Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, August 3, 2013

KENAPA BILA SEBUT SYIAH, PAS TERASA SANGAT NIHHH..???

Hj Hadi Terima Syiah

Penularan fahaman Syiah di negara kita bukanlah perkara yang mudah untuk kita lihat dan sekiranya tersilap mengambil langkah menangani fahaman Syiah di kalangan penganut-penganutnya, akan rosak akidah umat Islam di negara ini.

Ini kerana, pegangan dalam Syiah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah amat berbeza dan terang-terangan Syiah menyimpang dari tuntutan serta kehendak Islam yang sebenar.

Dalam kemelut kerajaan membasmi penularan Syiah di negara kita, PAS terus membuka mulut ia adalah propaganda UMNO sebagai tujuan utama untuk melaga-lagakan umat Islam di negara ini.

MAHFUZ HANYA CAYA PADA UNIT AMAL, DIA TAK CAYA POLIS...

re_03.3

Susah apabila berdepan dengan manusia yang merasakan dia adalah cukup sempurna dari segi sifat dan pendiriannya. Bertambah susah apabila dirinya sendiri berfikir mampu melaksanakan tugas lebih bagus dan hebat dari orang-orang lain. Orang lain difikirkan tidak bagus dalam melaksanakan tugas dan kerja berbanding dari dirinya. 

Manusia seperti ini adalah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar bila mana mengeluarkan kenyataan langsung tidak menghargai usaha dan jasa yang ditabur oleh anggota Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

Kita sendiri sedar, dalam beberapa minggu ini kejadian tembak-menembak yang akhirnya berlaku kematian begitu menakutkan rakyat Malaysia. Dalam kes jenayah seperti ini, Polis dululah yang akan mengambil tempat paling hadapan untuk menyelesaikan insiden berdarah ini.

ANWAR, BILA NAK HABIS MEROYAN NI..?!

KEMPEN-MENOLAK-BUDAYA-BERPOLITIK-NON-STOP-ANWAR-IBRAHIM-1

Setelah gagal ‘membatalkan’ keputusan PRU-13 melalui demonstrasi jalanan, Anwar bagaikan kehilangan arah untuk mengatur langkah seterusnya. Akhirnya Anwar kelihatan terpaksa mengaku kalah dan menerima kemenangan Barisan Nasional. Apatah lagi setelah beliau sendiri mengangkat sumpah sedangkan balaci-balacinya terus mengharapkan yang beliau menggerakkan pemberontakan besar-besaran. Apa yang berlaku ini benar-benar membuat Anwar terdiam seketika. 

Bagi memastikan namanya tidak terus tenggelam, Anwar mengharapkan agar petisyen pilihanraya yang difailkan oleh calon-calon PR akan memberi beliau sedikit publisiti. Ini kerana, Anwar sendiri sedia maklum bahawa petisyen yang dikemukakan tidak berasas dan pasti akan ditolak. 

Dan penolakan itu akan dijadikan ‘peluru’ baru untuk menghentam kerajaan, mahkamah dan apa saja yang boleh dihentamnya. Inilah yang sedang berlaku sekarang di mana Anwar sedang membawa watak Ketua Pembangkang yang meroyan sakan kerana petisyen PRU-13 yang difailkan oleh calon PR ditolak. 

"SURAT MISTERI": PUAK PAKATAN HARAM TETAP DEWAKAN ANWAR-KARPAL...

anwar karpal

Agak menarik juga untuk mengulas mengenai “surat misteri” yang menggemparkan masyarakat Permatang Pauh baru-baru ini. Khabarnya surat berkenaan telah diedar secara meluas di seluruh parlimen yang diwakili Anwar Ibrahim itu.

Menurut laporan media, surat berkenaan didakwa telah ditulis oleh seorang “bekas kakitangan pejabat guaman Karpal Singh” dan mendedahkan transaksi yang berjuta-juta ringgit jumlahnya. Khabarnya, transaksi-transaksi itu direkod sejak tahun 2008 lagi.

Menariknya, surat misteri itu mendakwa Anwar telah membayar jutaan ringgit kepada Karpal sebagai “bayaran yuran guaman”. Bekas kakitangan Karpal itu juga melampirkan beberapa nombor akaun yang dikatakan milik Anwar.

GEMPARRR..!!! KETUA PENJENAYAH SULU KINI DILINDUNGI SEKUTU ANWAR..???!!!


