Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, December 2, 2013

Tu diaa..! Kementerian yang susahkan guru-guru kita?

Astaghfirullahil'azim... sampai 59 tugas yang perlu dilaksanakan sepanjang tahun? Kenapa tak cukupkan saja sampai 60 tugasan? Bagi cikgu-cikgu kita tu "koma" terus kat sekolah...kan senang? Nasib baik la saya buka seorang guru...

Siapa kata kerja cikgu tu senang? Ingat kerja cikgu tu mengajar anak-anak kita, periksa buku sekolah dan organize sukan saja ke? Ingat kalau sekolah cuti maka cikgu-cikgu tu semua cuti sama ke? Pergi pagi balik tengahari? Siapa cakappp???

Kalau tuan puan semua nak tahu... kat bawah ni ada list tugasan cikgu-cikgu kita. Dalam bahasa lain, "job description". Kebanyakkannya semua guna sistem online. Kononnya "online" sebab nak mudahkan guru, tapi sebenarnya lebih menyusahkan...

Contohnya SPPBS. Cikgu perlu update dalam sistem tu pasai maklumat pelajar-pelajar depa. Masalahnya, sistem tu punyalah lembab! Bukan masalah line 512kbps, 1meg atau 4meg. Pakai unifi 20meg sekali pun, sistem tu memang lembab...

Nak tunggu loading pun satu hal, nak update satu-satu data tu makan masa berjam-jam. Mungkin disebabkan uploading data yang buat server tu congested. Maklum la.. kadang-kadang berpuluh-puluh cikgu update data kat sistem tu dalam masa yang sama...

Ada pulak cikgu-cikgu kita yang cuba update data kat sistem tu pukul 2 pagi - 3 pagi. Kononnya nak elak "kesesakan" server SPPBS tu. Tapi sama jugak hasilnya... bank data kat server tu kecik sangat ke kapasitinya?

Saya tertanya-tanya, sapa yang buat sistem tu? Konsultan mana? Berapa juta duit depa charge Kementerian? Awat yang sistem tu teruk sangat? Perkara tu patutnya memudahkan, tapi sekarang ni dah jadi menyusahkan guru-guru kita pulakkkk...???

Tu baru 1 contoh sistem online. Belum lagi kerja-kerja yang melibatkan tulis tangan, kerja luar bilik darjah, kerja kat luar sekolah dan kerja-kerja yang lain. Patut pun profesyen guru ni diiktiraf sebagai kedua paling beri tekanan dalam dunia...!

Aku simpati kat cikgu-cikgu kita. Pada aku, sistem pendidikan yang kononnya "perfect" tu perlu dikaji dari sudut perlaksaan dan practical... Menteri dah buat dasar yang memudahkan. Tapi nampaknya pihak pengurusan/pentadbiran yang nampak kurang cekap melaksanakan...

Cuba tengok senarai kerja yang perlu dilaksanakan cikgu-cikgu kita di sekolah kat bawah ni. Senang jad guru? Siapa kata? Try la jadi cikgu... baru tau betapa susahnya jadi guru. So, nak salahkan cikgu-cikgu kita lagi? 

1- E-Operasi
1- E-Pangkat
3- E-Prestasi
4- HRMIS
5- SPLG
6- E-Tukar
7- E-Profil
8- SPPBS
9- Psikometrik
10-E-SPTS
11-APDM
12-SPS
13-SAPS
14-SARANA IBU BAPA
15-Guru Penyayang
16-Mentor Mentee
17-Minda Sihat
18-L4
19-Konsep Kendiri
20-DWEN
21-VLEFrog
22-E-Nilam
23-Zoom A
24-EMIS
25-SSDM
26-SSQS
27-E-Kehadiran
28-IQ PSS
29-PROTIM
30-1MURID1SUKAN
31-Myspata
32-E mateks for spbt
33-E bulk for spbt
34-SISTEM SKPK PRASEKOLAH
35-Penandaan buku latihan
36-Gubal soalan ujian
37-Penghasilan abm
38-Persediaan Buku Rekod Mengajar
39-Penetapan KPI setiap subjek
40-Aktiviti Persatuan
41-Aktiviti Sukan
42-Aktiviti Koakademik
43-Kajian Tindakan
44-Keceriaan Kelas
45-Kemaskini fail kokurikulum
46-Kem motivasi
47-Program susu sekolah
48-Program Pemulihan Pengayaan
49-PAFA
50-Pelaporan Guru Bertugas Harian
51-Program Sekolah Selamat
52-Pelaporan Kantin
53-Program Akses Kendiri
54-Program Pecutan UPSR/PMR/SPM
55-Projek Hikmah
56-Kelas Tambahan Cuti Sekolah
57-Galeria Sekolah
58-Pengurusan Stok dan Rekod
59-Pengurusan Panitia

21 comments:

Anonymous said...

