Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

  • - PETALING JAYA – Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria kini secara rasmin menyandang jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas dipilih sebulat ...
    53 minutes ago

Saturday, February 2, 2013

PANASSS..!!! MAZLAN ALIMAN PECAT DR. ROSLI SERTA MERTA..???

mazlan aliman dr. rosli

Pada 21 Januari lalu, harga saham FGV buat jatuh sebanyak 2.4 peratus hinga ke paras RM4.31, pertama kali menurun melebih harga pengenalannya (IPO) yang bernilai sebanyak RM4.45 ketika mula diperkenalkan.

Maka bisinglah Mazlan Aliman mengusung “pakar ekonomi”nya, Dr. Rosli Yaakop, ke hulu dan ke hilir memburuk-burukkan saham milik peneroka Felda itu di mata rakyat. Kononnya, peneroka rugi besar dan bakal papa kedana kerana saham-saham itu.

PANASSS..!!! PAS TUKAR "KHALIFAH" JADI "TOKONG"..!!!

ah beng

Seorang rakan dari Pulau Pinang baru-baru ini menghubungi saya dalam keadaan marah-marah apabila “Khalifah”nya, Lim Guan Eng mengatakan bahawa harga sebuah rumah “mampu milik” di Pulau Mutiara itu boleh didapati dengan harga “serendah” RM400,000..!

Ketika dia melepaskan geram melalui corong telefon bimbit, saya hanya mendiamkan diri dan mendengar dengan sabar leterannya kepada anak lelaki Lim Kit Siang itu sambil sekali-sekala memberi respon.

Sebenarnya, saya malas nak melayan kerenah leteran sahabat saya ini memandangkan dialah dulu yang begitu beriya-iya “melambung” Guan Eng sebagai “Khalifah Umar Abdul Aziz” di Pulau Pinang. Maklumlah, dia memang ahli PAS “totok”…

GEMPARRR..!!! MURSYIDUL AM MENCARUT KUTUK UMAT ISLAM MELAYU..!!!



Tu diaaaa...!!! Sakan sungguh dia kutuk orang Islam...maki hamun orang Melayu... baguih dok ada. Tapi "mursyidul am" ni la yang didewa-dewakan PAS. Orang ni la yang dijunjung PAS siang dan malam...

Sebagai seorang yang paling berpengalaman dalam arena politik pembangkang, Lim Kit Siang menjadi petualang besar bagi umat Islam Melayu ketika itu. Dalam peristiwa 13 Mei dulu, dia ni la yang carutkan orang Melayu...

Dan sekarang ni, dia secara tidak rasmi dilihat seolah-olah berjawatan "Mursyidul Am Pakatan Haram". Anwar dengar cakapnya, Hadi dan Pok Nik Ajis pun tunduk padanya. Bagilah ayat Al-Quran mana sekali pun, Kit Siang tetap depa junjung atas kepala...

LAWAK PAGI INI...DEBAT HADI VS HARUN DIN..SIAPA MENANG?


Dah bertengkar la pulakkkk...

Presiden kata "YA"...Ustaz Harun Din pulak kata "NO"....

Bila kena ugut keluar parti, baru la Presiden kata "NO" jugakkk...

Tapi dia sudah kowtim dengan Pok Nik Ajisss...

Katanya, dia suruh Pok Nik pegi mengadap Karpal dan Bishop...

Katanya...semua tu semua "lakonan" jerrr...heh!

Tu diaaa...punya la PAS jaga hati DAP...

Abih tu...Hati dan aqidah umat Islam siapa yang jaga?

Macam biasa...UMNO jugak laaa...kan?

Tapi UMNO jugak la yang dituduh "kapiaqqq"..!!! Heh!

Friday, February 1, 2013

EKSKLUSIF! PAS VS PKR - GADUH NAK JADI CALON DUN BAKAR BATA..!!!


Memang parah cerita yang aku dengar ni. Puak-puak PAS Kawasan Alor Setar dan PKR Cabang Alor Setar bergaduh sakan, saling perli memerli, sindir menyindir...hanya kerana berebutkan kerusi N12, DUN Bakar Bata..! Hahahahahahahaaaaa..!!!

Baru-baru ni aku ada bersembang dengan satu group budak-budak PKR Alor Setar, dan secara tak langsung depa bukak pekung di dada. Depa "belasah" PAS Alor Setar tahap maximum punyaaa..!!!

