Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, June 15, 2013

PUSAT TAHFIZ PULAU TUBA: EXCO AGAMA KERAJAAN BN KEDAH "ZALIM"?

Ishhhh..ishhh..ishhh..!!! Zalim betul la Kerajaan BN Kedah ni.. Tak sampai 100 hari mentadbir Kedah, Pusat Maahad Tahfiz di Pulau Tuba jadi mangsa? Pusat Tahfiz tu ditutup Exco Kerajaan Negeri? Biar betoiiii...?

Itu la yang dituduh oleh puak-puak blogger PAS Kedah. Depa tuduh macam tu...Sampai Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah keluarkan kenyataan pasal "kezaliman" Kerajaan BN... ish..ishhh...ishhhh...!

Tapi, betul ke apa yang Pemuda PAS Kedah kata tu? Atau itu adalah satu lagi fitnah yang sengaja dibuat untuk memburuk-burukkan Kerajaan BN Kedah yang dipimpin oleh Datuk Mukhriz Mahathir..?

Sebenarnya...

PUIII..!!! LEMBAGA PENGARAH LANTIKAN PAS NAK SAMAN PKNK..??? @MukhrizOfficial @MukhrizMahathir

Memang menyirap darah aku bila dengar cerita tentang Dato' Jahubar Sathik yang dilantik oleh Kerajaan PAS Kedah dulu sebagai Ahli Lembaga Pengarah Bina Darulaman Berhad nak saman PKNK...

Khabarnya, dia nak saman PKNK sebab kontraknya nak ditamatkan dengan notis 6 bulan. Kononnya dia kata PKNK tak bagi sebarang alasan untuk tamatkan kontraknya sebagai Ahli Lembaga Pengarah... Heh! 

Kononnya, dia nak kata PKNK dan Kerajaan BN Kedah ni "zalim" la tu kottttt....?

Itu je alasan Sathik? Kalau itu saja alasannya, aku yakin kalau Sathik saman PKNK 1000 kali pun, dia takkan menang punyaaa..!!! Dia saja nak saman untuk dapatkan simpati dan publisiti murahan? Sila saman PKNK secepat mungkin kalau berani...

Sebab apa aku kata Sathik ni takkan menang saman dan mengarut? Sebabbbbb...

TERKINI..!!! TAKLIMAT PEMILIHAN UMNO KEDAH 2013..!!!

Selepas taklimat PRU13, kini tiba pula giliran taklimat pemilihan UMNO 2013 mengambil tempat. Sedar tak sedar, masa untuk lebih 3 juta ahli berdaftar UMNO untuk memilih pemimpin-pemimpin UMNO di seluruh negara...

Tak terkecuali di negeri Kedah, taklimat pemilihan UMNO diadakan pagi tadi di Bangunan Tunku... Khabarnya, corak cara dan kaedah pemilihan UMNO kali ni berbeza berbanding dulu... ada transformasi...

Katanya, akar umbi kali ni ada peluang untuk tentukan pemimpinan tertinggi UMNO sama ada di peringkat Pusat mahupun di peringkat negeri, bahagian ataupun cawangan masing-masing... 

Friday, June 14, 2013

SYYHHH..!!! SIAPA BEKAS EXCO YANG ADA SKANDAL NIHH...???

Ishhh...! Aku sebenarnya tengah risau ni... Lepas solat Jumaat tadi, aku ada jumpa member aku ni. Alaaa.. informer aku kat dalam Wisma tu laaaa... Dia dok cerita macam-macam kat aku pasal hal dalaman Wisma...

Tengah dok kecoh sekarang ni pasal skandal bekas Exco... Ishhh!!! Awatnya? Aku bagi amaran kat member aku..jangan dok jolok fitnah kat aku.. aku baru lepas solat Jumaat tadi nihhhh... naya je dapat dosa free..!!! Tak mau woooo...

Kawan aku kata, buka nak fitnah atau bukak aib orang... dia pun tahu dosa pahala... dia cuma nak beritahu sesuatu yang tengah kecoh kat Wisma saja...Dia kata...

BONGKARRR..!!! ISTERI KETUA PEMUDA PAS JADI PA EXCO KERAJAAN BN KEDAH..???!!!

