Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, August 16, 2013

MAHFUZ SEDAR TAK ORANG PAS KEDAH TAK SUKA DIA? HEH..!

Aku tak sure sama ada Mahfuz sedar atau tidak bahawa majoriti orang PAS di Kedah memang tak suka dia jadi Pesuruhjaya PAS Kedah. Errr.. takdak sesiapa pun yang bagitau kat dia ke? Atau dia kini sedang dikerumuni "pengampu-pengampu orang kaya"?

Sedar atau tidak, pada aku, Mahfuz perlu terima hakikat ni. Bukan apa, tak baik la tipu diri sendiri. Tahu diri lemah dan tak dapat sokongan, tapi berlakon kuat depan orang ramai kononnya semua orang setuju dia ganti Ustaz Azizan...apa gunanya, kan?

Mahfuz kata, dia nak tunggu post mortem selesai dulu, baru nak rombak barisan kepimpinan PAS Kedah. Katanya, post mortem PAS Kedah perlu 4 bulan, baru boleh selesai...heh! 4 bulan woooo..!!!

PEMILIHAN SEMULA CEC DAP: BOLEH CAYA KE NIHHH...?

dap

Saya yakin ramai rakyat Malaysia kini sedang mencebik bibir pada DAP, sebuah parti “chauvinis ultra kiasu” yang kononnya garang dan “sikit-sikit nak heret ke mahkamah”, kini tiba-tiba tunduk pada arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk mengadakan pemilihan CEC parti mereka semula.

Sebelum ini, bukan main lagi Lim Kit Siang dan anaknya, Guan Eng, memperlekehkan arahan RoS. Kata mereka pemilihan itu telus dan pertikaian yang tercetus di kalangan ahli parti mereka itu hanyalah “permainan UMNO”.

Mereka mendakwa kononnya UMNOlah dalang di sebalik pertikaian ahli mereka itu. Bukan seorang dua ahli mereka yang telah dipecat ekorang skandal pemilihan CEC itu. Itu membuktikan bahawa DAP serius dalam mempertahankan kemenangan “Dinasti Lim” pada akhir tahun lalu, bulan?

PEDASSSS..!!! PUAK PAS BERAYA SEPANJANG TAHUN TAKDAK SAPA KOMPLEN PUNNNN...! HEH..!

ceramah pas

Kemeriahan sambutan Aidilfitri masih lagi terasa di setiap pelusuk negara. Rata-rata rakyat Malaysia khususnya umat Islam masih lagi berada di dalam “mood raya” dan saling kunjung mengunjung antara satu sama lain mengeratkan tali silaturrahim.

Di mana-mana ada rumah terbuka. Sama ada miskin atau kaya, kerani atau Menteri, masing-masing sebok melayan tetamu di rumah mereka. Mungkin begitulah temasya sambutan hari kemenangan melawan hawa nafsu di bulan puasa. Apapun, Ramadhan tetap dirindui…

Baru-baru ini seorang sahabat yang agak “poyo” kononnya meluahkan rasa, seolah-olah tidak suka umat Islam dan masyarakat majmuk di negara ini beraya selama sebulan (syawal). Katanya, kemungkinan budaya berhari raya selama sebulan hanya wujud di Malaysia.

Thursday, August 15, 2013

HOT..!!! JANGAN LEPASKAN WARGA SINGAPURA YANG BIADAP CEMAR SURAU..!!!

cemar surau

Saya menyambut baik tindakan Ketua Utama Sami Buddha Malaysia, Datuk K. Sri Dhammaratana Nayake MahaThera yang memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini atas insiden sekumpulan penganut Buddha yang dilaporkan mencemar sebuah surau di Johor baru-baru ini.

Beliau dengan rendah hati melahirkan rasa kesal atas kejadian tersebut dan menggesa agar insiden yang sedemikian tidak berulang lagi pada masa yang akan datang.

Meskipun menyedari kumpulan yang bermeditasi di surau sebuah resort di Sedili Besar, Kota Tinggi itu merupakan warganegara Singapura yang berkunjung ke Malaysia, Ketua Utama Buddha itu tetap mengambil tanggungjawab atas kesedarannya berhubung sensitiviti rakyat di negara ini.

PANASSS..!!! TAULAN TAK BERANI LAWAN SYIAH SEBAB UNDI POLITIK..???!!!

