Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, August 24, 2013

PERIHAL CALON PUTERI UMNO KALI INI... NAK PILIH MANA SATU NIHH..???

Petang semalam, ada sorang adik ni datang jumpa aku. Katanya ada sorang Ketua Puteri datang jumpa dia ajak masuk Puteri UMNO. Dia saja nak sembang dengan aku...tujuannya nak tanya pandangan..wajar ke dia masuk Puteri UMNO...

Adik di baru balik oversea.. Dia study kat UK...baru balik last year. Katanya, dah lama dia diajak masuk Puteri UMNO, cuma dia belum buat keputusan. Katanya, Ketua Puteri yang ajak dia join Puteri tu nak mintak tolong dia lobi bertanding jawatan...

Aku tanya adik tu....Apa kata hati dia bila dipelawa macam tu? Dia kata, hati dia memang nak masuk Puteri. Maklum la... dari dulu seluruh family dia memang sokong UMNO...

Aku tanya lagi... apa pulak kata akal dia? Dia kata, bila tengok keterampilan, peribadi, pakaian, cara pergaulan dan tahap pemikiran Ketua-Ketua Puteri, dia rasa malas nak masuk Puteri UMNO... Hmmm...menarik...! Apa reason dia?

TERKINI: JAMAL ABDILLAH TAWAN DATARAN JITRA MALAM NI..!!! #HariKoperasi13

Ekceli, dari zaman aku sekolah lagi aku dah minat pada lagu-lagu dan suara Jamal Abdillah. Suara dia memang superbbbb..!!!

Aku tau Jamal pernah menagih dan aku pun takde la minat bila sentuh bab dadah tu..Aku hanya minat kat suara dia.. suara emas! 

Cuma bila sentuh bab artis dan hiburan ni, aku takde la fanatik. Minat gitu-gitu jer.. tapi teringin la jugak nak tengok konsert dia tu...

Nak beli tiket konsert Jamal? Aku takde duit..mahal bro.. aku tak mampu..

Tapi kebetulan malam ni, Hari Koperasi Peringkat Kebangsaan 2013 ada jemput Jamal buat persembahan di Dataran Jitra. 

Yang bestnya, Jamal buat show pada lebih kurang jam 9 malam ni! Lepas waktu Isyak.. so boleh la aku pegi.. heh!

Korang camana? Jom la bebbb... 

EKSKLUSIF..!!! PERAK "CURI" BERIBU-RIBU ORANG KEDAH..!!! @SabrinaAzizan @Sabrina4NKP3M

Berapa sangat la building dan equipment untuk bersalin berbanding hospital pakar..kan?
Semalam, media melaporkan DS Najib melancarkan Projek Pembinaan Hospital Permata, sebuah hospital pakar kanak-kanak di Cheras. Hospital tu bernilai RM606 juta dan memberi fokus pada kes pediatrik atau kesihatan kanak-kanak...

Memang bagus. Selesai satu perkara yang baik untuk masa depan generasi muda... Aku tak komplen dan setuju dengan pembinaan hospital tu...

Tapi... Aku nak tegaskan di sini bahawa sebuah daerah di Kedah yang bersempadan dengan negeri Perak juga sangat-sangat memerlukan sebuah hospital. Malah sepatutnya, hospital tu lebih wajar dibina sejak dulu lagi... 

Kenapa? Meh sini aku cerita...

HOT..!!! KISAH SUKA DUKA KES BICARA AZILAH DAN SIRUL...

KES PEMBUNUHAN Altantuya Sharibuu mendapat liputan meluas media tempatan dan asing setelah model sambilan dari Ulan Bator, Mongolia itu dikatakan ditembak sebelum mayatnya diletupkan.

Secara tidak langsung, ini menarik minat masyarakat untuk mengikuti perkembangan kes dari awal hingga tamat.

Hari ini, mahkamah Rayuan Putrajaya telah memutuskan bahawa suspek utama pembunuhan ini, Kpl Sirul Azhar Umar, 43, dan Cif Inspektor Azilah Hadri bebas daripada hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan kepada mereka sebelum ini.

Di bawah, antara cerita yang dipetik sepanjang Sirul dan Azilah ditahan hinggalah hari ini yang merupakan detik paling berharga buat mereka.

Siapa sangka setelah bertahun-tahun turun naik mahkamah mengharung kes paling berprofil tinggi, mereka akhirnya terlepas dari tali gantung.

Segala-galanya bermula 7 tahun lalu, iaitu 15 November 2006 apabila Sirul dan Azilah, kedua-duanya anggota dari Unit Tindakan Khas (UTK) dituduh membunuh Altantuya Shaariibuu, 28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara pukul 10 malam, 19 Oktober 2006 dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Turut diseret sama, penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda, 54, yang dituduh bersuhabat dengan mereka.

Abdul Razak bagaimanapun, dilepas dan dibebaskan tanpa perlu membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat pada 31 Oktober 2008.

Maka, tinggallah Azilah dan Sirul membela diri masing-masing.

Mereka dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh dengan niat yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

BAGAI DRAMA

Bagaikan drama – itulah babak demi babak yang dapat dirakam sepanjang perbicaraan berlangsung. Mereka yang mengikuti perkembangan kes ini pasti dapat berasakan unsur suspen, sedih, terkejut dan macam-macam lagi emosi yang mewarnai prosiding kes.

Antaranya, peguam yang mewakili Azilah ditukar bagi menggantikan peguamnya yang menarik diri walaupun hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi perbicaraan kes itu bermula di Mahkamah Tinggi.

Unsur suspen lain adalah, bila salah seorang saksi iaitu penyiasat persendirian P. Balasubramaniam mengecam Azilah sebagai pemandu kereta Proton Wira merah yang membawa Altantuya dari rumah Abdul Razak Abdullah Baginda pada malam dia dikatakan dibunuh.

