Sebenarnya saya tak
pernah dengar nama sebuah NGO yang bergelar “Save Malaysia Stop Lynas”
(SMSL) ini. Maklumlah, NGO tersebut terlalu kecil, kerdil dan difahamkan
kurang mendapat sambutan dari masyarakat di negara ini.
Setelah di“google” di dalam internet,
barulah saya dapat tahu bahawa NGO tersebut ditubuhkan semata-mata untuk
menghentikan operasi kilang Lynas di Gebeng, Kuantan. Begitu rupanya
tujuan NGO itu ditubuhkan…
Merisik lagi mengenai NGO ini, saya dapat
tahu bahawa SMSL juga ditubuhkan dalam bentuk “syarikat” di Suruhanjaya
Syarikat Malaysia. Entah apa yang mereka jual saya kurang pasti.
Mungkin mereka jual “temberang” kot..?
Merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang
mereka lakukan sebelum ini, saya menjangka bahawa SMSL mempunyai dana
yang sangat besar dan berkemungkinan mencecah jutaan ringgit. Mungkin
mereka “untung jual temberang” kot..?
Antara aktiviti yang pernah mereka
lakukan adalah seperti demonstrasi-demonstrasi, cetak puluhan ribu
baju-T, buat ratusan video dan hebahan yang berkonsepkan “anti-Lynas”.
Mungkin itulah semua “produk temberang” yang mereka jual di dalam
syarikat SMSL…
Biarpun mempunyai penyokong yang sedikit,
Pengerusi SMSL, Tan Bun Teet, mampu untuk membiayai anak-anak buahnya
untuk melakukan aktiviti melancong di Australia pada November lalu
sambil mencari “bahan-bahan temberang” mereka.
Bun Teet membawa seramai 19
“lembu-lembu”nya untuk bersiar-siar di Sydney dan Canberra, sambil
mempamerkan perangai buruk mereka “menglembukan diri” serta
menghuru-harakan Mesyuarat Agung Lynas di negara itu.
Mungkin mereka meniru perangai “boss”
mereka, Anwar Ibrahim, yang sememangnya gemar buat perkara tak senonoh
di luar negara dan menjejaskan imej Malaysia di mata dunia…
Persoalannya, BANYAK BETUL DUIT SMSL..!
Mana NGO itu dapatkan duit yang begitu banyak untuk menaja 19 orang
anggota mereka ke Australia? Australia bukannya negara yang bermata
wang rendah seperti Indonesia , Thailand atau Vietnam. AUD 1 bersamaan
dengan RM3.20! Mahal..!!!
Kalau Bun Teet kata semuanya ditaja oleh
tabung SMSL, siapa pula yang baik hati sangat memberikan dana yang
dianggarkan ratusan ribu ringgit untuk sesi makan angin di Australian
itu? Takkanlah 19 orang itu duduk dalam khemah, tak mandi dan bawa meggi
selama di sana?
Setibanya di Australia, takkanlah mereka
“menapak” jalan kaki ke Sydney dan Canberra? Pergi dan balik dari
Malaysia ke Australia ditaja oleh AirAsia, kah? MAS? JetStar atau
Singapore Airlines? Atau “Pakatan Haram Airlines” yang tanggung
semuanya?
Kalau Pakatan Haram yang tanggung
semuanya, tak payahlah cakap SMSL itu merupakan sebuah NGO yang
sepatutnya bebas dari sebarang sokongan politik. Kalau bebas, buatlah
cara bebas. Bukankah lebih baik gunakan nama “Sokong Pakatan Haram”
(SPH) sebagai nama NGO, kan senang?
Lagipun, takkanlah nak harapkan Bun Teet.
Dia hanyalah seorang bekas guru. Berapa sangatlah “pencen” yang dia
dapat Kerajaan Malaysia setiap bulan, kan? Dia guna duit “pencen” dari
Kerajaan BN untuk burukkan nama Kerajaan BN? Memang muka tak malu…
Saya dengar tak lama lagi SMSL akan
“terbang” ke Jerman pula. Kali ini siapa pula yang taja? “DAP Airlines”,
“PKR Airlines” atau “PAS Airlines”?
SMSL kini dalam usaha mengumpulkan derma
dari orang ramai untuk meneruskan kerja keji mereka. Tan Bun Teet
sanggup menghabiskan berpuluh ribu ringgit untuk ke Australia dan ke
Jerman, boleh lagi mintak derma?
Rasanya Kementerian Dalam Negeri (KDN)
dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) wajar menyiasat tentang kedudukan
kewangan SMSL dengan kadar segera. SMSL perlu buktikan “ketelusan” dan
“integriti” mereka kepada masyarakat Malaysia.
Saya percaya, ramai yang ingin tahu
siapakah “funder” terbesar kepada SMSL sehingga dapat hidup mewah dan
melancong ke luar negara walaupun baru berusia “setahun jagung”.
Agak-agaknya siapa yang taja SMSL? Takkan UMNO pulak kot..?