Boleh saya tahu..yang 59 tugas tu..kena buat setiap hari ke atau ada yang setahun sekali je ke....pasal ader juga saya tengok cikgu2 yang busy buat benda lain daripada benda2 skolah tapi pada masa yang sama duk bising kata kerja sebuk dan mintak naik gaji je

Anonymous said...

Salam bro ..dah byk bc benda nie tp apa tindakan.... ramai guru menyampah pasal benda nie ler... kalu saudara ada kabel apa citer bawa kepada pihak TPM terus..

Anonymous said...

KERJA GURU MENGAJAR TAPI KERANA TAMAKAN KUASA KERJA2 PENGURUSAN PUN NAK BUAT SEBAB TAK NAK BAGI PTD MASUK JABATAN PENDIDIKAN. DALAM PENGURUSAN BANYAK MAIN POLITIK DALAMAN. LEPAS TU ASYIK KATA KERJA BANYAK. DAH TU MINTA MACAM2 DAN DAPAT. KEMENTERIAN TAK SUSAHKAN GURU TAPI GURU YANG SUSAHKAN DIRI SENDIRI. SAYA TAU SEBAB SAYA PERNAH KERJA DI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI.

Anonymous said...

bagi saya, ttg tugasan2 online ni... sekali dua buat masih tak siap2 disebabkan mslh line internet..saya tinggalkan terus tugasan tu... kalo GB atau PPD marah, saya suruh depa pulak cuba buat tugasan tu...

Anonymous said...

Yg pertamanya kena faham bhw kesemua tugas itu tidak dipikul oleh semua guru yg berada di sekolah. Tugas itu akan dibahagi-bahagikan kpd semua guru di sekolah.

Jika ramai guru disekolah itu, maka bertambah ringanlah tugasnya krn portfolio yg dipegang akan berkurangan.

Jika jumlah guru sedikit, maka portfolio yg terpaksa dibahagikan kpd seorg guru akan bertambah, TETAPI biasanya sekolah yg bilangan gurunya sedikit mempunyai jumlah murid yg sedikit juga. Jadi data yg mahu diproses tidak sebanyak sekolah yg mempunyai bilangan guru dan murid yg ramai.

Jadinya masalah bebanan tugas guru itu adalah adil bg sekolah yg mempunyai guru yg ramai dan sekolah yg mempunyai bilangan guru yg sedikit.

Masalah utama disekolah ialah data yg mahu diminta oleh pihak atasan biasanya dlm keadaan urgent. Surat sampai hari ini, datelinenya dlm masa seminggu. Sistem dlm talian juga byk memberikan masalah kpd guru. Mungkin bilagan pengguna yg tinggi dlm satu masa yg serentak menyebabkan gangguan pd sistem dlm talian ini. Puncanya apa? Tentu sekali berpunca drpd data yg mahu dikumpulkan dlm masa yg singkat.

Apa pun sy bersetuju list yg admin berikan itu sebenarnya mengganggu core bisness guru iaitu P&P dlm kelas.

anti-BodohSombong said...

Tak ada orang ke dalam MoE yang ada teloq nak habaq masalah cikgu-cikgi kita ni pada Ah Din Gor?????

Anonymous said...

GURU MERUNGUT TENTANG KERJA BANYAK SEBENARNYA GURULAH YANG TAMAK KUASA DAN KEDUDUKAN. BILA KERJA2 PENGURUSAN NAK DIBUAT KERANA TAK NAK BAGI PTD URUS. MEREKA YANG DUDUK KAT JPN SEMUA ADA KELOMPOK MASING2, POLITIK DALAMAN YANG KOTOR, CANTAS MINTA MACAM2 LEBIH DPD PENJAWATA WAM LAIN DAN DAPAT, ANAK EMAS. MENCANTAS. SAYA BEKAS STAF JPN SEBAB TU SAYA TAU.

Anonymous said...

cikgu2 pun masih d zalimi dan di aniaya. kenapa. ?? kami guru2 siswazah di sek rendah di larang dan dinafikan hak utk mohon jawatan PK dan GB. Apa la nak jadi dgn KPM. Kami boleh naik sampai gred DG52 tp hanya memangku. Bukan hakiki. knp. sebab kami tak dibenar pegang jawatan pentadbir sek. kejam kejam . Tak pecaya???tanya KPM.guru diploma sj bolej jd GB. Apala punya sistem.

Cikgu Memandu said...

Maaf,
ini amat mengelirukan, sebenarnya bukan semua guru terlibat dalam senarai 59 kerja yang dinyatakan.
Kerjaya Guru adalah mulia, jangan buat provokasi tidak baik terhadap kerjaya ini.