Gunting dalam lipatan kain batik...!
Ada member aku di Wisma Darulaman beritahu tentang cerita tak sedap didengar. Betul ke? Kalau tak betul takpa la.. tapi kalau betul? Bukan apa.. tak sesuai sangat. Aku tak tahu la perkara ni sabotaj dari pihak tertentu, disengajakan atau tidak disengajakan... tapi perkara ni memang tak patut pun...

Ada ke patut pihak tu letakkan isteri kepada seorang Ketua Pemuda PAS jadi PA (Personal Assistant) salah seorang Exco Kerajaan BN Negeri Kedah? Pelik sangat bunyinya.. Kontra sangat tu..!

Bukan la nak dengki atau nak tabur pasir kat periuk nasi orang. Tak baik buat perangai macam tu. Tapi meletakkan seorang isteri Ketua Pemuda PAS sebagai PA kepada seorang EXCO BN, itu adalah satu perkara yang sangat tidak sesuai...

GEMPARRR..!!! INI AKHLAK BAHASA BLOGGER PAS KEDAH..??? "ISLAMIK" SUNGGUH..!!!

Amboiii...!!! Sedapnya bahasa orang PAS Kedah ni..kan? Blogger PAS pulak tuu..! Marah sangat sampai buat tajuk macam tu punya bahasa.. Biasa laaa.. Orang PAS memang macam tu..!!! Akhlak "murni" la katakannn...

Errr... mana Urusetia Penerangan PAS Kedah? Tak tegur cara "bahasa blogger PAS Kedah" ke? Atau memang blogger PAS Kedah dialu-alukan untuk guna perkataan macam tu? 

Betul ke pakcik tu kata macam tu? Atau pakcik tu tak kata macam tu pun? Ntah-ntah, pakcik tu pun tak wujud...kan? Saja je depa buat cerita nak maki hamun Kerajaan BN Kedah... maklum laa.. orang PAS dalam "mood kalah" ni memang "meroyan" sikit.. dah kalah tu kalah lahhhhh...heh!

TERKINI..!!! RIBUT DI PENANG, GUAN ENG "PERBETULKAN" BAHASANYA...!!!

Berikut kat bawah ni adalah beberapa keping gambar yang aku terima dari rakan-rakan ekoran kejadian ribut yang melanda Penang sehingga menyebabkan sebahagian kecil struktur bangunan UMNO Penang sedikit RUNTUH...

Aku yakin, lepas kejadian ni, dah tentu blogger-blogger Red Bean Army dan Pakatan Haram akan mengaitkan perkara ini sebagai "bala" dari Allah terhadap UMNO Penang... Heh! Dah tahu dah skrip depa...

Apapun, Guan Eng adalah yang paling awal bercakap mengenai ribut yang merosakkan sedikit bangunan UMNO tu.. katanya...

Thursday, June 13, 2013

PENGHARGAAN UNTUK TMK: PERCUTIAN 3 HARI 2 MALAM CUTI-CUTI 1TMK...!!!

Adehhhh...kesian pulak aku dengar rintihan member TMK aku yang sorang ni, Aktivis UMNO Pekan Naka aka AUPN. AUPN ni salah seorang anggota TMK...dia aktif Facebook.. dan banyak berjuang lebih 5 tahun menentang rejim PAS Kedah bersama TMK...

Dia mengeluh...dia hanya dapat tengok saja kawan-kawan dia di bahagian-bahagian di bawa berehat ke luar negara...Sedangkan kami TMK ni takdak sapa yang bawak berehat ke mana-mana...

Relaks la Bro... ni aku beritahu berita baik kat hang... Untuk pengetahuan hang, TMK akan mengadakan cuti-cuti 1TMK tak lama lagi... mungkin dalam masa terdekat ni kot... detailnya adalah seperti berikut...

FAKTA BENARRR..!!! DAP MEMANG TAK PERLU JADI PM, TAPI..!!!

guan-eng

Ketua Menteri “Republik” Pulau Pinang baru-baru ini mengatakan bahawa DAP tidak pernah menuntut kerusi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri dari terus dikuasai oleh bangsa Melayu.

Dia mendakwa kononnya orang Cina cuba mendominasi keputusan PRU ke-13 baru-baru ini adalah satu putar belit pihak-pihak tertentu dan mengalih perhatian ramai berhubung “undi popular” yang dikatakan berpihak kepada Pakatan Haram.

Selain itu, dia juga mengatakan bahawa DAP lebih mewakili rakyat Malaysia berbanding BN yang kononnya hanya diwakili bangsa Melayu, kaum Cina dan India.

