Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, December 20, 2013

Surat terbuka Rosmah Mansor - Part VI - First Lady...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. Gejalanya amat menakutkan, lagi merosakkan.

Pembaca yang amat dikasihi;
 
Tibalah masanya saya sebagai seorang insan, dengan rendah hati ingin menjawab segala fitnah dan tohmahan yang telah dihamburkan kepada saya selama ini. Adalah wajar untuk saya membersihkan nama saya, maruah suami tercinta dan seterusnya kepimpinan negara agar fitnah ini tidak terus terpalit hingga menyebabkan saudara saudari tersalah anggap.
 
Alhamdulillah, anak-anak boleh terima walaupun ada ketikanya mereka sedih dengan fitnah yang keterlaluan.  Anak-anak saya cuba melihat kebaikan dan kemurniaan majoriti masyarakat, bukan minoriti yang sentiasa ada tanggapan negatif.
 
Apabila saya bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara dan bersoal-jawab tentang fitnah-fitnah tersebut, mereka boleh menerima penjelasan daripada saya. Penjelasan secara 'face to face' itu sangat berkesan. Cuma, mereka hairan, terkejut dan bertanya mengapa tidak ada orang jawab bagi pihak saya. Saya mana ada pegawai, saya isteri Perdana Menteri bukan Perdana Menteri.

Justeru, saya akan memberikan sendiri jawapan setiap persoalan yang timbul supaya masyarakat dapat menilai kebenarannya.  Sikap mendiamkan diri dalam hal ini umpama 'membunuh diri sendiri'.
 
 
Keenam: Isu 'First Lady'
 
Bagi saya gelaran First Lady tidak menimbulkan sebarang masalah.  Misalnya dalam penganjuran Sidang Kemuncak Wanita Pertama, peserta yang dijemput adalah isteri-isteri kepada Presiden, Perdana Menteri atau apa saja gelaran yang diberi kepada pemimpin tertinggi (yang menguruskan pentadbiran negara).
 
Mereka adalah First Lady atau Wanita Pertama dalam konteks suami yang diberi tanggungjawab serta dipilih rakyat untuk mentadbir Negara.  Saya tidak fikir ia sesuatu yang perlu dipertikaikan.

Kita di Malaysia ada institusi Diraja sebagai ketua negara iaitu yang di-Pertuan Agong manakala ketua kerajaan ialah Perdana Menteri. Mirip British yang mana Queen adalah ketua negara manakala Perdana Menteri adalah ketua kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya.
 
Bagi sesetengah negara seperti Amerika dan Perancis, ketua kerajaan dan negara adalah Presiden, maka isteri Presiden adalah Wanita Pertama.
 
Sekiranya kita menggelar Permaisuri Agong sebagai First Lady atau Wanita Pertama bererti kita telah 'downgrade' status baginda. Kedudukan baginda permaisuri adalah yang kedua selepas Yang Dipertuan Agong. Ini satu kedudukan khas yang diiktiraf dalam perlembagaan kita.

Saya rasa dalam soal ini ramai yang faham. Cuma mungkin ada sesetengah yang sengaja mempertikaikan dan cuba menjadikan ia sebagai isu.

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!