Anonymous said...

SATU LAGI PROGRAM LINUS 2.0

Anonymous said...

satu lagi program linus 2.0

Anonymous said...

Untuk makluman admin.. KPm bukan sahaja menyusahkan guru2 tetapi juga staf sokongan khusunay Pembantu Tadbir yang sekian lama skim perhidmatannya tidak beruban (lebih 30 tahun.
Pelbagai usah dibuat samada menerusi KPM sendiri, suruhanjay Perkhidmatan Pendidikan(SPP- yg hanya pentingkan guru)yang terbaru Cuepacs tetapi ditolak mentah2 oleh JPA.
apa yg dikesalkan ialah kami masih di takuk lama sedangkan staf yang seangkatan kami sudah lama melonjak ke skim lain.. dan dikabarkan nanri dalam perubahan 81 skim yang diumukanj daam bajet 2014, kami terpinggir lagi.

sudahlah di sekolah kami dilambakkan dgn pelbagai kerja yg tidak pernah selesai. Ada yg sepatutnya diuruskan oleh guru tetapi dipaksa kami menyiapkannya.

Seolah kami nii hanya sebagai buruh untuk menjayakan pendidikan negara dan yg meneriam habuannya ialah guru..

mohon pertolongan blogger utk bantu menyelesaikan maslaah kami ini... kami sudah puas berushaa termasu kdnegan
Cuepacs tetapi halangan utama pula JPA. sebab tidak banyak memberikan keuntungan kepada mereka.

malik selamat said...

Bukan seorang guru yang buat semua ini. Nak makan gaji buta ke?

Anonymous said...

agak-agak tak boleh ...berhenti jadi cekgu ...meh jadi peniaga makan, peniaga pasar malam, atau petani...kerja ni tak stress. Bagi lah budak-budak muda buat kerja pulak. Tak pa pun kalau pencen awal kan.

Anonymous said...

SETIAP KALI BERTUKAR MENTERI PENDIDIKAN,
MAKA BEBERAPA TUGAS BARU PASTI AKAN DITAMBAH.
ORANG KATA, SETIAP KALI AIR PASANG, MAKA SETIAP KALILAH PASIR BERUBAH.

SEPATUTNYA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA DAN PENGARAH-PENGARAH DI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MENGAJUKAN IDEA-IDEA UNTUK MENAMBAH PEMBAIKAN, BUKAN UNTUK MENAMBAH BEBAN GURU, AL-MAKLUM LAA.. MEREKA TIDAK PERLU MENGAJAR DAN TIDAK PAYAH BUAT KERJA-KERJA DISEKOLAH.
KESIAN CIKGU..
KESIAN MURID-MURID SEKOLAH..

Hendak kata bodoh,
merekakan orang kementerian,
mereka juga pengarah di JPN dan pegawai di PPD.
Senang cakap jenis "Yes Tuan", orang lain pula yang kena buat kerja untuk mereka.
Biarlah anak-anak pelajar lemah dalam pembelajaran kerana guru-guru di sekolah sudah jadi kerani kepada Kementerian Pendidikan,
Kerani kepada Pejabat Pendidikan Negeri dan Daerah.

Maka tugas mengajar sebagai seorang guru, sudah diCINCAIkan. Yang merana ialah anak-anak pelajar yang dahagakan ilmu pengetahuan.

Sedarlah wahai ORANG-ORANG (boneka) atasan, Janganlah pandai buat dasar SAHAJA, cuba renung mereka yang dibawah terutama cikgu, murid dan waris pelajar, adakah mereka mampu laksanakan tugas yang bertambun-tambun dan menghadam segala maklumat yang telah dimuntahkan.

Selain itu, hampir kesemua kementerian di Malaysia melonggokkan masalah mereka di sekolah seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pertahanan, Kementerian itu dan kementerian ini..

Ini belum diambil kira kerenah PIBG sekolah lagi... kerenah toko-toko buku dan alat tulis.. kerenah peminta sedekah.... kerenah waris yang menyerang guru... kerenah anak-anak pelajar yang malas belajar....

Kesian sungguhhh .. OOooh GURU,
Kamu didera hasil kerakusan orang-orang (boneka) atasan yang GILAkan NAMA.
Kesian juga murid-murid sekolah yang dahagakan ilmu pengetahuan kerana cikgu-cikgu mereka sudah bertukar menjadi KERAni yang lebih diutamakan, berbanding yang ke-10 baru mengajar anak-anak murid.

AKU PUN TUMPANG SIMPATI KEPADA GURU-GURU DI MALAYSIA.
YANG MENYEDIHKAN, ANAK-ANAK KINI MALAS BELAJAR KERANA SISTEM PBS YANG TIDAK MENGGALAKKAN MURID-MURID MENGULANGKAJI PELAJARAN DI RUMAH, KADANG-KADANG SOALAN SENANG, MEREKA TIDAK BOLEH JAWAB.