PEDASSS..!!! MATA MAHFUZ TERBELIAK TENGOK MUKHRIZ BUAT KERJA KAT KEDAH..!!!?? @MukhrizOfficial @MukhrizMahathir #DemiKedah

Aku rasa puak-puak PAS, khususnya para bloggers depa akan "terbeliak biji mata" bila tau pasal perkara ni. Bukan apa, bila orang Kedah kata depa tak reti perintah negeri, depa marah. Bila orang Kedah kata depa tak reti jana pendapatan untuk kerajaan negeri, depa marah...

Tapi memang betoi pun...kan? 

Memang depa tak reti perintah dan jana pendapatan untuk kerajaan negeri...yang depa tau ialah balun balak sebanyak mungkin sampai licin gondol, korek semua mineral hasil bumi dan balun duit peruntukan jalanraya yang depa dapat beratus juta dari kerajaan persekutuan...

5 tahun PAS tadbir Kedah, hutang Kerajaan Negeri dah sampai mencecah RM3 bilion! RM3 bilion, bukan RM3 henggetttt..!!! Itu pun depa kata PAS perintah Kedah baguih elok "merelitttt"... heh!

MESTI BACA..!!! DEPA DAH LAMA HINA RAJA-RAJA MELAYU..!!!

wasiat raja melayu copy

Sebenarnya, saya masih belum puas hati selagi mereka-mereka yang menghina DYMM Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu tidak menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan.

Saya memandangkan tinggi cadangan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah, yang mahu akta Derhaka digubal bagi membendung penghinaan terhadap institusi yang menjadi “payung” rakyat Malaysia bernaung selama ini.

Pada saya, kebiadapan mereka-mereka ini perlu diajar dengan hukuman yang berat memandangkan ia adalah satu kesalahan serius yang mampu mencetus kemarahan bangsa Melayu dan menjejaskan imej kedaulatan Raja-Raja Melayu.

TERKINI..!!! UPDATE STATUS USTAZ AZIZAN DI ICU...!!!

Alhamdulillah... status terkini bekas MB Kedah, Ustaz Azizan Razak dilaporkan semakin pulih dan stabil. Walaupun beliau masih di dalam ICU dan dipantau rapi, Ustaz kita ni dah mampu baca surat khabar kat dalam wad...

Kita terus doakan agar bekas MB Kedah ni sihat seperti dulu. Walaupun Ustaz dari PAS, berbeza fahaman politik dengan kita dan hilang dua belah kakinya, kita tetap hargai dan hormat beliau sebagai saudara seagama dengan kita...

Kita tak macam puak-puak PAS Kedah yang dok fitnah, tohmah dan buruk-burukkan Ustaz Azizan lepas PAS kalah PRU13 hari tu. Biar la puak-puak PAS tu tunjuk "rupa" depa yang sebenar. Selama ni depa dok berlakon baik... tapi kali ni depa dah tunjuk "akhlak" sebenar depa...kan?

Berikut adalah pengesahan status terkini Ustaz Azizan...

ARTIKEL PANASSS...!!! TERBAIK DARI ORANG CINA KEPADA RAKYAT MALAYSIA..!!!

Pada 1 Jun minggu lalu saya dijemput berceramah (forum) oleh sebuah pertubuhan Islam di Singapura. Malangnya, setiba di sana saya ditahan dan disoal siasat selama 1 jam. Saya tidak tahu sebab musababnya. Tiga bulan lalu saya turut dijemput, tidak timbul masalah sebegini.

Sebelum itu, sudah lama juga (hampir 4 tahun) saya tidak ke Singapura kerana tidak dapat clearance daripada pihak berkuasa di sana. Saya sudah dapat agak sebabnya. Cuma, kali ini (2013) saya hairan kerana saya dijemput semula. Seperti biasa saya menerima jemputan tersebut.

Saya disoal siasat dengan pelbagai soalan bersifat amat peribadi. Semua perkara mengenai saya dan keluarga ditanya mahukan jawapan. Saya menjawab semua soalan dengan baik, sehinggalah percubaan untuk mengambil telefon bimbit saya. Ketika itu, saya mula berkeras, kerana ia terlalu peribadi dan saya tidak benarkan sama sekali.
 

PANASSS..!!! MACAMANA KITA NAK BOIKOT KAUM CINA DI MALAYSIA?