A Philippine diplomatic official has confirmed that Raja Muda Agbimuddin Kiram, who led the Sulu Sultanate’s Royal Security Force (RSF) in a three-week standoff with Malaysian forces in Lahad Datu last March, is no longer in Sabah but has gone back to Jolo, Sulu, where he is reportedly being sheltered by the Moro National Liberation Front (MNLF).

“He is back on our side of the frontier and has escaped the dragnet,” said the senior diplomat who spoke on condition of anonymity.

He said the last time Rajah Muda was sighted was in Tawi-Tawi by Department of Social Welfare and Development (DSWD) personnel. Intelligence reports they received corroborated this information, he added.

TUMPANG TANYA...SIAPA LEAD FINAS? BOLEH RESIGN TAK?


Bila cerita pasal fakta sebenar, depa tangguh, tangguh, tangguh dan haramkan terus...

Bila cerita karut, tipu dan fakta palsu, 3 hari depa dah izin untuk ditayangkan... 

Tanda Putera "haram".... The New Village "halal"...

Ia ibarat nasi "haram"... babi "halal"....

Errr... siapa yang lead Finas nihhh..? Boleh letak jawatan tak?

Friday, August 2, 2013

GEMPARRR..!!! PAS KELANTAN ANJUR LELAKI SEPARA BOGEL PAKAI SPENDER..???!!!

Baru ni kecoh pasal 4 orang awek cun yang gatal teringin nak jadi ratu cantik, kan? Lepas tu JAWI ambil tindakan kat diorang, kan? Depa semua dihadapkan ke mahkamah syariah, kan?

Itu penguatkuasaan undang-undang Islam kat Wilayah Persekutuan. Memandangkan kejadian tu berlaku di KL, maka JAWI lah yang ambil tindakan. Korang tahu semua undang-undang Islam tertakluk mengikut negeri masing-masing, kan?

Ada satu soalan "cepumas" aku nak tanya kat bawah ni... melibatkan Kerajaan PAS "Isle" Negeri Kelantan...heh!

Cuba tengok gambar ni...

HOT..!!! PELAJAR TUA KUIN KUALA KETIL MARAH KAT MUKHRIZ..???!!!

Tengok betul-betul...ada rupa macam mahasiswa KUIN tak? Atau macam tuan rumah sewa Kuala Ketil..? Heh!
Semalam aku berbuka di Alor Setar. Saja meraikan Ramadhan dengan mak aku.Lepas tu pegi solat terawikh. Kebetulan, masjid yang aku pegi solat terawikh tu ada budak-budak KUIN yang datang berjemaah bersama...

Lepas solat, aku "tangkap" la dua tiga orang budak tu ajak pegi minum. Saja borak dengan bebudak tu...tanya perkembangan terkini di KUIN dan pengajian budak-budak tu..Dioang ni budak jurusan Syariah dan ada yang buat Usuluddin kat situ...Cuma nama diorang aku takleh nak dedah...

Baru-baru ni khabarnya budak-budak mahasiswa di Kuala Ketil buat demo sebab tak puas hati kat pentadbiran KUIN, khususnya MB Kedah, yang putuskan supaya depa pindah balik ke kampus Mergong, kampus asal depa...

Maka budak-budak tu pun bukak la cerita sebenarrr.... heh!

Thursday, August 1, 2013

HOT..!!! LAGI PENGHINA ISLAM, AL-QURAN DI KESAN..!!!

Sila baca apa yang macha ni tulis kat Tweeter dia...
Dah baca dah? Kalau dah baca...aku ada satu soalan kat bawah ni untuk korang, khususnya pihak berkuasa, polis, bomba, hospital dan sebagainya....

PANASSS..!!! BEKAS SAHABAT BAIK ANWAR GESA PAS "BALUN" KHALID SAMAD..!!! KENAPA?

Secara peribadi, aku pernah jumpa Dr. Yusri masa aku kat KL dulu. Kebetulan beliau adalah Pengerusi sebuah gabungan NGO-NGO Islam buat sidang akhbar, aku pun menyelitlah sekali menyebok kat situ... heh!

Kalau korang nak tahu, Dr. Yusri ni adalah salah sorang "inner circle" Anwar Berahim dulu dalam ABIM. Beliau pernah jadi Presiden ABIM. Lepas dia tengok Anwar ni dah "lain macam", lari dari perjuangan dan landasan Islam sebenar, dia mula tinggalkan Anwar...