Teman wanita Azilah, Lans Kpl Rohaniza Roslan turut ditahan reman dan menjalani soal siasat berkenaan kes ini.

Rohaniza yang ketika itu sudah berkhidmat selama 9 tahun bersama PDRM tidak dapat menahan perasaan dan mengalirkan air mata apabila mengulas perasaannya diletakkan dengan tahanan lain ketika direman.

Kata Rohaniza, “Saya malu dan tertekan. Sebelum ni saya yang jaga mereka. Tiba-tiba saya pula yang masuk lokap.”

Pada masa sama, seorang lagi wanita yang merupakan tunang Azilah iaitu Nor Azilah Baharuddin setia menghadiri mahkamah sepanjang kes berjalan.

Di mahkamah, Azilah pernah mencuri perhatian apabila menyuarakan ketidakpuasan hati yang disampaikan oleh peguamnya, tentang keistimewaan yang diberi kepada isteri Abdul Razak yang dibolehkan mengiringi tertuduh ketiga itu sehingga ke lokap sedangkan dia dan Sirul, berjalan dalam keadaan tangan digari ke belakang.

Azilah juga memohon supaya mahkamah menegur jurugambar yang dikatakan telah melompat keluar dari garisan polis dan cuba mencabut jaket yang meliputi mukanya.

Dalam pada itu, salah seorang saksi iaitu Ketua Cawangan Soal Siasat di Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DSP Zainudin Abdul Samad berkongsi karektor Azilah ketika perbicaraan.

Katanya, anak kelahiran Sarikei, Sarawak itu gemar berhibur, ‘window shopping’ dan suka berpuasa malah turut berpuasa semasa dalam tahanan reman.

Sementara kawan rapat Sirul yang turut dipanggil sebagai saksi, Sarjan Rosli Ibrahim, yang mengenalinya sejak mereka berdua dalam skuad yang sama ketika mula berkhidmat dengan PDRM melahirkan perasaan sedihnya dengan nasib menimpa Sirul apabila terbabit dengan kes itu.

Ketika perbicaraan melibatkan dirinya, Rosli telah tampil dengan dakwaan bahawa anak kunci rumah yang ditunjukkan polis padanya tidak serupa dengan kunci rumah Sirul yang diketahuinya.

RAYUAN HUKUMAN GANTUNG

Akhirnya pada 9 April 2007, Mahkamah Tinggi Shah Alam akhirnya menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Azilah dan Sirul kerana didapati bersalah membunuh Altantuya. Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin berkata pihak pendakwaan telah membuktikan tanpa keraguan munasabah kes terhadap mereka.

Katanya, pembelaan kedua-dua tertuduh berdasarkan kepada penafian dan juga menyalahkan satu sama lain dan dengan itu, ianya tidak boleh dipercayai.

Azilah dan Sirul kemudiannya memfailkan notis rayuan ke atas sabitan dan hukuman itu.

Pada 24 Jun 2013, peguam Datuk Hazman Ahmad yang mewakili Azilah berhujah menyatakan Hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dalam mensabitkan anak guamnya dan Sirul kerana mereka tidak memiliki atau mengawal bahan letupan C4 yang didakwa digunakan dalam pembunuhan Altantuya.

Hazman juga berhujah, terdapat ketidaktekalan dalam keterangan saksi pendakwaan berhubung maklumat yang dikatakan diberi oleh Azilah yang membawa kepada penemuan lokasi kejadian.

Seterusnya 19 Ogos lalu, apabila Mahkamah Rayuan diketahui akan mengumumkan keputusan pada Jumaat (hari ini) berhubung rayuan Azilah dan Sirul, ramai menanti penuh debar. Manakan tidak, ini merupakan keputusan besar dari sebuah kes berprofil tinggi.

Dan seperti semua sedia maklum, keputusan hari ini nyata berpihak pada Azilah dan Sirul.
PENANTIAN TUJUH TAHUN

Apa-apa pun, tujuh tahun telah berlalu dan sepanjang tempoh itu kita hanya mampu membicarakan kes ini berdasarkan agakan dan rumusan sendiri. Sedangkan perkara sebenar, hanya Tuhan dan pembunuh sebenar sahaja yang tahu apa sebenarnya berlaku.

Yang pasti, episod paling pahit dalam hidup Azilah dan Sirul sudah pun berakhir apabila mereka terselamat daripada mengakhiri hidup di tali gantung.

Semoga keadilan akan sentiasa menyebelahi orang yang benar. -Mynewshub.my

GAMBAR-GAMBAR EKSKLUSIF FORUM PERDANA USTAZ KAZIM- USTAZ ZUL..!!! #HariKoperasi13

Mula-mula..Forum ni nampak serius... tapi lepas tu memang kelakar habis... Ustaz Kazim dan Ustaz Zul memang kelakar la bebbbb..! Berilmu dan memiliki kefahaman yang mantap... bukan merapu je macam "ostat" yang bawak keta laju tuuu...heh!

Ramai bebbb..!!! Hampir 10,000 orang... Tapi orang PAS kata 500 orang je la kottt...heh! Kalau depa yang anjur program, 10,000 pun depa kata 500,000..!!! kan? kan? kan?

Untuk dapatkan ilmu dan kefahaman agama yang sebenar, tak payah la campur aduk politik macam "ostat" tu... cuba letak ketepi kejap politik dan concentrate fokus untuk pencerahan agama..tak boleh?

Tu diaaaa... duduk atas tanah..duduk atas rumput..duduk atas besi... berdiri sampai 2 jam pun sanggup bebbb..! Orang Kedah memang superbbbb..!!!