Depa kata...PAS Alor Setar tamak haloba, gila nak jadi calon PRU, gila glemer, "tikam" kawan, sabotaj dan macam-macam lagi depa kata. Aku mula-mula malas nak melayan geng-geng "kecewa" ni. Tapi dengar je laaa..kan? Nama pun "member"...

KALAU ARWAH GHAFAR BABA MASIH HIDUP, DAH TENTU DIA TAMPAR TAMRIN..!!!

UstFadzil1118-tile

“Hebat” sungguh jangkaan Tamrin Ghafar apabila berkata bahawa arwah bapanya, Tun Ghafar Baba akan keluar parti dan menyertai PAS lebih awal darinya sekiranya pejuang UMNO itu masih hidup sehingga kini.

Dalam ceramah tersebut, dia memberitahu bahawa pernah aktif di dalam UMNO selama 40 tahun sebelum meninggalkan parti keramat Melayu itu pada tahun 1995 kerana kecewa, kononnya “UMNO telah lari dari perjuangan asal”.

Dia turut memberikan contoh Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Hussein Onn yang keluar UMNO dan meninggal dunia bukan sebagai ahli parti itu.

Wednesday, January 30, 2013

PANASSS..!!! AZZA ELITE KINI BERTUDUNG, TAK IKUT JEJAK "GEDIK" ABBY ABADI PUN..!!!

Relax je Azza bertudung skang ni..bersama suami tersayang..
Aku dapat berita, seorang lagi kawan baik Abby Abadi dah pakai tudung. Depa dua orang merupakan anggota kumpulan Elite, yang cukup kuat "gedik" dulu...

Yup..! Azza dah bertudung sekarang. Alhamdulillah. Sejuk mata memandang. Dia dah tak gedik lagi dah macam dulu lepas bertudung. Lagipun, dia dah suami yang baik dan beri penuh sokongan padanya untuk menjadi lebih baik...tahniah Azza...

Cuma...yang tak berubah tu Abby jer. Nama je dia pakai tudung. Tapi "gedik"nya memang memalukan orang yang pakai tudung. Cuba tengok kalau dia bergambar. Kalau dia tak "gedik" memang bukan Abby laaa...heh!

Tapi, yang tu la yang puak-puak PAS suka...Sampai terbeliak bijik mata, meleleh air hidung pun tak sedar dah bila tengok Abby "gedik" atas pentas...cuba bandingkan gambar-gambar Abby kat bawah ni sebelum dan selepas bertudung...tak banyak bezanya...kan?

TERKINI..!!! BLOGGER PAKATAN HARAM TUDUH USTAZ NASHA DIBELI DENGAN WANG..!!!

Aku tak tahu la macamana nak kata lagi pasal blogger Pakatan Haram ni. Boleh dikatakan tiap-tiap hari depa dok kerja fitnah orang. Orang PAS sendiri pun depa fitnah! Tapi depa fitnah orang PAS yang betul-betul dokong perjuangan Islam saja laa..yang dokong DAP dan Anwar depa puji!

Terbaru, budak-budak "upahan" Pakatan Haram ni fitnah Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang dipecat dari Majlis Syura. Ustaz Nasha tak kena pecat dari PAS pun, baru kena pecat dari Majlis Syura. Tapi dah teruk depa fitnah dia..

Cuba tengok kat atas tu.. Tulisan Tulang Besi "Karat" dipetik dan disiarkan oleh blogger upahan pencacai PAS Kedah semalam. Kalau tak fitnah orang, tak senang duduk depa nooo...

DAULAT TITAH TUANKU..!!! HANYA PENJENAYAH SAJA YANG HASUT JANGAN PERCAYA PADA POLIS..!!!


Daulat Tuanku..! Memang tepat titah Tuanku yang menitahkan bahawa pihak yang menuduh Polis Diraja Malaysia sebagai sudah tidak boleh dipercayai sebagai tidak masuk akal, melampau dan hanya dilakukan oleh penjenayah.
"Tindakan itu hanya akan dilakukan penjenayah yang bersalah sahaja dengan memutar belit fakta selain menyalahkan undang-undang bagi mengelak diri mereka daripada dihukum," - Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Sultan Johor Darul Takzim.

GEMPARRR..!!! BLOGGER PENCACAI PAS JELES BLOGGER PRO-UMNO TERIMA ELAUN..?


