Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, December 20, 2013

Surat terbuka Rosmah Mansor - Akhir - Rosmah PM ke-6?


 


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. Gejalanya amat menakutkan, lagi merosakkan.


Pembaca yang amat dikasihi;
 
Tibalah masanya saya sebagai seorang insan, dengan rendah hati ingin menjawab segala fitnah dan tohmahan yang telah dihamburkan kepada saya selama ini. Adalah wajar untuk saya membersihkan nama saya, maruah suami tercinta dan seterusnya kepimpinan negara agar fitnah ini tidak terus terpalit hingga menyebabkan saudara saudari tersalah anggap.
 
Alhamdulillah, anak-anak boleh terima walaupun ada ketikanya mereka sedih dengan fitnah yang keterlaluan.  Anak-anak saya cuba melihat kebaikan dan kemurniaan majoriti masyarakat, bukan minoriti yang sentiasa ada tanggapan negatif.
 
Apabila saya bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara dan bersoal-jawab tentang fitnah-fitnah tersebut, mereka boleh menerima penjelasan daripada saya. Penjelasan secara 'face to face' itu sangat berkesan. Cuma, mereka hairan, terkejut dan bertanya mengapa tidak ada orang jawab bagi pihak saya. Saya mana ada pegawai, saya isteri Perdana Menteri bukan Perdana Menteri.

Justeru, saya akan memberikan sendiri jawapan setiap persoalan yang timbul supaya masyarakat dapat menilai kebenarannya.  Sikap mendiamkan diri dalam hal ini umpama 'membunuh diri sendiri'.
 
Ketujuh: Isu menjadi Perdana Menteri Keenam
 
Mana mungkin? Saya hanya mahu menjadi isteri kepada Najib Tun Razak.  Kalau dia orang biasa pun, saya akan bersama dia.  Kalau dia jadi Perdana Menteri itu adalah tanggungjawab dan rezeki yang telah tertulis di Loh Mahfuz.  Saya tetap akan berada di sisi dia selagi Allah memanjangkan jodoh antara kami.

Saya rasa pandangan salah ini muncul disebabkan serangan politik. Sudah pasti mereka mempunyai agenda politik tersendiri. Oleh kerana saya paling dekat kepada Datuk Seri Najib, maka saya menjadi sasaran.  Oleh kerana saya sentiasa bersama Datuk Seri Najib di mana saja, maka saya dianggap sebagai orang yang menentukan semua polisi negara sama seperti kuasa Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib kata, sebenarnya mereka itu mahu mengenakan beliau tetapi sasaran yang paling tepat adalah mengenakan saya dulu. Mereka tak dapat suami, mereka pergi kepada isteri sebab saya tak boleh nak mempertahankan diri.
 
Orang yang memfitnah saya dan Datuk Seri Najib ada agenda. Mereka mahu tempat Datuk Seri Najib. Bagi saya senang, tak salah setiap orang ada cita-cita. Tapi, caranya kena betul. Jangan sampai menganiaya dan memfitnah orang. Itu salah dan tidak ada etika. Agama juga membenci perbuatan itu.
 
Pembaca yang amat dikasihi;

Saya tidak pandai menyusun ayat indah untuk menjawab semua fitnah ini. Apa yang lahir, adalah terlintas dari rasa sanubari seorang insan yang dianiaya oleh pihak tertentu.
 
Saya serahkan kepada Allah. Kalau mereka insaf, syukur Alhamdulillah. Saya sentiasa memaafkan. Tak apalah mereka memfitnah saya, Tuhan akan beri yang baik kepada saya.  Ingat zaman nabi dulu, bila orang kutuk baginda, baginda beri pisang kepada orang itu.
 
Semoga Allah memberkati para pembaca semua.
 
Sekian daripada saya,
 
Rosmah Mansor
 

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!