Cuba kira... cukup tak 10 orang? Ni mujur member aku fokus setempat jer... heh!
Tu diaaa... Timbalan Menteri Koperasi...Tok Bashah kita memang suka dengar Forum Perdana dan ceramah agama yang takdak campur baur politik ni... katanya ini la fahaman Islam yang tulen!

Mak Long tu tunggu sejak lepas maghrib kata member aku... heh! Dia dok depan dengan member aku...bersila atas papan plywood!

Kita perlu kuasai semua perniagaan barang-barang keperluan asas melalui koperasi... jadi kita tak payah lagi bergantung kat "depa"... (errr..."depa" tu maksud Ustaz Kazim tu "cha ya nun alif" laaaa...) Heh!

Alunan zikir munajat Ustaz Zulkarnain semalam memang benar-benar menyentuh hati aku... jauh lebih sedap dan ikhlas zikirnya berbanding "Ostat" Badrul "tuala" Amin yang bagi kaunseling kat bini orang dalam bilik hotel tu...heh!

Khabarnya dalam masa terdekat ni ada lagi ceramah Ustaz Kazim kat Kedah lagi... kat mana? Bila? Ada sesiapa boleh kasi info tak?

Forum Perdana diselangi dengan persembahan dari kumpulan nasyid Faiz memuji-muji kebesaran Allah SWT... bukannya dengar lawak merapu tabur fitnah tak masuk akal Leman RajaTakLawak tuuuu...heh!

HOTTT..!!! USTAZ KAZIM DEDAH "RAHSIA" DI FORUM PERDANA #HariKoperasi13 !!!

Ustaz Kazim Elias dan Ustaz Zul jadi panel.. Ustaz Fauzi jadi moderator.. mantap bebb!
Macam aku cerita tadi, semalam memang aku ada ke Jitra untuk dengar Forum Perdana. Ahli panelnya ialah Ustaz Kazim Elias! Aku suka Ustaz Kazim...dia jauh lebih best berbanding UAI yang suka bawak keta laju-laju sampai eksiden tuuu..heh!

Forum tu di moderate oleh Ustaz Fauzi dan seorang lagi panelnya ialah Ustaz Zulkarnain, pengacara program Imam Muda yang famous tuuuu..! Memang best!

Korang fikir, kalau Forum Perdana sentuh pasal koperasi ni..selalunya tak best? Boring? Heh! Kali ni aku cakap korang salah. Memang best semalam! 

PANASSS..!!! AWEK BER"TOMOI" DI KHALAYAK RAMAI..!!! #HariKoperasi13

Blom kenal, blom chentaaaa....
Kalau sebut perkataan "koperasi", aku rasa korang mesti "boring" je dengar, kan? Rasa macam "ko-op" kat sekolah je, kan? Tapi kalau korang tahu la rahsia di sebalik koperasi, aku rasa korang akan meroyan nak tubuh koperasi siang malam...

Actually, aku pun macam korang jugak. Persepsi aku pasal "koperasi" ini selalunya untuk orang "pencen". Padahal, koperasi ni benar-benar beri banyak manfaat pada umat Islam kalau ditubuh dan dilaksanakan dengan baik...

Baru ni member aku mintak tolong letak banner Hari Koperasi Kebangsaan 2013 yang sedang berlangsung di Jitra sekarang ni. Pasal event ni berlangsung di Kedah, dengan suka hati aku promote banner tu kat blog...

Thursday, August 22, 2013

TERBAIK..!!! SALUTE 100% PADA POLIS TRAFIK NI..!!!


Gambar kat atas ni aku amik dari blog brader SAK kat sini... Memang terbaik! Selama ni, korang asyik dok kutuk je polis trafik, kan? Pantang nampak diorang kat jalan, korang "daring" je jeling anggota polis trafik tu.. padahal dia hanya menjalankan tugas yang diamanahkan...

Kita selalu buruk sangka kat polis trafik. Kononnya diorang suka makan rasuah la.. suka cari salah korang la.. itu tak kena..ini tak kena.. ada je mulut korang nak kutuk polis trafik, kan? Padahal polis yang korang nampak tu takde dosa pun dengan korang..kan?

Aku tak nafikan, ada polis trafik yang suka makan rasuah. Tapi tak ramai bilangannya. Ramai lagi polis trafik yang amanah dan adil dalam tanggungjawab diorang. Contohnya Sub Inspektor Zakarian Abdul Razak kat atas tu... korang pernah dan boleh buat apa yang dia buat tu?

PERGHH..!!! MUJOQ KEDAH TAK JADI MACAM SELANGOR & PENANG..!!!

Khalid-Gagap
Terkejut saya melihat prestasi pelaburan negeri Selangor untuk tahun 2012 yang begitu “memberangsangkan”! Sebuah negeri termaju dan termoden di Malaysia hanya mampu mencatat pelaburan tahunan berjumlah RM1.8 bilion saja?

Itu sajakah yang mampu dijana Khalid Ibrahim sepanjang tahun 2012? Di mana penasihat ekonomi “RM1”? Dia goyang kaki saja, kah? Mentang-mentang hanya dibayar RM1 saja sebulan, pelaburan di Selangor merosot pun dia buat tidak tahu saja…

Pelaburan sebanyak RM1.8 bilion itu merupakan satu perkembangan yang menarik untuk diulas. Penurunan sebanyak 86% dari jumlah pelaburan tahun 2011 sebanyak RM11.7 bilion menunjukkan Khalid dan Anwar sememangnya “ekonomis” yang gagal!

HOT..!!! KHATIB YANG DIFITNAH "CIUM MULUT" TAMPIL TANGKIS TUDUHAN..!!!