Tertarik jugak aku nak komen pasal tulisan "Anak Sungai Neraka" yang menuduh UMNO membayar elaun lumayan kepada cybertroopers pro-UMNO sambil menabur fitnah di blog dan facebook setiap hari....

Blogger pencacai "upahan" Zul Ya pun turut meng"copypaste" artikel itu, kononnya nak jatuhkan kreadibiliti blogger pro-UMNO di Kedah...

Itu satu tuduhan. Kalau aku diam, mungkin ada orang kata tuduhan itu benar. Dan kalau aku jawab, sekurang-kurangnya aku menjawab satu lagi fitnah busuk yang dilemparkan oleh blogger "upahan" PAS kepada para pejuang Cyber pro-UMNO, seperti aku dan rakan-rakan yang lain.

Begini jawapan aku...

SELANGKAH KE ALAM MISTERI..KEHILANGAN COFFEE BOY POK NIK AJIS PENUH MISTERI..!!!

Inilah "coffee boy" Pok Nik Ajisss yang teraniaya...
Sedang hangat dibicarakan tentang kontroversi isu penggunaan kalimah “Allah” yang diperjuang oleh DAP dan disokong oleh Anwar Ibrahim, tiba-tiba kita digemparkan dengan insiden pemecatan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dari Majlis Syura parti itu.

Peliknya, PAS mendakwa Nasharudin dipecat dari Majlis Syura kerana tidak mengikut garis panduan “berjamaah”. “Berjamaah” bagaimana? “Berjamaah” mengikut ajaran “agama” PAS?

Sebagaimana maklum, Ustaz Nasharuddin sebelum ini begitu vokal menempelak Presiden DAP, Karpal Singh yang disifatkan sebagai bukan sahaja anti hudud tapi anti Islam.

TEGURAN IKHLAS.. BN KEDAH PERLU BERHENTI GADUH..!





Agak lama aku tak cakap dan tak tegur para pemimpin BN di Kedah, khususnya UMNO. Maklum la... busy memanjang menyerang Pakatan Haram di Kedah, khususnya Rejim Azizan, Rejim Phahrolrazi, Rejim Mahfuz dan banyak rejim lagi...


Lagipun, aku tengok semakin hari semakin hebat gerakan-gerakan yang diatur UMNO dan BN di seluruh Kedah. Ceramah makin banyak dan banyak jugak la aktiviti-aktiviti membela rakyat yang dilakukan, contohnya di Kupang, Baling, baru-baru ni...

Tapi, aku dengar masih ada lagi pemimpin BN yang dok bergaduh lagi? Paling sakit hati bila dapat tahu para pemimpin BN ni sebenarnya dilaga-lagakan oleh pengikut di sekeliling depa... Tak payah la aku ulas panjang, Tok Bashah lebih maklum pasal semua ni...

EKSKLUSIF GUNUNG INAS: JAWAPAN WAKIL CIKGU JOE YANG PENCERAHAN YANG "MENGGELAPKAN" MASA DEPAN PAS KEDAH..!!!

Siapa yang patut saman siapa..???
Aku terbaca "pencerahan" dari PKWR Kupang di blog pencacai PAS Kedah "belaan Zul Ya" pasal isu tipu duit tanah orang kampung di sekitar Gunung Inas yang aku dan kawan-kawan aku dedahkan baru-baru ni...

"Pencerahan"nya berbunyi begini...
Rujukan di PKWR Dun Kupang mendapati nama Tahak Lahamad tidak ada dalam senarai pemohon dan pihak juru ukur tidak menerima apa-apa bayaran daripada beliau (Tahak Lahamad) seperti yang didakwa dalam akhbar baru-baru ni. Justeru itu, tindakan undang-undang berikutan fitnah ini akan difailkan oleh pihak PKWR Kupang ke atas Tahak kerana memfitnah.
Ulasan: Tu diaaa... Pejabat Wakil Rakyat nak saman pulak orang kampung! Apa ke teruk sangat tahap IQ wakil PKWR Kupang bagi "pencerahan" ni?...Pakcik Tahak tu terang-terang kata dia wakil kepada anak dia...ada video yang buktikan Pakcik tu bawak masalah anaknya kepada lawyer. Jadi, memang betul la dia tak memohon...apa kes depa nak saman Pakcik tu? Ishhh..ada akal ke tidak ni?