3,000 pengikut Syiah di Kedah golongan profesional

Mungkin di sesetengah negeri di Malaysia, isu Syiah sudah agak “basi” dan kurang diberi perhatian. Namun lain halnya di Kedah dan beberapa negeri di sebelah utara apabila isu berkaitan aqidah umat Islam itu semakin hangat diperkatakan.

Selepas insiden Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan, mendedahkan diri dengan membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh yang diterimanya, secara tidak langsung tindakan tersebut mengesahkan kewujudan Syiah di negeri Jelapang Padi itu.

Situasi bertambah panas apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, mengumumkan tentang enakmen anti-Syiah yang akan dimasukkan ke dalam undang-undang tubuh negeri itu, gerakan Syiah semakin gelisah.

GEMPAR..!!! KETUA POLIS DILUCUTKAN JAWATAN, DIGANTI TERESA KOK..???!!!

babi kok

Saya ketawa besar apabila dapat tahu tentang propaganda terbaru DAP yang melantik Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sebagai Ketua Pasukan Bertindak Terhadap Jenayah (CAT) “rasmi” bagi parti itu baru-baru ini.

Selesai mesyuarat tergempar DAP yang diadakan di ibu negara ini, Setiausahanya, Lim Guan Eng mengumumkan perlantikan tersebut yang menjadikan Teresa bertugas sebagai Ketua DAP bagi melawan jenayah di Malaysia.

Ketika itu, saya secara spontan terbayang pula wajah Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Perlantikan Teresa sebagai “boss” untuk memerangi jenayah itu seolah-olah mengenepikan Tan Sri Khalid sebagai Ketua Polis Negara!

AL-QURAN SURUH KITA BERSATU, AWAT PAYAH SANGAT?

pas-dan-umno-400x267

Sejak BN berjaya mengekalkan kuasa pada PRU ke-13 pada awal Mei lalu, seluruh umat Melayu beragama Islam dan para pemimpin di Malaysia termasuk institusi DiRaja telah dicabar pelbagai pihak yang kurang ajar.

Insiden demi insiden berlaku. Penghinaan demi penghinaan terjadi seolah-olah ia menjadi satu “trend” terkini di negara kita. Macam-macam yang berlaku.

Antara yang paling hangat ialah iklan berbuka puasa dengan Bak Kut Teh oleh Alvivi, kad ucapan selamat menikmati juadah Aidilfitri dengan rendang khinzir dan terbaru ialah insiden mencemarkan sebuah surau awam di Johor.

EKSKLUSIF..! CERITA SEBENAR DI SEBALIK VIDEO JEMAAH "CIUM MULUT" IMAM DI PENDANG..?


Baru-baru ni kecoh depa dok cerita pasal kononnya seorang Imam masjid di Pendang di "cium mulut" oleh para jemaah selepas selesai menyampaikan khutbah. Memang kecoh sampai ke peringkat nasional...

Ada dakwaan member-member aku yang kata tu semua adalah amalan "Syiah" dan masjid di Pendang tu dikuasi oleh golongan Syiah. Betul ke? Sahih ke? Ada bukti? Apa fakta? Korang turun tengok depan mata sendiri ke? Masjid mana yang buat amalan macam tu?

Aku dapat video ni dari seorang member. Tapi aku malas nak siarkan isu ni selagi aku tak investigate sendiri. Ni soal aqidah dan membabitkan umat Islam lain. Kalau tak betul, boleh jatuh hukum berdosa bro... So apa cerita di sebalik kejadian tu? Meh sini aku cerita...

HOT..!!! DUA PUTERI PERTARUH "LAWA" NAK JADI KETUA DAN NAIB? PERGHHHH....!

Kalau lawa macam Lisa ni...aku sokong 100%.. tapi jadi Exco je laaa... kalau kurang cun dari Lisa... baik tak payah la kot...heh!
Sorry la aku agak lama tak update blog lately... bukan apa... aku kurang sihat sikit... makan ketupat pulut lebih kot... heheheheee... skang ni pun masih bertampal koyok lagi... bukan sengaja pun... heh!

Anyway, memandangkan jari ni dah macam menggeletar nak ketuk keyboard, aku cuba la sambung macam selalu... heh!

Sekarang ni tengah panas pasal pemilihan.. of course... aku sokong calon dari Kedah.. kenapa? Simple jer... sebab kami berjaya tawan Kedah dari PAS... Tapiii.. hehehe.. ada "tapi"nya..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!