Tak payah aku ulas panjang. Baca kat bawah ni cerita sebenar yang berlaku di masjid Paya Kerchut yang aku cerita hari tu... mengesahkan kesahihan cerita aku, kan? Heh!
Video adegan jemaah cium mulut khatib sebaik selesai membaca khutbah Hari Raya Aidilfitri di sebuah masjid yang dikatakan berlaku di Daerah Pendang tersebar luas melalui laman sosial baru-baru ini.

Penyebaran video itu mengejutkan ramai pihak malah ada yang menyifatkan perbuatan tersebut dilakukan oleh golongan fahaman Syiah. Kelakuan yang dirakamkan dilihat pelik apabila beberapa jemaah meluru dan menunggu di belakang khatib.

Video berdurasi 2:02 itu mendapati beberapa jemaah bertindak meluru ke arah mimbar ketika khatib sedang membaca khutbah dan diakhiri video itu dikatakan seorang jemaah terbabit bertindak mencium mulut khatib berkenaan sebaik sahaja selesai berkhutbah.

TERKINI..!!! USTAZ AZIZAN ANGKAT SUMPAH, ADA YANG SAKIT HATI..???!!!

Kenangan Ustaz Azizan di waktu riang sihatnya..
Sekalung tahniah aku ucapkan pada bekas MB Kedah, Tan Sri Azizan Razak, yang mengangkat sumpah sebagai ADUN Sg Limau tengahari semalam. Walaupun ia dilakukan di wad ICU, ia cukup untuk mengesahkan dirinya sebagai ADUN Kedah.

Dengan angkat sumpah itu, aku yakin, ramai yang "kecewa" khususnya puak-puak PAS yang sebelum ini beriya-iya mahu dia meletak jawatan sebagai ADUN. Ada ke patut puak PAS sendiri desak dia suruh letak jawatan..? Ish..ish...ish...!!!

Dulu masa dia jadi MB, dia selalu jugak sakit dan keluar masuk hospital. Tapi masa tu sapa pun tak berani suruh dia letak jawatan, kan? Sekarang ni dia dah tak jadi Pesuruhjaya PAS, dah tak jadi MB, depa kutuk dan kata macam-macam kat Ustaz Azizan...

Err... bila orang PAS nak ubah akhlak ni?

Selain itu, dengan tindakan angkat sumpah Ustaz Azizan tu, maka ia sekaligus menafikan desas-desus mengenai Pilihanraya Kecil DUN Sg Limau. 

HOT..!!! IDRIS AHMAD PERNAH "SKODENG" MAT SABU & NORMAH..???!!!

Inilah sifat RETORIK puak - puak Parti Angguk Saja ni yang sebenarnya. Diorang dok asyik tuduh orang lain mengamalkan Assobiyah. Tapi kalau diorang buat?

Jelas, apa yang dilakukan oleh Mantan Ketua Penerangan PAS ini juga boleh dianggap sebagai satu tindakan Assobiyah. Membela mereka yang berada dikalangan mereka sahaja.

Hanya semata - mata kerana Si Mat Syabun ni Timbalan Presiden PAS, maka dia cuba sedaya upaya untuk menafikan penglibatan 'Bang Mat' dengan Syiah.
 

TERKINI..!!! BLOGGER PAKISTAN DITAHAN POLIS DI DAKWA DERHAKA..???!!!

bakistani

Sebelum ini, institusi DiRaja sering menjadi mangsa serangan puak-puak DAP. Bermula dari Pengerusinya, Karpal Singh, hinggalah pasukan propaganda terlatih parti itu, Red Bean Army, selalu mencetus kontroversi dan seolah-olah sengaja “cari gaduh” dengan sistem beraja di Malaysia.

Sudah banyak laporan polis dibuat terhadap puak DAP yang menghina dan membuat provokasi melampau terhadap DYMM Sultan, Raja-Raja Melayu dan Yang DiPertuan Agong. Tindakan biadap dan kurang ajar itu sering mencabar kesabaran umat Islam dan bangsa Melayu di negara kita.

Ada di antara mereka yang disabitkan kesalahan dan dihukum, tapi ada juga yang terlepas. Kebanyakkannya terlepaslah. Maklumlah, peguam-peguam DAP memang terkenal dengan helah teknikal yang mewajarkan tuntutan keadilan gagal dilaksanakan pada mereka…

Wednesday, August 21, 2013

PEDASSS..!!! MENTERI KJ PERLU UKUR SELUAR SENDIRI...

Maka sekonyong-konyong berkatalah seorang lelaki bergelar Menteri itu membela seorang rakan Menterinya. Kononnya barangsiapa yang mengkritik sahabatnya itu perlu "mengukur badan sendiri"...

Kata Menteri yang bernama KJ itu, Menteri bernama Nazri itu begitu terserlah kepahlawanannya ekoran kehebatannya menentang puak Pakatan Haram "bersendirian" di Parlimen. Lalu Menteri KJ itu mencabar... "hang boleh buat lagu tu?!"

Sebetulnya, aku adalah pihak yang mengkritik Menteri Nazri itu. Sila rujuk di sini untuk kritikan terbuka dari aku... 
 
Aku sedar...siapalah aku ni. Hanya rakyat biasa yang hanya mampu berikan 1 undi saja untuk BN pada setiap kali pilihanraya berlaku di DUN atau Parlimen di mana aku mendaftar...

10 GAMBAR MENYAYAT HATI DI MESIR... ASTAGHRIFULLAHIL'AZIM...

Inilah harga sebuah perjuangan saudara kita di sana...

Apa dosa wanita ini...?
Semoga Allah pelihara pemuda ini...

Sayu hati tengok kesungguhan saudara kita di sana...