Cuba tengok video kat bawah ni.. pada minit 2.07 hingga minit ke 2.10..!!! Dengar dan tengok betul-betul apa yang Pakcik Tahak tu kata.. wakil PKWR Kupang tu nak kena lempang dengan Pakcik tu ke?

LAWAK PAGI NI...HADI DIUGUT KIT SIANG AND SON...!!!


Pening kepala Hadi kalau macam ni...

Kit Siang and son sediakan skrip untuk dia pulak dahhh...

Berani ke tidak dia sebut depan orang ramai...?

Kalau berani sebut...dia dapat jadi TPM....

Tapi kalau tak sebut...melepas la jawatan TPM tu...!!! 

Hadoiiii..!!! Puak-puak PAS jugak yang kena jadi "keldai"...heh!

Tuesday, January 29, 2013

GEMPARRR..!!! ABBY ABADI GANTI USTAZ NASHA SEBAGAI CALON PRU13..???!!!


Sebagaimana maklum, Ustaz Nasha dah dibuang dari senarai calon PRU ke-13. Pok Nik Ajis buang dia. Siapa nak gantikan tempat Nasharuddin Mat Isa? Jangan terkejut jika Abby Abadi ganti tempat dia...Maklum la..makin ramai selebriti yang nak jadi ahli politik...

Contohnya, ramai golongan selebriti di Indonesia yang bakal jadi calon pilihanraya. Ada pelakon, penyanyi dan selebriti TV yang dah daftar nama. Malah ada yang dilatih khas selama setahun untuk jadi pemimpin politik...

Antaranya ialah model tahun 1980-an, Okky Asokawati; bekas model yang menjadi usahawan, Ratih Sanggarwati; penyanyi 1980-an, Emilia Contessa; penyanyi utama kumpulan Ungu, Sigit ‘Pasha’ Purnomo Syamsuddin Said dan penyanyi dangdut, Nassar, sebagai bakal calon.

GEMPARRR..!!! ANAK LIM KIT SIANG KENA "TAMPAR" LAGI..!!!

Ayyyakk..!!!
"Apakah Guan Eng ingat dia mengatasi undang-undang, sebagai tokong atau mahu ikut undang-undang hutan?" - Naib Pengurusi DAP
Perghhhh..!!! Aku yakin muka anak Lim Kit Siang ni merah padam bila kena marah! Kali ni dia kena marah oleh pengikutnya sendiri..!!! Kah! Kah! Kahhh..!!!

Tadi aku dedahkan senarai CEC DAP...apa tak cukup lagi ke sampai Naib Pengurusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass Aseerpatham, kena beritahu Utusan dan marah-marah pada anak Kit Siang tu..???

Siap panggil Guan Eng dengan gelaran "tokong" tu bebbbb..!!! Marah betul la machaaa..!!! Heh!

PEDASSS..!!! PAS SAYANG KARPAL/ANWAR ATAU SAYANG ISLAM..?

tgna_karpal_bd copy

Kecoh betul di laman lidah rasmi PAS, Harakahdaily dan blog-blog pro-PAS semalam mengenai kunjungan Mursyidul Am PAS ke Pulau Pinang dan telah mengadakan pertemuan dengan seorang Bishop Katolik, Sebastian Francis di sana.

Kononnya, dengan pertemuan antara Nik Aziz dan Bishop tersebut, ia akan meredakan ketegangan yang tercetus dari isu penggunaan kalimah “Allah” di dalam Bible berbahasa Melayu untuk edaran di Semenanjung Malaysia.

Malah dalam lawatan Nik Aziz ke negeri jajahan Guan Eng itu, dia telah menyambut harijadinya di kediaman Pengerusi DAP dan Karpal Singh telah menghadiahkan sebiji kek harijadi padanya dalam lawatan tersebut.

WAJIB TONTON VIDEO TUN M..!!! MEREMANG SEMANGAT DAN JIWA ISLAM DAN MELAYU..!!!



Lebih sejam aku menonton rakaman video ni. Memang berbaloi walaupun broadband aku hampir habis limit gara-gara tengok video ni. Tapi aku puas hati dan memang aku terpaku mendengar kata-kata negarawan ulung, Ayahanda Tun M.

Siapa tak kenal Tun M. Bukan setakat di Malaysia, kreadibiliti dan pandangan Tun M diiktiraf serta dicemburui di seluruh dunia. Tun M memang terlalu istimewa...

