Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, December 30, 2013

Saya Setuju Dengan Nik Aziz, Tapi....

skf7759

Saya benar-benar teruja dengan kenyataan terbaru bekas MB Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang menegaskan bahawa “Islam membenarkan rakyat menegur kerajaan”. Memang benar dan saya sangat setuju dengan kenyataan tersebut. Kerajaan bukannya “maqsum” seperti Nik Aziz, bukan?
Dalam kenyataan Nik Aziz itu, dia memberitahu wartawan Harakahdaily…
“Boleh dibuat, hendak berhimpun ke.. hendak berdoa ke.. atau naik sepanduk pun boleh. Negara demokrasi Islam membenarkan rakyat tegur kerajaan..”.
Memang boleh buat berhimpun. Tapi negara kita punya undang-undang dan perlu pohon permit terlebih dahulu untuk berhimpun. Kalau diluluskan, barulah boleh berhimpun. Tak tahu pula jika Nik Aziz tidak hormat pada “undang-undang himpunan” yang dipersetujui bersama sebelum ini, kan? Kenapa Nik Aziz tak jelaskan perkara ini?

Nak naik sepanduk pun boleh. Asalkan, sepanduk itu tidak berunsur hasutan, fitnah, kata-kata bohong, tidak benar, manipulasi jahat dan sebarang bentuk tulisan negatif yang penuh provokatif. Saya yakin, Islam juga melarang sepanduk seumpama itu, bukan? Kenapa Nik Aziz tak keluarkan garis panduan sepanduk sekali dalam kenyataannya?

Kata Nik Aziz lagi…

“Tidak boleh kita membisu, hak kita menegur. Hak orang besar mesti dengar..”
“Bebas macam mana mereka pun makhluk. Dunia yang kita duduk bukan hak kita, apabila mati kita akan disoal dalam kubur lagi”.
Malah Nik Aziz menambah bahawa ketika dia menjadi MB Kelantan, dia 24 jam hidup dalam keadaan gelisah dan bimbang percakapannya tidak kena pada pandangan rakyat…
“Sebab itulah percakapan, perbuatan, tingkat laku saya selalu beringat, takut-takut saya salah. Alhamdulillah kesilapan yang dilakukan saya ditegur dalam mesyuarat…“.
ScreenHunter_01 Dec. 30 02.57
Memang rakyat berhak menegur kerajaan. Tapi Islam menggariskan bahawa untuk menegur mana-mana pihak, maka ia perlu dilakukan dengan cara yang berhikmah dan bijaksana. Misalnya, cara kita menegur anak tidak sama dengan cara kita menegur isteri dan cara kita menegur isteri pula tidak sama dengan cara kita menegur ibu kita, bukan?

Jadi, samalah juga dengan cara menegur kerajaan. Kenapa teguran PAS terhadap kerajaan selalunya tidak dilayan? Sebab cara teguran PAS itu tidak ikhlas dan tidak kena pada cara atau tempatnya. Teguran PAS itu bukannya boleh diiktiraf dalam kategori “menegur”, sebaliknya lebih menjurus kepada memperlekeh, menghina, memfitnah dan bermotifkan kuasa politik!

Paling “manis”, Nik Aziz sendiri mengaku dia ditegur dengan cara yang berhikmah apabila setiap kesilapannya ditegur ketika di dalam mesyuarat! Maksudnya, Nik Aziz menggambarkan bahawa antara cara teguran terbaik terhadap kerajaan adalah secara tertutup di dalam “mesyuarat”, bukan?

Jadi, kenapa tidak tegur kerajaan di dalam syura? Kenapa berdolak-dalik dan beri pelbagai alasan bila UMNO ajak bersyura selepas PRU ke-13 tempohari? Sebab PAS sebenarnya tidak ikhlas untuk bersyura dan menegur BN, bukan? Dan PAS rela menegur UMNO dengan cara yang salah seperti demonstrasi dan keganasan di jalanraya..?

Jika benar Nik Aziz ikhlas dan bersuara berpandukan Islam sebenar, dia tidak akan restu anak-anak buahnya membuat kecoh di jalanan esok kerana itu bukan caranya untuk menegur kerajaan. Kalau benar pun mahu menegur, sila tegur dulu “kerajaan naik 400%”. Suruh anak-anak buahnya “turun”kan 400% itu terlebih dahulu…

Bak kata pepatah, “kuman di seberang laut Nik Aziz nampak, tapi 400% di depan mata dia buat-buat tak tahu” pulak… Wallahu’alam…

Sumber: Mykmu.net

2 comments:

Anonymous said...

Bila TGNA merestui anak2 buah dia buat kecoh? Jika ada buktikan statement TGNA...jika tiada ini adalah suatu fitnah...

Anonymous said...

Indirectly dia restu...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!