Masjid Rabaah Al Adawiya
Al Fatihah....semoga Allah memudahkan segala urusan mereka dan mereka ditempatkan di tempat orang-orang beriman.
Masyallah....Seolah-olah upacara pameran jenazah.
Bayangkan kita di tempat saudara kita ini...mampukah kita..?

OPSSS..!!! INI GERAKAN RAHSIA PAKATAN HARAM... UMNO?

Aku percaya, ramai kawan-kawan aku yang dapat blast sms, bbm, what'sapps dan info mengenai perkara-perkara kat bawah ni, kan? 

Aku yakin, kita semua tahu dan alert pasal gerakan Pakatan Haram untuk PRU ke-14 kat bawah ni...

Aku cuma ada beberapa persoalan...

Ini maklumat yang kita terima...

HOT..!!! ARTIKEL TERBAIK UNTUK SETIAP CINA MALAYSIA..!!!

Aku tahu dan sedar.. orang Cina kat Malaysia ni tak beri undi pada UMNO/BN pada PRU ke-13. Nak tahu kenapa? Sebab depa termakan hasutan dan berjaya dipengaruhi ideologi Pakatan Haram...

Tapi kat bawah ni ada satu artikel yang wajib dan sesuai dibaca oleh setiap individu bukan Melayu, khususnya masyarakat Cina yang ada surat beranak dan IC kewarganegaraan Malaysia... Artikel yang cukup menarik untuk dibaca...

Mungkin agak panjang, tapi cukup tepat. Habiskan bacaan anda jika anda benar-benar berani terima hakikat sebenar erti kehidupan seorang rakyat Malaysia bukan bumiputera...


Tuesday, August 20, 2013

PEDASSS..!!! GENG LGBT ANWAR KANTOI LAGI..!!!

SEKSUALITI-MERDEKA-2011-QUEER-WITHOUT-FEAR

Alhamdulillah! Lega rasanya bila mendengar khabar mengenai keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang sebulat suara menolak rayuan penyokong-penyokong LGBT yang mahu membatalkan keputusan pihak berkuasa mengharamkan semua program “Seksualiti Merdeka”.

Semalam, panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Clement Allan Skinner, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof dan Datuk David Wong Dak Wah membuat keputusan tersebut, sekaligus menafikan golongan yang cuba mencetuskan budaya songsang LGBT di Malaysia.

Pada saya, keputusan tersebut adalah satu rahmat buat Malaysia yang bakal menyambut hari ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-56 pada hujung Ogos ini. Malaysia merdeka dari budaya LGBT!

HOT..!!! SURAT TERBUKA UNTUK DS NAZRI AZIZ & NEDIM NAZRI...

Sama "patern"... heh! Like father, like son?
Heh! Teruk jugak Nazri Aziz kena kali ni.. makin teruk kena balun, makin teruk pulak aku tengok Nazri melatah... heh! Ye laaa.. siapa tak kenal dengan mulut "gangster" Nazri Aziz ni kan... Tun M pun dia pernah kutuk...

Semuanya kerana gara-gara dia lantik anaknya, Nedim jadi pegawai khasnya. Bila blogger bising, dia jelaskan Nedim bekerja secara "sukarela". Tapi lepas dia diasak lagi, Nazri jelaskan gaji Nedim dibayar dari duit dia sendiri...heh!

Nazri kata, dia lantik anaknya jaga kawasan di Padang Rengas. Tempat Nazri la tu.. Kononnya, Nedim diberi amanah untuk jaga aktiviti belia di kawasan tersebut. Heh! Jaga aktiviti belia? Aktiviti macam mana tu?

Aktiviti macam ni ke? Rosak la belia Padang Rengas kalau macam ni...kan? kan? kan?
Ikhlasnya, aku rasa Nazri sebenarnya nak pantau aktiviti anaknya yang dikatakan hampir "diluar kawalan". Mungkin Nazri fikir cara lantik anaknya jadi "pengendali" aktiviti belia Padang Rengas tu sebagai tepat.. 

Tapi pada aku, kalau itulah alasan sebenar Nazri.. itu tindakan yang langsung tak tepat! Malah songsang..! Heh! Sorry to say Datuk... 

Boleh ke anak muda macam Nedim tu kendalikan "aktiviti belia"? Logik la sikit... satu Malaya tahu macamana perangai Nedim dan aktiviti dia sebelum ni, kan? Rosak la belia Padang Rengas..

Nazri banyak duit dan Nedim nak sponsor semua aktiviti belia kat situ? Bebbb.. duit tak boleh beli moral value bebbb..! Ingat duit tu boleh beli semua perkara ke?

Cam ni la Datuk... Apa kata kalau Datuk hantar anak Datuk tu belajar asas agama dulu. Itu asas kehidupan. Lepas tu, Datuk sebagai ayah, Datuk sendiri kena pantau akhlak anak Datuk tu.. Ingat Datuk.. walaupun Datuk tu Menteri, tanggungjawab sebagai ayah tu takkan lepas Datuk.. Nanti dalam kubur nanti malaikat tanya wooooo....

Saya tak mau la hentam Datuk secara serius. Maksud saya, lebih baik saya tegur Datuk secara santai dan bersahaja, itu lebih mesra, bukan? Heh! Tapi kalau Datuk nak marah saya, terserahlahhhh...heh!

Ni pemilihan ni Datuk nak bertanding jawatan apa ni Datuk? Bertanding MT? Atau Datuk nak tunggu DS Najib lantik saja Datuk jadi MT? Jawatan mudah dan percuma? Heh! Datuk ni... "jantan" la sikit... bertanding la Datuk... kita tengok Datuk boleh menang ke tidak...heh!