Aku terkedu bila mendengar Tun M berbicara tentan masa depan bangsa Melayu selepas PRU ke-13. Aku ada pandangan aku sendiri dan aku yakin korang pun ada pandangan korang masing-masing...

TERKINI..!!! DAP ROMBAK CEC SEMUA KAUM SAMA RATA..???


Dap kata, parti itu bukan parti perkauman, tidak racist dan memperjuangkan kesamarataan sesama kaum. Dan hari ni aku buktikan DAP "betul" dan "benar-benar" belaka...

Memang betul la... Tapi hanya pada kata-kata. Bila dipersoal tentang pemilihan CEC DAP baru-baru ni, depa nafikan. DAP bermati-matian menegaskan mereka berbilang kaum dan tidak racist...

Hasilnya, DAP buktikan barisan CECnya yang baru memang seimbang dan berbilang kaum tanpa sebarang sentimen racist kepada kaum Cina...tengok bukti DAP di bawah...

GEMPARRR..!!! ADUN PAS BAKAL "DILAUKKAN" ORANG KAMPUNG..!!!



Mana lagi ADUN PAS ni nak lari? Penduduk kampung dah bangkit marah..!!! ADUN PAS ni ingat orang kampung ni semua tak reti undang-undang? Deyyyy...silap besar la deyyy..!!!

Dulu, kami pernah ke Gunung Inas membongkar sifat TAMAK PAS Kedah yang melicinkan balak-balak, termasuk "balak" sebesar lengan budak! Di tarah habis sampai air terjun Lata Celak tercemar teruk..!!!

Azizan kata mana ada dia buat macam tu. Katanya air Lata Celak tu keruh kerana hujan lebat! Kali ni hujan tak turun pun, Lata Celak masih kerus airnya dan tak lagi cantik macam dulu!

GEMPARRR..!!! ROZITA CHE WAN - NAJIB RAZAK BERCINTA...???

Korang jangan gosip aaaaa...!!!
Nak tersembur mulut aku bila baca akhbar Metro. Terpampang pulak tulisan "Kami sama-sama suka dan Rozita balas cinta saya - Najib Razak"..!!! Perghhh..!!! PM bercinta dengan Rozita Che Wan???!!!

Selak punya selak sambil minum kopi, rupanya surat khabar tu bertarikh dua hari lepas. Aku cuba call seorang rakan baik yang bekerja sebagai wartawan Metro di KL, bertanyakan pasal perkara ni...

Rupa-rupanya, editor Metro tersilap "quote". "Ralat!", katanya. Dia bagitau aku, aku adalah orang yang ke-139 yang call dia bertanyakan perkara yang sama. Hahahahahahaaaa...

LAWAK PAGI INI...MARI BELAJAR MENGIRA BERSAMA DAP...!!!


Korang tau kira tak? Setahu aku, budak-budak sekolah pun tahu mengira...

Tapi...ada pulak orang yang tak tau kira...tapi dia nak perintah negara...

Bilangan yang hanya dalam 70,000 - 80,000 diorang kata 1 juta...!

Paling best...nak kira jumlah dalam 2,000 pun tak retiii...

Itu pun ada hati nak perintah negara?

Pegi sekolah dulu la weeeyyyyy...!!!

Monday, January 28, 2013

PANASSS..!!! SIAPA BIAYA KEMEWAHAN KUMPULAN ANTI-LYNAS..?!!!

20120226_save_my_baby_lynas

Sebenarnya saya tak pernah dengar nama sebuah NGO yang bergelar “Save Malaysia Stop Lynas” (SMSL) ini. Maklumlah, NGO tersebut terlalu kecil, kerdil dan difahamkan kurang mendapat sambutan dari masyarakat di negara ini.

Setelah  di“google” di dalam internet, barulah saya dapat tahu bahawa NGO tersebut ditubuhkan semata-mata untuk menghentikan operasi kilang Lynas di Gebeng, Kuantan. Begitu rupanya tujuan NGO itu ditubuhkan…

Merisik lagi mengenai NGO ini, saya dapat tahu bahawa SMSL juga ditubuhkan dalam bentuk “syarikat” di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Entah apa yang mereka jual saya kurang pasti. Mungkin mereka jual “temberang” kot..?

Merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan sebelum ini, saya menjangka bahawa SMSL mempunyai dana yang sangat besar dan berkemungkinan mencecah jutaan ringgit. Mungkin mereka “untung jual temberang” kot..?