Baru ni Dr. Yusri ni "balun" Khalid Samad. Sebabnya, wakil rakyat yang diangkat orang Shah Alam tu menuduh tindakan Kerajaan BN dan Majlis Fatwa keluarkan kenyataan pasal Syiah dan ketetapan memerangi Syiah adalah "propaganda UMNO"... 

Cuba tengok apa yang Dr. Yusri ni kata kat bawah... tepat ke dahi Khalid Samad!

HANGAT..!!! KETUA SYIAH KEDAH CABAR MUKHRIZ DAN MAIK...?!!!

Ni la boss Syiah di Kedah...
Hadoiii..!!! Makin parah pulak aku tengok puak Syiah kat Kedah ni. Baru-baru ni depa buat laporan polis, kononnya diugut bunuh. Lepas tu siap buat sidang akhbar pulakkkk..!!!

Kata Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan, dia sokong tindakan Mukhriz dan Kerajaan Negeri Kedah isytihar "sokong fatwa anti-Syiah". Tapi dia nak Kerajaan jangan halang depa amalkan Syiah di Kedah...pulak dah!

Maknanya, dia sokong Mukhriz dan MAIK fatwakan anti-Syiah, cuma dia tak mahu kerajaan dan MAIK ganggu depa amalkan Syiah di Kedah? Lagu tu pun ada ka?

SIAPA BANTAH CHETZ DITUDUH "NARROW MINDED"..??? HEH!

Berikut adalah komen terbaik pasal Pengkid 38 tahun dan anjing-anjingnya. Ada jugak yang kata blogger yang tak setuju dengan Chetz tu sebagai "narrowminded". Betul ke? Berfikiran singkat ke? Heh!

Islam tu tak jumud. Cuma dalam soal ni, kita kena back to basic. Fitrah sebagai muslim, fitrah dan nature anjing, dan hukum hakam dalam Islam...

Bagi kebanyakkan golongan yang rasa "intelek", perasan "open minded", kononnya "berfikiran terbuka", depa kena la rujuk soal Islam dulu sebagai sumber rujukan yang pertama, kan? 

Cuba baca komen pembaca kat bawah ni. Ada benarnya, kan?

PENTING..!!! LELAKI INI MERBAHAYA, SILA LAPOR POLIS KALAU TERJUMPA...!!! SEBARKAN...

Amaran..! Lelaki ni merbahaya... jangan nak tunjuk hero pulakkk..!
Kalau korang nampak Ah Beng ni, jangan tunjuk hero pegi terajang dia pulak! Tak pasal-pasal pulak korang mati kena tembak...

Apa yang korang perlu buat ialah call nombor ni...03-21460685 atau 03-21159999.. Kalau korang takut kredit korang habis, korang boleh sms nombor ni..32728. Kalau handphone korang "masuk air", takde kredit atau korang takde handphone, korang lari je ke balai polis paling dekat dengan korang...

Lepas tu, korang beritahu korang nampak Ah Beng tu kat polis. Ingat! Ah Beng tu merbahaya, dia ada pistol dan boleh bunuh korang bila-bila masa... Nama betul Ah Beng tu ialah Sei Ngan Chai.. dia suspek kes bunuh pengasas AmBank tu...

Tolong sebarkan perkara ni kat semua orang, boleh? Tengkiu bro and sist...!

KENAPA "DINASTI LIM" TAKUT SANGAT NIHHH..???!!!

lim-guan-eng-0

Meluat pula saya lihat “lakonan” Setiusaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang seolah-olah merengek menagih simpati apabila Pendaftar Pertubuhan (ROS) meminta partinya mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) partinya.

Dia menyalahkan Menteri KDN, Datuk Seri Zahid Hamidi, berhubung tindakan ROS itu dan menuduh menteri berkenaan sengaja menjadikan DAP mangsa politik dan salahguna kuasa.

“Anak Maharaja DAP” dari ‘Dinasti Lim” itu mendakwa bahawa kepimpinan DAP telah memberi kerjasama penuh dalam siasatan berhubung kontroversi pemilihan CEC parti tersebut dan ROS tidak punya sebarang alasan untuk meminta pihaknya melakukan pemilihan pimpinan itu sekali lagi.

PELIK..!!! POLIS JUGAK YANG KENAAAA....???!!!

Kalau korang nak tahu, gambar kat atas tu adalah insiden yang biasa kita tengok selama ni di Penjara Simpang Renggam, Johor. Kecoh, kan? Biasanya kat penjara tu la kerajaan tahan banduan-banduan di bawah akta Ordinan Darurat...

Nak tahu kenapa kekecohan macam kat atas tu berlaku? 