KESIAN GENERASI AKAN DATANG TIDAK MAMPU MENGASAH MINDA MEREKA DENGAN SEPATUTNYA. SEMUA EVIDEN DISERTAKAN JAWAPAN OLEH GURU (kekangan masa kerana guru sibuk buat tugasan kerani) ATAU MURID-MURID DIGALAKKAN MENIRU JAWAPAN KAWAN-KAWAN... ini pengalaman anak-anak jiran saya...
he.. he.. jangan marah ya.. orang ATASAN.

Anonymous said...

59 tugasan tu kira tak banyak le....patut genapkan seratus....kalau tgk kat fb, ramai cikgu meniaga online, ambik tempahan buat kek, meniaga tudung mcm2 lg....maknanya masih byk masa terluang tu.....baca komen aku ni, ramai le cikgu yg mengamuk...hee..hee...

Anonymous said...

Weii Cikgu bodoh kalau nk mengeluh henti kerja pegi jadi buruh binaan lah. Dh dpt keje bergaji tu bersyukurlah. Pekerjaan lain lg berat dlm Kerajaan. Ingt anggota Polis dgn tentera tu boleh balik umah tiap mlm pelok laki/bini mcm Cikgu ke? Kurang2 cikgu boleh balik umah, tidoe nyenyak, main dgn anak2..

Senarai aktiviti tambahan itu ikut sekolah dan itu gabungan semua sekolah2. Tk semua sekolah ada aktiviti mcm tu. Ini bibit pencacai Pembangkang yg serba tk puas hati disuntik pd cikgu2 Krjn yg semakin bodoh dan suka main Fb dan baca blog sbb tu jiwa tk kental dan suka komplen.

Ini juga hasil dr pda hasil krjn ambil byk sgt guru2 pmpuan.. cerewet mulut banyak.. keje tak banyak tp mengeluh lebih dr keja.. belum dikira lg Cg2 yg main bisnes mcm2..

Aku benci lihat gelagak cikgu skrg.. dgn keta besar2 mewah.. rumah mcm nk banglo.. lupa hasil duit gaji tu takkan nk just goyang kaki mcm bapak korang tu jutawan??

Cikgu ngok bebal yg tulis posting atas tu elok di kuarantikan dan di panggil KPM.. beri kata dua.. dia nk keja sbg cikgu atau just resign..beribu lg insan2 yg tertekan keja dlm INDUSTRI/KEJURUTERAAN/KILANG yg tertekan dgn keje siang mlm mcm nak mampos.. gaji ikut performance.. tp cikgu2 kalau tk buat keje sgt pun GAJI ribu2 jugak masuk.

Mintak KPM jgn beri muka pd Cikgu2 skrg yg LEMAK mengalahkan LEMAK di bawha kulit LEMBU KERBAU!!

Anonymous said...

Banyak lg tu tuan.
yang istimewanya gur2 mengajar Math an sains, x bunyi inggeris pu dapat elaun.
Guru2 lain habuk pun tarak.
penolong kanan terutama SK elaun di takuk tu saja.
Bila babi2 mentadbir di KPM inilah jadinya.
Bila datang pelawat gaya macam taik babi.Ituini2.mcm robot guru2 kita.
guru2 pun satu hal,banyak yang ambil ijazah tapi mengajar mcm lahabau.
payah kalau buat ijazah tiruan ni.

Pakcu Rantau Panjang. said...

Pakcu pun adalah kerja cikgu sikit-sikit sebelum "pencen". Memang pun kerja cikgu hari ini tak sama dengan zaman*80an dan 90an*

Diujung usia Pakcu ada tempias zaman ICT dan online ni. Pada awalnya ingat memudahkan kerja rupanya ala penkeranian ni banyak membebankan guru apa lagi zaman "PBS" yang memerlukan semakan dan laporan . Kalu lagu ni lah kerja pelaporan rasanya perlu disemak semula tugasan cikgu agar jangan terlalu "stress" dan menekan kerana nanti pendek umur cikgu-cikgu kita tuuuu......walahualam.

banggoi petai said...

Apa susah. . Buat jaa setakat yg mampu. .Tak buat pun bukan kena hukum gantung @ penjara. .. Yg penting cukup bulan gaji masyukkk....bodooo jaaa bising bising kat blog ni. ..Yg jadi bodoo pun bukan anak sendiri. .. Ada aku kisah? ??? """"" Cikgu makan tidoooo"""""

Anonymous said...

Hanya cikgu sahaja yang memahami tugas2 seorang guru.....

Bila Kak Su Bersuara... Heh!