Antara aktiviti yang pernah mereka lakukan adalah seperti demonstrasi-demonstrasi, cetak puluhan ribu baju-T, buat ratusan video dan hebahan yang berkonsepkan “anti-Lynas”. Mungkin itulah semua “produk temberang” yang mereka jual di dalam syarikat SMSL…

Biarpun mempunyai penyokong yang sedikit, Pengerusi SMSL, Tan Bun Teet, mampu untuk membiayai anak-anak buahnya untuk melakukan aktiviti melancong di Australia pada November lalu sambil mencari “bahan-bahan temberang” mereka.

Bun Teet membawa seramai 19 “lembu-lembu”nya untuk bersiar-siar di Sydney dan Canberra, sambil mempamerkan perangai buruk mereka “menglembukan diri” serta menghuru-harakan Mesyuarat Agung Lynas di negara itu.

Mungkin mereka meniru perangai “boss” mereka, Anwar Ibrahim, yang sememangnya gemar buat perkara tak senonoh di luar negara dan menjejaskan imej Malaysia di mata dunia…

Persoalannya, BANYAK BETUL DUIT SMSL..! Mana NGO itu dapatkan duit yang begitu banyak untuk menaja 19 orang anggota mereka  ke Australia? Australia bukannya negara yang bermata wang rendah seperti Indonesia , Thailand atau Vietnam. AUD 1 bersamaan dengan RM3.20! Mahal..!!!

Kalau Bun Teet kata semuanya ditaja oleh tabung SMSL, siapa pula yang baik hati sangat memberikan dana yang dianggarkan ratusan ribu ringgit untuk sesi makan angin di Australian itu? Takkanlah 19 orang itu duduk dalam khemah, tak mandi dan bawa meggi selama di sana?

Setibanya di Australia, takkanlah mereka “menapak” jalan kaki ke Sydney dan Canberra? Pergi dan balik dari Malaysia ke Australia ditaja oleh AirAsia, kah? MAS? JetStar atau Singapore Airlines? Atau “Pakatan Haram Airlines” yang tanggung semuanya?

Kalau Pakatan Haram yang tanggung semuanya, tak payahlah cakap SMSL itu merupakan sebuah NGO yang sepatutnya bebas dari sebarang sokongan politik. Kalau bebas, buatlah cara bebas. Bukankah lebih baik gunakan nama “Sokong Pakatan Haram” (SPH) sebagai nama NGO, kan senang?

Lagipun, takkanlah nak harapkan Bun Teet. Dia hanyalah seorang bekas guru. Berapa sangatlah “pencen” yang dia dapat Kerajaan Malaysia setiap bulan, kan? Dia guna duit “pencen” dari Kerajaan BN untuk burukkan nama Kerajaan BN? Memang muka tak malu…

Saya dengar tak lama lagi SMSL akan “terbang” ke Jerman pula. Kali ini siapa pula yang taja? “DAP Airlines”, “PKR Airlines” atau “PAS Airlines”?

SMSL kini dalam usaha mengumpulkan derma dari orang ramai untuk meneruskan kerja keji mereka. Tan Bun Teet sanggup menghabiskan berpuluh ribu ringgit untuk ke Australia dan ke Jerman, boleh lagi mintak derma?

Rasanya Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) wajar menyiasat tentang kedudukan kewangan SMSL dengan kadar segera. SMSL perlu buktikan “ketelusan” dan “integriti” mereka kepada masyarakat Malaysia.

Saya percaya, ramai yang ingin tahu siapakah “funder” terbesar kepada SMSL sehingga dapat hidup mewah dan melancong ke luar negara walaupun baru berusia “setahun jagung”. Agak-agaknya siapa yang taja SMSL? Takkan UMNO pulak kot..?


Sumber: Mykmu.net

PANASSS..!!! BLOGGER PAKATAN SANGGUP IKUT TELUNJUK ZIONIS ISRAEL DEMI ANWAR..!!!


Memang kecoh di laman-lama blog Pakatan Rakyat yang mendakwa kononnya Presiden Palestine, Mahmood Abbas kurang senang dengan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke bumi Palestin, atau lebih tepat lagi ke Gaza.

“Meriah” sungguh mereka menyerang dan menyebarkan cerita itu ke seluruh negara bagi memperlekehkan lawatan Datuk Seri Najib ke sana. Harapan mereka agar rakyat kononnya akan turut memandang serong kepada beliau…

GEMPARRR..!!! PAS KEDAH DIBERI KATA DUA SEBELUM KENA BALUN..!!!