Ceritanya begini... Selalunya, apabila mahkamah membebaskan banduan-banduan di bawah kesalahan Ordinan Darurat tu, pihak polis akan cuba tahan diorang balik... sebabnya, polis percaya depa ni perlu ditahan semula atas sebab-sebab tertentu...

Wednesday, July 31, 2013

SURAT TERBUKA PADA PENGKID BELA ANJING YANG BERHARI RAYA DENGAN ANJING...

Hadoiii... satu Malaysia kecoh pasal video Chetz Yusof, seorang Facebooker yang beraya dengan anjingnya. Video tu dah lama naik, tahun 2010 dan sekarang 2013 baru nak kecoh... heh!

Apa? Aku sokong Chetz? Ada aku cakap aku sokong dia? Meh sini aku cerita sikit...

Memang betul kata Chetz... bela anjing tak haram. Cuma Islam dah letakkan hukum pada anjing sebagai binatang yang haram dan perlu disamak kalau sentuh binatang tu tak kena gaya, kan?

BETUL KE TAKDE SYIAH DALAM PAS? ABIS TU YANG NI APA PULAK NI?

Aku nak tanya...Betul ke Syiah takde dalam PAS? Betul takde? Confirm? Confident dengan jawapan korang?

Kalau aku kata Syiah ada dalam PAS, camana? Boleh terima? Terima dengan hati yang terbuka?

Boleh mengaku tak? Ni bukan soal politik, tapi ni soal aqidah. Kalau betul ada, mengaku je la... Takde la dapat dosa menipu pulak...kan? Dah la Syiah, menipu pulak tu... kan dah jadi "double trouble"...

Ni...cuba tengok kat bawah.. ni apa ni? 

KENAPA BLOGGER KURANG UPDATE BLOG DI BULAN RAMADHAN?

Bersamalah kita yer....
Baru-baru ni lepas terawikh, aku terserempak dengan seorang rakan yang mengenali aku sebagai seorang blogger. Dia mengikuti penulisan aku sejak aku mula berkecimpung di dalam dunia blog dan portal sejak awal lagi pada tahun 2004...

Dia tegur aku, kenapa aku jarang up-date blog di bulan Ramadhan? 

Aku tersengih. Aku jawab, aku masih aktif menulis di portal dan kalau masa terluang, aku ada jugak la menulis sikit-sikit di blog aku ni...

GEMPARRR..!!! MAHFUZ KANTOI MENIPU DI BULAN RAMADHAN..!!!

Pelik tapi benar. Tapi itulah Mahfuz Omar, Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru. Dialah insan terpilih yang dilantik PAS Pusat untuk mengetuai parti "dijamin syurga" di Kedah....

Nak tahu kenapa aku kata dia ni pelik? 

Cuba baca apa yang dia jawab bila ditanya pasal Syiah kat bawah ni... betul-betul takde faedah bercakap dengan Mahfuz ni...

WARKAH TERBUKA BUAT PDRM & ATM SEMPENA HARI PAHLAWAN..! MESTI BACA..!!!

Hari ini Hari Pahlawan. Setahu saya, para pahlawan kita hari ini diraikan Kerajaan Malaysia di Dataran Merdeka. Untuk itu, saya ucapkan selamat Hari Pahlawan kepada seluruh perajurit, anggota keselamatan dan para pesara yang pernah mengadai nyawa serta berbudi pada rakyat Malaysia.

Di zaman nenek moyang kita dulu, tidak wujud perkataan “polis”. Yang ada hanyalah “Panglima”, “hulubalang”, “pengawal” dan seumpamanya. Mereka inilah yang mengawal keadaan setempat apabila berlaku kekecohan dan sebagainya.

Kemudian, setelah penjajah hadir, kita dimomokkan dengan jawatan “home guard” sebelum pasukan beruniform itu bertukar menjadi “polis” dan “askar Melayu”. Semua itu berlaku sebelum merdeka lagi...

PENTING..!!! APA RASULULLAH SAW BUAT PADA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN?

Kat atas ni hadis Rasulullah SAW. Kalau korang tanya hadis ni sahih, dha'if atau tidak, hadis ni di riwayat oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim. Maka hadis ni confirm sahih dan tak payah pertikai lagi la kan...

Hadis ni menceritakan tentang apa yang Rasulullah SAW buat pada 10 malam terakhir Ramadhan... Korang baca sendiri. Kalau tak faham, bukak kamus atau tanya English teacher...heh! Itu la pentingnya "English education"...kan? kan? kan? Heh! 

