Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, December 4, 2013

Ustaz Kazim Tak Terima Jawatan MT UMNO, Puas Hati???

ust kazim

Saya yakin ramai penyokong-penyokong PAS menarik nafas lega. Puas hati? Puas setelah Ustaz Kazim Elias mengumumkan beliau menolak tawaran untuk dilantik menganggotai Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO? Ya. Memang Ustaz Kazim tolak jawatan politik tersebut…

Memang saya agak sedih dengan keputusan Ustaz Kazim. Namun saya yakin, ada hikmah di sebalik keputusan itu. Mungkin Ustaz Kazim punya alasan yang munasabah dan membuktikan beliau bukanlah “gila pangkat” sebagaimana yang dituduh segelintir puak sebelum ini.

Saya juga yakin bahawa beliau telah berbincang panjang lebar dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengenai keputusannya itu. Dan sudah tentu, Datuk Seri Najib faham, redha dan bersetuju dengan hikmah yang bakal tercetus di sebalik penolakan secara baik tersebut.


Pada saya, berjuang demi Islam, Bangsa Melayu dan Tanah Melayu tidak semestinya perlu berada di saf kepimpinan utama UMNO. Tidak berjawatan atau ahli biasa, malah bukan ahli UMNO sekalipun, seseorang itu boleh saja berjuang demi agama Allah, bangsa Melayu dan Tanah Melayu, bukan?

Apabila saya mendapat tahu tentang keputusan Ustaz Kazim tersebut, saya berfikir sejenak. Apakah yang maksud di sebalik penolakan tersebut?

Bagi mereka yang berfikir negatif, sudah tentu mereka akan menganggap bahawa keputusan Ustaz Kazim itu kononnya menandakan penolakan golongan ulama terhadap UMNO. Kononnya jika Ustaz Kazim menyertai UMNO maka beliau akan kehilangan hak bersuara, menegur atau memperkatakan tentang sesuatu yang hak dan batil mengenai Islam.

Saya tertanya-tanya, apakah pula reaksi puak-puak PAS yang selama ini menghentam Ustaz Kazim? Mungkinkah mereka akan tetap mengutuk beliau sebagai “ulama yang telah dibeli UMNO”? Apakah mereka akan memuji Ustaz Kazim kerana menolak lantikan MT itu? Atau mereka hanya buat bodoh saja?

Tapi, takkanlah mereka nak buat bodoh saja? Puak-puak itu memang terkenal suka mempolitikkan sebarang perkara yang berlaku. Kalau cerita paip pecah pun mereka politikkan, apatah lagi isu Ustaz Kazim ini, bukan? Mungkin mereka akan “spin” dan cuba mencetus pelbagai spekulasi yang berbaur fitnah.

Dalam menghela nafas yan dalam, saya hormati keputusan Ustaz Kazim itu. Beliau menolak jawatan MT, tidak semestinya beliau menolak UMNO. Kalau difikirkan dari sudut politik Ustaz Kazim, PAS lebih teruk terpukul apabila Ustaz Kazim secara rasmi mengumumkan keluar dari parti “topeng Islam” tersebut, bukan? Tapi tak tahulah kalau PAS tak reti rasa malu atau terpukul dengan tindakan Ustaz Kazim itu…

Setelah Ustaz Kazim keluar dari PAS, setahu saya beliau belum pun mengisytiharkan diri menyertai atau menyerahkan borang menjadi ahli UMNO. Mungkin kerana isu teknikal itu menyebabkan beliau rasa tidak layak untuk dilantik sebagai MT. Nanti apa pula kata pemimpin UMNO lain yang tidak terpilih, bukan? Mungkin akan timbul fitnah pula jika beliau menerima jawatan tersebut…

Bukan apa. Belum pun beliau menerima jawatan MT UMNO, sudah kecoh beliau difitnah, dimaki hamun dan dicaci puak PAS serta segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab. Apatah lagi jika beliau menerima jawatan itu, bukan? Mungkin untuk menolak fitnah, ada baiknya beliau mengambil iktibar dari ulama terkenal, Syed Qutb, untuk menolak jawatan tersebut.

Namun apa yang saya nampak, puak-puak PAS yang sebelum ini mengutuk, memfitnah dan pernah mengugut Ustaz Kazim untuk disimbah dengan cuka getah adalah golongan yang paling rugi.

Bukan apa, percuma saja mereka dapat dosa besar apabila menabur fitnah terhadap Ustaz Kazim yang kononnya mendapat “habuan besar” dari pihak UMNO. Kononnya Ustaz Kazim “gila projek” dan “masyuk”? Sedangkan tiada pun berlaku apa yang mereka sangkakan. Malah bukti pun tidak ada.

Rasanya puak-puak PAS itu tahu bahawa Allah SWT dan Rasulullah SAW pernah memberitahu di dalam Al-Quran dan hadis bahawa dosa memfitnah itu lebih teruk berbanding dosa membunuh, bukan? Tapi ada mereka sedar, ingat serta mengamalkan firman dan sabda tersebut?

Saya memandang poisitif keputusan Ustaz Kazim tersebut. Ia mungkin merupakan keputusan terbaik buat diri Ustaz Kazim, keluarganya dan UMNO. Sebabnya? Sebab Ustaz Kazim lebih rela keluar dari PAS dan mendekatkan diri dengan saf kepimpinan UMNO yang lebih menghargai ulama Islam sebenar sepertinya.

Pada saya, sikap UMNO yang lebih mesra, menerima baik dan begitu menghargai golongan ulama itu sudah cukup memadai bagi golongan ilmuan Islam seperti Ustaz Kazim. Golongan ulama bukannya gilakan pangkat, darjat, kuasa atau harta. Namun pada mereka, dakwah, pahala dan penghargaan pada kewujudan mereka dalam perjuangan Islam sudah cukup untuk membuat mereka.

Paling utama, golongan ulama seperti Ustaz Kazim dilihat lebih “cerdik”, “bijak” dan “panjang akal” sekiranya mereka mahu menegur kerajaan berbanding PAS. Mereka bijak mengatur langkah dan “ayat” untuk berdakwah secara berhikmah yang membuatkan UMNO lebih tertarik mendengar suara mereka berbanding PAS.

Kenapa UMNO lebih tertarik pada golongan ulama Islam seperti Ustaz Kazim berbanding PAS? Sebab suara PAS adalah suara politik dan suar ulama pula adalah suara Islam sebenar. Besar bezanya, bukan? Lagipun, ulama Islam menegur UMNO dengan cara Islam (berhemah dan bijaksana), tapi PAS marahkan UMNO kerana kuasa, politik dan nafsu mahu bermusuh serta memecah belahkan ummah.

Mungkin kerana “dosa” itulah maka PAS sehingga kini masih belum lagi diredhai Allah untuk memerintah negara ini meskipun sudah berpolitik sejak sekian lama. Dan mungkin kerana “dosa” itulah juga PAS diperkuda dan diperkotak-katik sewenang-wenangnya bila berpakat dengan “syaitan Yahudi Israel” dan “syaitan kafirun” yang jelas memusuhi semangat ruh Islam di negara kita.

Sekarang kita nantikan pula respon dari puak-puak PAS yang selama ini mengutuk Ustaz Kazim. Apakah mereka akan terus berdosa pada Ustaz Kazim? Atau mereka memilih untuk meminta maaf seorang demi seorang pada Ustaz Kazim dan memilih untuk kembali mengamalkan akhlak mahmudah yang diajar Rasulullah SAW? Sama-sama kita nantikan… Wallahu’alam.

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!