Bukan apa...saya tengok, majoriti akar umbi UMNO ni dah boring dengan sikap angkuh Datuk tu. Kalau dibiarkan lama-lama, imej Datuk tu akan menjejaskan imej UMNO tu Datuk.. 

Saya berpendapat, adalah lebih baik Datuk berubah. Maksud saya, ubah karekter Datuk. Ubah sikap Datuk dan relaks lebih sikit. Cuba belajar akhlak Rasulullah... kalau tak dapat ikut 100% pun, ikutlah semampu Datuk...

Tapi kalau Datuk tak mahu ubah, lebih sesuai kalau Datuk berhenti saja dari jadi pemimpin UMNO... Bukan la saya tak suka Datuk... saya hormat Datuk... cuma Datuk ni pada kami memiliki masalah "attitude" yang perlu diubah... Mungkin attitude tu sesuai di Padang Rengas..tapi tidak di seluruh Malaysia...kan? kan? kan?

P/s: Datuk... Selamat Hari Raya... Maaf Zahir Batin.. No heart feeling ye Datuk... semua ni untuk kebaikan Datuk dan UMNO...kan? kan? kan?

PENTING..! PEMIMPIN DAP DAN KELUARGA PENJENAYAH PERLU DISIASAT..!!!


GEORGE TOWN 19 Ogos – Polis hari ini menembak mati lima anggota kumpulan kongsi gelap dipercayai pembunuh upahan yang dikehendaki polis kerana terbabit dalam kes bunuh dan cubaan bunuh di Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis percaya turut terbunuh dalam kejadian berbalas tembak di sebuah pangsapuri di Sungai Nibong di sini pada pukul 4.30 pagi ini ialah ketua kumpulan itu.
Beliau berkata, berikutan kejadian itu polis percaya berjaya menumpaskan geng kongsi gelap yang aktif membunuh dan melakukan beberapa jenayah membabitkan senjata api.
“Hasil pemeriksaan ke atas tiga senjata api yang dirampas dalam operasi itu, kami berjaya menyelesaikan 10 kes bunuh dan dua cubaan membunuh di tiga negeri berkenaan, tujuh daripadanya kes bunuh dan dua cubaan bunuh di Pulau Pinang.
“Dua lagi kes bunuh di Kedah dan satu kes bunuh di Negeri Sembilan. Semua kes itu berlaku sejak tahun lepas termasuk yang terbaru di negeri ini (Pulau Pinang),” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang, di sini hari ini. – BERNAMA
Terdapat hampir 100 orang ahli keluarga penjenayah yang ditembak mati pagi tadi berkumpul dan mempertikaikan tindakan Polis menembak mati lima anggota kumpulan kongsi gelap di Pulau Pinang pagi tadi.
Menurut Malaysiakini, anggota keluarga yang mati mempertikaikan kaedah tindakan polis, kononnya polis boleh menahan mereka kenapa perlu ditembak.
A family member of one of the deceased, VR Murugersan, told Malaysiakini that the five were shot “like animals” by the police.

“Why need to shoot like that? They could arrest first. Police are liars when they said they shot in self defence,” he said.
Kita tidak pasti sejak bila orang seperti VR Murugesan ini sudah menjadi pakar rujuk mengenai bagaimana polis perlu bertindak bila berhadapan dengan penjenayah ganas seperti ini.
Seorang lagi ahli keluarga berkata,
Nadarajah Somasundram, 62, who is the uncle of one of the dead men, claimed that the deceased were shot multiple times and that it was likely that semi-automatic rifles were involved.

“We want to know why they were shot 20 to 30 times. It happened inside the condominium. Why can’t the police give warning shots? – Malaysiakini.com
Bagaimanakah Nadarajah tahu berapa banyak tembakan dilepaskan? Apakah beliau memerhati dari jauh atau terbabit dengan situasi ini tanpa disedari oleh Polis? Selebihnya, apakah bodoh hendak menembak amaran dalam kondominium yang akan terdedah peluru sesat kepada mereka yang tidak bersalah di tingkat atas?

dapkongsgelap

Yang lebih menghairankan, ADUN DAP bagi kawasan Seri Delima tampil ke hadapan mempertahankan mereka yang ditembak polis ini seolah-olah beliau tahu mereka tidak bersalah. Atau adakah beliau mempunyai pertalian dengan kumpulan ini?
 
Hakikatnya, kejadian tembak menembak dengan penjenayah ini bukan secara mengejut atau di kawasan terbuka. Ini merupakan operasi khas Polis. Dalam operasi seperti ini pihak Polis pastinya telah mempunyai sumber risikan yang kuat untuk menangkap mereka. 

Jika mereka yang menembak ke arah Polis tidak boleh ditembak semula, sampai bila jenayah di negara ini dapat dikurangkan?

Selalunya mereka yang lantang bersuara membela penjenayah ini mempunyai hubungan dengan kongsi gelap atau penjenayah sendiri. Dalam banyak sejarah kongsi gelap juga ia ditubuhkan dan berkembang di kalangan keluarga pemimpin organisasi tersebut sendiri.

Justeru Polis harus melihat dan menyiasat sama ada ahli keluarga yang membuat pelbagai spekulasi ini sebenarnya anggota kongsi gelap juga? Sangat aneh dan luar biasa menyaksikan ada antara anak muda yang datang cuba bertindak di luar batasan ke atas anggota keselamatan. Siapakah mereka? Adakah mereka kader-kader kongsi gelap tersebut?

Lebih penting, apakah makna seorang wakil rakyat menjadi jurucakap penjenayah yang ditembak mati tersebut. Apakah yang cuba dilindungi oleh R.S.N. Nayer ini sehingga cuba menimbulkan syak wasangka terhadap tindakan Polis? 