Selamat mencontohi Rasulullah..!!!

Tuesday, July 30, 2013

HOT..!!! TIBA-TIBA DUA BERANAK NI PANASSS... APAHAL? RASIS KE..???

DAP LAncau 5

Bermati-matian sungguh dua beranak, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, yang begitu terkenal dengan sifat “chauvinis ultra kiasu”nya mempertahankan ideologi komunisme dan filem kontroversi “The New Village” yang sedang hangat diperbualkan sekarang.

Jika si bapa menyerang Tun M yang menganggap kaum Cina tersepit di dalam “Chinese dilemma”, si anak pula sebok mempertahankan filem perjuangan komunis di Tanah Melayu itu.

Bila Tun M menyatakan kebenaran bahawa generasi Cina di zaman ini seolah-olah “lupa daratan” dan “naik tocang”, Kit Siang serang mantan Perdana Menteri itu dengan menganggap beliau sebagai pencetus ketegangan kaum.

DS NAJIB WAJAR UCAP SELAMAT HARI RAYA DALAM IKLAN PADA UMAT ISLAM DI MALAYSIA



Menurut sumber yang aku terima, "seseorang" yang merupakan "orang luar" telah memperkenalkan idea kepada DS Najib untuk memukul gendang dan berlakon di dalam satu iklan Chinese New Year yang lalu...

Khabarnya, "seseorang" itu bernama Omar Ong yang dikatakan salah seorang "penasihat" kepada PM. Kalau korang nak tahu, mamat tu bukan "penasihat" PM pun. Dia saja menyebok di pejabat PM dan berselindung di sebalik Ethos yang diupah di zaman Pak Lah dulu...

Sumber aku beritahu, Omar Ong ni la yang minta PM berlakon iklan CNY tu. Kononnya ucap selamat tahun baru Cina dalam TV boleh tingkatkan undi untuk BN pada PRU ke-13...

SAMPAI MATI PUN PAS TAKKAN MENGAKU SYI'AH...!

syiah

Saya sangat tertarik dengan gesaan bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Dr. Mazlan Ismail, yang mahu kepimpinan PAS memecat segera beberapa pemimpin parti itu yang berfahaman Syi’ah.

Katanya, PAS di zaman Allahyarham Ustaz Fadhil Noor dahulu tidak pernah beri muka pada mana-mana individu di dalam parti tersebut yang dikenal pasti membawa fahaman Syi’ah, beliau pasti memecat mereka serta merta.

Sebenarnya apa yang dikatakan Dr. Mazlan itu memang benar. Allahyaraham Ustaz Fadhil bukan saja memecat ahli PAS yang berfahaman Syi’ah, malah mereka yang dilihat cenderung, minat dan mengkagumi gerakan Syi’ah juga pasti tidak panjang umur karier politiknya di dalam PAS.

Monday, July 29, 2013

MINDSET PENGARAH INSTITUT PEMIKIRAN FADZIL NOOR MENGHINA ORANG KAMPUNG..!

info
Baru lima hari PAS tewas sekali lagi di tangan BN di PRK Kuala Besut, namun ada pihak di dalam parti itu yang sudah berani berkurang ajar terhadap masyarakat luar bandar, khususnya di DUN tersebut. Beliau yang dimaksudkan ialah Mohd Hafiz Mansor, Pengarah Operasi Institut Pemikiran Almarhum Fadzil Noor (INFO).

Dalam tulisannya baru-baru ini di Harakahdaily, dia mahu PAS mengadakan “majlis-majlis ilmu” di surau dan masjid sebagaimana yang dilakukan di bandar-bandar. Kononnya, UMNO “takut” dengan gerakan itu.

Membaca tulisannya itu, dia seolah-olah membayangkan bahawa masyarakat di luar bandar ketinggalan dari sudut ilmu Islam sehingga tergamak memberi undi pada UMNO/BN.

PAKATAN HARAM SAKIT TERUK, ADA PELUANG SEMBUH?

selam-resize

Saya yakin bahawa ramai di antara kita yang telah membaca pendedahan sebenar dari “arkitek” pembelian kapal selam Scorpene, Jasbir Singh Chahl, secara panjang lebar bersama jurnalis News Straits Times baru-baru ini.

Dengan fakta-fakta sebenar yang dikemukakan Jasbir Singh, maka saya kira ia merupakan “buah penamat” pada isu kapal selam kebanggaan negara yang sering menjadi bahan di kalangan politikus pembangkang untuk merosakkan kreadibiliti Kerajaan BN bertahun-tahun lamanya.

