesat, “aurat Muhammadiah”. Berbaik sangka dengan keikhlasannya untuk bertaubat nasuha, kita wajar berfikiran positif atas kenyataan Ummu Jah itu.

Lagipun, siapalah kita untuk menutup pintu taubat padaNya, bukan? Dan Allah sendiri berfirman bahawa Dia sentiasa mendengar taubat hambaNya dan pintu taubatNya sentiasa terbuka pada mereka yang kesal serta ingin pulang ke pangkal jalan…

TU DIAAAA..!!! RAMAI NAK DS NAJIB LETAK JAWATAN SEBAB PETROL NAIK HARGA?

Aku tahu....bukan setakat puak-puak Pakatan Haram saja yang meroyan sakan memburuk-burukkan Kerajaan sebab naikkan harga minyak, penyokong BN pun ramai yang merungut kat belakang memprotes sama...kan? Tak payah muhong laaa...

Walau apa pun penjelasan yang diberi DS Najib, pakar ekonomi mahupun siapa sekalipun, Kerajaan dan PM pasti dipersalahkan. Betul tak? Korang semua marah, kan? Ye laaa... sapa la yang suka kalau petrol naik harga....kan? 

Aku? Aku boleh buat apa? Kerajaan dah umum naik harga petrol, apa yan aku nak komplen? Nak komplen sebab Ron95 naik sampai 20 sen? 

Monday, September 2, 2013

HOT..!!! KHALID GAGAP SURUH RAKYAT SELANGOR "ISTINJAK"..???

khalid ibrahim17 AP

Ya, kita rakyat Malaysia baru saja menyambut hari kemerdekaan negara yang ke-56. Rata-ratanya disambut penuh meriah di seluruh Malaysia. Namun saya yakin, mungkin ada di kalangan warga Lembah Klang yang tidak mandi ketika menyambut Merdeka ekoran masalah gangguan bekalan air!

Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) baru-baru ini mengaktifkan “kod merah” menandakan pelan kecemasan terpaksa dikuatkuasakan. Akibatnya, dianggarkan lebih 1,000,000 pengguna sedang menghadapi masalah bekalan air di kawasan masing-masing.

Kod Merah diaktifkan kerana berlaku tumpahan minyak diesel kira-kira 10 kilometer dari kawasan tadahan air di Sungai Selangor dan melibatkan gangguan operasi bekalan air di loji Sungai Selangor fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang terpaksa ditutup sepenuhnya.

PANASSS..!!! GAMBAR OSTAZAH ABBYMEWAH BERSANDING TERSEBAR..!!!

Sekonyong-konyong diberitakan bahawa Ostazah Abby Abadi kita dah selamat bersanding setelah berbulan diijab kabulkan sebagai isteri buat kali ke-2. Amacam? Cun tak Abby bersanding... Abih la pak-pak lebai PAS yang dok meleleh ayaq lioq tengok Abby sebelum ni...heh!

Tahniah la aku ucap kat Abby dan suami. Bukan senang nak jadi "Ostazah segera" PAS. Macam-macam fatwa yang Abby kena buat untuk kelirukan umat Islam kat Malaysia ni.. baru la dia diiktiraf jadi "Ostazah" PAS PIS PUS....

Cuma aku nak tanya la sikit.. Err.. Sanding-sanding ni budaya mana ni Abby? Budaya "Ostaz" Azhar Idrus ko? Hmmmm... Tanjak berkeris yang suami Abby pakai tu pakaian dari bangsa mana? Bangsa Arab ko? Ishhh... nanti marah pulak "Ostaz" Azhar Idrus ni...

Kalau korang nak tahu....

CHECKMATE..!!! MAHFUZ, AMIRUDDIN & AHMAD YAHAYA KANTOI LAGI... @MukhrizMahathir @Berusgigi @SabrinaAzizan

Errr.. Ada nampak YB Amirruddin Hamzah tak? Err... YB Ahmad Yahaya? Ada nampak? Mahfuz? Tak payah laaa... Kalau Mahfuz ada pun bukannya dia boleh faham pun. A yang kita bagitau, F yang dia faham...

Bukan apa... ni nak cerita sikit pasal "putar alam" depa pasal Rang Undang-Undang anti-Syiah yang baru diluluskan dalam sidang DUN Kedah baru-baru ni tuuu... aku nak "sekolah"kan depa sikit... boleh tolong cari depa tak? Heh!

Meh sini aku nak cerita pasal putar alam YB-YB PAS tu baru-baru ni...

HOT..!!! OTAK PAK LEBAI PAS KEDAH TAK TERFIKIR PUN NAK BUAT CAM NI... @MukhrizMahathir @SabrinaAzizan @Berusgigi

Geng PAS Kedah mesti jeles nihhhh.... adehhh..!
Aku tak tau la negeri lain macam mana. Tapi kami kat Kedah sekarang ni agak selesa dan "lebih sejahtera" sejak BN kembali merampas Kedah, khususnya bila Dato' Mukhriz dilantik menjadi MB di sini. Memang mantap bebbb..!!!

Baru-baru ni aku ada terbaca dalam media melaporkan tentang kenyataan MB Kedah bahawa bangunan-bangunan kerajaan negeri akan menjimatkan kos penggunaan elektrik dengan tenaga alternatif - Tenaga Solar.

Aku yakin, masa PAS jajah Kedah dulu, depa langsung tak terfikir pasal nak pakai sistem solar ni untuk jimat elektrik. Yang depa asyik dok fikir dan zikir tiap-tiap hari ialah macamana nak gulingkan Ustaz Azizan la kot..?

PEMIMPIN BN KEDAH MANA PULAK BUAT HAL NI..? ADEHH... FITNAH KE NI?

Semalam, aku dapat komen ni dari pembaca blog aku ni. Aku tak tahu la sama ada apa yang dia komen ni betul ke tidak. Tapi rasanya ia perlu diberi perhatian sekiranya benar-benar berlaku di Kedah ni...

Maklum la.. Kerajaan BN Kedah ni menang simple majoriti saja. Kalau ada pemimpin BN yang buat hal, rasanya ia perlu ditegur. Alaaa.. biasa laa.. manusia tu tak boleh lari dari kesilapan. Jadi mana yang kurang tu kita tegur untuk kebaikan bersama...

Cuba tengok komen kat bawah ni... betul ke apa yang dia kata ni?

SOALAN CEPUMAS: RASA-RASA DIRI TU LAYAK KE? LAYAK...? HEH!

Makin ghairah nampaknya. Tak cukup siang, malam pun depa terus kempen sempena Pemilihan Agung UMNO kali ni. Baguihhhh... kita demokrasi, berkempen la... asalkan tidak melampaui batas-batas Islam dan ketetapan parti...

Cuma, tengah-tengah dok sebok tawarkan diri nak jadi pemimpin UMNO ni, apa sebenarnya tujuan nak jadi Ketua ni? Nak tanya sikit, errr... rasa-rasa diri tu layak ke jadi Ketua, Timbalan, Naib, Exco, AJK dan sebagainya?

Layak? Kalau setakat cukup syarat, tu belum memadai. Untuk mengetuai bangsa Melayu, khususnya di zaman sekarang ni, memang perlukan "WoW!" factor. Apa benda "WoW!" factor tu? Meh sini aku cerita sikit...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!