Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, December 9, 2013

Tu dia..! Wujud "geng pengacau bersiri" PRK..?

undi hantu

Baru-baru ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selesai mengadakan “post mortem” pilihan raya kecil (PRK) DUN Sungai Limau yang berlangsung baru-baru ini. Maaflah saya katakan, saya tidak berada di tanahair ketika itu ekoran dijemput Allah ke rumahNya bagi menunaikan ibadah haji di Makkah Al-Mukarramah.

Namun bila terbaca tentang hasil post mortem SPR itu, saya agak terkejut bila didedahkan tentang wujudnya sekumpulan penyokong parti yang dikatakan sememangnya dilatih untuk melakukan kekacauan pada setiap pilihan raya kecil. Macam itu pun ada?

Menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff, kumpulan pengacau itu dikenal pasti bergerak dari satu PRK ke PRK yang seterusnya dengan modus operandi yang sama. Misalnya, orang yang membuat kacau di PRK Kuala Besut merupakan muka yang sama melakukan kerja keji tersebut di PRK Sungai Limau.


Menariknya, beliau mengatakan bahawa kumpulan itu cuba mengacau perjalanan PRK dengan cuba mencetus persepsi seolah-olah SPR tidak bersih dalam menguruskan pilihanraya berkenaan. Malah katanya, ada pula NGO yang bertindak luar bidang kuasa dengan menahan mana-mana kenderaan yang membawa orang tempatan yang mirip warga asing.

Paling teruk menurut beliau, PRK di Sungai Limau tempohari tercemar ekoran insiden seorang Pemuda PAS yang menumbuk seorang anggota Wanita UMNO sehingga menyebabkan kecederaan. Malu betullah bila lelaki pukul perempuan apatah lagi hanya kerana politik, itu dayus namanya…

pix_gal0

Dalam kenyataan Pengerusi SPR itu, beliau tidak menyatakan kumpulan pengacau itu dari parti mana. Namun dari ciri-ciri yang diceritakan cuba memburuk-burukkan imej SPR maka saya dengan mudah menyimpulkan bahawa mereka adalah dari pihak Pakatan Haram. Tak tahulah dari PAS, PKR atau DAP. Mungkin kesemuanya terlibat?

Persoalannya, itukah PRK yang disifatkan ADUN Sungai Limau, Mohd Azam Samat, sebagai “aman dan damai”? Sampai begitu terdesak sekali puak Pakatan Haram mahukan kemenangan sehingga mewujudkan sekumpulan pengacau untuk melakukan kekecohan secara terancang? Tentu lumayan bayaran yang diberikan pada kumpulan itu. Bukan mudah untuk mengambil risiko jadi “gangster”, bukan?

Saya harap pihak SPR boleh memberikan gambar, visual atau apa saja bahan yang melibatkan muka-muka samseng PRK itu kepada pihak polis. Saya kira, dengan Menteri KDN yang baru, muka-muka pencetus kekecohan itu dapat diambil tindakan sewajarnya supaya insiden yang sama tidak lagi berulang pada masa yang akan datang.

Mengenai NGO-NGO yang berlagak lebih dari pegawai imigresen dan PDRM itu, saya menyarankan agar pihak SPR melaporkan hal berkenaan pada pihak polis atau ROS. Jika NGO berkenaan tidak berdaftar dan berstatus haram, tahan saja mereka di bawah akta yang ada. Kalau NGO itu berdaftar pula, gantung saja pendaftaran mereka.

Bukan apa. Sejak di zaman Pak Lah, banyak sangat NGO yang muncul. Ada yang berdaftar dan ada pula yang haram. Makin banyak NGO yang ditubuhkan, makin huru-hara pula keadaannya. Bukannya mereka membantu dan bawa keamanan pun. Mungkin puak pembangkang sekarang fikir kita tidak tahu “modus operandi” mereka yang berselindung di sebalik NGO.

Walau tak semua NGO yang buat kacau, “tahi” yang dibawa NGO pengacau keamanan itu terpalit pada NGO lain. Buat malu nama NGO saja…

saman

Dari post-moterm SPR tersebut, saya menyarankan agar pihak berkuasa mengambil tindakan pro-aktif dengan membuat persediaan yang lebih rapi pada masa akan datang. Kalau datang saja kumpulan pengacau itu, terus tahan sumbat saja dalam lokap. Saya yakin penduduk tempatan pun tak suka pengacau datang buat kacau di tempat mereka.

Kalau NGO-NGO datang menyebok dan bertindak luar bidang kuasa, usir saja mereka dari masuk ke kawasan PRK. Contohi cara pihak berkuasa negeri Sarawak yang melarang “individu pengacau” masuk ke negeri itu pada pilihanraya negeri itu. Cara tersebut sedikit sebanyak memang membantu mengurangkan kekacauan di kawasan pilihanraya…

Kita sebagai rakyat pula, kalau ada ternampak atau melihat kelibat pengacau-pengacau tersebut, lapor saja pada pihak polis. Kalau ada laporan polis, barulah pihak berkuasa boleh mengambil tindakan sewajarnya, bukan? Bukan apa, tuan puan sukakah kalau pengacau-pengacau itu buat kacau di kampung atau kawasan tuan puan? Wallahu’alam.

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!