Macam-macam pendedahan yang kawan-kawan aku dah buat tentang pemberian kontrak, projek dan peruntukan pada kaum Cina kat Malaysia ni. Dari sekecil-kecil projek, sampai la yang harga berbilion ringgit... kaya puak Cina kat Malaysia ni...

Kek ekonomi nampaknya dari dulu lagi dimonopoli dan terus dimonopoli oleh kaum Cina. Khabarnya depa ni pandai berniaga. Betul ke? Atau depa pandai "hemoi" dan "bijak bagi rasuah untuk dapatkan projek"?

Sekarang ni, kita sedia maklum, lebih 90% orang Cina tak sokong BN, sedangkan BN la yang selama ni berkongsi kek ekonomi dengan depa. Tahap ekonomi orang Melayu dan India masih lagi ditakuk lama...

PANASSS..!!! WAYANG OPERA CINA DAP SELEPAS SEBELUM SIDANG PARLIMEN..!!!

Bakri-300x202

Seperti yang dijangka, drama kononnya DAP akan mengambil tindakan disiplin terhadap Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa, hanyalah sekadar “wayang opera Cina” apabila tiada sebarang tindakan tegas diambil terhadapnya.

Setiausaha Publisiti DAP, Anthony Loke yang pada mulanya “garang” mahu mengambil tindakan terhadap Teck Hwa, tiba-tiba kendur mengatakan DAP memberi keampunan kepada Ahli Parlimen DAP itu setelah dia meminta maaf.

Teck Hwa hadir di program Taklimat Ahli-Ahli Majlis Dewan Rakyat Majlis Parlimen ke-13 di Parlimen semalam dan memberi alasan bahawa dia “tidak tahu” bahawa seluruh ahli parlimen pembangkang memboikot majlis tersebut.

Wednesday, June 12, 2013

GEMPARRR..!!! GADIS NI KE YANG AZHAR IDRUS AJAK BERZINA..???!!!

Ekceli... aku malas nak tulih perkara ni. Bukan apa, perkara ni macam bagi publisiti murahan pulak kat UAI... tapi memandangkan aku tak mau fitnah bermaharajalela di media sosial, aku sebagai pengamalnya perlu kekang masalah ni dari terus berlaku...

Terbaru, depa dok kecoh pasal budak pompuan ni yang kata UIA cuba raba dan ajak dia berzina kat hotel... ishhhh...!!! Agak-agak laaaa nak tuduh tu weiiiii... Melampau sangat tuduhan tu... 

Aku yakin, tuduhan budak pompuan tu tak betul. Dan aku rasa, akaun FB budak pompuan tu pun adalah "fake account"... akaun palsu! Mungkin dia pakai tempek je muka budak pompuan mana ntah.. lepas tu tuduh UAI yang bukan-bukan...

GEMPARRR..!!! RAKAN KARIB ANWAR BUAT PERANGAI DI TURKI...!!!

TOPSHOTS-TURKEY-POLITICS-UNREST

Baru-baru ini negara Turki dilanda masalah tunjuk perasaan dari puluhan ribu rakyatnya yang tidak berpuas hati terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Turki, Recep Tayyip Erdogan. Mereka berdemonstrasi siang dan malam mengutuk beliau.

Sehingga kini, sudah 10 hari rakyat Turki mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran di lokasi-lokasi strategik di Istanbul, Ankara dan bandar Izmir.

Demonstrasi-demonstrasi rakyat Turki itu telah mencabar kesabaran Erdogan yang kemudiannya mengarahkan pihak keselamatan negara itu menggunakan kaedah tembakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan kekecohan tersebut.

GEMPARRR...!!! MUKHRIZ RENOVATE PEJABAT MB GUNA DUIT RAKYAT..???!!! @MukhrizMahathir #DemiKedah

Tu diaaaa..!!! Dahsyat betoi la puak-puak blogger PAS Kedah! Apa yang jadi kat Wisma Darulaman tu semua depa tauuuu..!!! Aku rasa, makcik pakcik cleaner tu cuci toilet pun depa tau pukul berapa jadual cuci tuuu....ish..! ishh..! ishhhh..!!!

Terbaru, depa tuduh kata MB Kedah tengah renovate pejabat MB. Siap buat dialog kat cafe lagi woooo..!!! Nampak macam real jer... Tapi betul ke MB tengah ubah suai pejabat MB?