Seorang wakil rakyat sepatutnya membantu penguatkuasaan undang-undang bukannya menimbulkan keraguan dan kemarahan orang ramai terhadap Polis. Hanya jika ada bukti yang nyata terdapat salah guna kuasa barulah seseorang wakil rakyat bersuara mencari kebenaran lain.

Malangnya, wakil rakyat ini “melompat dan menyergah” begitu awal menyalahkan Polis. Apakah makna tindakan beliau ini?

Sumber: Mykmu.net

HOT..!!! TUN M DITEMPELAK IDRIS AHMAD..!!!

ustaz+idris+ahmad+5[1]_235_320.png
Selain Mahfuz Omar, saya sebenarnya sangat suka sekiranya lidah rasmi PAS, Harakahdaily, menyiarkan kenyataan dari Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad. Bukan apa, sama “standard” saja taraf pemikiran mereka, IQ rendah!

Terbaru, Idris Ahmad cuba nak jadi “hero” dan menempelak mantan Perdana Menteri, Tun M. Marah betul dia apabila Tun M menegaskan rakyat dan negara ini begitu membangun di bawah pentadbiran Barisan Nasional!

Kata Idris…
“Selama 57 tahun Umno memerintah Malaysia takkanlah mereka langsung tidak boleh membuat perubahan, tidak gunalah Umno menjadi kerajaan yang memerintah,” –Idris Ahmad, 19 Ogos 2013.

AIYYAAAA..!!! TEMBAK ORANG JAHAT PUN SALAH KAAAA..???

lip eng1

Memang kecoh diperkatakan tentang kejayaan pasukan PDRM yang baru-baru ini berjaya menumpaskan sekumpulan penjenayah di Pulau Pinang. Ada yang lega serta memuji kejayaan tersebut, dan ada pula yang mencemuh serta mempertikaikan tindakan pasukan keselamatan itu.

Saya yakin, dengan tumpasnya lima orang penjenayah dan suspek kes bunuh itu, majoriti rakyat Malaysia mampu mengurut nafas lega. Kejayaan itu membuktikan bahawa pasukan PDRM kita tidak “lembab” atau hanya “berpeluk tubuh” sebagaimana yang diperkatakan segelintir pihak sebelum ini.

Pun begitu, masih ada pula yang mahu membela kematian para penjenayah tersebut. Peliknya, rungutan dan pertikaian itu tercetus dari pemimpin pembangkang, khususnya DAP. Pertikaian itu telah dipersoalkan salah seorang kolumnis Mykmu.net di sini.

Dalam kejadian tersebut, lima penjenayah itu dipercayai sedang bersembunyi di sebuah pangsapuri di Sungai Nibong, Pulau Pinang. Menurut pihak PDRM, mereka semuanya merupakan geng kongsi gelap yang terlibat dengan kes bunuh dan jenayah berat (senjata api) di negara kita.

Menurut laporan media, berlaku kejadian tembak menembak antara pasukan polis dan penjenayah di pangsapuri berkenaan. Itu faktanya. Tiba-tiba entah dari mana idea yang timbul, kira-kira 100 orang ahli keluarga penjenayah itu berkumpul dan mempertikaikan tindakan polis.

Di mana Teresa Kok? Kononnya dia dilantik menjadi “Ketua Polis DAP” bagi memerangi jenayah baru-baru ini. Polis sudah tumpaskan lima orang pembunuh, mengapa pemimpin DAP seperti Lip Eng dan Rayer mempertikai tindakan menumpaskan penjenayah pula?

Lebih memeranjatkan, kejadian itu berlaku di Pulau Pinang! Sebelum ini, Guan Eng menggelar Johor sebagai pusat jenayah dan tidak selamat. Rupanya negeri pimpinannya itu menjadi “sarang” dan “pusat menternak” penjenayah? Bunuh orang di negeri lain, lari bersembunyi di Pulau Pinang?

lip eng

Ahli Parlimen Segambut (DAP) Lim Lip Eng mempertikaikan di laman Twitter miliknya, “Gangsters! How did you know?” (Kongsi Gelap/Samseng! Bagaimana kamu (PDRM) tahu?).

Soalan saya, bolehkah Lip Eng buktikan bahawa penjenayah yang ditembak mati itu bukan samseng atau kongsi gelap? Ahli Parlimen DAP itu ada sumber risikan sendiri, kah? Apakah sumber risikan Lip Eng lebih hebat dari pasukan risikan jenayah PDRM?

ADUN Seri Delima, RSN Rayer, yang merupakan seorang peguam pula bertindak seperti “peguambela” bagi ahli-ahli keluarga penjenayah itu dan mempersoalkan rasional pihak polis melepaskan tembakan terhadap “gangster-gangster” tersebut.

rayer

Saya ingin bertanya pada Rayer, kalau dia berada di tempat pasukan PDRM yang menyerbu penjenayah itu dan dia menerima tembakan dari penjenayah tersebut, apakah dia hanya akan duduk diam saja?

Apakah Rayer mahu seorang demi seorang anggota polis mati ditembak terlebih dahulu maka barulah anggota yang lain boleh membalas tembakan tersebut? Rayer belajar cegah jenayah dari Maktab Polis mana?

Mana mereka tahu Polis tidak memberi tembakan amaran? Takkanlah tiba-tiba saja polis boleh bertindak melulu melepaskan tembakan untuk membunuh? Setahu saya, pihak polis sangat tegas dalam soal peluru senjata api. Ia direkod dan perlu dijelaskan motif tembakan sekiranya dilepaskan.

Dalam kes itu, penjelasan pihak polis lebih meyakinkan. Tiga pucuk senjata api dirampas membuktikan berlakunya ancaman terhadap pihak polis. Tidak wajarkah pihak polis membalas tembakan sekiranya nyawa mereka diancam?