Fitnah Pakatan Haram mengenai isu Scorpene yang turut dikaitkan dengan skandal pembunuhan wanita Mongolia, mendiang Altantuya Sharibuu, juga jelas tidak berasas sama sekali dan wajar jadikan teladan tentang betapa busuknya perangai puak pembangkang di Malaysia.

THE NEW VILLAGE: KETUA PENGARAH FINAS PERLU TAHU FAKTA-FAKTA INI...!!!

Aku tak tau la dari mana pengarah dan penerbit filem The New Village dapatkan fakta untuk buat filem putar alam tu. Mungkin diorang dapatkan fakta dari perpustakaan Kou Min Tang kat Tanah Besar China, kot?

Lebih aku hairan, macamana pulak FINAS boleh lepaskan filem macam ni? Mujur la KDN sempat "hold" tak kasi tayang filem tu. Kalau tidak, memang teruk la FINAS kena bantai...kan? Siapa lead FINAS sekarang? Cuba google tengok...heh!

Berikut aku senaraikan fakta yang perlu diketahuai oleh pengarah, penerbit, penulis skrip dan termasuk FINAS sendiri sebelum meluluskan tayangan filem The New Village "version DAP" tu... Harap jangan juling bijik mata korang...

BILA TUN M BERSUARA TENTANG POLITIK ORANG CINA DI ZAMAN INI...


Aku tak tahu mana-mana pemimpin yang lebih sesuai untuk bercakap pasal orang Cina dalam negara ni melainkan Tun M. Ini disebabkan beliau hidup sebagai pemimpin politik sejak sebelum merdeka dan bersara selepas millenium...


Terbaru, Tun M mengulas mengenai sikap orang Cina di zaman sekarang ni. Aku rasa, tak perlu pun aku ulas panjang. Korang baca sendiri tulisan Tun M kat bawah ni... 

Sunday, July 28, 2013

VIDEO MENARIK AIDILFITRI: BENAR-BENAR MENYENTUH HATI...

Aku tak tahu apa perasaan korang kalau tengok iklan Hari Raya ni. Tapi terus terang aku katakan, berkali-kali aku tengok iklan ni dan setiap kali tu la air mata aku mengalir bergenang di kelopak mata...

Mungkin aku agak "keras" di mata korang sebelum ni, tapi iklan ni betul-betul membuat aku tersentuh...dan ia membuktikan bahawa aku juga mempunyai jiwa yang sangat lembut... 

Korang tengoklah sendiri video ni kat bawah... memang menarik untuk aku kongsikan bersama korang...

HIGH PROFILE CASE..!!! PENDEDAHAN TERBESAR FITNAH PAKATAN HARAM..!!!





Aku tak tahu la mana puak-puak Pakatan Haram nak letak muka bila fitnah terbesar depa ni telah terbongkar... memang sangat mengaibkan! Depa kecoh benda ni dah lama dah... ramai yang termakan fitnah depa... sekali terbongkar...makan tak habissss..!!!


Korang baca sendiri pendedahan eksklusif kat bawah ni. Semuanya fakta-fakta sahih dan tidak mungkin dapat disangkal lagi. Red Bean Army pun "checkmate". 

Lepas korang baca pendedahan ni, korang fikir la sendiri...wajar ke korang sokong Pakatan Haram lagi? Wajar ke Pakatan Haram buat perangai macam ni? Dan apakah ini perangai pihak pembangkang yang sihat dalam dunia politik Malaysia? Korang fikirkan sendiri...

RED BEAN ARMY TERBIT FILEM ANGKAT KOMUNIS JADI PEJUANG KEMERDEKAAN..???!!!

WP_000484 
Tengah aku berpuasa, panas jugak hati aku bila dapat tahu pasal sebuah filem Cina tempatan berjudul "The New Village". Yang buat aku panas, filem ni cuba mengangkat Komunis dan talibarutnya sebagai "pejuang kemerdekaan"...

Aku rasa, berkemungkinan besar filem ni dihasilkan oleh Red Bean Army atas tajaan DAP. Mat Sabun pula mungkin jadi "pengarah di sebalik tabir"...

Cuba baca ulasan di bawah mengenai filem "spin fakta" ni... memang menarik dan tepat. Pada aku, filem ni perlu diharamkan dan disiasat secara menyeluruh sebelum diambil tindakan... amacam?

Bila Kak Su Bersuara... Heh!