Aku sebenarnya tak pernah la masuk Wisma tu. Bukan apa, tempat tu untuk Kerajaan Negeri buat kerja, apahal pulak aku nak ke sana, kan? Jadi aku pun tanya la member aku yang la ni dok kat Wisma tuuu.... begini cerita sebetulnya....

GEMPARRR..!!! BUKTI KHALID ISMATH HINA RASULULLAH..!!!

Ni apa cerita si Khalid Ismath ni hina Rasulullah ni? Dah rasa kuat sangat pegangan Syi'ah dia tu ke sampai tergamak hina Rasulullah?

Rasulullah berisrak dari rumah dia? Lepas tu kata pulak Harun Taib tu sebagai "nabi" hanya kerana Ketua Dewan Ulama PAS tu takmau join himpunan "Blackout"?

Ni la contoh pemuda Pakatan Haram... Dah tolak Islam ke tepi hanya kerana politik jijik! Sanggup hina dan permain mukjizat Rasulullah SAW dan persendakan tokoh ulama PAS... 

Cuba tengok kat bawah ni...terang-terang dia hina Rasulullah SAW dan peristiwa Israk Mikraj...

GEMPARRR..!!! CINA NI KATA TAK SALAH HINA DYMM SULTAN KEDAH, YDP AGONG..!!!

Ada sesiapa nak "luahkan rasa" kat Cina ni?
Ooooo...rupanya tak salah hina DYMM Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Kita boleh luahkan rasa tak puas hati kat DYMM Sultan Kedah dengan cara yang biadap dan kurang sopan. 

Contoh "luahan hati" lambang kebebasan bersuara yang dibenarkan Cina kat atas tu...
Paling best, kita takkan di dakwa di mahkamah..! Begitulah kata Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong... Tak caya cuba tengok kat bawah ni...

PANASSSS...!!! TRANSFORMASI UMNO KEDAH..???!!!

Apa dah jadi kat member aku sorang ni? Tetiba je dia bagi mesej kat UMNO Kedah...heh! Apa yang dia cuba nak sampaikan? Heh! Dia tak mau apa-apa rasanya... tapi dari lenggok tulisannya, aku faham apa yang dia cuba sampaikan...

Cuba baca betul-betul tulisan member aku ni kat bawah...

Aku rasa, hangpa pun setuju dengan tulisan dia ni...kan? Well...aku setuju bangettttt..!!! Heh!

PANASSS..!!! CERITA TERBARU KEPIMPINAN UMNO KEDAH...? @MukhrizMahathir #DemiKedah

Baru-baru ni Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Bashah beritahu media bahawa beliau sedia lepaskan jawatannya kepada MB Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, untuk mengetuai parti UMNO di Kedah...

Kemudian, Datuk Mukhriz pula semalam beritahu media bahawa beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan di peringkat pusat untuk tentukan soal tersebut. Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa beliau sedia galas tanggungjawab yang berat tersebut...

Cuba tengok. Datuk Bashah begitu ikhlas melepaskan jawatan tertinggi UMNO di Kedah walaupun beliau kini berjawatan Timbalan Menteri. MB Kedah pula begitu rendah diri, humble dan hormat pada kenyataan Datuk Bashah tu...

PANASSS..!!! ORANG KEDAH SEBOK BERCAKAP PASAL "UTC"...!!! @MukhrizMahathir #DemiKedah

Dulu "billion"...sekarang ni dah berubah jadi UTC...Terbaikkk..!!!
Sekarang ni orang Kedah, khususnya di Alor Setar dok tengah seronok bercakap pasal UTC. Benda apa UTC tu? Bas UTC dulu tu ke? Bukaaannnn... UTC tu "Urban Transfomation Centre" atau Pusat Transformasi Bandar...

UTC ni dah wujud kat beberapa negeri macam di Melaka, Perak dan banyak lagi negeri-negeri yang dipimpin kerajaan BN...

Dalam kata lain, UTC ni akan menempatkan lebih 100 agensi kerajaan seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran, JPJ, Tekun dan macam-macam lagi agensi yang akan memudahkan urusan rakyat dengan pihak kerajaan...

Wow factor yang ada pada UTC ni ialah ia dibuka dari jam 8 pagi dan ditutup pada jam 10 malam! Heh! Jadi, kita orang Kedah ni ada "one stop centre" yang akan memudahkan segala urusan hidup kita.. nak bayar bil senang, nak bayar saman senang, nak buat IC pun dah bertambah mudah...