Saya ingin bertanya, sekiranya salah seorang anggota polis terkorban dalam kejadian itu, apakah seluruh keluarga penjenayah itu akan menanggung dosa ahli keluarga mereka yang jahat itu? Bagaimana jika keluarga anggota polis itu saman mereka semua? Boleh mereka tanggung?

Nampaknya dunia sudah terbalik dalam kepala pemimpin DAP. Penjenayah dibela bagaikan insan suci sedangkan siasatan polis menunjukkan sebaliknya. Sebaliknya, pihak yang menjaga keamanan pula yang dipersoalkan?

Sumber: Mykmu.net

PANASSS..!!! ANWAR "DAJAL KECIL" DI BUMI MALAYSIA..??!!!

Anwar-Liar.jpg-712050

Baru-baru ini kecoh diperkatakan tentang pembohongan dan taktik jahat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mendakwa kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menawarkan “kerajaan perpaduan” padanya.

Melalui satu sesi wawancara bersama Asia Sentinel baru-baru ini, Anwar mendakwa Najib turut menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri padanya dan empat jawatan menteri pada Ahli Parlimen PKR.

Namun Anwar mendakwa kononnya dia menolak tawaran tersebut.

Monday, August 19, 2013

GEMPAR..!!! BLOGGERS UMNO JADI BLOGGER PAS..???!!!

Baru-baru ni Tun M berkata pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitrinya di Seri Kembangan...
"Golongan intelektual, profesional dan pesara yang berkaliber kini kurang berminat menyertai UMNO kerana mereka tidak diberi peranan lebih besar dalam kepimpinan parti peringkat bahagian, negeri serta Pusat."
Apa yang Tun M sebut tu sebenarnya bukan baru. Dah banyak kali dah aku dengar Tun M kata macam tu. Tapi kalau dilihat diperingkat cawangan dan bahagian, masih lagi berlaku budaya yang Tun M kata tu...

Kalau korang nak tahu, perkara yang sama berlaku pada bloggers...Meh sini aku cerita...

PANASSS..! AZALINA BAKAL TEWAS KERANA SOKONGAN DARI KEDAH?

Makin panas perebutan jawatan Ketua Wanita UMNO. Baru-baru ni Ketua Wanita UMNO Kedah umum sokong Datuk Seri Shahrizat untuk kekal di jawatan tu... Biasa la.. bukan ke Mami Ijat yang lantik Dato' Maznah jadi Ketua Wanita UMNO Kedah...

Well...aku salute loyalti Dato Maznah pada Mami Ijat.... Tapi, yang aku risaunya, apakah kata-kata Dato Maznah tu akan dipersetujui semua Ketua Wanita Bahagian di Kedah... Nampak macam ada yang kurang setuju...hmmm...

Menurut sumber yang aku risik di Kedah ni, ada yang sokong Mami Ijat... dan ada yang sokong Azalina... Masing-masing ada hujah masing-masing...

PANASSS..!!! KJ VS IDRIS HARON, KORANG PILIH SIAPA?

Wehhhh..!!! KJ dah umum pertahan Ketua Pemuda UMNO... Khabarnya CM Melaka, Dato' Idris Harun bakal cabar dia... amacam?

Antara KJ dengan Idris Harun, siapa yang korang pilih?

Heheheheee... alamatnya lepas ni Parpukari, Maya Khairi, Anak Omak, Singh is King dan kawan-kawan aku yang lain akan muncul aktif balikkkkk..! Hahahahahaaaa....

Amacam? Aku sokong yang mana satu? Ntah laaa.. korang rasa? Heh!

HOT..!!! MANA SATU "BAKAL" JADI KETUA PEMUDA..?

Mana satu "bakal" Ketua Pemuda nihhh..??? Cuba teka...heh!
Uihhhh..!!! Hangat betul depa berkempen nak tanding jawatan dalam UMNO. Ada yang nak jadi Ketua Bahagian, ada yang nak jadi Timbalan, Naib, dan ada jugak yang nak jadi Pengerusi Tetap. UMNO amalkan demokrasi...bertandinglah sebaiknya...

Basically, aku tak gemar sikit bila bab pemilihan ni. Kalau ada pemilihan, mesti ada yang masam muka. Yang sokong Dato' A, akan masam muka dengan Dato' B, dan begitu la sebaliknya. Hmmm... depan muka manis, belakang kalu...Allah saja yang tahu...heh!

Tapi tu dulu... bagi Pemuda Bahagian Alor Setar, depa tak jadi lagu tu... Meh sini aku cerita apa yang berlaku...heh!

PANASSS..! YB SURAYA CARI MAT SABU DI PENDANG..???!!!

mat sabun

Agak lama saya kurang ke Pendang sejak selesai PRU ke-13 pada awal Mei lalu. Mungkin agak sebok dengan kerjaya dan kempen politik semakin reda di seluruh negara, saya cuba melapangkan diri ke parlimen yang pernah cuba ditawan oleh Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu.

Kebetulan saya gemar minum di sekitar pekan Pendang, saya bersua muka dengan beberapa “ahli parlimen kedai kopi” yang gemar berpolitik bersama segelas teh tarik di depan mereka. Agak menarik topik mereka kali ini.. “Mana Mat Sabu?”

Rupanya mereka bertanyakan dimanakah gerangannya Mat Sabu selepas PRU ke-13? Menurut mereka, sebelum PRU ke-13, Timbalan Presiden PAS itu menyewa rumah di sekitar pekan Pendang. Mereka meneka, mungkin dia nak jadi “orang Pendang”…

Bila Kak Su Bersuara... Heh!