Ingat Azizan dan Cikgu Joe..!!! Orang-orang kampung di 11 buah kampung di sekitar Gunung Inas ni beri masa sampai tarikh bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah saja. Sampai tarikh tu saja..!!!

Kalau takdak tindakan membela orang-orang kampung yang hangpa tipu sampai ratusan ribu ringgit ni, hangpa siap la PRU ke-13 nanti. Aku "sesah" hangpa cukup-cukup kat blog aku ni..."Kebajikan" apa lagu ni?

Puak-puak PAS jangan ingat orang kampung di Kedah ni bodoh-bodoh belaka macam pengikut hangpa tu. Orang kampung tu dah ready dengan Lawyer. Depa akan tubuhkan badan bertindak secepat mungkin untuk pantau tindakan hangpa...

PANASSS DI KEDAH..!!! INIKAH MUKA ADUN PAS YANG TIPU ORANG KAMPUNG TUUU..???

Ini la muka ADUN Kupang, Cikgu Joe, pemimpin PAS yang lesapkan duit orang kampung yang dia tipu hidup-hidup tu..!!! Beratus ribu dia lesapkan duit orang kampung..!!!

Katanya duit tu dah hilang sebab pejabat Jawatankuasa Tanah Usaha Gunung Inas tu dipecah masuk perompak dan bawak lari duit tu. Dia buat report polis pasal kejadian tu...

Pada aku, itu dia punya pasal la. Sejak bila Pejabat Tanah Baling bagi kuasa kat Jawatankuasa tu kutip duit permohonan tanah TOL? Ganti la balik woiii..!!!

PEDASSSS..!!! HALLOOO BOSSS..AMBO DOH PECAT DIA DOOHHHH..!!!

Hallooo bossss..!!! Ambo doh pecat dia dooohhhh...
Aku diberitahu semalam oleh seorang rakan bahawa Nik Aziz telah menyambut "besday"nya yang ke-82 di rumah "sahabat setan"nya, Koperal Singh, ehhhhh.. silap...Karpal Singh. Eppy besday Pok Nik Ajisss...

Dah tua rupanya Pok Nik Ajis ni yer? Dah 82 dah umurnya. Pendek kata, rumah kata pergi, kubur kata mari! Tapi tak sedar-sedar diri, masih lagi nak memecah-belahkan umat Islam lagi...

Melihat pada umur Pok Nik, aku yakin ramai yang setuju bahawa dia patut bersara dari politik. Dah tak larat dah tu! 

TERKINI DI KEDAH..!!! ADUN PAS LESAPKAN DUIT ORANG KAMPUNG..!!!



Ni apa cerita ni, PAS Kedah??? Apa cerita ni Cikgu Joe??? Amboiii...mentang-mentang la pakcik tu orang kampung...senang-senang ja hangpa muhong dia noooo...!!! Sampai bergolok bergadai hangpa buat kat orang kampung noooo...!!!

Memang dasar bajingan! Macam ni ke pemerintahan PAS? Kedah "Sejahtera"? "Sejahtera" tengkorak kamu..!!! Gula-gulakan orang kampung, kononnya nak bagi geran tanah usaha (TOL)..mana geran tanah yang hangpa janji kat orang kampung tu???

Macam ni ke "buat kerja cara Islam"? Kepala hotak hangpa! Nama saja Parti "Islam" SeMalaysia, buat buruk nama "Islam" jer..!!! Memang muka toya tak malu sungguh..!!! Lepas bagi duit..terus hilang..senyap sunyi..!!!

#ANAK: SURAT ISTIMEWA UNTUK MAZLAN ALIMAN DAN DR. ROSLI YAAKOP...!!!



Korang pernah dengar nama Mazlan Aliman? Kalau kenal dengan Mazlan Aliman, sudah tentu pernah dengar nama Dr. Rosli Yaakop. Tapi ramai tak tahu siapa Dr. Rosli ni, kan? Kata Mazlan Aliman, Dr. Rosli ni "pakar analisis ekonomi" dan dia dilantik jadi Penasihat Ekonomi ANAK...

Itu kata Mazlan Aliman. Seorang pengacau Felda yang bercerita tentang seorang rakannya yang akan "dikeldaikan" untuk membantunya mengacau saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH). Dah tentu dia akan "lambung" tinggi-tinggi "keldai"nya tu, kan?