Tuesday, June 11, 2013

GEMPARRR..!!! INIKAH "HANTU HIJAU" YANG MENYERANG WISMA DARULAMAN..???

Inikah "hantu hijau" yang dimaksudkan di Wisma Darulaman?
Aku ada terbaca tentang "hantu hijau" yang ada kat Wisma Darulaman, kat sini. Katanya, ada MB Kedah dan barisan Exconya telah mula diserang "hantu-hantu hijau" tu... Dan sebab tu la ada "leakage" pasal beberapa info tentang kerajaan pimpinan Datuk Mukhriz...

Masalahnya, info-info yang bocor tu banyak salah dari kebenarannya. Kononnya ada KCS yang bocorkan. Padahal, aku yakin..semua tu bukan KCS punya kerja. Depa sengaja sebut nama KCS supaya Kerajaan BN gaduh dengan badan dibawah kuasa DYMM Sultan Kedah tu...

Jadi siapa gerangannya "hantu hijau" ni? Heh! Toyol ke apa "hantu-hantu" ni?

PEDASSS...!!! BLOGGER PAS KEDAH DI GESA KEMBALI KE CARA ISLAM...

Muamalah la secara Islam...
Sementelah aku baru "kebah" sikit dari "demam" ni, aku pun pi la masuk blog PAS Kedah sat. Saja nak tengok apa yang depa tulis. Depa tulis cara Islam kaaa... atau depa tulis ikut nafsu politik syaitonurrajimmmm...?

Rupanya, dari sudut pemerhatian aku, tulisan dan isu yang depa bawak lebih banyak bohong dari benarnya. Lebih banyak fitnah dari yang betulnya dan lebih banyak syubhah dari yang sebenarnya...

Rupanya, depa masih belum berubah. Masih lagi dok ikut cara lama...cara DAP dan PKR berpolitik! Depa masih enggan taat pada desakan bekas Pesurujaya PAS Kedah yang depa "tikam dari belakang", Tan Sri Ustaz Azizan Razak yang mahu kita semua "buat kerja cara Islam"...

PANASSS..!!! MUFTI KEDAH TUDUH BLOGGER PAS SEBAR FITNAH...!!!

Saya tak tahu siapa lagi akan percaya kat blogger PAS Kedah bila Mufti Kedah mengesahkan tulisan di blog mereka tidak benar faktanya dan FITNAH semata-mata. Ada sesiapa lagi yang percaya kat blogger PAS Kedah lepas ni?

Bukan apa. Depa tuduh MB Kedah haramkan kuliah agama di Sri Mentaloon dan depa tuduh pulak Dato' Mufti yang pujuk MB supaya kuliah tu diadakan semula....

Mana depa dapat fakta tu? Dari KCS lagi ke? Atau sumber dari spy depa di Wisma Darulaman? Heh!

GEMPARRR..!!! BUDAK NI HINA DYMM SULTAN KEDAH, YDP AGONG..!!!

Ni FB dia...
Aku tak tau la sama ada korang kenal ke tidak budak kat atas ni. Tapi budak hingusan ni dah melampau... Dia hina DYMM Yang DiPertuan Agong merangkap DYMM Sultan Kedah...!!!

Korang rasa, sebagai rakyat Malaysia dan orang Kedah, apa hangpa nak buat kat budak ni? Apa yang sepatutnya yang diterima budak ni dari sudut undang-undang? 

Korang tengok sendiri apa yang dia kata kat bawah ni...and judge yourself..!

TERKINI..!!! DUKE JUGA BERSARA DARI BLOG..???!!!


Agak lama saya mendiamkan diri. Lebih kurang 5 hari. Ramai yang bertanya, apakah saya nak ikut jejak langkah Gomo - tutup blog? Saya tersengih...dan jawapan saya, TIDAK SAMA SEKALI..!!!

Entah la... tiba-tiba saya takde mood nak menulis. Ada macam-macam isu dalam kepala, tapi takde mood nak menulis. Mungkin masih lagi dalam mood "holiday" kot?

Bukan apa... dok tengah asyik tengok orang pergi bercuti setelah penat bekerja sepanjang PRU13 hari tu. Ada yang dibawa berehat di Jakarta, ada yang ke Ho Chi Minh, ada ke Krabi, ada ke Australia, ada ke Switzerland, ada ke Cambodia.. dan paling cikai pun dibawa ke Langkawi seminggu!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!