Tapi, siapa sebetulnya Dr. Rosli ni? Meh sini aku cerita...heh!

LAWAK PAGI INI...TAKDE LAWAK PAGI NI...PASAL?


Sebenarnya aku malas nak melawak pagi ni...

Semuanya disebabkan gara-gara Ustaz Nasharuddin Mat Isa dipecat dari Majlis Syura sekembalinya dari Gaza...

Maklum laaa.. Anwar marah sangat pasal Nasha pegi Gaza tu...

Anwar dah kasi lampu hijau pada Israel untuk serang Palestin...

Yang Nasha gatal sangat pegi melawat Gaza tu apahal?

Kan dah kena pecat....heh!

Tapi tak berani pulak pecat Nasha dari PAS...muahahahhahahaaa..!!!

Penakut betul laaaaaa..!!!

Sunday, January 27, 2013

PANASSS..!!! SYARIFAH SOFEA TAK PERLU BERSUARA UNTUK MALUKAN ABBY ABADI..!!!

Sejuk aku tengok Syarifah Sofea bergambar lepas berhijrah...tak macam Abby bergambar...cuba tengok gambar Abby kat bawah dan bandingkan..
Korang ingat lagi tak pelakon namanya Syarifah Sofea? Alaaa... yang dulu seksi mengalahkan orang putih tuuuu... ingat, kan? 

Dia pun dah berhijrah jugak. Pakai tudung, macam Abby Abadi jugak...

Cuma, Syarifah Sofea ni memang dah berhijrah habis. Berubah dan sejuk pulak hati aku tengok ibu anak sorang ni.

MAZLAN ALIMAN LANTIK "PAKAR" DARI BANGLA?

rosli yaakop mazlan aliman

Mungkin kerana dia fikir dia “hebat” kerana telah bekerja bersama Bank Negara selama 18 tahun dan kini menjawat jawatan CEO sebuah syarikat kewangan di Bangladesh, Dr. Rosli Yaakop fikir dia boleh tipu serta menakut-nakutkan para peneroka dengan ramalan karut-marut?

Baru-baru ini Penasihat Ekonomi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, Dr. Rosli telah cuba membuat spekulasi tentang pergerakan saham FGVH yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun lalu.

Menurutnya, saham FGVH akan turun merudum jatuh bertingkat-tingkat ke bawah disebabkan pasaran minyak sawit yang kononnya tidak laku dan terlalu banyak stok. Padanya, itulah satu-satunya sebab saham FGVH turun tempohari…

MAZLAN ALIMAN TERPAKSA "KELDAIKAN KELDAI" UNTUK TIPU RAKYAT..!!!

mazlan bodohkan dr rosli

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) adalah sebuah persatuan atau NGO yang ditubuhkan oleh Mazlan Aliman yang juga seorang pemimpin PAS Johor semata-mata untuk memporak-perandakan Felda dan anak-anak syarikatnya.

Saya masih ingat dulu ketika di awal cadangan penyenaraian Felda di Bursa Malaysia melalui Felda Global Ventures Holdings (FGVH), Mazlan Alimanlah yang menjadi “tukang karut” cuba menggagalkan usaha murni Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu.

Kini, FGVH sudah tersenarai di Bursa Malaysia dan masyarakat Felda sama ada para peneroka, generasi kedua atau ketiga, sangat bangga dengan penyenaraian yang bersifat antarabangsa dan gah di mata dunia itu.

PEDASSS..!!! KETUA KUMPULAN ANTI-LYNAS DISURUH JADI GURU TIUSYEN JER...KAH! KAHH! KAHHH..!!! #SMSL

tbt

Agak payah untuk diterima akal bila kumpulan “Save Malaysia Stop Lynas” (SMSL) mendakwa kilang Lynas di Gebeng, Kuantan sangat merbahaya dan mampu mengancam kehidupan rakyat di sekitar kawasan tersebut.

Sudah berbuih-buih pelbagai pihak menerangkan kepada kumpulan “katak hijau muda” itu, namun mereka tetap degil enggan menerima kenyataan dan hakikat, termasuklah Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, yang semakin hari semakin “bebal”.

Sepatutnya, isu kilang Lynas sudah tidak timbul sama sekali memandangkan ia sudah pun disahkan selamat secara keseluruhannya oleh agensi Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Bila Kak Su Bersuara... Heh!